Tuesday, March 22, 2011

BATRISSYIA NUR IMAN

15 Mac 2011 - 17 Mac 2011 :


Detik pertama selepas setahun aku dapat menemui dan bersama semula dengan puteri tunggalkan Batrissyia Nur Iman.


Betapa hepinya aku bila saja menatap wajah anak ku di Stesen bas Temerloh. Thanks to my exwife yg mengizinkan aku bertemu dengan anakku.


Aku bawa anak aku dan isi setiap masa dengan mengusik, berbual dan bersama dengan anak aku membeli permainan, pakaian yang disukainya dan mengajar dia mengira (aku kan cikgu matematik hehehehehe). Aku rasa dalam RM600 aku habiskan bersama anak aku. Tak da hal lah bukan selalu pun aku dapat peluang bersama dengan dia kan..


Ternyata anak aku sangat suka belajar membaca dan mengira. Tahniah dan Terima Kasihs ekali lagi buat exwife aku yang berjaya mendidik anak kecil ini menjadi rajin sebegini. Aku percaya, Batrissyia mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan pintar...


KASURIA - Karnival Sukan dan Riadah 2011


Karnival Sukan Dan Riadah atau akronimnya KASURIA adalah satu program yang disusun khas sebagai komitmen kepada Pengenalan Program 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


KASURIA diatur sebagai 1 program yang tersusun bagi memberi peluang kepada semua warga SMK Jabi menyertai sekurang-kurangnya 1 acara sukan.


Antara permainan yang akan dipertandingkan ialah :


1. Bola sepak antara rumah sukan

2. Bola Jaring antara rumah sukan

3. Bola Baling antara rumah sukan

4. Bola Tampar antara rumah sukan

5. Sepak takraw antara rumah sukan

6. Tenis Bergu terbuka

7. Ping Pog Bergu terbuka

8. Petaque Terbuka

9. Catur Terbuka

10. Congkak Terbuka

11. Mini Olahraga yang meliputi acara berikut :

100, 400, 1500, 4x200,

Lembing, Peluru, Cakera, L.Jauh & L.Kijang

12. Merentas Desa Antara Kelas

13. Futsal Antara Kelas


KASURIA melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja. Ini kerana program ini dijadualkan berlangsung mulai Mei sehingga Oktober. Waktu ini pelajar Tingkatan 3 dan 5 sedan gsibuk membuat p[ersiapan untuk PMR dan SPM.


Jesteru, diperingatkan kepada semua warga SMK Jabi.. Sertai lah setiap acara yang dipertandingkan kerana inilah peluang terbaik untuk menunjukkan bakat seterusnya akan dipilih mewakili SMK Jabi ke Kejohanan peringkat MSSD Kota Setar.


Daripada : CIKGU ARZMAN SAAD

PROGRAM MENCANAI PERMATA



Atlit SMK Jabi Menyinar di MSSD Kota Setar 2011

Jabi – Setalah mencatat keputusan yang suram untuk beberapa tahun di Kejohanan MSSD Kota Setar, tahun 2011 telah mengembalikan sinar harapan.

Latihan intensif selama 3 minggu telah memberikan pingat Perak buat atlit Merejam Lembing sekolah iaitu Nor Farhanim Binti Suhaimi dengan rejaman 18.37m di belakang juara dari SMK Convent.

Atlit lain yang turut mempamer prestasi cemerlang ialah Norliyati, Siti Norhidayah, Mohd Kamal, Mohd Nor Fadeli, Mohd Fauzi dan beberapa orang lagi.

Kejayaan ini lanjutan dari pingat Perak yang diperoleh semasa Kejohanan Luar Musim 2010. Semoga kejayaan ini akan terus berpanjangan dengan banyak lagi pingat akan berkampung di SMK Jabi.


Perancangan memartabatkan SMK Jabi bermula

Jabi – Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi mengorak langkah untuk membuat satu anjakann ke hadapan dalam bidang sukan menjelang 2013.

Program yang dinamakan sebagai Program Mencanai Permata telah dilhamkan sendiri oleh pengetua SMK Jabi, Encik Idris Bin Ahmad dan diperincikan dengan baik oleh Encik Arzman Bin Saad merangkap ketua Jurulatih Program.

Menerusi program ini, atlit-atlit dari tingkatan 1 – 4 yang terpilih akan mengikuti latihan yang intensif dan tersusun dengan ditawarkan pelbagai ganjaran sebagai motivasi untuk meningkatkan pencapaian peribadi.

Antara yang ditawarkan ialah RM250 untuk pingat emas pertama dan RM100 untuk pingat seterusnya. Selain itu tawaran elaun latihan bulanan, dibawa untuk menjalani latihan bersama sekolah sukan negeri dan lain-lain ganjaran turut diluluskan oleh pihak pentadbir.

Sehingga kini, seramai 8 atlit telah dipilih sebagai atlit perintis kepada program ini. Penilaian dibuat berdasar kan pencapaian mereka di Kejohanan MSSD Kota Setar yang berakhir baru-baru ini.


Senarai Kejurulatihan

Program Mencanai Permata 2011/13
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiausaha : CIK WAN NURUL AFZA / PN. MARIANI

Ketua Jurulatih : ENCIK ARZMAN BIN SAAD

Jurulatih Kecergasan/Senaman : PN. ZAINI MAHMUD / EN. HABIBALLAH

Jurulatih Larian Jarak Dekat / Sederhana : CIK WAN NURUL AFZA / CIK LEE FOO AII

Jurulatih Jarak Jauh : EN. MOHD JUSRY / EN.REDZUAN

Jurulatih Lompatan : EN. ARZMAN / PN.MARDIYAH

Jurulatih Lontaran : EN. HABIBALLAH / PN. MARIANI

Jurulatih Rejaman : EN.RAMLI / EN. ARZMAN

Jurulatih Merentas Desa : EN. REDZUAN / EN. RAMLI / EN.JUSRY / EN. HABIB / EN. ARZMAN / CIK WAN NURUL AFZA /PN. MARIANI / CIK LEE FOO AII / PN. MARDIYAH / PN. ZAINI