BAB 4 : AKHIRNYA KU TEMUI


BAB 4 : Terbongkar Akhirnya Dan Soal Hati



Shieda tidak dapat melelapkan mata. Terfikir tentang kisah petang tadi. Apa yang dikatakan Mir agak menggangu kedamaian hatinya. Bagaimana Mir boleh kenal tunangnya. Benarkah apa yang dicakap-kan kepada ayahnya tentang tunangnya itu. Siapa Mohd Shaufi? Benarkah dia sepupu kepada tunangnya? Apa reaksi ayah agaknya.



Ko tak tidur lagi Shieda. Dah lewat malam ni. Esok pagi-pagi lagi kita dah nak bertolak. Apa yang ko pikiaq lagi ni. Kan Mir dah kata semuanya akan selesai. Sabaq sajalah.”

Aku pelik lah.. Macam mana kalau apa yang diceritakan Mir kat ayah aku tu betul macam mana? Jijik benar sikap Zul kalau apa yang dicakapkan tu betul. Aku pasti ayah akan malu sangat-sangat.”

Dah lah, jangan dok pikiaq lagi lah. Tunggu saja esok. Kita tengok reaksi ayah ko tu.”



Seawal jam 6.30 pagi Shieda dan Tasya sudah tercegat di platform 19 ke Ipoh. Awal-awal lagi mereka dah check out dari Hotel Puduraya. Bas Konsortium menjadi pilihan kerana servisnya memang diakui baik. Walaupun banyak lagi syarikat lain yang turut menyediakan perkhidmatan ke Ipoh. Shieda cuba menelefon Mir tapi telefon tak berjawab. Mungkin terlalu letih hingga tak sedar. Panggilannya disambung ke peti simpan suara. Shieda membisik sesuatu. Kemudian meletak gagang cermat. Dia tersenyum. Mungkin ada sesuatu yang buat dia berasa gembira.



Dapat cakap dengan Mir? Ke dia dok lena lagi?”

Dia tak jawab. Tidoq lagi kot. Tak pa lah. Lain kali aku call lagi. Jom lah, bas dah sampai tu. Terima kasih sebab tolong aku. Sentiasa ada dengan aku. Sampai kau terpaksa ambil cuti semalam.”

Apa guna jadi kawan kalau tak boleh membantu. Aku kenal ko bukan sehari dua. Dari kau Form1.”



Aku terbabas lagi pagi ini. Handset tertera SMS yang mengatakan ada voicemail. Mendengar satu suara yang sayup-sayup kedengaran tapi jelas sangat tiap tutur katanya. Hatiku berdebar. Jantungku berdegup kencang. Macam tak percaya apa yang didengar tadi. Memang aku kenal pemilik suara itu. Baru semalam aku bertentang mata dengannya. Cuba melontar jauh-jauh agar tidak terlalu difikirkan. Mungkin dia juga mahu mengusik aku.



Sampai di pejabat, ada sejambak bunga bersama kad berwarna pink berbentuk hati. Siapa pula yang hadiahkan buat aku ni. Pening kepala aku. Lepas satu, satu yang datang menguji aku. Aku letak bunga ros kuning di satu sudut. Harum baunya memenuhi seluruh pejabat ku. Tenang seketika. Ku buka kad berwarna pink dan membaca tiap baris.



Khas buat insan yang telah mencuri hatiku – Salam Perkenalan dari ku.”



Aku tak pasti siapa yang menghantar. Tapi penghantarnya mesti mengenaliku. Shieda? Tak mungkin sebab dia dah pulang pagi tadi. Tasya? Sama juga. Habis, siapa yang menghantar? Aku tak tahu.



Sis, siapa yang hantar bunga pagi tadi? Tak bernama pun.”

Maaf encik Mir. Bunga tu sampai semalam. Ada seorang perempuan datang. Saya tanya siapa namanya tapi dia tak mahu beritahu. Tapi dia cakap, encik pernah jumpa dan berbual dengan dia satu ketika dulu. Semakin hari, semakin glamor encik Mir ni kan. Lepas ni tak tahu siapa pula.”

Ada-ada sajalah awak ni Sis. Bukan awak yang hantar?”

Bukan encik. Jangan la kata saya macam tu. Saya ni manalah layak jadi buah hati encik.”

Tak... Saya bergurau saja. Dato’ ada?”


Tokk! Tokk! Tokk! Aku ketuk perlahan pintu pejabat Dato’. Aku tak mahu mengganggu Dato’ dengan ketukan yang terlalu kuat. Pintu ku buka perlahan dan melihat Dato’ sedang menatap potret keluarga-nya aku terkedu. Segera ingatan ku terhadap Tina kembali memenuhi ruang.



Mir... Duduk lah. Ada perkara yang saya nak bincangkan.”

Dato’ okey ke? Nampak macam tak sihat. Perlu saya panggilkan Dr. Hafifi?”

Tak perlu. Saya OK. Cuma sesekali saya teringat kepada arwah isteri dan anak saya. Teringat saya tentang cita-cita kami untuk menunaikan fardu Haji bersama-sama satu masa kelak. Tapi semua tu tinggal impian. Saya terkilan sebab niat Tina nak melancong ke Jepun pun tak sempat saya tunaikan. Sepatutnya akhir tahun in ikami akan ke sana.”

Takdir Dato’.. Siapa kita nak berlawan takdir Ilahi.”

Ye... Takdir. Saya redha semua ni. Mungkin ketentuan saya begini. Oh ya... Saya terjumpa diari milik

Tina masa saya simpan barang-barang arwah baru-baru ni. Saya rasa awak patut baca beberapa hal. Penting untuk awak tau dan saya sendiri baru tahu. Nah... Saya beri pada awak. Saya sudah lipatkan bahagian yang patut awak baca dan fahami. Sebelum tu saya nak bincang pasal hala tuju syarikat kita. Kalau boleh perbincangan antara kita dapat menjana sesuatu untuk kita bawa ke mesyuarat ahli lembaga pengarah minggu depan.”

Apa yang Dato’ nak bincangkan?”

Syarikat kita akan membuka dua lagi cawangan di Kota Kinabalu dan Kuching. Jadi saya nak awal buat satu kertas kerja untuk mempermudahkan pengurusan baru kelak. Boleh awak lakukan?”

InsyaAllah Dato’. Saya akan cuba buat yang terbaik dalam masa yang singkat ni.”



Baru aku nak membuka diari milik Tina, satu SMS aku terima. SMS yang aku tunggu-tunggu.



A’kum... ganggu ke? Pinki bosan la.kawan2 kerja. Mir sibuk tak? Boleh layan Pinki kejap?”

Boleh... Tapi b4 that nak tanya... ada datang office tak semalam?”

x de pun. Mcm na nak pi. Bukan dekat KL tu.Lagipun busy la. Ada projek. Knp? Ada yg x kena ke?”

Wan dapat bunga & kad smlm ntah dari siapa. Kata secretery sorg P dtg. Dia kata dia pernah jumpa & cakap dgn Wan. Tu yg tanya kot2 Pinki.”

Bkn Pinki. Peminat lah tu. Kalau Pinki, tak bagi bunga. Bagi hati hahahahaha mahu x hati Pinki?”

Mahu... Sedap apa hati. Kalau boleh jantung pun bagi juga. Buat ulam hahahahahaha juga:-p”



Sesudah bermessage dengan Pinki, kenalan misteriku tapi cukup menyenangkan, aku buka diari milik Tina. Helaian demi helaian diari biru muda milik Tina ku buka. Tiap helaian mencatatkan kisah dan memori yang dilalui Tina. Kisah yang bermakna buatnya. Kisah selama tiga tahun yang amat bermakna dan menjadi rahsia dirinya. Aku membaca satu-persatu.



4 Mac – Pertemuan pertama aku dan Mir. Hatiku sudah tertarik kepada pemuda yang papa bawa pulang. Sebelumnya aku hanya mendengar nama dan kebaikannya. Malam ini aku dapat menatap wajahnya, mendengar tutur katanya dan melihat baik budinya. Adakah aku sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya. Hatiku berdebar-debar bila matanya menikam tepat ke arah ku.



16 April – Aku tak dapat membendung lagi rasa hatiku. Aku mesti mengenalinya dengan lebih rapat. Aku akan ajak dia keluar makan. Aku nak berada dekat disisinya. Jika boleh tiap waktu aku mahu ada bersamanya. Aku akan menelefonnya nanti.



Jam 2.30 petang : Mir berada di depanku. Hatiku melonjak kegembiraan. Alangkah indahnya dunia ku rasakan bila dia berada di depanku. Pandanglah aku. Tataplah wajahku.

18 Jun – Hari ini hari ulangtahun kelahiran Mir ke-23. Aku tak sabar nak berjumpa dengannya. Aku nak hadiahkan sesuatu khas untuknya agar dia tahu aku menyayanginya. Sayang sangat-sangat.



when i think about the day that we 1st meet, wasn’t looking for what i found, but i found u n i’m bound 2, find happines in being around u..”



Aku teringat kembali ketika itu Tina minta untuk mencium pipi ku sebagai hadiah hari lahirku. Aku beri kan keizinan kerana Tina begitu bersungguh mahu mengucup pipiku. Dan itulah kali pertama pipiku dikucup oleh perempuan asing. Sebelum ini hanya emak dan Angah saja yang pernah mencium pipi dan dahiku. Aku meraba-raba pipiku. Terasa kehangatan bibir Tina.



1 September – Hari lahir ku tiba jua. Hari ini aku nak minta Mir pula mengucup pipiku. Malah aku mahu dia mengucup bibirku. Biar bibir kami bersatu. Dia mesti kucup bibirku. Aku tak mahu hadiah yang lain. Aku tak kan terima apa-apa hadiah darinya. Aku mahukan kucupannya.



8.30 malam : Ku buat permintaan kepadanya. Ternyata Mir terkejut dan memandang tepat ke arah ku. Jangan pandang aku begitu. Aku tak mampu nak menerima pandangan matamu. Sinar mata mu buat aku lemah. Setelah puas aku merayu, akhirnya kau laksanakan jua permintaanku. Oh dunia, indahnya waktu itu. Aku lihat kau tersipu malu. Aku jua malu kerana mendesak dirimu. Namun ku tak mampu nak menghalang desakan hati ku.



11.30 malam : Aku sayangkan kau, Mir. Aku tak boleh melupakan dirimu walau sedetik. Bagaimana nak aku jelaskan padamu yang aku rindukan perhatianmu? Aku sayangkan dirimu dan aku CINTAkan dirimu. Oh, kasih... Mengerti lah kata hatiku ini. Pandang lah aku dan fahamilah gelodak jiwaku.



Mir... Tina ucap terima kasih atas kucupan yang Mir berikan tadi. Tina tak kan lupa dan maaf sebab mendesak Mir tadi. Tapi Tina mahukan kucupan Mir sebagai hadiah hari lahir Tina yang paling berharga sepanjang hidup Tina.



Aku berbaring sambil membaca tiap baris yang tertulis. Tulisan Tina ku lihat sangat cantik dan tersusun. Tidak seperti tulisan aku yang makin lama, makin tidak tahu apa yang ditulis. Sebab itu aku tak gemar menulis lama-lama. Ketika di U dulu pun, banyak nota yang aku fotostat sahaja dari Myza.



Diari kedua mula ku belek. Kali ini berwarna kuning air. Lembut warnanya selembut budi pemiliknya. Helaian dengan tarikh yang sama dilipat oleh Dato’. Aku membuka lipatan pertama.



4 Mac – Ulang tahun perkenalan ku yang pertama bersama Mir. Bila aku nak luahkan rasa hati ku buat mu? Aku tak tahu. Tapi hatiku meronta-ronta memaksa ku meluahkan segala agar kau tahu. Aku akan mengajak kau makan tengahari bersamaku.



2.00 petang : It’s very suprise... Kau hadiahkan aku seutas rantai yang begitu cantik. Kau kata hadiah sempena ulangtahun perkenalan kita. Tertulis namaku pada buah rantai berbentuk hati. Memang aku tak sangka yang kau jua mengingati tarikh ini.



i’m glad when i’m making luv 2 u, i’m glad 4 the way u make me feel, i’m glad when u walk u hold my hand, i’m glad that u came into my life, coz since the day u came i’ve been glad...”

16 April – Sengaja aku meminta papa menjemput Mir datang ke rumah. Ini kali kedua Mir akan datang. Kali ini, aku akan memasak khas buatnya. Aku tak kan suruh mak Minah memasak. Biarlah papa sangka mak Minah yang masak. Biar semua orang fikir begitu. Tapi aku mahu Mir merasai masakan ku. Biar dia puji Mak Minah walaupun aku yang menyediakan masakan itu.



8.00 malam : Mir begitu berselera menikmati makan malam hari ini. Aku paling gembira kerana aku berjaya menambat jiwanya dengan masakan ku. Tak sia-sia aku berusaha mencari resipi menu itu. Aku tak kisah kalau mak Minah tak benarkan aku memasak, aku tetap mahu menyediakannya untuk Mir. Biar mak Minah berehat kali ini. Aku tak mahu papa tahu hal ni. Papa juga memuji masakan istimewa malam ini. Semua orang memuji.



Patutlah Tina beria-iya menyuruh aku datang lagi jika mahu merasa masakan yang sedap malam itu. Dia yang masak rupanya. Aku tambah kagum dengannya. Gadis secantik itu mampu menghasilkan masakan sebegitu sedap. Patutlah mak Minah tersenyum melihat Tina bila aku memuji masakan itu. Terasa malu bila mengenangkan aku makan bertambah malam itu. Bukan dua tapi tiga kali. Memang aku tak jarang sangat bertambah ketika makan. Aku lebih gemar makan berulang dari bertambah. Malam itu aku tak dapat menahan kehendakku untuk menambah. Biarlah Dato’, Tina mahupun mak Minah nak kata aku ini pelahap. Yang penting aku mahu menikmati keenakan masakan malam itu.



18 Jun – Hari yang ku tunggu-tunggu tiba jua akhirnya, hari ini akan ku luah segalanya. Aku akan beritahu kepadanya “AKU CINTA KAMU”. Selamat Hari Lahir ke-24 sayang ku Mir.



9.45 malam : Aku berdiri depanmu. Aku genggam tanganmu erat-erat. Aku bisikkan di telingamu yang mana “TINA SAYANGKAN MIR”... Arghhhhh kenapa aku tak mampu nak luahkan hakikat yang aku menyintaikan dirimu. Kau membalas pengucapanku dengan mengatakan kau jua menyayangi diriku. Aku hadiahkan seutas jam tangan yang ku tempah khas untukmu. Aku harap kau menyukainya.



1 September – Sekali lagi kau membuat kejutan buatku. Kau bawa aku pulang ke kampung halaman-mu dan perkenalkan aku kepada keluargamu. Mereka begitu baik terhadapku. Achik pernah bertanya kepada ku sama ada aku ini teman wanitamu. Aku terus mengiyakan dan Achik begitu gembira. Dia memeluk aku dan mengatakan dia gembira kalau aku menjadi kakaknya.



Baru aku teringat yang Achik begitu bersungguh minta aku bawakan Tina bersama semasa aku menelefon memberitahu aku akan pulang ke kampung. Dan dia kecewa bila aku pulang keseorangan. Nasib baik Tina ada memberikan patung Doremon untuk aku bawa pulang sebagai hadiah untuk Achik. Jika tidak pasti rajuk Achik lebih lama. Aku akui yang emak dan abah juga terpikat dengan kebaikan dan budi bahasa yang ditunjukkan Tina sepanjang berada di rumahku. Pendek kata semuanya berkenan di hati mereka.



Encik Mir, Dato’ nak jumpa.”


Aku simpan diari milik Tina di dalam laci dan bergegas ke bilik Dato’. Kelihatan Dato’ begitu serius meneliti fail-fail di mejanya. Aku menanti apa bakal diucapkan oleh Dato’.



Sepanjang minggu depan saya ke China untuk meeting dengan our client there. So, saya nak awak take care our company. Saya yakin dengan kebolehan awak. Apa-apa hal awak hubungi saya nanti.”

InsyaAllah Dato’. So, mesyuarat lembaga pengarah minggu depan macam mana?”

Oh ya.. Saya dah minta Sis keluarkan surat dan notis memberitahu meeting tu akan di akan lusa. So, pastikan paper work yang saya minta tu disiapkan before lusa. Any problem?”

Tak ada Dato’. Saya akan usaha siapkan yang terbaik. Ada apa-apa lagi Dato’?”



Seperti yang dirancangkan, pagi itu semua ahli lembaga pengarah datang. Semua memasuki dewan mesyuarat yang terletak di tingkat 5 MIH. Dato’ juga telah bersiap sedia. Pasti akan ada kejutan lagi dalam mesyuarat kali ini. Selesai pembentangan kertas kerja yang aku siapkan semua mata tertumpu kepada keputusan dari Dato’.



Okey, pertamanya tahniah kepada Mir, Pengurus Sumber Manusia kita yang telah membentangkan satu cadangan yang begitu baik dan saya yakin bila dua cawangan baru kita dibuka kelak pada akhir bulan hadapan, kita tidak akan menghadapi banyak masalah jika semua perancangan yang dah dibuat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.”

Terima kasih Dato’. Hasil kerja saya itu tak seberapa. Tapi ini lah yang termampu saya hasilkan.”



Semua orang memberi tepukan dan aku berasa sangat bangga bila hasil usaha dihargai. Tak sia-sia aku berjaga sehingga lewat malam untuk menyiapkan paper work ini. Tergesa-gesa tetapi tetap hasil yang boleh dibanggakan.



Berikutnya... Oleh kerana pembukaan dua cawangan ini, maka saya telah merancang untuk satu rombakan untuk melicinkan perjalanan pertadbiran MIH. Kita akan mewujudkan satu jawatan baru iaitu Pengarah Urusan untuk kawasan Malaysia timur yang mana akan bertanggungjawab mengawal selia pentadbiran bagi cawangan kita di Sabah dan juga Sarawak. Tiada yang lebih layak melainkan saudara Mir kita. Oleh sebab perlantikan ini, beliau akan diberikan cuti khas selama sebulan dan kemudian beliau akan berpindah ke Kuching. Syarikat akan menyediakan rumah dan kemudahan lain di sana kelak. Kita tak mahu timbul pelbagai masalah di sana.”

Tahniah Mir. Rezeki awak memang baik.”

Terima Kasih. Terima kasih Dato’. Terima kasih semua atas kepercayaan ini.”

Pengarah Urusan di Sabah akan diletak di bawah tanggungjawab Mohd Syafee manakala Pengurus Urusan di Sarawak akan ditentukan sendiri oleh Mir sebab dia berada di sana. Lebih mudah untuk dia memantau siapa yang layak kelak. Pengarah Urusan di ibu pejabat ini yang ditinggalkan saudara Syafee akan diletak di bawah tanggungjawab Mohd Najmi, yang kini sebagai sebagai Pengarah Urusan di Kuantan. Beliau dan telah dimaklumkan dan telah memberikan persetujuan. Untuk mengisi kekosongan Pengurus Sumber Manusia, kita akan membuat perlantikan secara dalaman dan maklumat mengenai kenaikan pangkat akan dikeluarkan awal bulan hadapan. Kita akan jalankan temuduga terbuka untuk beberapa jawatan terutama untuk cawangan baru kita kelak. Semua perlantikan jawatan utama dan pengambilan pekerja perlu diselesaikan dalam masa dua bulan. Cawangan baru akan beroperasi sepenuhnya 3 bulan dari sekarang.”



Adakah perlantikan aku ini akan melenyapkan ingatanku buat Tina? Bila kau jauh meninggalkan bumi Semenanjung kelak? Aku mahu pulang dahulu. Aku mahu merehatkan diriku yang begitu penat dan lemah. Terlalu banyak masa malam ku dihabiskan untuk meyiapkan kerja dan berfikir. Bersetujukah abah dan mak nanti bila aku memberitahu mereka tentang keputusan syarikat? Aku tidak pasti. Gerak hatiku mengatakan yang mereka tiada sebarang halangan. Sedangkan dulu aku turut diberi peluang untuk ke Paris, inikan Sarawak, sebahagian dari tanah Malaysia. Hanya terpisah oleh saujana mata memandang Laut China Selatan. Tetapi tidak lah sukar dengan adanya perkhidmatan udara. Mudah sahaja untuk berulang-alik.



Hai Pinki... Good news... Mir baru aja naik pangkat. Kini dah bergelar Ketua Pengarah Urusan. Dan > menarik Mir akan ke Sarawak. Jadi Big Bos di sana. Dapat lah kita jumpa nnti. Mir nak jumpa Pinki. Nak sangat jumpa Pinki. Nak kenal Pinki. Nak usik Pinki.”

Nak jumpa? x payah lg. Pinki blm redi la. Tunggu aja. Tiba masanya kita kluar sama2. Buat masa la, ckup la sms aja OK. Sorry. Bkn x sudi tp x redi la. Marah ke?”

x lah.. Mir x paksa. Tp kalau boleh nak sgt jumpa. Lg cpt lagi OK. Nak kenal orgnya. Tentu Pinki ceria orgnya kan. Tu yg Mir nak jumpa. Jgn sembunyi lama sgt tau.”

Ok, Pinki janji, kita pasti akan jumpa tapi biar masa tentukan bila. Appun, TaHniaH ats kenaikan itu. Nanti boleh la Pinki minta kerja dengan Wan. Tak perlu interview terus dapat. Boleh?”



Aku singgah sebentar di meja Sis. Nak berbual-bual dengannya. Kelak tiada peluang lagi kan.



Encik Mir, tahniah atas perlantikan ke jawatan baru. Tentu seronok dapat menaiki kapal terbang dan merantau ke negeri orang kan. Saya sendiri pun dah lama benar tidak pulang ke Sabah. Sejak pemergian mak dan ayah saya tak pernah kembali. Sesekali teringin juga nak melihat kampung halaman. Tapi bila teringat kisah sedih itu, hati saya tawar untuk kembali.”

Terima kasih Sis. InsyaAllah kelak, kalau ada kelapangan saya akan temankan Sis pulang. Sis masih ada saudara mara di Sabah kan.”

Ya. Saya masih ada ibu saudara tapi tak tahu sama ada mereka masih tinggal di sana atau sudah berpindah ke tempat lain. Selain tu, saya sayangkan MIH ni dan saya nak bersama ayah saya di sini.”

Ayah? Sis kata ayah dan mak Sis dah tak ada lagi?”

Insan yang saya anggap macam ayah saya sendiri. Dato’ Karim yang telah banyak berjasa kepada saya. Dato’ pun ada minta saya terus tinggal di sini dan dia tak mahu saya pergi ke mana-mana lagi. Dia dah tak punya siapa lagi.”

Betul tu... Saya pun bersimpati dengan apa yang terpaksa Dato lalui. Tapi inilah takdir. Okey lah Sis, saya nak kemaskan barang-barang saya dan kerja yang perlu saya bereskan.”



Hari ini merupakan hari terakhir aku di ibu pejabat MIH. Esok aku akan mula bercuti selama sebulan sebelum aku beralih angin ke Malaysia timur. Telah lama aku idamkan saat-saat sebegini. Merasai pengalaman hidup di negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya itu. Menjelang senja aku sampai ke halaman rumah.



Along... Mana kak Tina? Kenapa tak bawa kak Tina sama? Achik rindu lah kat Kak Tina.”

Achik... Bukan Along tak mahu bawa Kak Tina. Tapi Kak Tina dah tak ada. Kak Tina dah pergi jauh dari kita. Kak Tina dah meninggal.”

Along tipu! Kak Tina muda lagi. Tak kan boleh mati.”

Achik, tak perlu tunggu tua atau sakit baru nak mati. Kak Tina meninggal sebab accident jalan raya. Kak Tina pergi depan mata Along. Dalam pangkuan Along.”

Ala... Tak dapat la Achik bermain dengan kak Tina lagi.”



Achik ku lihat murung seketika. Aku tahu hasratnya nak terkubur. Aku mengangkat beg pakaian ku masuk ke bilik yang memang khas buatku. Aku baring seketika. Terasa sakit dan sengal seluruh badan. Abah belum pulang dari kebun. Emak tentunya bersama abah. Sama-sama mengusahakan kebun pisang dan jagung. Angah ada di rumah mertuanya. Alang dan Ucu ke sekolah. Tinggal lah Achik tak berteman di rumah. Kasihan dia. Keseorangan seperti mana aku juga. Apa boleh buat dah nasib dia sebagai anak bongsu dalam keluarga. Sekurang-kurangnya dia punya ramai orang yang memberikan perhatian dan kasih sayang yang melimpah ruah buatnya.



Jom Achik kita pergi pekan. Nak ikut tak? Nak ikut cepat pakai baju. Ajak anak Pak Ngah Ajip sekali tau. Cepat sikit, kalau tak Along tinggal. Kita pi makan KFC.”

Nak... Sat Along, Achik pi ambik baju kat penyidai... Padil.... Along Achik ajak pi pekan. Jom cepat..”

Along kereta sapa punya ni? Along punya ka? Bila Along beli? Along dah kaya ka?”

Kereta kawan lah. Along pinjam sat. Ada nampak kak Shieda tak? Kak Tasya ka?

Tak nampak pun. Tapi dengaq kata dua hari sudah ayah kak Shieda tampaq tunang kak Shieda. Tak tau la pasai apa. Abah tau la kot sebab abah yang cerita kat mak. Achik dengaq macam-macam tu.”



Aku tersenyum puas. Barangkali Haji Malek sudah tahu hakikat sebenar. Menantu yang dipuja rupa-nya ular berbisa. Nasib baik tak sempat ditipu. Kalau tidak mugkin merempat mereka anak-beranak. Dalam perjalanan aku ternampak Shieda sedang menanti bas di pondok bas yang hampir runtuh.



Shieda nak ke pekan? Mai la pi dengan Mir sekali. Wan pun nak pi pekan bawak Achik jalan-jalan. Achik buka pintu untuk kak Shieda.”

Terima kasih Mir. Bila sampai? Cuti lama ka? Maaf la lama tak telefon. Ayah cabut wayar telefon. Dia sakit hati dan malu sangat-sangat dengan apa yang terjadi. Apapun, terima kasih. Dah selesai semua dah. Shieda dan Zul dah pun putus tunang. Tapi perang besaq jugak lah hari tu. Ayah bagi penampaq juga si Zul tu depan orang ramai. Tapi risau jugak...”

Risau kenapa lagi? Ulaq tu ugut nak buat apa-apa ka?”

Ha... Dia kata dia akan buat hidup kami merana. Tu yang ayah dok risau sampai sakit-sakit tu. Apa yang patut kami buat Mir? Buat laporan polis pun, dia tak buat apa-apa lagi.”

Tak ada beraninya dia nak buat apa-apa. Tapi, kalau ada apa-apa tanda yang mencuriga tu, cepat-cepat bagitau Mir ya. Mir tahu apa yang nak dibuat. So, cerita lah apa yang jadi hari tu?”

Ayah jemput dia makan tengahari. Dia buat bodo dia mai makan. Kali ni bawak kain pelikat untuk ayah dan kain batik untuk mak. Untuk Shieda dia bawa kain. Untuk baju raya katanya. Lepas saja makan, ayah panggil dia duduk sembang-sembang. Ayah bagitau dia nak ke KL minggu depan. Jadi dia minta la alamat rumah dia. Kiranya nak jumpa bakal besan lah. Berubah terus air muka dia. Dia kata la ni parents dia ada di luar negara. Ayah minta nombor telefon parent’s dia pulak.”

Lepas tu.... Macam menarik saja.”

Ayah minta pinjam handset dan terus call nombor tu. Terkantoi la dia, bila dijawab saja terus ayah dengar orang marah-marah, jerit-jerit kata bila kau nak dapat tanah pak mertua kau. Bos dah angin satu badan. Ayah jerit tanah kepala bapak kau. Dia pandang Zul. Berpeluh kawan. Bila ayah cerita-kan semua yang Mir bagitau kat ayah tempoh hari terus merah-merah muka si Zul. Dia nak cabut lari tapi ayah tahan. Ayah bubuh penampaq dan cakap mulai saat ni putus semuanya. Ayah dan Shieda tak ada apa-apa ikatan dengan dia lagi. Kata ayah kat dia, kau boleh pergi mati!”

Garang betul ayah Shieda ya.”

Memang pun. Shieda yang di dapur dengan mak pun terhendap-hendap nak tengok apa yang jadi. Shieda nampak Zul tunding jari macam memberi amaran. Bila tanya ayah apa kata si Zul tu, ayah kata binatang tu ugut nak lingkupkan kami sekeluarga. Sejak hari tu sampai ke hari ni tak nampak lagi muka dia. Telefon pun dia dah tukar nombor. Nasib Shieda masih ada alamat tempat dia berkerja. Jadi kalau ada apa-apa perkara, Shieda akan cari dia di pejabat lah.”

Padan muka dia. Tentu dia akan cari siapa yang menyampaikan berita tu kat ayah Shieda kan. Dia tak kan dapat tahu dengan semudah itu. Baru dia tahu langit tau tinggi rendah. Laut tu dalam cetek. Baru dia tau tak semua orang kampung dia boleh ditipu di pijak di hentak.”



Kereta berhenti di bahu jalan dan Shieda membuka pintu dan turun. Dia memandang aku dengan senyuman yang tetap manis seperti selalu. Aku membalas. Achik dan Padil, anak pak ngah Ajip, begitu asyik dengar apa yang kami bualkan. Dua-dua tak terkata apa. Sudah tidak faham hujung pangkal, apa lagi yang nak dikata? Diam sahajalah.



Terima kasih Mir susah-susah tumpangkan Shieda. Nanti jemput datang rumah ya.”

Sama-sama dan insyaAllah jika ada sedikit kelapangan.”



Sampai di halaman rumah, ku lihat mak dan abah telah sedia menanti. Rancak berbual nampaknya mereka. Sambil menjamah ubi kayu bercicah kelapa masin. Petang-petang begini memang enak bila kena ubi kayu dan air kopi. Aku sambut tangan mak dan abah aku. Ku cium tanda hormat.



Lama dah sampai Mir? Tengok bawa beg besar tu. Cuti lama kot.”

Sebulan mak, abah... Bulan depan Mir akan ditugaskan di Sarawak. Jadi syarikat bagi cuti sebulan. Jadi Mir balik lah nak habiskan masa di kampung. Dah ke sana nanti bukan dapat balik selalu kan.”

Awat yang jauh sangat tu? Berapa lama Mir kat sana?”

Dalam 5 6 tahun jugak kot. Banyak benda nak diuruskan. Cawangan baru syarikat. Mir la ni dah di naik pangkat tu yang kena hantar ke sana. Rezeki Mir kat sana kot. Jauh tak bermakna akan hilang apa-apa kan. Kata orang jauh di mata tapi dekat di hati.”

Pandai-pandai bawak diri di tempat orang. Jangan tunjuk kita ni hebat sangat. Di mana bumi dipijak, di situ la langit kita junjung.”

InsyaAllah abah, Mir ingat pesan mak dan abah.”



Telefon bimbit ku berbunyi nyaring. Siapa pula yang call aku lewat malam begini? Gangguan lagikah?



Hello, Assalamualaikum... Shieda nie.”

Waalaikumsalam. Aiii Shieda, dah lewat malam ni belum tidur lagi?”

Belum. Mata susah nak pejam. Sorry la mengganggu Mir kot dah tidur. Bila Mir akan ke Sarawak? Kenapa jauh sangat Mir? Tak kan kerani pun perlu bertukar sejauh tu?”

Mir dah naik pangkat lah Shieda. Sekarang bukan kerani lagi. Kebetulan cawangan baru di buka di Sabah dan Sarawak. Dan nasib Mir di Sarawak. Kalau Sabah lagi jauh kan? Kenapa?”

Tak adalah... Jauh sangat. Nanti kalau Shieda ada apa-apa masalah, macam mana nak jumpa Mir? Bukannya murah tambang kapal terbang kan?”

Shieda datang saja. Mir bayar tambang flight tu. Ha! Call tengah malam tentu ada yang mustahak kan. Boleh Mir tahu?”

Boleh kita jumpa esok tak? Ada hal penting nak Shieda beritahu kat Mir.”

Boleh, apa salahnya. Di mana? Shieda datang dengan Tasya?”

Tak, sorang. Dia kerja pagi esok.”

OK lah macam tu dalam jam 9 pagi Mir jemput di tepi jalan ya.”

Mir datang jemput di rumah boleh tak? Ayah pun nak bercakap dengan Wan sekejap. Ayah pesan suruh Shieda beritahu kat Mir. Lagipun Mir bercuti kan. Bukan nak ke mana-mana pun. Tak payah tergesa-gesalah. Sarapan di rumah Shieda ya. ”

Macam tu, Mir datang rumah pagi esok. Masak nasi lemak tau. Dah lama Mir tak kena nasi lemak. Mengidam dah ni. Kalau tak dapat meleleh lah Mir nanti.”

Jumpa esok ya... Nanti Shieda masakkan nasi lemak sambal tumis ikan bilis tau.”



Lima belas minit lagi pukul 9. Aku dah berada di halaman rumah Shieda. Haji Malek ku lihat sedang mundar-mandir di beranda. Salam ku berjawab. Haji Malek tersenyum kepadaku. Lega rasa hati yang tadi agak berdebar-debar. Manalah tahu aku akan akan mendapat hinaan seperti dulu lagi? Atau lebih hebat dari dulu? Aku tak tahu malu, dah di tolak masih terhegeh-hegeh nak kan anaknya. Kemungkinan itu tetap ada.



Naik dulu Mir. Saya ada perkara nak dibincangkan dengan awak. Shieda, bawakan air ke depan.”

Ada apa hal pak cik? Ada yang saya buat silap ka?”

Tak... Saya nak ucap terima kasih sebab... Kerana Mir, saya sekeluarga terselamat dari di tipu oleh manusia keparat tu.”

Eh, pak cik. Saya tak buat apa-apa pun. Cuma beri pendapat saya sahaja kat Shieda apa yang patut dia buat. Dia ada minta pandangan saya. Saya beri pendapat sebagai sahabat.”

Shieda dah cerita semuanya. Mohd Shaufi tu tak wujud. Tapi orang yang berlakon sebagai dia tu memang wujud dan ada di depan saya. Saya perlu berterima kasih pada Mir.”

Ooo Shieda dah ceritakan semuanya. Kalau macam tu saya minta maaf sebab menyamar. Saya tak mahu nanti dianggap sebagai merancang merosakkan hasrat orang. Tapi saya rasa saya patut untuk membantu selepas Shieda beritahu saya yang tunangnya bernama Zul dan kerja di ACN. Saya kenal sikit-sikit dengan Zul tu. Dah saya dah dapat maklumat tentang dia. Memang dia tak sebaik orangnya pak cik. Muka memang nampak baik. Tapi hatinya kotor.”

Saya takkan ceritakan apa-apa sebab saya malu pada Mir, pada anak saya sebab menolak hasrat hati Mir mudah-mudah dan beriya-iya mahukan menantu kaya. Saya salah sebab terlalu melihat harta benda yang saya fikir penjamin kebahagiaan. Bila dia datang, terus terima. Tuhan tu Maha Adil. Rupanya dalam hati dia penuh dengan niat busuk dan kotor. Maafkan saya Mir.”

Tak mengapa pak cik. Saya dah tak kecil hati pun sebab saya pun sedar saya buat tindakan pun ada yang tergesa-gesa. Jujur saya cakap, dulu saya ada juga terasa hati tapi, nak buat apa berlama-lama. Semua tu takdir untuk saya. La ni pun saya dah gembira dengan kehidupan saya. Walaupun tak mewah, sekurang-kurangnya saya dapat hidup selesa dan gembira.”

Dengar kata Mir akan bertugas di Sarawak, betul ka? Awat yang jauh sangat. Kerja apa kat sana?”

Betul pak cik. Awal bulan depan saya berangkat ke sana. Kerja biasa-biasa sahaja. Syarikat baru buka cawangan dan saya diminta membantu pengurusan di sana buat sementara. Saya di sini kerja sebagai ketua kerani. Sekarang tengah bercuti lah.”

Kerani pun kerja jugak. Janji ada kerja kan. Lagipun ekonomi sekarang bukannya baik sangat. Dapat kerja pun dah cukup baik dari ada kelulusan tapi tak ada kerja. Macam Shieda. Ada ijazah pun kerja kilang saja. Tu pun nasib baik dapat jadi supervisor dah. Saja nak jadi rezeki dia.”

Jemput minum ayah, jemput minum Mir.”

Terima kasih Shieda. Pak cik saya nak ajak Shieda jalan-jalan di bandar sekejap. Shieda kata ada hal dia nak bincang dengan saya. Jadi, nak minta izin pak cik lah.”

Boleh, saya izinkan tapi jangan lewat sangat pulang. Nanti tak manis orang pandang.”

Terima ksih pak cik. Saya akan pulang secepat yang mungkin lah sebab saya pun tak mahu nama kita jadi buah mulut orang.”

Saya kasihankan Shieda tu. Nasib dia selalu malang. Tapi dia tak pernah nak mengalah. Baginya itu semua dah takdir dari Yang Esa dan sebagai hamba, kena patuh dan redha. Saya harap lepas ni nasib Shieda akan lebih baik dan dia akan gembira seperti dulu.”

InsyaAllah pak cik. Shieda budak baik. Pasti kelak dia akan mengecap erti bahagia yang sebenar.”



Di pantai Teluk Batik tempat yang sering menyaksi pertemuan kami sebelumnya kini menjadi saksi sekali lagi. Batu tempat kami selalu duduk berbual menjadi singgahan kami lagi. Aku menanti untuk Shieda bersuara. Dari tadi asyik membisu. Handset berbunyi lagi.



Hai.. A’kum. Mir buat pe? Pinki di pekan. Jln2 cuti ni. Bosan sgt. Projek OK mcm exam juga. Yakin la excellent. Kalau cemerlang Mir kena bagi hadiah kat Pinki tau.”

Hai, Wslm... Boleh.. Mir bagi hadiah plg special nanti. Ckp apa aja yg Pinki nak.”

Kereta? Hahahahahaha x lah. Apa aja Mir bagi Pinki terima. Yg pnting, Mir kena bg hadiah tau.”

OK... Mir bg la Pinki syg oiiii... Mcm2 la Pinki ni.”

Thanks.. Ni yg buat Pinki jatuh cinta ni. Mir, i lip lap lip lap you.”

Hey... :-) mcm2. OK, layan ajalah. x layan kang, kot ada yg kecik hati. i lip lap lip lap you 2 3 4ever.”

Mir jahat lah.. Selalu kenakan Pinki. x pe, nanti jumpa Pinki pula kenakan Mir.”

Mir x jahat yer.. NaKaL... Dah Pinki pun nakal...:-p”



Shieda membiarkan aku bermessage seketika. Dia menghadap mukanya ke arah laut Selat Melaka yang membiru. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mencium pipinya yang putih bersih. Terasa ada riak mencuka di wajahnya. Aku dapat meneka apa yang bermain di dalam fikirannya saat ini. Kekecewaan yang kesekian kalinya dalam soal hati. Terasa nasib kami sama.



Sorry, kawan SMS tadi... OK, Cakaplah apa yang Shieda nak cakapkan. Mir menanti ni. Tertanya-tanya juga apa yang Shieda nak bagitau Mir. Tentu sesuatu yang penting sangat.”

Kawan lelaki ke perempuan? Istimewa?”

Kawan biasa. Mir tak pernah jumpa dia pun. Kenal melalui SMS sahaja. Tapi seronok juga main SMS dengan dia. Terhibur juga dengan sikap nakal dia. Okey, lupakan pasal dia. Mir nak dengar apa yang Shieda nak beritahu Mir sekarang.”

.....Mulanya Shieda nak ucap terima kasih sebab telah membantu menyelesaikan masalah Shieda. Kedua nak minta maaf sebab menceritakan hal sebenar pada ayah walaupun kita dah janji ini semua rahsia kita. Mir memang sahabat yang sangat baik.”

Tak mengapalah. Itu gunanya sahabat. Bukan sahaja ada diwaktu kita bergembira tetapi hilang di kala kita berduka, kita memerlukan seseorang. Dan Mir memang begitukan. Tak mau tengok kawan Mir bersedih dan menanggung masalah sorang-sorang.”

Thanks... Kelmarin ayah ada tanya Shieda. Apa yang akan membuatkan Shieda rasa gembira? Dan Shieda beritahu yang Shieda akan rasa gembira jika Shieda dapat apa yang Shieda impikan.”

Apa yang Shieda impikan?”

Shieda beritahu ayah yang Shieda mahu kembali kepada Mir. Dan mahu ayah menerima walaupun Shieda mungkin sekali lagi kecewa jika ayah masih dengan prinsipnya. Mahukan menantu berharta. Tapi... Ayah tak macam tu. Ayah menerima permintaan Shieda dan beritahu dia akan terima siapa juga lelaki pilihan Shieda. Asalkan Shieda gembira. So, kiranya masih punya ruang di hati Mir, Shieda ingin menjadi sebahagian dari diri Mir. Shieda ingin kembali ke pangkuan Mir.”



Aku tak tahu nak cakap apa. Berat benar permintaan Shieda. Luka yang ditinggalkan Haji Malik masih punya bekas yang belum sembuh. Bukan kerana dia menolak lamaran ku tetapi menghina nasib ku di depan mak dan abah ku. Aku malu kerana hinaan itu cuma aku tak luahkan sahaja. Biarlah aku simpan sebagai kenangan buat diriku. Memang aku tak marah tapi aku menyimpan rasa.



Shieda... Permintaan Shieda tu terlalu berat. Memang Mir gembira sebab kita tiada halangan lagi jika mahu mengulangi kisah kita satu masa dulu. Sekurang-kurangnya doa Mir selama ini, akhirnya di makbulkan Tuhan. Tapi Mir perlu fikir masak-masak sebab ini melibatkan soal hati, perasaan dan soal masa depan Mir dan kita. Jangan kerana peluang yang terbuka di depan mata kita tak fikir lagi hal lain. Kelak kita akan menderita sendiri. Mir harap Shieda faham tak tak salah faham. Berikan Mir sikit masa untuk memikirkan hal ni ya.”

Tak mengapalah. Shieda akan tunggu tak kisah berapa lama. Asalkan keputusan Mir kelak adalah keputusan yang menggembirakan. Shieda memang berharap sangat sebab ini lah kesempatan yang Siheda tunggu selama ini. Shieda tak pernah menyintai lelaki lain selain Mir. Shieda tak mampu nak menyintai lelaki lain selain Mir. Shieda perlukan Mir sebagai teman hidup Shieda. Shieda yakin yang Mir mampu menggembirakan Shieda.”

Thanks atas kepercayaan Shieda tu. Dan Mir pun memang impikan peluang sebegini. Tapi Mir perlukan masa sebab Mir pun banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apa lagi Mir akan ke Sarawak bulan depan. Tentu banyak perkara yang perlu Mir dahulukan.”

Shieda akan tunggu. Tapi, please jangan kecewakan Shieda kali ni ya. Kita pernah berjanji dulu kan yang kita akan ambil setiap peluang yang ada selagi ianya memberikan kebaikan buat kita. Dan satu yang Shieda harap Mir faham. Shieda tak mampu nak terima lelaki lain selain Mir.“



.......pertemuan itu berakhir tanpa jawapan pasti dariku. Memang permintaan Shieda kali ni agak berat dan bersungguh-sungguh. Satu sudut aku gembira, tetapi sudut yang lain, aku perlu berfikir. Aku takut memori luka terus menjadi santapan hatiku. Cukup lah kepedihan yang aku timpakan buatnya selama ini. Aku mahu menghadiahkan kegembiraan yang berkekalan buat hatiku. Tidak mahu lagi hati ini terus menangis dan meratap. Kisah sedih bagiku sudah berlalu.