BAB 8 : AKHIRNYA KUTEMUI

BAB 8 : Dendam Berbalas, Bahagiakah Akhirnya?


Hello Hero kampung... Nampaknya nyawa kau masih kuat bertahan. Aku nak tengok. Nak tengok sampai bila kau mampu bertahan. Tapi kau bernasib baik. Aku tak sekejam yang ko sangka.”

Apa lagi yang kau mahu ni Zul? Tak cukup ke dengan apa yang kau dah buat pada kami semua? Jangan kau fikir kau akan bebas melakukan apa sahaja. Negara kita ada undang-undang Zur. Aku nak ingatkan kau, sebelum kau tertewas, baik kau berhenti dari melakukan kerja bodoh ni.”

Hello hero kampung... Kau tak perlu berceramah sama aku. Aku ni jenis buta hati. Tak makan dek nasihat. Aku nak ingatkan kau. Masa untuk kau semakin hampir. Pesanan aku.... Berhati-hati. jika tak kau mungkin matii. Dengar? Mati!!!!”


Amaran jantan keparat itu merencatkan tumpuanku. Apakah pula petaka yang akan dibawa olehnya? Kepada siapa? Bila? Di mana? Apa? Aku jadi bingung memikirkan sebarang kemungkinan. Mungkin dia hanya mahu menakutkan aku. Tapi, bagaimana kalai dia benar-benar serius?


Jam 12 aku dan Leya check out dari Hotel Vistana dan berjalan menuju ke stesen LRT. Tasya menuruti untuk bersama-sama kami. Dia memang dari dulu lagi akan menghantar aku hingga ke KLIA. Cuma kali ini hanya separuh jalan. Dia terpaksa bertugas petang ini. Aku berjalan menjinjing bagasi ku di bahu kanan ku sambil sama-sama menjinjing bagasi Leya. Jalan raya agak lengang. Biasalah di hari minggu, awal pagi sememangnya agak kurang kenderaan yang lalu lalang. Dalam kepala ku masih ligat terfikirkan amaran jantan keparat itu. Mata meliar mencari tanda-tanda petaka. Tiada satu pun yang mampu ku kaitkan dengan kecelakaan. Aku melintas perlahan dan entah dari mana tiba-tiba datang sebuah kereta laju.

Leya!!! Mir!!! Hati-hati...........

Tasha menjerit sekuat hati. Namun tak dapat berbuat apa. Semuanya terlalu pantas berlaku. Aku hanya mampu menolak Leya ke tepi namun tetap tak mampu untuk menyelamatkan Leya dari sama-sama dirempuh. Tasya hanya mampu melihat. Dia agak terkebelakang dari langkahan kami. Tak mampu berbuat apa-apa selain menjerit memberi amaran.

Apa yang aku sedar aku tersungkur di tengah jalan raya. Aku cuba bergerak mendapatkan Leya yang turut rebah di bahu jalan raya namun jasadku langsung tak mampu digerakkan. Suara juga seakan tersekat di kerongkong. Aku masih ingat lagi jeritan dari kereta itu.

Pergi mampus kau, hero sial!!!!”

Kemudiannya aku tak ingat apa lagi. Dunia ku rasa gelap tak bercahaya. Hitam. Di manakah aku ini? Ku cuba ingati kembali detik itu, tapi tak berdaya. Di manakah aku? Apa yang berlaku pada aku? Mana Leya? Leya? Leya?

Aku terasa tanganku digenggam, dahiku diusap perlahan. Tapi kenapa aku tak mampu nak membuka mata. Aku nak melihat siapa yang menggenggam tanganku. Siapa yang mengusap dahiku. Aku hanya dapat menangkap suara merintih menyebut namaku.

Mir... Awat jadi lagu ni. Bangun Mir. Bangun anak mak... Bangun lah. Jangan buat mak macam ni”


Aku sedaya upaya cuba membuka mata. Ku lihat seluruh alam memutih. Di mana aku? Di mana aku? Ku lihat samar-samar. Dan kian terang dan jelas.

Mak... Mir di mana ni mak? Mana Leya? Apa jadi pada Leya mak?”

Sabaq Mir... Bawa bersabaq. Mir di hospital la ni. Mir kemalangan. Dah dua minggu Mir tak sedaq diri. Kawan Mir tu pun selamat... Tapi dia la ni di hantaq pi luaq negara untuk rawatan lanjut.”

Tidakkkkkkkk.... Leya tak boleh pergi mak... Leya tak boleh pergi.... Mana Leya mak. Dia sama-sama rebah dengan Mir. Mana dia mak. Mana dia?”

Sabar Mir... Sabar... Betul kata mak tu. Memang Leya dihantar ke Amerika untuk rawatan lanjut. Kita tidak mempunyai pakar untuk menjalankan rawatannya di sini. Dia pasti gembira bila dengar Mir dah sedar. Sabar ya. Dia akan datang.”

Dato’... Leya tak salah Dato’. Kenapa Tuhan libatkan dia? Kenapa permusuhan antara saya dengan jantan keparat tu harus melibatkan Leya? Saya nak bunuh jantan sial tu Dato’. Dia mesti bayar tiap kesakitan yang dirasai oleh saya dan Leya. Jantan siaaaaaallllll!!!!”

Sabar Mir... Doktor dah pesan supaya Mir jangan terlalu banyak bergerak. Badan Mir terlalu lemah dan perlu banyak berehat. Orang yang melanggar awak dan Leya pun dah diberkas polis.”

Tasya... Kenapa dia harus menanggung penderitaan ini Tasya. Dia tak salah. Yang salahnya Mir.”

Sabar lah Mir. Leya bukannya apa-apa. Cuma perlukan rawatan lanjut. Yang penting kedua-duanya selamat. Tak kehilangan nyawa.”

Tapi kenapa Leya dilibatkan sekali? Apa salah dia?”

Jangan buat macam ni Mir. Kalau Mir benar-benar sayangkan Leya, mahu hidup bersama Leya, Mir kena kuatkan semangat! Terimalah kenyataan. Lagipun, Zul sudah diberkas polis. Kini ada di lokap menanti di bicara. Jangan buat macam ni. Kasihan lah dekat Tasya, dekat Leya.”

Mir... Dalam hal ni, Shieda dan ayah yang salah. Sepatutnya Shieda yang berada di tempat Leya. Jangan salahkan diri Mir. Shieda yang salah. Kalau tak kerana Shieda, semuanya ni tak kan berlaku. Tolonglah Wan. Kuat kan semangat Mir. Kalau Shieda boleh kenapa tidak Mir? Leya pun dah terima luahan hati Mir. Takkan Mir nak kecewakan dia?”

Tapi Leya tak salah!!! Leya... Maafkan Mir Leya..”

Mir... Mengucap Mir. Istigfar banyak-banyak. Percayalah. Leya tak apa-apa. Dia cedera ringan saja. Cuma tukang belakang dia yang mengalami sedikit keretakan. Jadi doktor hantar dia ke Amerika untuk pembedahan membaiki tulangnya. Jika tidak, kemungkinan dia akan lumpuh.”

Ya Allah, kenapa tidak Kau ambil nyawa ku untuk kebaikkan Leya. Kenapa dia yang harus merasai kesengsaraan ini? Tidak bolehkan aku berseorangan menangggung azab siksa ini?

Mir... Sabar Mir, jangan buat Tasya bersedih hati macam ni. Kuatkanlah semangat Mir. Please. Kalau tak untuk diri sendiri pun, untuk mak ayah Mir. Untuk Leya.”

Tapi mana Leya... Mir nak jumpa Leya!!!!!”



Aku terlelap kembali. Doktor memberikan ubat penenang kepadaku. Aku terasa ubat itu meresap ke seluruh rongga tubuh sehingga aku tak mampu nak meracau seperti tadi. Tapi aku tetap menyebut nama Leya. Aku mahu melihat Leya di depan mataku baru aku dapat terima kenyataan yang dia tak apa-apa. Dia selamat dari bala bencana.



Doktor, mana pergi teman saya yang turut terlibat dengan kemalangan tempohari?

Oh Aleya... Dia.... Pihak kami menghantarnya ke luar negara untuk rawatan lanjut.”

Doktor tak berbohong pada saya? Atau doktor cuba menyembunyi sesuatu dari pengetahuan saya?”

Tidak ada apa yang perlu saya bohongkan. Sedikit masa lagi Aleya akan kembali.”



Aku memandang ke arah Tasya. Aku perhatikan Tasya tidak pernah hilang dari pandangan ku. Begitu setia dia menjaga aku. Sentiasa di sisi aku dikala aku terlantar tak bermaya.

Tasya... Tolonglah cerita kat aku, apa sebenarnya yang terjadi pada Leya. Ko takkan bohong dengan aku kan. Please Tasya. Tell me the truth.”

Mir..... Jangan buat aku macam ni. Ko tak sayangkan aku agaknya buat aku sedih dan serba salah. Tolong lah Mir. Leya tak apa-apa Mir. Memang benar dia ada di US untuk rawatan susulan. Dia janji bila dia dah sihat, dia akan datang jumpa ko. Dia janji selepas dia kembali dari US, dia akan kembali jumpa ko dengan gembira. Mengikut doktor, rawatan yang terpaksa dilaluinya ialah 3 bulan.”

Tapi aku perlu jumpa Leya sekarang ni!!!”

Sudah seminggu tapi riak wajah Leya masih belum dapat ku tatap. Semua orang seakan sedang berlakon denganku. Mengatakan Leya tak selamat, tapi hakikat sebenarnya mungkin dia kini sedang menanggung derita. Bertarung dengan maut.



Mir, apa yang ko fikirkan tu? Masih terkenangkan Leya ke? Sabar la. Aku yakin, semuanya selamat. Ko jangan la dok fikir sangat. Nanti kesihatan ko juga terjejas. Ko fikir macam mana pun, Leya tetap tak kan datang depan ko sekarang ni.”

Tasya.... Ko tak kerja je ari ni?”

Aku ambil cuti. Nak jaga ko. Mak abah ko pun tak kan ak jaga ko 24 jam. Adik-adik ko nanti sapa nak jaga kan. Kebetulan aku pun tak banyak kerja. Aku datang la tengok-tengok ko. Shieda pun nak juga datang tapi dia malu dengan apa yang dia dah buat kat ko. Ko fikir Leya kan?”

Ya... Aku masih terkenangkan Leya. Kenapa dia masih menyepi diri dari aku. Kalau benar dia tak apa-apa, kenapa dia tak menunjukkan diri hingga sekarang?”

Mir... Ko kena faham. Kita semua tau yang dia la ni tengah di rawat di luar negara. Masih sakit lagi. Ko kena sabar. Kita semua tak sabar nak tunggu dia pulang dari sana. Tapi apa yang kita mampu? Kita mampu berdoa untuk kebaikkan dia sahaja la ni.”



Pintu ditolak perlahan. Ternampak gerak kerusi roda di celahan pintu. Masing-masing tertanya siapa.



Assalammualaikum....”

Waalaikum salam... Nak cari siapa ni dik?”

Kak... abang... abang ni Mir kan?”

Ya.... Adik ni siapa? Kenapa cari abang?”

Abang.. Saya Ayuni. Abang tentu kenal kak Aleya kan. Ayuni duduk bersebelah katil kak Leya masa dia di sini. Tapi sekarang dia ada di luar negara kan. Belum tahu sudah pulang atau belum. Entah masih ada atau... Dia yang minta saya datang jumoa abang. “

Apa yang Ayuni tahu tentang kak Leya?”

Abang belum tahu ke? Biarlah Ayuni cerita apa yang Ayuni tahu. Kasihan juga tengok abang macam ni. Ayuni turut merasa sakitnya bila melihat keadaan abang begini. Kalau kak Leya tengok, mungkin dia pun akan menangis.”

Kenapa Ayuni cakap macam tu? Selama ini tak benar lah apa yang diceritakan? Kak Leya di hantar ke US, keadaan dia tak parah tu tak benar lah?”

Apa yang diceritakan memang benar. Memang kak Leya dihantar ke US tapi keadaannya tak seperti yang digambarkan. Keadaannya begitu parah. Memang tak nampak luka di luar. Tapi dalamnya. Dia cedera yang amat parah abang. Sebab tu pihak hospital menghantarnya ke US.”

Kemudian apa terjadi pada kak Leya? Jangan kata Leya dah.....”

Tak! Kak Leya masih bernyawa abang. Jangan fikir macam tu. Cuma sejak ke US, saya pun tak tahu apa yang terjadi. Ada juga saya bertanya doktor yang merawat saya, tapi semua kata jangan risau. Pihak hospital hanya mengatakan kak Leya dalam keadaan stabil.”

Ada kak Leya kata apa-apa pada Ayuni?”

Ya.. Kak Leya ada berikan kata semangat buat Ayuni supaya tabah berdepan dugaan. Dan kak Leya ada berikan surat pada Ayuni. Dia minta Ayuni beri pada abang bila abang dah sedar. Katanya, dia dah tulis lama surat ni. Sebelum abang dan kak Leya datang KL. Jadi, bila Ayuni diberitahu abang dah sedar, Ayuni rasa dah tiba masanya untuk Ayuni berikan buat abang. Ini suratnya. Abang... Kak Leya sayangkan abang. Masa dia derita tempoh hari, nama abang yang selalu disebutnya. Ayuni tak berbohong. Ayuni dengar dengan jelas dia sebutkan nama abang.”



Ayuni menghulurkan surat kepunyaan Leya buat ku. Aku perhatikan dan memang surat ini ditujukan buat ku. Aku perhatikan Tasya. Dia tetap tenang berdepan dengan aku. Dia faham perasaan dan juga keadaanku ketika ini. Jiwa aku benar-benar terganggu.



Terima Kasih Ayuni. Betul kata Kak Leya. Ayuni kena kuat semangat untuk menghadapi dugaan.”

Sama-sama. Abang pun sama tau. Tentu Kak Leya pun tak sabar nak bertemu abang bila dia sihat nantikan. Ayuni minta diri dulu ya.”

Mir... Mir nak bersendiri ke untuk baca surat Leya? Aku boleh keluar dulu. Nanti aku datang lagi.”

Tak pe. Ko tunggu aje lah kat sini. Aku minta maaf sebab begitu sukar aku nak terima hakikat ini. Tapi aku janji pada ko, aku akan usaha untuk membuang semua kesangsian ini semampu yang aku boleh. Aku janji. Tapi ko kena kena terus berikan semangat pada aku. Selain Leya, aku hanya ada ko yang aku harapkan ada di sisi aku. Sebagai pembakar semangat diri.”

Tak pe... Ko ambillah berapa lama masa pun. Aku tetap tak kan tinggalkan ko. Aku kenal dan faham perasaan ko. Kalau aku pun, mungkin merasa seperti mana ko rasa kini. Malah, mungkin lebih teruk dari ini. Tapi aku minta sangat, ko janganlah terlalu bersedih sebab aku tak sanggup nak tengok ko bersedih macam ni. Aku yakin semua orang tak gembira melihat keadaan ko yang macam ni.”

InsyaAllah. Ko memang seorang yang tabah. Aku bertuah dapat teman yang macam ko.”

Aku hanya buat setakat yang aku termampu.”



Aku bangun dari perbaringan dan beresandar ke hujung katil. Terasa sengal-sengal setelah agak lama terbaring bagai orang yang tak berdaya. Tasya hanya memerhati tanpa suara. Aku membelek sampul berwarna pink yang diberikan Ayuni sebentar tadi. Pada sampul namaku. Aku berdebar. Perlahan-lahan ku buka sampul dan sekeping warkah di atas kertas berwarna biru terlipat kemas di dalamnya. Ku buka dan membaca perlahan.



Mir yang Leya sayangi...



Waktu Mir baca surat ini mungkin Leya masih di luar negara. Leya sedang bertarung nyawa untuk terus bernafas. Mir doakan agar Leya berjaya memenangi pertarungan ini. Leya mahu segera pulang untuk bertemu Mir dan kita gembira seperti sebelumnya. Leya kena kuat demi Mir. Mir pun kena kuat demi Leya OK. Leya pasti akan bertemu dengan Mir setelah Leya pulang dari rawatan. Tapi andai kata Leya tak mampu bertahan lebih lama, Leya harap Mir akan datang melawat Leya di rumah persinggahan sementara buat Leya. Leya menanti Mir datang dan menghadiahkan Al-Fatihah dan berdoa untuk kesejahteraan Leya ya. Tapi, jangan lah difikirkan hal yang sebegitu selagi kita punya harapan dan peluang untuk mengecap kebahagiaankan.



Mir yang Leya sayangi...



Setelah Leya kenali diri Mir, Leya ingin sekali memiliki hati dan cinta Mir. Namun Leya pasrah yang mana Mir bukan milik Leya. Mir milik Shieda. Namun, ianya tak pernah memadamkan impian Leya untuk terus bersama Mir. Biarlah Leya sekadar menghuni di pinggir hati Mir. Tak mengapa asal-kan Mir tidak meminggirkan Leya. Jangan buang Leya dari hidup Mir ya...



Mir yang Leya sayangi...



Setelah Mir nyatakan yang Shieda ingin kembali pada Mir, Leya yakin Mir begitu gembira dan mahu perkara yang sama juga. Jadi Leya cuba berikan pendapat Leya yang memihak kepada ikatan ini. Dan akhirnya Mir menerima kembali Shieda. Leya akui yang Leya terasa hati bila Mir membuat keputusan sebegitu. Bermakna akan tertutup peluang buat Leya mencuba nasib untuk bersama Mir. Tapi tak mengapalah, kerana Leya yakin Mir tetap akan sediakan sedikit tempat di hati Mir buat Leya. Apa yang termampu Leya katakan hanyalah...



Pergilah sayang.... Pergilah kau pada kekasih yang kau cintai. Dirimu tetap daku kenang, setiap malam berlinangan airmata ku, menjadi penawar merindumu sayang. Walaupun cinta itu ada untuk kita, tapi takdir tak memihak kepada kita untuk bersama di sini.. Pergilah kasih, pergilah sayang...”



Mir yang Leya sayangi....



Sebelum tu Mir... Leya nak mendedahkan satu perkara. Mir tentu tertanya-tanya siapa Pinki kan? Sebenarnya Leya dan Pinki adalah dua nama yang berbeza tapi kami mempunyai satu jiwa. Leya adalah Pinki dan Pinki adalah Leya. Maafkan Leya ataupun Pinki kerana berbuat begini. Sebenarnya Leya bimbang kalau Mir tahu kami orang yang sama, Mir akan menganggap kami mempermainkan kepercayaan Mir. Jadi Leya hanya biarkan takdir dan waktu yang mendedahkan hakikat ini. Tak tahu bila, tapi masa itu pasti akan tiba jua. Bersabarlah Mir. Tuhan Maha Agong, Mir sendiri yang dapat tahu tentang kami. Tak perlu untuk Leya menerangkan lagi. Maaf jika ini membuat-kan Mir terasa hati OK.





Mir yang Leya sayangi....



Percayalah... Percayalah akan diri Mir terhadap kata-kata Leya ini.. Sama ada Pinki wujud atau tidak, Leya tetap ada bersama di jiwa Mir kelak. Pinki jua begitu tetap bersemadi di hati Mir. Leya akan sentiasa menjadi sebahagian dari diri Mir. Mir adalah jasad Leya dan Leya adalah nyawa Mir. Leya sayangkan Mir lebih dari segala yang ada di alam ini. Berbahagia lah bersama insan ketentuan Ilahi buatmu. Sesungguhnya kebahagiaan mu adalah kebahagiaan buatku Leya doakan agar kali ini Mir akan lebih bahagia dan ikatan dengan Shieda akan kekal buat selamanya. Leya tak mahu lihat insan yang Leya sayangi ini terus menderita.





Mir yang Leya sayangi...



Percayalah... Andai kata berlaku sesuatu di hadapan sana, Leya akan menjadi orang pertama yang adakan ada di sisi Mir. Jika Mir menangis, Leya turutkan menangis bersama. Jika Mir ketawa, Leya jua kan ketawa bersama. Jika Mir rebah, Leya akan pimpin Mir untuk bangun semula. Jika Mir kecewa, Leya akan ubati kekecewaan itu. Apa yang Leya mahukan hanyalah melihat ada sinar bahagia dan tawa girang di wajah Mir. Kebahagiaan Mir adalah kegembiraan buat Leya.Percaya lah yang Leya sanggup berkorban apa sahaja demi untuk kebahagiaan Mir. Mir boleh sandarkan harapan di bahu Leya. Leya berjanji.



Mir yang Leya sayangi...



Akhirnya... Please... Jangan singkirkan Leya dari hidup Mir kini dan selamanya. Assalamualaikum.



Tak dapat nak digambarkan perasaan aku ketika itu. Mengenangkan apa yang sedang dilalui Leya. Leya yang sedang bertarung antara hidup dan mati. Terharu juga melihat kesetiaan Tasya di sisi ku saban waktu. Aku tahu dia mengambil cuti untuk menjaga aku di sini. Betapa mulianya hati budi mu Tasya. Hanya Tuhan yang mampu membalas setia budi yang engau curahkan. Terasa bagai ada sesuatu meresap masuk hingga ke jiwa yang paling kecil tiap kali aku mengenangkan pengorbanan insan-insan yang memberi makna besar dalam hidup ku. Betapa gembiranya aku. Tapi, sehingga kini aku masih terasa sukar untuk menerima kenyataan yang Leya terlibat sama dengan bencana yang sepatutnya aku seorang yang tanggung. Apa lagi aku masih tidak dapat bertemu dengan Leya. Handsetnya pun tak dapat dihubungi.



Dua bulan kemudian....



Peristiwa perit itu telah lama berlalu. Namun, aku masih menyalahkan diriku. Aku tak pasti sama ada benar Leya tak ada apa-apa. Hanya luka-luka kecil di beberapa bahagian badannya, dan yang teruknya hanyalah keretakan tulang belakangnya, namun aku tetap menyumpah jantan sial itu atas apa yang terjadi. Jantan sial itu harus membayar setiap kesengsaraan yang terpaksa aku dan Leya lalui kini. Kalau mahu bunuh aku, kenapa harus Leya dilibatkan? Ambillah nyawaku, tapi kenapa mahu merampas nyawa orang yang tidak bersalah? Aku harap kau akan dihukum mati. Hidup pun tak ada gunanya. Menyusahkan orang lain semata-mata. Puas ku hubungi handset nya tapi langsung tiada berjawab. Sentiasa di jawab operator yang mengatakan nombor yang ku dail sudah tiada dalam perkhidmatan. Leya sudag tukar nombor kah?



Setelah aku sudah dibenarkan keluar dari hospital, aku laksanakan segala apa yang telah dirancang-kan. Aku dan Shieda secara rasmi memutuskan ikatan pertunangan. Haji Malek berkali-kali memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Dia menyatakan yang dia malu atas apa yang berlaku dan kesal kerana ikatan pertunangan anak perempuan kesayangannya ini sekali lagi menemui jalan buntu. Aku nyatakan ini semua takdir Ilahi dan aku pasrah menerima. Aku menerima kejutan lagi. Teman terbaik-ku Tasya akan bertunang dengan pilihan hatinya. Tak sangka dalam diam dia ada teman istimewa. Aku mahu mengenali siapkah insan yang bertuah memiliki hati Tasya.



Suprise. Petang nanti aku datang, aku akan tunjukkan kat ko.”

Tapi petang ni aku ada appoinment dengan Doktor Zaid. Macam mana aku nak datang rumah ko?”

Tak payah. Aku yang datang rumah ko petang nanti. Aku bawa dia datang jumpa ko. Aku janji. It’s very suprise. Just tunggu dan lihat ye.”

OK, aku tunggu.”

Aku tumpang gembira dengan berita yang baru dinyatakan Tasya. Kau pandai berahsia dari aku. Aku doakan agar kau bahagia, Tasya. Kau selayaknya mengecapi erti kebahagiaan. Kau terlalu baik. Jadi, tak sepatutnya kau derita seperti mana yang ku lalui kini. Kadang-kadang aku takut untuk memikirkan kejadian yang hampir meragut nyawaku dan Leya. Aku terkenang kembali kepada kisah Tina. Dia juga terlibat dengan kejadian yang hampir serupa. Ya Allah, kenapa aku harus diuji sebegini rupa. Aku tak dapat nak menerima hakikat ini. Kenapa harus jadi begini? Mengapakah persengketaan ini harus melibatkan nyawa orang yang tak bersalah. Kasihan Leya. Namun aku bersyukur kerana Leya tak cedera teruk. Kau memang jantan sial Zul!! Manusia bangsat!! Jahanam kau!! Patutlah aku merasa tak sedap hati sahaja malam itu. Rupanya kau berniat busuk. Tapi kenapa harus Leya juga kau nak libatkan? Kenapa tidak aku seorang?



Di manakah kau Leya? kenapa belum lagi mahu bertemu dengan Wan?”



Ku perhatikan Tasya tersenyum sambil membawa dulang berisi minuman ke arahku. Tersenyum aku bila memikirkan kata-katanya satu masa dulu. Dia tak mungkin menyintai aku. Memang benar katanya. Aku tak kan miliki cintanya. Cinta itu telah dia berikan buat insan misteri yang bakal ku tahu sebentar lagi. Aku memandang kiri dan kanan mencari sesuatu.



Mana Tasya? Ko kata...”

Ha.... aku kata apa? Bakal tunang aku. Ini Doktor Zahid. Dia lah bakal tunang aku.”

Tasya.... Jangan lah bergurau dengan aku.”

Mir... Apa yang Tasya cakap tu betul. Kali pertama saya bertemu Tasya di hospital , hati saya dah tertarik. Saya cuba tanya kalau-kalau dia kekasih awak. Tapi lepas dia kata dia hanya kawan baik, saya terus suarakan hasrat hati saya. Alhamdulillah, dia terima selepas hampir sebulan dia fikir.”

Ko Tasya... Dalam diam-diam ko cari. Tak bagitahu aku pun. TAHNIAH Tasya. Tahniah doktor.”

Kan aku cakap it’s very suprise kan. Aku pun tak jangka dapat jodoh di hospital.”

Semuanya tak dirancang pun. Saya tertarik melihat kesetiaan Tasya yang saban hari berada di sisi awak. Saya kagum dan berkata dalam hati alangkah bertuahnya awak mendapat isteri sebaik Tasya. Setia menanti dan menjaga awak dengan penuh kasih sayang. Kemuadian, bila saya dapat peluang untuk bercakap dengan Tasya, baru saya tahu dia dan awak sahabat terbaik. Terus saya nyatakan niat hati saya. Bagi saya, gadis sebaik Tasya seharusnya digembirakan hatinya.”

Oh my God... It’s very suprise! Syukur Alhamdulillah, akhirnya ko dapat juga jejaka terbaik untuk ko ye. Tak perlu la ko jilat ludah ko kat aku dulu ye.”

Banyak la ko... Ko kena datang tau masa aku tunang nanti. InsyaAllah, mungkin ko juga akan datang dengan teman hidup ko. Apa khabar Leya sekarang ni kan.”

Doktor tahu ke apa perkembangan Leya sekarang ni?”


Doktor Zaid terdiam seketika. Dalam fikiran ku sudah mula bermain pelbagai andaian. Namun, segera aku padamkan kesangsian ini dengan memikirkan kegembiraan milik Tasya. Aku tak sangka, ketabahan Tasya menjaga aku di hospital selama ini akan dibalas olehNya dengan kesudahan yang begitu menggembirakan. Memang patutlah dia merasai kebahagiaan ini atas apa yang telah dia lalui.



Mir... Surat ini untuk awak. Saya yang menulis setiap patah yang diungkap oleh Leya dan dia minta saya berikan pada awak sebelum dia ke US dulu. Saya fikir, awak pun dan sihat sekarang dan awak dah bersedia untuk mengetahui apa yang cuba diluahkan oleh Leya buat awak. Yang yang mampu beritahu awak ialah, awak harus bersedia dan tabah untuk mendengar setiap apa yang Leya cuba perkatakan. Awak bacalah. Awak akan faham sesuatu yang mungkin awak cari selama ini.”

Terima kasih doktor. Boleh saya baca sekarang?”

Bacalah. Itu hak awak kan.”



Aku menerima sampul surat yang diberikan doktor Zaid kepadaku. Tulisan yang tertera namaku adalah tulisan tangan dari Leya. Tulisannya tidaklah secantik yang aku kenali. Aku dapat bayangkan kepayahan yang terpaksa dia lalui untuk menulis buat ku walaupun hanya untuk sepatah perkataan. Sampul ku buka. Ada beberapa helaian putih yang bertulisan cantik dan tersusun. Aku menatap dan cuba memahami setiap baris kata-katanya. Seolah-olah dia sedang luahkan sesuatu padaku dalam serba kepayahan. Di dalam hati terfikir apa yang sedang berlaku pada Leya ketika itu dan di manakah dirimu Leya saat ini?



Assalammualaikum....



Mir... Leya minta maaf sebab tak dapat untuk terus bersama Mir. Masa Leya telah tiba untuk Leya pergi. Namun Leya janji akan datang bertemu Mir jika kesempatan itu masih ada buat kita. Leya janji Mir. Leya mahu dekat dengan Mir sentiasa tapi keadaan tak mengizinkan Leya berbuat begitu. Leya rasa sebak sangat setiap kali melihat Mir yang masih ‘tidur’ tanpa sebarang kata. Leya ingin mendengar usikan Mir seperti selalu. Tapi, Mir tetap juga membisu. Leya rasa sebak mengenangkan keadaan Mir. Percayalah Mir, yang Leya sanggup jika nyawa Leya diambil jika ini dapat membukakan mata Mir. Leya sanggup Mir..



Mir... Maafkanlah segala salah silap Leya dan halalkan lah makan minum Leya ya. Leya telah lama memaafkan dan menghalalkan segala salah silap dan makan minum Mir selama kita bersama. Leya tak mahu apa-apa lagi dari Mir. Leya cuma mahu Mir buka mata dan terus menikmati kebahagiaan. Leya tetap menanti Mir untuk sama-sama membina kebahgiaan yang hakiki. Janganlah Mir kecewa-kan dan hancurkan harapan Leya ini ya. Mir harus kuat untuk berdepan dugaan ini. Bukalah mata mu Mir. Kau mesti tabah demi Leya. Seperti mana Leya kuat. Leya jua mahu hidup bersama Mir. Sehidup dan semati bersama insan yang ditentu kan Dia buat kita.



Mir... Setelah Leya memikir sedalam-dalamnya, Leya berkeyakinan yang mana hidup Leya, diri Leya, cinta dan kasih sayang Leya memang Leya sediakan buat Mir. Leya juga yakin Mir pun begitu. Sebab tu Mir yakin untuk meluahkan hasrat hati Mir buat Leya tempohari kan... Mir, hari ini Mir tahu apakah keputusan Leya kan. Leya MENERIMA luahan hati Mir. Leya mahu menjadi milik Leya dan Leya mahu Mir menjadi milik Leya. Jadi segera lah sedar untuk kita menikmati keindahan dan kebahagiaan bersama ya. Berjanji lah yang Mir akan menanti dan jujur bersama Leya.



Mir.... Terasa tak yang diri Leya dekat dengan Mir? Leya dah katakan pada Mir dulu yang Leya akan sentiasa dekat dengan Mir. Mungkin Mir dah baca surat Leya. Diri Mir adalah jasad Leya dan diri Leya adalah nyawa Mir. Selamanya keadaan akan begitu. Leya dan Pinki ada bersama Mir tak kira di mana Mir berada. Mir tentu tertanya-tanya mengapa Leya kata begitu. Leya tak pasti sama ada benar atau tidak. Tetapi Leya dah berjanji yang Leya sanggup berkorban apa sahaja untuk Mir kan. Jadi, sekiranya Mir terasa seolah-olah Leya berada dekat dengan Mir, bermakna benar lah Leya ada. Jika tidak bermakna kita masih punya kesempatan untuk bersama.



Mir... Segalanya kini Leya serahkan kepada budi bicara pihak hospital. Leya sedia berkorban a[a sahaja asalkan Mir dapat membuka mata dan dapat menikmati keindahan yang Mir kejar selama ini. Leya sentiasa mendoakan dan memerhati Mir dari kejauhan. Jangan ditanya ke mana Leya pergi. Tak perlu juga ditanya, apakah pengorbanan Leya pada Mir. Semuanya akan terjawab kelak. Yang pasti Leya akan dihantar ke US untuk rawatan susulan. Tapi Leya tak pasti sama ada Leya mampu untuk terus bertemu dengan hari esok. Kata doktor, peluang Leya amat tipis tetapi peluang tetap ada. Leya dah sedia untuk kembali sebenarnya tetapi demi Mir, Leya kuatkan semangat. Apapun, Leya minta doktor selamatkan Mir terlebih dahulu. Nyawa Mir lebih penting ketika ini dari Leya.



Mir... Leya minta tolong pada Mir, andai kata saat ini Mir merasakan Leya ada di dalam jasad Mir, jangan lah beritahu sesiapa akan hal ni walaupun pada Alia atau Shieda. Please.. Leya tak mahu ada orang terhutang budi dan nyawa kepada Leya. Leya ikhlas kerana Leya lakukan atas nama kasih sayang. Biarlah smeuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak. Mir tentu tidak faham apa yang Leya ceritakan ini. Tetapi Leya dah sebut awal-awal, mungkin Leya perlu berkorban untuk membuka mata Mir. Dan Leya sememangnya bersedia. Jadi, jika Mir perlu untuk menerimanya, Mir terimalah dengan hati yang paling tabah dan gembira. Leya ikhlas demi kebahagigaan Mir...



Mir... Berbahagialah dengan siapa juga insan yang Mir pilih kelak. Andaikata Leya tiada, Mir jangan sesekali menafikan hak insan lain untuk memberi dan menerima cinta Mir. Leya pasti, insan pilihan Mir kelak, seorang yang baik. Leya yakin sebab Leya dapat rasakan masanya telah tiba untuk Mir merasai senyum tawa gembira setelah puas bermain dengan air mata kecewa. Mir kena janji akan bahagiakan insan pilihan hati Mir kelak, sebab kebahagiaan Mir adalah kebahagiaan Leya jua.



Mir.... Kita pasti akan jumpa lagi. InsyaAllah.. Tapi Leya nak pertemuan itu kelak, Mir sudah buka mata dan mampu untuk tersenyum. Leya tak mahu Mir terus memejam mata. Bukalah matamu Mir, sayangku... Lihatlah Leya, bakal teman hidupmu. Lihat lah Tasya teman yang sentiasa di sisi mu. Percayalah, semua orang mendoakan kebaikan dan kesejahteraanmu Mir. Bangunlah atas nama kebahgiaan. Kita sama-sama menerima ketentuan Ilahi. Percayalah akan adanya hikmah di sebalik apa yang terjadi. Hikmah yang tak ternilai harganya.



Akhir kata dari Leya... Sama ada kita akan bertemu lagi atau sebaliknya, Leya hanya mahukan Mir mengecapi kebahgiaan yang paling hakiki. Maafkan dosa Leya dan doakan ketenangan Leya okey. Salam sayang dari Leya buat Mir kini dan selamanya. Assalammualaikum..



Doktor, apa maksud Leya diri saya adalah jasadnya dan dirinya adalah nyawa saya? Adakah ianya berkaitan dengan pembedahan saya?”

Ya.... Secara klinikal sepatutnya mungkin awak telah pergi menghadap Ilahi. Tapi keajaiban Tuhan telah membantu awak terus bernafas. Awak kehilangan terlalu banyak darah dan hati awak juga mengalamai kerosakan yang teruk akibat tusukan tulang rusuk awak yang patah. Kami hampir menemui jalan buntu dan ada ketikanya, seakan putus asa untuk membantu awak. Leya lah yang memberikan kami harapan dan memberikan awak peluang untuk terus hidup. Keputusannya yang cukup mulia dan berani.”

Maksud doktor.... Dia telah...”

Ya... Sebahagian besar darah yang mengalir dalam jasad awak kini adalah darah milik Leya. Malah, separuh dari hati awak juga miliknya. Jika tiada Leya ketika itu, mungkin awak... Awak fahamkan apa yang dimaksudkan oleh Leya. Mulanya kami enggan menerima kerana memikirkan risiko besar. Mungkin dia pula yang berdepan dengan maut. Tapi dia begitu bersungguh mahu memberikan apa juga yang mampu diberikan. Malah dia ada menunjukkan satu kad pengesahan di mana dia telah memberikan persetujuan untuk menderma apa sahaja bahagian anggotanya buat awak. Saya ada bertanya kenapa dia sanggup berbuat begitu. Mudah sahaja jawapannya. Katanya, kebahagiaan awak adalah kegembiraan buatnya. So, faham sekarang kenapa dia kata begitu?”

Tapi... Macam mana...”

Semasa di US, pihak doktor sedaya upaya berusaha menyelamatkan Leya. Tapi, ketentuan Tuhan ditetap begitu. Nyawa Leya tak dapat diselamatkan. Maafkan saya! Sebenarnya Leya minta saya...”

Leya minta Doktor rahsiakan daripada saya? Kenapa begitu?

Dia tak mahu awak bersedih. Tapi percayalah, jika ketentuan Tuhan, ada pada awak... Ley7a pasti akan kembali. Jika tidak, awak kena tabah untuk menerimanya.

Apa maksud doktor? Terus terang lah dengan saya. adakah Leya dah tak ada?”

Ya... Leya dah tiada dan tak mungkin akan kembali...”

Ya Allah... Ujian apakah ini yang Kau berikan padaku? Terlalu berat untuk ku tanggung Ya Allah.”

Saya faham perasaan awak dan awal pastinya terkejut. Pihak kami telah mengugruskan segalanya dan jika awak nak menziarahinya... Awak boleh ke pusara arwah Tina. Jasadnya bersemadi di sisi Tina. Ini atas permintaan Dato’ Karim. Saya harap awak sabar. Terimalah ketentuan takdir ini dengan hati yang paling tabah. Saya yakin awak mampu.”

Ya, saya faham... Mulia sungguh dirinya. Tak pernah saya berjumpa dengan manusia semulia ini.”

Ya.. Memang susah nak jumpa. Jadi, saya harap awak akan menghargai apa yang telah awak miliki. Jangan kecewakan dia okey. Kuatkan semangat. Perjalanan hidup awal masih jauh. Berilah perhatian pada isteri awak. Jangan lemah semangat. Okeylah, saya minta diri dulu. Awak dah boleh kembali seperti biasa kini. Apa-apa hal segera berhubung dengan saya. Assalammualaikum.”

Waalaikumsalam. Terima kasih doktor.”



Akhirnya terjawab sudah mengapa aku merasakan Leya begitu dekat denganku. Aku berjanji akan menunaikan hasrat dan impian Leya. Namun, terlalu berat untuk aku menerima berita ini. Leya sudah pergi? Benarkah apa yang diberitahu Doktor Zaid padaku?



Ya Allah Ya Tuhanku... Ujian apakah yang kau timpakan ke atas ku ini? Aku terlalu lemah dan kerdil untuk menanggung dugaan seberat ini Ya Allah. Pun begitu, aku yakin pada ketentuan-Mu Ya Allah yang mana Kau Maha Mengetahui dan Bijaksana. Aku percaya akan takdir-Mu Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan. Aku mahu segera kembali seperti sedia kala dan bersedia untuk aku menyambung kembali perjuanganku di bumi Sarawak. Aku mahu melupakan segala sengsara kini. Aku mahu segera kembali ke sana. Walaupun aku tak mungkin akan bertemu lagi dengan insan yang memberikan peluang kedua untuk aku terus bernafas, namun kenangan bersamanya tetap bersemadi indah di sanubariku. Pengorbananmu tak akan ku persiakan. Kau tempatkan lah Leya di kalangan insan-insan yang Kau redhai Ya Allah.”



Tasya hanya terdiam. Langsung tak mampu berkata apa-apa selepas dia mengetahui luahan isi hati Leya padaku. Apa lagi yangboleh ku katakan? Aku sendiri tak menyangka sebegini dalamnya rasa sayang di hati Leya terhadapku. Mengapa Leya tidak berterus-terang padaku selama ini? Adakah kerana dia memikirkan yang aku saat itu begitu gembira untuk kembali ke sisi Shieda? Dan dia tidak mahu menjadikan dirinya sebagai batu penghalang kepada kebahagiaan yang aku cari selama ini? Biarlah dia memendam rasa demi kebahagiaanku? Betapa mulianya pengorbananmu Leya... Bagai manakah untuk ku balas tiap pengorbanan mu untuk ku Leya? Aku sendiri tak tahu bagaimana cara-nya untuk aku membayar tiap titis darah yang melalui di dalam jasadku kini. Semuanya dari Leya.