BAB 3 : AKHIRNYA KU TEMUI


BAB 3 : Pemergianmu Ku Tangisi, Kedatangannya Ku Hargai



Kini telah seminggu Tina tidak menghubungi aku. Telefon bimbitnya sering dimatikan. Aku tak tahu apa yang berlaku dan apa yang Tina lakukan kini. Tak tahu apa lagi yang perlu ku buat. Kecewa benarkah dia dengan keputusan ku tempohari? Dato’ pun ada bertanya sama ada aku dan Tina ada menghadapi apa-apa masalah. Kerana dia bimbang melihat anak gadisnya itu asyik berkurung di bilik sahaja. Apa aku nak jawab? Perlukan aku berterus-terang? Ku lihat handset ku. Ada signal SMS yang baru ku terima. Dari Tina. “COL TINA NOW!” Ringkas tetapi penuh tanda tanya. Terus ku gapai gagang telefon menekan nombor Tina satu persatu dan menanti penuh debar talian disambungkan. Gembira dan tertanya bersillih ganti.



Mir.... Assalammualaikum. Selamat Hari Lahir yang ke-25. Semoga dipanjang umur, dimurah rezeki dan dianugerahkan kegembiraan yang hakiki oleh-Nya. Petang nanti jumpa Tina di tempat biasa jam 5.30 tau. Wan datang awal sikit. Bimbang tak sempat pula nanti.”

Tak sempat untuk apa tu Tina?”

Aaa..... tak ada apa-apa. Tina silap cakap tadi. Datang tau. Tina ada something nak berikan Mir.”



Tak sangka dalam kekecewaan aku menolak luahan hatinya, Tina masih ingat dan sudi mengucap-kan selamat hari lahir buatku. Terasa diri ini begitu dihargai, disayangi dan dikasihi. Aku tersenyum sendiri bila memikirkan perkara yang sebegitu. Seperti yang dijanjikan seawal jam 5 aku dah berada di depan restoran Selera Kampung tempat yang biasa kami bertemu. Rupanya Tina telah menempah satu ruang di dalam restoran khas untuk kami bersama. Hebat betul gadis ini. Begitu berusaha untuk memenangi hati ini. Sedang asyik menunggu, aku lihat di seberang sana, Tina sedang membelokkan keretanya. Persis seorang puteri kayangan yang turun ke Bumi. Cantik benar Tina petang itu. Aku melambai tangan ke arah Tina. Dan Tina membalas...



Tinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............... Patut lah kau kata takut tak sempat....



Aku terjelepuk di lantai melihat apa yang berlaku di depan mataku. Tina melambung dirempuh kereta yang datang tiba-tiba dari depan. Orang ramai mula mengerumuni sekujur tubuh yang penuh dengan darah merah. Aku berlari memecah kumpulan manusia yang berpusu-pusu. Ku rangkul tubuh Tina perlahan. Menangis semahunya.



Tina.... Kenapa jadi macam ni Tina. Ya Allah.... Panggilkan ambulans...”

Mir... Maafkan Tina. Maafkan Tina kerana mengganggu emosi Mir selama ini. Tina benar-benar menyayangi Mir lebih dari seorang abang. Tina cintakan Mir. Selamanya Tina akan menanti Mir hadir ke sisi Tina. Mir sayangkan Tina kan. Tina tahu... Mir sayangkan Tina... Tina pun sayangkan Mir. Tapi kasih sayang itu.... tak dapat kita tukar menjadi cinta.. ”

Mengucap Tina. Mengucap. Semua akan baik. Kuatkan semangat Tina. Ingat pada kasih sayang papa Tina. Tak kan Tina nak tinggalkan papa Tina keseorangan?”

Mir... Maafkan Tina ya... Tina dah tak mampu lagi nak bertahan. Sampaikan salam Tina pada papa. Sampaikan mohon maaf Tina untuk papa. Tina doakan agar Mir akan bahagia dan terus berjaya. Berjanji pada Tina ya. Mir akan sentiasa mengingati Tina.”

Mir janji Tina... Mir janji...”



Darah makin banyak keluar dari mulut, telinga dan hidung Tina. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Mata Tina masih memandang aku. Penuh dengan sinar harapan. Tangannya menggeletar menahan sakit yang bukan kepalang. Tapi mulutnya masih cuba untuk melemparkan senyum dan mengungkapkan sesuatu yang kian payah. Hatiku diruntun kepedihan. Terasa aku jua turut menanggung penderitaan dan kesakitan yang dirasai Tina saat ini.



Mir.... Ini yang Tina nak beri pada Mir. Terimalah pemberian terakhir Tina ini ya. Tina nak Mir buka depan Tina tapi.... Tina dah tak punya kesempatan... Maafkan Tina, Mir... Ya Allah...”

Mengucap Tina. Ikut apa Mir kata... Assahaduallaillahhaillah.... Tinaaaaaaaaa...”



Pemergian Tina secara tiba-tiba di depan mataku sangat menggangu emosi. Langsung aku tak punya semangat untuk melakukan apa-apa. Masih terbayang lagi lambaian tangan Tina kepadaku dan saat jasadnya melambung di rempuh kereta sial. Mengapa harus Tina pergi di usia yang begitu muda? Kenapa tidak aku? Dato’ telah seminggu menenangkan diri di tanah suci Mekah. Aku pun sudah hampir seminggu bercuti. Kotak pemberian terakhir Tina pun masih tak mampu aku buka. Aku belum mampu dan belum bersedia lagi untuk mengetahui isi hati Tina di dalam kotak baldu berwarna biru yang tercalit darah merah. Tunggulah suatu masa ketika aku dah bersedia untuk membukanya.



Waalaikumsalam... kali ni pasal perempuan lagi ke?”

Tak juga... pasal Tina. Tapi ko jangan terkejut beruk pulak dengaq cerita aku nanti.”

Awatnya? Ko jadi nak menikah dengan dia ka? Tahniah! Tahniah!”

Bukan lah... Tina dah meninggal!”

Hoi kawan... Ko jangan main-main dengan benda macam ni. Aku lempang jugak kang.”

Aku serius ni. Dia accident 2 minggu lepas. Depan mata aku ko tau. Dalam pangkuan aku. Aku terkilan sangat sebab masa tu dia tengah nak lintas jalan nak bagi hadiah birthday aku, tiba-tiba datang kereta dari depan dia terus bummmmmm... Melambung Tina depan mata aku.?

Ya Allah.... Kesiannya. Innallillah... Habis tu ko okey tak ni?”

Aku ok, cuma masih lagi teringat kat dia. Terbayang-bayang lagi kegembiraan dia nak mai jumpa aku lepas kami ada sikit konflik. Teringat dia merintih menahan sakit yang bukan kepalang.”

Aku simpati dengan ko. Tapi ini takdir dari Dia kan. Tak boleh nak lawan. Kita kena terima dengan hati yang paling tabah walaupun kadang-kadang kita tak mampu nak terima. Aku sebagai kawan ko, sedia untuk membantu setakat yang aku mampu. Asal ko tak keberatan berkongsi dengan aku. Apa guna jadi kawan kalau tak bantu masa kawan memerlukan kita. Itu bukan kawan.”

Thanks Tasya.. Lega sikit aku dengar. Eh, Shieda apa khabar? Apa cerita dia?”

Macam tu lah dia. Dah tak nampak muka happy macam selalu lagi. Ko contact lah dia. Berbual-bual dengan dia. Dia perlukan seseorang untuk menenangkan hati dan perasaan dia yang tak menentu. Dan orang tu tak ada siapa lagi yang layak. Ko aja. Ko kan hebat dalam bab-bab hati dan perasaan..”

Banyak lah ko.. Nanti lah aku call dia OK... Ko apa cerita?”

Aku pun macam tu juga. Tetap happy memanjang. Buat apa nak pening-pening kepala kan. Buat sakit jiwa saja. Aku tahu, aku pi keja, balik keja. Hal lain sorry... Malas aku nak fikir terutama cinta. Aku fobia dengan word CINTA.”

Aiii.... Macam pernah frust aja ni. Tak mau cerita kat aku ka? Aku dah cerita kat ko kisah aku. Ko tak kan nak sembunyi dari aku. Apa guna aku jadi kawan ko.”

Nanti la aku cerita. Aku pun tak sedia nak cerita kat sapa-sapa. Biaq la aku tanggung sorang-sorang dulu. Sampai masa aku cerita kat ko. Jangan kecik hati pulak. Bukan tak percaya kat ko. Tapi aku tak ready lah. Aku janji aku cerita nanti.”

Ye lah Nenek Kura oiii...”

Oiiii.... Aku benci betul la kat nama tu. Jangan la panggil aku guna nama tu. Menyampah aku ko tau. Panggil la nama lain tapi jangan nama tu. Ko panggil lagi aku dengan nama tu jangan harap aku nak layan. Pergi mampus lah ko.”

Amboi, gila punya garang. Ye lah... aku panggil ko Kera lah... Opps Tasya!!!”



Pagi itu aku menjejakkan kaki semula ke MIH. Tentu banyak kerja yang menanti aku. Penuh memo di atas meja aku. Baru sahaja nak melabuh punggung ke kerusi, telefon berbunyi.



Sis, batalkan semua appoinment dengan client hari ni. Saya busy dan tak mahu diganggu.”

Ini panggilan dari Perak encik Mir... Ok, saya sambungkan”

Hai... Assalammualaikum Mir. Ini Shieda ni. Mengganggu Mir ke?”

Tak.... tak mengganggu pun. Ada apa-apa yang boleh Mir bantu ke?”

Shieda ada masalah besar ni Mir. Dah cerita pada ayah. Tapi dia tak percaya.”

Apa masalahnya Shieda. Cerita lah. Mana tahu Mir boleh bantu.”

Pasal tunang Shieda. Shieda dapat tahu dan dah siasat pun. Memang benar seperti apa yang orang kata. Shieda tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada Shieda, pada ayah pada kami semua.”

Kenapa ni Shieda? Cool okey... Cerita slow-slow biar Mir jelas.”

Begini... Alamak, ayah balik lah Mir. Nanti Shieda call lagi ya....”

Shieda, Shieda, Shieda.... Pergi rumah Tasya. Mir call ke sana ya. Dah sampai beritahu okey...”

Okey...tooootttt.... toooottt....



Aku menekan butang nombor dan menanti disambungkan. Satu persatu aku tekan. Sembilan kali jariku menekan butang di dada telefon yang tak bernyawa tapi mampu bersuara walaupun terpisah beribu batu antara aku dan siapa juga. Aku cuba berfikir apa masalah yang dihadapi oleh Shieda. Dan terdengar suara di hujung sana. Aku memang kenal suara yang di hujung sana. Suara yang aku rindui selama ini. Tapi kini mampukah suara itu terus membuaikan rinduku padanya?



Waalaikumsalam.... Aku la. Ko nak cakap dengan buah hati ko kan. Sat nooo...”

Ha, Shieda... Assalammualaikum. Sambung cerita tadi.”

Waalaikumsalam... Begini.... Sebelum ni ada kawan-kawan Shieda bagitau yang tunang Shieda ni kaki penipu, kaki disko, kaki pukul malah kaki perempuan. Tapi Shieda tak nak terus percaya selagi tak tengok bukti. Tapi baru-baru ni, Shieda terserempak dengan dia di sebuah restoran. Dia dengan kawan-kawan dia sedang asyik minum. Shieda pergi jumpa dia. Gelabah betul dia. Bila tanya... Dia kata ada sikit discussion tentang bussiness. Shieda tengok atas meja mereka ada 2 botol Carlsberg. Memang dia ada bersama rakan-rakan chinese. Tapi air dalam cawan dia sama warna dengan cawan-cawan lain.”

So, apa penjelasan dia?”

Dia kata air teh. Ingat Shieda budak-budak yang boleh digula-gulakan? Sorry! Shieda tak sebodoh tu walaupun Shieda asal dari kampung. Makan penampar juga dia hari tu. Baru padan muka dia. Tapi jenis yang tak tahu malu, tiap hari datang rumah jumpa ayah. Bawa hadiah untuk orang tua tu. Apa lagi, melebarlah senyum orang tua tu. Siap marah Shieda sebab tak layan jantan tu. Hati Shieda dah tertutup selepas peristiwa tu. Apa yang patut Shieda buat Mir... Please tolong Shieda..”

Emmmmm..... Mir simpati dengan apa yang Shieda lalui kini. Tapi Mir pun tak tahu apa yang patut dibuat. Buat masa la ni bersabar dulu lah. Kita fikir sama-sama OK. Apa kata hujung minggu ni kita jumpa. Ajak Tasya sekali tau. Kita plan sesuatu agar masalah Shieda dapat di selesaikan secepat yang boleh. Lagi lambat lagi bertambah rumit nantikan. Kita jumpa di Ipoh nak tak? Kebetulan weekend ni Mir akan ke sana untuk meeting.”

Ok.. Thanks, kita jumpa di sana nanti ya....”



Pening... Pening... Pening... Kian kusut dengan satu persatu masalah yang berlaku. Ujian Tuhan kah ini? Mampukah aku untuk melalui semua ini sedangkan aku insan kerdil yang kurang ilmu dan kurang amal. Perlu petunjuk dan bimbingan untuk terus berdiri teguh di jalan yang ku pilih. Walau apapun, aku mesti teruskan hidup di dunia sementara ini. Kadang-kadang hatiku merintih tanda sesal kerana menolak cinta Tina. Tapi aku tak boleh nak menerima luahan hatinya. Memang tak ada rasa cinta dalam hatiku buatnya. Memang kami begitu mesra dengan gelak tawa, senda gurau dan usikan nakal tapi tak pernah ada rasa cinta dalam hatiku.



Apa yang aku pamerkan dan berikan pada Tina semuanya atas nama seorang sahabat dan seorang abang buat sahabat dan adik yang inginkan perhatian dan kasih sayang. Tina anak tunggal kepada seorang ayah yang begitu sibuk dengan kerjaya. Dia tak punya kesempatan merasai kasih sayang ibu yang telah kembali mengadap Tuhan yang Esa. Aku tak mampu nak menyemai rasa cinta sebab rasa itu akan hadir dengan sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa.



Ahhhhhh.... Yang dah berlaku biarlah ia berlalu. Biarlah segalanya pergi jauh-jauh dari hidupku. Tina sudah tiada lagi dan tak mungkin akan kembali melainkan hanya kenangan yang tinggal. Mungkin dia sedang bersemadi dengan aman di alam yang kekal abadi. Atau mungkin juga dia sedang merintih lagi di sana dan menagih cinta dariku. Atau merintih kesakitan dan kepedihan akibat kemalangan itu? Tidakkkkkkk..... Maafkan aku Tina. Maafkan aku....



Handset berbunyi tanda SMS masuk ke inbox. Aku mencapai dan membacanya. Entah dari siapa tapi ingin berkenalan dengan aku. Balas atau tidak? Balas atau tidak? Aku membalas. Dan segera di jawap lagi. Aku jadi seronok bila Pinki beriya-iya mahu menjadi temanku. Katanya dia dari Sarawak tapi kini ada di Semenanjung.Dia kenal aku katanya. Bila ku tanya dari mana dia dapat nombor aku, dia kata yang aku ada mendail nombornya. Jadi dia mahu tahu siapa yang membuat misscall. Aku mahu menelefon dia tapi dia enggan berbual dengan aku. Katanya biarlah kenal hanya melalu SMS. Tiba masa nanti akan bertemu juga. Yang penting dia kata dia kenal aku.



Jalan jammed teruk ketika ini. Jam semakin hampir untuk tiba waktu aku bertemu Shieda dan Tasya. Aku menghubungi mereka menyatakan sebab mengapa aku mungkin terlewat. Kereta bergerak bagai perlahan. Bunyi hon kadang-kadang membingitkan telinga. Aku menjadi tidak sabar. Aircond terasa panas walaupun dipasang kuat. SMS masuk lagi dan aku tahu tentu dari Pinki. Aku tak tahu kenapa. Aku seakan ternanti-nanti SMS dari Pinki. Aku berbalas SMS dengan Pinki.



Pinki buat apa tu? Mir dalam kereta. Bosan jln jem. Nak tanya.. Islam ke? Sbb di Swk nama mcm Melayu blm tentu Islam kan. Apa Pinki buat di Smjg? Keje? Study?”

Study.. Baru habis final year exam. Islam. Nak pi mana? Date? Ooooo tentu kiut kan aweks Mir”

Mir x de awek!! Baru putus tunang. Baru ditolak lamaran! Frust sgt tp nak buat apa? Takdir kan. UUM corse apa? Mir dulu HR di UUM juga. Dah lama. Apa yg Pinki tahu lg ttg Mir?”

Adalah juga yang Pinki tahu. Mir kerja apa, di mana, pakai kereta apa, nombor plat pun Pinki tahu.”

Hey... Mcm na boleh tau semua tu? Pasang spy ke?”

Tak lah.. Usaha sendiri. Kebetulan sbnr nya. Pinki trus trang ya. Pinki yg usaha dpt no Mir. Mcm na cara itu rahsia. Nnti Pinki bagitau jg. Mir marah ke? Kalau marah Pinki rela undur diri.”

Tak.. Mir suka. Mir syok sgt2 bila dpt msg Pinki. Mir tunggu2 jg. Mir rasa mcm kita ada feel yg sama. Serasi. Sbb tu nak kenal > dkt dgn Pinki. Boleh kita jumpa x? Mir pergi UUM ke?”

x payah lah Mir. Nnti kita akan jumpa jugak. Sabaq yer. Lgpun Pinki la ni tgh praktikal di luar UUM"

Pinki... Mir dah sampai ni. Kita jumpa next time. Take Care!! Babai!!”



Tertinjau-tinjau mencari di mana Shieda dan Tasya. Tasya melambai-lambai ke arah ku. Shieda turut memerhati. Aku melangkah ke arah mereka. Pasti mereka ternanti-nanti kehadiranku kali ini. Masing-masing bergantung harapan di bahuku. Memang aku memikul tanggungjawab yang amatlah berat. Masa depan seorang gadis yang baik berada di tanganku kini. Tapi aku tak perlu kelam kabut. Bukan ada apa-apa yang lain yang hendak dikejar. Aku pun dah ambil cuti khas hari ini. Aku mahu Shieda tahu, aku teman yang sedia ada di sisi di saat dia memerlukan aku. Aku teman yang takkan lari dari teman-teman. Biarlah susah senang dirasai bersama-sama. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Kesedihan dan kegembiraan dikongsi bersama. Itu baru namanya berkawan atas nama jujur dan ikhlas. Berkawan kerana ingin berkawan.



Assalammualaikum... Dah lama tunggu ke? Sorry lah, jalan jem tadi..”

Waalaikumsalam.... Encik Mir Sharifuddin... Kita ni sekampung!! Tolong speaking orang kampung. Kami tak faham cakap orang KL ni. Tak payah la nak ber ke ke dengan kami. Ko aku lagi best apa...”

Orait lah.. Sibuk saja la ko ni. Dah order makanan ka? Aku lapaq dah ni. Meeting tadi dihidang ayaq dengan cucuq badak. Mana nak kenyang.”

Dah... Shieda dah order tadi. Nak tanya ni. Mir kerja apa di KL sampai jadi kena datang sini untuk meeting. Takkan kerani pun kena out-station.”

Betui tu. Paling koman pun eksekutif ka, penolong pengurus ka... Kerani mana ada peluang nak jadi macam ni kan.”

Hey... MIH company multinasional. Bukan kilang kecik. Kerani pun gaji besar tau. Ko tu yang dah jadi supervisor kat kilang elektronik kat Penang tu pun baru berapa gaji ko. Bukan aku nak belagak, tapi hakikatnya macam tu. Lain tempat lain dia punya cara dan tugas yang nak kena buat kan.”

Ye lah encik Mir oiii. Tak guna cakap dengan ko. Mesti nak menang memanjang.”

Yes!!! Aku menang... Ha, Shieda dah OK sikit ka? Ada apa-apa perkembangan yang Mkir masih tak tahu ke? Bagitau lah kalau ada apa-apa news.

Macam ni lah. Kerja pun dah berhenti. Tak dapat nak beri tumpuan kat tempat kerja. Asyik kena marah dengan bos memanjang. Tak tahan, Shieda hantar surat letak jawatan. Sayang juga sebab dah lama kerja kat situ. Tapi dari jadi bahan kemarahan, baik Shieda berhenti saja kan.”

Aku ada idea tapi tak tau lah ko dengan Shieda nak terima atau tak. Aku cuma bagi cadangan saja. Nak guna atau tak, terpulang. Aku cuma nak tolong kawan. Aku tak sampai hati nak tengok kawan aku jadi macam ayam berak kapoq lama-lama. Aku nak tengok kawan aku ceria macam dulu-dulu.”

Apa cadangan ko tu....”



Kami bertiga tersenyum sesama sendiri. Boleh pakai juga otak di Tasya dalam keadaan macam ni. Aku lihat riak wajah Shieda yang paling gembira dan memandang aku penuh harapan kerana dia tahu yang mana kejayaan plan ini terletak di tangan ku. Jadi seharusnya aku bersedia untuk melaksakan plan ini sebaik yang mungkin. Setelah sepakat, aku minta izin untuk pulang kerana masih ada tugas yang perlu aku bereskan. Tapi aku terkejut dan langsung tak menyangka.



Thanks Shieda.... Tak pernah lupa dengan kedatangan hari ulang tahu Mir.”

Hey... Ni lah namanya kawan. Aku pun ada bawa suprise. Tapi kad saja lah. Aku tak tau nak bagi apa lah sebab aku tak tau ko suka apa. Selamat hari lahir yang ke 25. Ingat sikit yang ko tu dah tua.”

Habis tu ko tak tua? Kita sebaya kan. Hahahaha. Shieda lain la. Dia muda dari kita. Ko tu kakak dia.”

Sebab aku kakak dia la aku jaga dia baik-baik. Semut pun aku tak bagi gigit dia. Tambah kalau ko nak gigit dia. Aku belasah ko sampai lunyai. Aku jaga dia sejak dia Form 1 lagi. Adik angkat aku yang paling aku sayang ko tau.”

Aku tau... Time kita senior, ko yang paling baik dengan semua budak junior kan. Tapi yang peliknya ko tak bagi budak junior panggil ko kakak. Takut nampak tua lah tu hahahahahaha..”



Kami berlalu ke destinasi masing-masing. Tapi aku ambil keputusan untuk pulang menjenguk mak, abah dan adik-adik seketika. Alang-alang dah pulang ke Perak.



Assalammualaikum... Angah, ko masak apa tu?”

Sambal tumis petai. Kawan ko tu along, gila petai sungguh. Seminggu mesti ada sekali makan petai. Nasi dengan petai rebus pun cukup dah.”

Kawan Long tu memang macam tu. Tak cerewet tentang makan. Janji kenyang bagi dia. Tapi maaf lah sebab tak dapat nak pulang masa ko kahwin dulu. Long ada seminar. Tentu si Ali marahkan Long kan sebab tak pi kenduri rumah dia. Tak pa. Nanti kenduri kat rumah dia bulan depan abang mesti pulang. Tak hilang lagi kot seri pengantin tu?”

Banyak la seri. Abang Ali pulang hujung minggu saja. Lepas dah buat majlis kat rumah kita, baru dia nak bawa Angah duduk dengan dia di Kangar.”

OK lah macam tu. Dapat la Long jumpa dia hari ni ya. Long on the way balik ni. Nak singgah sekejap jumpa mak abah. Alang-alang dah ada di Perak kan. Jangan bagitau kat sesapa tau. Suprise...”

Banyak la suprise Long. Hati-hati bawa kereta tu. La kereta banyak tak tak macam dulu. Nak cari sebijik pun payah.”

InsyaAllah, kirim salam kat semua ya Angah.”



Belum sampai 15 minit aku dah memasuki jalan susur masuk ke kampung halaman ku. Hatiku terasa tenang pabila melihat pohon nyiur melentok liuk di tiup angin bayu petang. Sengaja ku minta Syafee memandu sebab aku tak mahu rahsia ku terbongkar awal dari yang sepatutnya. Awal-awal lagi telah ku beri amaran kepada Syafee supaya menyimpan rahsia ini dari pengetahuan keluarga aku dan juga orang yang tidak dikenali. Biarlah orang mengenali aku sebagai kerani seperti mana aku mula-mula ke MIH setahun yang lalu. Itu lebih menyelesakan aku untuk bergerak ke mana sahaja.



Angah melambai tangan ke arahku. Sengaja dia menjerit memanggil Achik untuk melihat siapa yang datang. Ku lihat Achik melonjak kegembiraan bila melihat aku melambai tangan ke arahnya. Dipeluk dicium aku berkali-kali, rindu benar dia. Memang dia adik yang paling rapat denganku. Malah dengan semua orang. Mungkin dia yang paling bongsu dan usia yang masih muda. Baru 9 tahun. Beza umur antara Alang dengah Achik pun 5 tahun.



Memang rezeki mak dan abah barangkali yang kepingin anak dan mereka sama-sama berdoa di depan Kaabah ketika menunaikan haji agar dikurniakan anak sebelum mereka berdua ‘expired’’. Alhamdulillah, doa mereka di makbul dan lahir lah Muhammad Shaufi Haqimi ke dunia ini. Malam itu aku dan Syafee berlawan makan. Berselera benar Syafee dapat menikmati masakan orang kampung. Achik juga tak lekang dari ku. Bertambah juga dia yang sedari awal lagi sudah duduk disisi.



Abah... Mak... Mir minta diri dulu ya. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aral akhir bulan nanti Mir pulang awal sikit untuk sama-sama membantu urus majlis si Angah dan si Ali.”

Ye lah... Hati-hati bawa kereta tu. Jangan laju-laju. Kalau penat, mengantuk rehat lah dulu.”

InsyaAllah mak cik, pak cik. Terima kasih atas makan malam tadi. Sedap betul.”

Abang kalau nak makan macam tu mai lah rumah Achik lagi. Boleh Achik bawak abang naik gerek sama-sama. Kita pusing kampung. Mana tau kot sangkut awek kat sini.”

Achik.... Tak padan dengan kecik dan pandai hal macam tu.”

Tak apa lah pak cik. Budak-budak zaman la tak macam dulu.”



Sepanjang perjalanan aku berbual-bual kosong dengan Syafee. Pun begitu, pertengahan jalan aku terlelap membiarkan Syafee keseorangan. Sedar sahaja, aku lihat Syafee sedang berbaring di bangku rehat hentian sebelah Sungai Buluh.



Sorry Fee, aku terlelap tadi. Letih satu, kenyang pun satu sebab aku terlelap tadi. Nanti aku drive kau tidur pula okey. Tak kan kau nak drive sepanjang jalan.”

Tak kisah pun. Tapi aku nak bagitau kau satu hal. Tadi, masa kau tidur aku ada dengar kau asyik sebut nama Tina. Kau masih teringatkan arwah ke? Yang berlalu tu biarkan berlalu Wan.”

Ye ke... Aku tak sedar apa-apa pun. Aku memang nak lupakan kisah aku dengan Tina tapi sukar benar sebab dia pergi depan mata aku. Dalam pangkuan aku. InsyaAllah, sedikit demi sedikit aku akan dapat melupakan kisah dengan dia.”

Bagus lah macam tu. Dato’ pun aku lihat semakin dapat menerima kenyataan dan dah mula datang kerja. So, kau pun patut kuat begitu. Aku yakin kau mampu sebab aku kenal semangat kau macam mana. Tapi kau kena tabah dan banyak berdoa kepada-Nya. Jom lah... Kita bergerak sekarang. Tak jauh dah nie. Cepat sampai boleh rehat lama sikit.”



Jam 4 pagi kereta membelok masuk ke perkarangan rumah ku. Letih benar. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebat. Menambahkan lagi ingatan ku ke tilam empuk dan selimut lembut.



Kau tidur rumah aku sajalah malam ni. Dah awal pagi nie. Nanti kau tak cukup rehat.”

Tak pe lah, aku dah janji dengan bini aku akan balik sebelum subuh. Nanti risau pulak dia.”

Dia risau ke atau kau tu yang takut tak sempat.... Faham-faham sendiri lah.”

Ada-ada saja kau ni. Ke situ pula yang difikir. Itulah, orang suruh cari bini kau tak nak. Kata tak ready lah tak ada calon lah. Duit banyak tak guna juga kalau hati kita kosong. Kau dah tahap wajib Mir..”

Tak ada orang nak aku nak buat macam mana. Okey lah, sampai rumah nanti kau SMS aku. Takut kalau ada apa-apa yang terjadi dalam perjalanan nanti. Jangan diam saja. Kau selalu macam tu..”

Bukan tak dak yang nak tapi ko tu yang tak mau cuba buka hati ko balik. OK lah, aku SMS kau bila aku sampai rumah nanti. Aku balik dulu ya. Assalammualaikum...

Baru aku nak melelapkan mata, handset ku berbunyi. Aku tahu siapa yang call aku sebab nada dering itu memang aku khas kan untuk dia. Tapi aku tak mampu nak jawab. Letih benar. SMS masuk ke dalam handset aku. Aku buka dan membaca...



A’kum... Dah tido ke? Sori m’ganggu. Good Nite. Shieda rindu lah kat Mir. Bye2...”



Mir... Hari tu kau ada tanya kalau-kalau aku pernah dengar nama Zulkhusmi. Ni aku ada news yang aku baru dapat. Dia big boss syarikat ACN Sdn. Bhd. Syarikat tu pernah try untuk dapatkan tender pembekalan bahan dengan kita. Tapi kita reject sebab apa yang ditawarkan agak mustahil. Dalam banyak-banyak kompeni, ACN yang tawarkan harga jauh berbeza. Kita cuba siasat, dan kita dapat tahu yang yang ACN sebenarnya sebuah syarikat yang bermasalah.”

Lagi? Yang kau tahu tentang Zul. Itu yang penting bagi aku.”

Dia dulunya hanya lah seorang Finance Executive. Tapi entah macam mana dia tiba-tiba jadi bos. Dengar kata dia manipulasi saham syarikat. Lagi pula rekod dia sebelum ni pun tak berapa baik. Kaki botol, kaki betina, kaki disko. Aku tak tau betul ke tak. Informer aku yang bagitau.”

Lagi? Penting semua info tu kat aku sebab nak tolong kawan. Tak mahu dia terperangkap dengan tipu muslihat si Zul tu.”

Informer aku juga cakap, 2 bulan lepas dia gunakan pekerja dia menyamar jadi mak bapak dia untuk merisik seorang budak kampung. Bapak dia tu dengar kata ada tanah yang luas jugalah. Tambah lagi bapak budak tu pula pentingkan duit. So, lagi senang la dia nak mainkan muslihat.”

Muslihat macam mana?”

Aku tak pasti. Mungkin dia kahwin dengan budak tu untuk dapatkan tanah? Atau lebih dari tu, dia nak kan tanah dan budak tu dia boleh dagangkan? Kita tak tahu apa ada dalam kepala belut macam tu.”

Dia tu anak Dato’ ke?”

Ya... Dato’ penipu.Dia sanggup buat apa sahaja untuk capai impiannya.”

OK, thanks for your informations. Its mean a lot to me. Aku hargai tapi please rahsiakan hal ni OK. Tak nak nanti ada apa-apa masalah di masa depan. Jangan buat main-main dengan belut. Dia licik dan tentunya merbahaya kan. Aku pergi dulu. Aku ada hal sikit. Ko tentu tengok macam si Fabian.”

Fabian mana?”

Cuando Seas Mia... Telenovela TV2 tu...”

Cehhh peminat rupanya... Aku jarang-jarang. Tapi bini aku tak pernah miss.”



Hari ini aku akan melaksanakan plan yang telah dirancang bersama Shieda dan Tasya. Tepat jam 8 malam aku menjemput mereka yang baru sampai dari Ipoh di Pudu Raya. Rimas rasanya bila melihat ramai betul orang lalu lalang di stesen yang tak pernah lena. Entah ke mana warga kota ini mahu pergi. Ke utara, selatan, timur dan barat. Terus kami menuju ke KFC jalan Tuanku Abdul Rahman. Kami duduk di sudut yang paling hujung. Sambil makan kami bergelak tawa dengan usikan. Ku lihat Shieda begitu gembira walaupun aku tahu dalam hatinya kini, begitu hebat berperang antara kehendak hati dan hormat kepada ayahnya. Jika diikut hati memang dia mahu putus segala-galanya dengan Zukhusmi, anak Dato’ Mokhtar. Baginya, tunangnya tu bukan lelaki tetapi jantan. Talam dua muka. Depan orang tua, baik mengalahkan malaikat. Di belakang orang, syaitan pun mengaku kalah.



Tapi jika dia berbuat begitu, apa pula reaksi ayahnya? Marahkah ayah nanti? Di anggap anak yang derhaka kah nanti? Anak tak kenang budi? Anak tak kenal dek untung. Menolak tuah yang datang bergolek. Kelak hidup merana baru nak menyesali tindakan yang dibuat. Selepas sahaja kami siap menjamah makanan, plan rahsia pun siap untuk dilaksanakan. Semua berwajah serius seketika. Aku mendail nombor telefon rumah Shieda. Berhati-hati supaya tak nampak tergopoh gapah.



Ya saya Haji Malek bercakap. Siapa yang bercakap di sana?”

Saya, Mohd Shaufi, sepupu kepada Zulkhusmi, bakal menantu Haji. Saya bukan nak berniat untuk merosakkan masa depan keluarga Haji. Tetapi sekadar untuk membantu mengelak daripada Haji sekeluarga mendapat malu.”

Malu apa ni? Awak jangan main-main dengan saya. Bakal menantu saya tu baik orangnya. Macam mana awak dapat nombor telefon rumah ni? Awak berniat jahat dan dengkikan dia agaknya?”

Tak ada sebab saya nak berdengki. Saya pun dah ada segalanya. Saya tak nak tengok Haji malu dan anak pak cik menderita kelak. Saya kenal benar dengan Zul. Kami membesar sama-sama. Malah sehingga kini kami masih saling berhubung cuma tak serapat dulu sebab dia dah berbeza dari Zul yang saya kenali. Dia makin tersasar jauh Haji. Terlalu jauh.”

Apa maksud awak?”

Zul tu ular Haji. Menunggu masa dan peluang saja untuk membelit bila mangsa terleka. Zul memang cekap dalam bisnes. Saya akuinya. Tapi apa yang dia capai semuanya dengan cara yang kotor. Rasuah, ugutan dan tipu helah. Syer saya dalam syarikat yang dia tadbir kini juga telah jatuh ke tangannya. Tapi saya tak salahkan dia sebab saya pun salah juga kerana terlalu percayakan dia. Jika tidak dia tidak akan berada di kerusi empuk yang didudukinya kini. Dia juga kaki botol, kaki disko, kaki betina dan kaki penipu. Senang cakap depan Haji memang malaikat pun tabik dia. Tapi dibelakang kita, syaitan tak perlu suruh, tak perlu cucuk. Dia akan buat sendiri.”

Kau jangan menuduh tanpa bukti.”

Terpulang pada Haji nak percaya atau tidak. Jangan sampai tanah Haji tergadai, maruah anak Haji pun jadi dagangan sudahlah. Kelak jangan kata saya tak ingatkan. Kalau Haji mahukan bukti cuba tanya siapa yang dia hantar sebagai wakil untuk merisik? Ataupun telefon sahaja ke pejabat dia dan tanya setiausaha dia siapa yang selalu jadi mangsa dia bila dia inginkan sesuatu.”

Apa ni? Saya tak faham langsung apa yang awak cakap. Buat saya pening kepala.”

Orang yang dia hantar sebagai wakil tu adalah pekerja dia! Mereka di paksa dan di beri upah yang lumayan. Mak bapak dia pun tak tahu hal ni. Malah, Zul bukan anak Dato’!!! Ayah dia pesara tentera. Sebab tak mahu keluarga Haji jadi mangsa kerakusan dia lah, saya cuba cari maklumat tentang tentang keluarga Haji. hal ni. Saya dapat nombor ni dari diari dia. Ada satu baris dalam diari tu tertulis satu ayat yang mesti Haji sukar nak percaya.”

Apa yang ditulis?”

Haji Malek & Siti Noor Shahadah – 2 lubuk emas aku. Tanah & Ringgit. Saya yakin dia mengidamkan tanah milik Haji dan anak Haji mungkin sebagai bahan dagangan. Tapi kalau masih tak percaya Haji boleh minta alamat rumah mereka dan datang sendiri. Itupun jika Zul akan berikan alamat yang betul pada Haji kelak. Jangan sampai Haji datang ke rumah siapa entah lah. Itu sahaja Haji yang saya nak cakapkan. Saya minta maaf kalau panggilan saya buat Haji tak senang duduk. Seperti yang saya cakap, saya hanya mahu membantu.”

Terima Kasih. Saya akan siasat. Kalau betul, saya ucap terima kasih kepada awak. Tapi jika awak sekadar nak merosakkan nama baik dia, saya tak akan maafkan awak.”

Terpulang lah pada Haji. Haji boleh sebut nama saya kalau Haji tak yakin. Lihat air muka dia macam mana nanti. Dan Haji akan tahu dia betul atau penipu.... Assalammualaikum...”



Muka Haji Malek kemerahan menahan marah. Walaupun dia tak pasti sama ada apa yang didengar-nya tadi benar atau palsu. Kami juga tertawa kerana aku melaksanakan tugas dengan amat berkesan dan cemerlang.Tapi Shieda terdiam seketika. Aku tak pasti apa yang difikirkan Shieda ketika itu. Bagi ku tidak penting lagi kerana apa yang dirancangkan telah pun dilaksanakan dengan cukup cemerlang. Aku pasti hasil yang menggembirakan akan dapat dituai kelak.



Kenapa Shieda?”

Tak ada apa-apa cuma tak keterlaluan sangat ke dengan apa yang Mir cakap pada ayah tadi? Kalau apa yang dicakapkan tu tak betul macam mana”

Kalau betul? Memang patut pun apa yang Mir cakap tu! Memang apa yang Mir cakap tu betul!!”

Oiii... Ko biaq betui. Jangan dok memain la. Hal penting ni. Aku debik ko sebijik baru ko tau.”

Betui la apa yang aku cakap. Aku rasa aku kenal siapa Zul. Macam mana aku kenai tak perlu tau lah tapi percayalah aku tak mau la cakap lebih-lebih kalau benda tu tak betui. Satu hari kelak ko dengan Shieda akan tau macam mana aku boleh tau hal tentang Zul. Jangan risaulah. Aku jamin semua akan OK dan sikit masa lagi Shieda akan bebas.”

Mir.... Terima Kasih. Tak tahu nak balas macam mana.”

It’s OK Shieda. Ok, jom lah. Mir bawa Shieda dan Tasya pusing-pusing KL..”



Aku membawa Shieda dan Tasya ronda-ronda ke tempat-tempat menarik di KL. Sengaja ku ambil cuti hari ini semata-mata untuk bersama-sama mereka. Aku membawa mereka berjalan-jalan di Menara Kuala Lumpur, KLCC, Putrajaya, KLIA, Taman Tasik Titiwangsa, Chow Kit, Pasar Seni, Bukit Bintang dan merata-rata. Memang habis satu KL aku bawa mereka pusing. Selepas makan malam bersama di sebuah Fastfood Corner KLIA, aku menghantar mereka ke Hotel Puduraya. Senang mereka untuk pulang awal pagi esok.



Thanks Mir... Puas hati dapat pusing satu KL walaupun penat sangat. Memang tak kan lupa.”

Welcome. Baguslah kalau puas hati. Takut tak puas saja.”

Kalau tiap hari macam ni mampuih tergedik-gedik aku. Gila ko bawak kami macam esok dah nak kiamat. Nak bawak pi semua tempat kalau boleh. Apapun terima kasih la sebab bawak kami makan angin. Syok sangat-sangat. Nanti ajak kami lagi noo.”

Ko nak mai lagi ka Tasya? Mai la, nanti aku suruh kawan aku bawak hang pusing-pusing KL lagi. Mana tau kawan aku berkenan pulak kat ko, boleh jadi couple.”

Dengan kawan ko nak buat apa? Kot dia juai aku, sapa yang susah? Mak bapak aku juga yang susah anak mereka yang ayu ni hilang. Tapi nanti bawa aku naik LRT erkk. Teringin la nak naik.”

Nak naik sekarang? Jom lah. Dekat-dekat sini pun ada. Simpan beg dulu. Lepas tu kita pergi ye.”

Aku bawa Shieda dan Tasya menaiki LRT dari hentian Plaza Rakyat hingga ke hentian Chow Sao Lin. Tasya begitu gembira dapat merealisasikan impiannya. Riak wajah Tasya begitu ceria. Aku turut puas kerana dapat membawa mereka berdua bersiar-siar di KL..



Thanks Wan, tak sangka ko sanggup tunaikan impian aku nak naik LRT hari ni jugak. Best jugak kan naik tu. Tak sesak dan laju aja. Kalau macam ni tak perlu risau lah kalau terlewat pun.Satu hari nanti aku kerja sini, aku nak jadikan LRT sebagai transport rasmi aku. Nanti bawa kami pi tempat lain pula.”

OK... Aku tunggu ko datang lagi. Aku bawak ko dan Shieda pi Sepang, Planetarium dan mana-mana ajah lah yang ko nak pergi. Aku nak minta diri dulu. Nanti marah kawan aku pinjam kereta dia lama sangat. Jumpa lagi nanti dan Shieda jangan risau ya. Semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik nanti. Banyak-banyak berdoa kepada Dia Yang Kuasa.”

Terima kasih Mir. Shieda rasa tenang sikit lepas apa yang kita rancang dah dibuat. Harap ayah akan percaya dan lakukan sesuatu lah. Shieda tak sanggup nak tunggu lama-lama lagi.”

Ala Shieda... Jangan risau la. Selagi kita percaya dan sabar Dia pasti akan bersama-sama kita. Mir dan aku pasti bersama-sama Shieda. Tak kan kami nak biar Shieda sorang sahaja tanggung semua ni kan. Apa guna jadi kawan kalau pakat dok lari bila kawan ada masalah.”

Terima kasih Tasya. Terima kasih Mir. Lega rasa hati Shieda. Shieda nak balik rehat dulu. Letih sangat hari ni. Esok berjalan lagi. Jumpa lagi Mir. Assalammualaikum.”

Waalaikumsalam.”