BAB 2 : AKHIRNYA KUTEMUI


BAB 2 : Naik Pangkat dan Gelora Bermula



Diam tak diam sudah 6 bulan aku di MIH. Bermakna 6 bulan juga aku menjadi warga Kuala Lumpur. Aku dah tahu selok belok ibu kota. Lorong mana yang tak pernah ku cuba. Simpang mana yang tak pernah dilalui. Bukan Mir namanya jika tidak ku kenali mana letaknya tempat-tempat di Kuala Lumpur walau tiada sebarang papan tanda. Masakan tidak. Pantang ada kesempatan pasti aku akan bermotor pusing-pusing Kuala Lumpur. Sengaja aku berbuat begitu. Mana tahu kelak ianya berguna buat aku. Sekurang-kurangnya aku telah bersedia.



Pagi ini mesyuarat tergempar diadakan di MIH. Aku tak pasti atas tujuan apa. Mungkin mengenai kekosongan beberapa jawatan penting ekoran penyusunan semula syarikat tempoh hari. Aku sebagai ketua kerani semestinya perlu hadir untuk sebagai wakil kepada bahagian ku. Setiap kerusi di meja bulat yang boleh memuatkan 40 orang telah penuh terisi. Hanya menanti kedatangan Dato’ Fadzil sahaja sebagai Pengerusi.



Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Terima kasih atas kehadiran tuan puan ke mesyuarat tergempar ini. Sebenarnya ada beberapa perkara yang ingin saya umumkan dan perkatakan untuk pengetahuan tuan puan semua.”



Dato’ Fadzil bercakap panjang lebar mengenai perkembangan syarikat yang kian baik. Semua orang bertepuk tangan bila Dato’ Fadzil mengumumkan pemberian bonus khas 2 bulan gaji kepada semua kaki tangan atau RM2000 untuk pekerja bergaji kurang RM2000. Aku juga mendapat tempiasnya. Semua orang berrtepuk dan bersorak gembira dengan pengumuman itu. Aku pun turut serta. Dengan gaji ku yang kini sekitar RM2100 aku bakal mendapat durian runtuh. Rezeki Angah agaknya yang bakal melangsungkan perkahwinan. Abah memang bercadang nak membuat majlis yang agak besar sempena menyambut menantu pertama. Dan aku sebagai anak sulung seharusnya menjadi penyumbang utama.



Sebagai langkah untuk memperkemaskan operasi, Mohd Al-Farabe akan dinaikkan pangkat sebagai pengarah operasi di MIH (marketing), cawangan baru kita di Ipoh. Makala cik Siti Rabiatul Adawiyah akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Jualan menggantikan Mohd Al-Farabe. Untuk pengisian jawatan Pengurus Sumber Manusia yang dikosongkan oleh Siti, saya mengumum kan perlantikan ketua kerani kita, Mir Shariffuddin sebagai Pengurus HR yang baru. Manakala ketua kerani akan diambil alih oleh penolongnya, cik Chatherine. Lain-lain nama untuk jawatan kecil akan diumumkan kelak. Tahniah kepada semua yang dilantik dan saya menaruh kepercayaan yang tinggi ke atas kebijaksanaan dan komitmen anda untuk memajukan MIH. Ingat satu perkara. MIH ini milik kita bersama.”



Majlis bersurai dengan aku tersandar di kerusi memikirkan kebenaran pengumuman Dato’ Fadzil tadi. Benarkah aku kini bergelar Pengurus HR? Jawatan yang dikatakan Dato’ sebagai jantung dan nadi kepada MIH. Kenaikan pangkat bermakna kenaikkan gaji dan semestinya pertambahan kepada tugas dan tanggungjawab. Bersediakah aku? Ramai orang mengucap tahniah buatku. Kata mereka aku memang layak untuk tugas tersebut kerana komitmen aku yang tak pernah kurang terhadap kerja dan tanggungjawab aku selama ini.



Tapi ku lihat ada juga semacam menarik muka. Mungkin kerana mereka tidak terpilih? Entah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, pemilihan Dato’ atas sumbangan yang telah aku curahkan. Aku tak bodek, aku tak ampu. Semuanya pemberian dari-Nya atas kegigihan dan usaha aku jua.



Encik Mir, sila ke bilik Dato’ sekarang”

Thanks Ros. Saya pergi sekarang.”

Tahniah Mir. Saya percaya yang saya telah membuat pilihan yang tepat. Serentak dengan perlanti-kan ini, awak akan berpindah ke bilik awak yang baru. Awak tahukan di mana. Dan awak juga akan menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat sebagai syarat penerimaan.?

Syarat penerimaan? Apa maksud Dato’.?

Syarikat akan menyediakan sebuah kereta, telefon bimbit, laptop, kad kredit dan sebuah rumah serta beberapa elaun khas setiap bulan. Dan saya yakin awak tidak berdepan masalah dengan syarat ini-kan. Ini adalah polisi syarikat ini dan setiap pekerja perlu mematuhi untuk menjaga imej syarikat.”

Dato’... Saya gembira bersama teman serumah saya dan lebih selesa bermotosikal sahaja ke pejabat. Dapat mengelak kesesakan. Lagipun saya tak berapa minat untuk nampak mewah. Apa guna jika kemewahan itu bukan milik saya yang sebenarnya.”

Saya faham maksud awak tapi ini adalah polisi syarikat sebagai tanda pengiktirafan kepada para pekerja yang dedikasi. Awak boleh datang ke pejabat dengan motosikal tetapi untuk urusan pejabat di luar, awak mesti berkereta. Rumah syarikat pun tak jauh kan. Di belakang syarikat ini sahaja. Awak boleh lihat dari bilik baru awak nanti rumah yang berbumbung biru.”

Baik lah Dato’ kalau begitu, saya setuju dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan Dato’ buat saya. InsyaAllah, saya akan laksanakan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin.”



Hujung minggu aku pulang ke kampung. Sudah lama benar aku tidak pulang. Sejak aku meninggalkan kampung, ini lah kali pertama aku pulang. Aku pulang dengan membawa kejayaan. Aku tak pasti apa pandangan orang kampung apabila aku pulang kelak. Aku pulang dengan membawa hajat juga. Aku mahu mak dan abah merisik Shieda, gadis impian ku. Teman sepermainan sedari kecil. Tapi aku tak pasti sama ada ayah nya dapat menerima aku atau tidak. Sebab aku tahu, ayahnya memang bercita-cita mahu bermenantukan orang kaya. Biar senang anak mereka katanya. Tapi aku fikir ayah nya mahu menyenangkan diri sendiri dan anak sebagai batu loncatan.



Mak... Along balik mak. Abah... abang Along balik.. Angah... Ucu... Alang balik...”



Jeritan Achik memecah suasana hening rumah petang itu. Aku terasa sangat gembira bila melihat adik-adik ku berkejar-kejar ke arah ku. Ditariknya beg aku. Ucu mengambil sweater di bahu. Alang menjinjing beg plastik dari tangan. Terasa hilang beban yang digalas dari tepi jalan tadi. Sengaja tidak ku beritahu kepulangan sebagai satu kejutan buat semua. Ternyata mereka terkejut.



Macam mana kerja kau di Kuala Lumpur Long? Seronok ka? Kau kerja apa?”

Kerja OK. Kerani biasa saja. Aku yang tiada pengalaman mana nak dapat jawatan baik. Kau tu dah siap sedia ka nak jadi ratu sehari? Jadi isteri yang baik tau. Isteri yang taat pada suami, pada ibu bapa dan lagi penting pada Tuhan.Jangan jadi macam aku dulu, memalukan mak abah saja.”

InsyaAllah Long.. Aku pun lega sebab si Ali pun banyak mengingatkan aku tentang semua tu. Pandai kau cari laki untuk aku.”



Angah tergelak. Aku turut tergelak. Ali teman seperjuangan aku di universiti bakal menjadi ipar sendiri. Aku ingat lagi kisah awal Ali dan Angah. Gara-gara aku membawa dia pulang ke kampung, hatinya terus terikat dengan Angah. Katanya dia minat pandang pertama. Aku cabar dia untuk luahkan hasrat hatinya pada abah dan mak. Sekali lagi aku tak sangka, terus sahaja dia meluahkan hasratnya. Tidak sampai seminggu mereka sudah bertunang. Mudah benar jodoh Ali dan Angah. Kalau lah aku juga begitu, alangkah gembiranya hidupku. Tapi mustahil untuk aku mengecapi kebahgiaan semudah itu. Ini suratan takdir yang terpaksa aku lalui.



Malam itu, setelah abah pulang dari surau, aku mendapatkan emak dan abah di anjung rumah. Aku mahu luahkan niatku pada mereka. Biar mereka tahu yang anak mereka dah bersedia nak berbini. Dah sampai seru untuk membina keluarga. Untuk memikul tanggungjawab baru. Biar mereka terkejut dengan berita ini. Mana tahu kenduri Angah dapat berlangsung sekali dengan kenduri aku. Jarang sekali majlis dua mempelai seperti ini berlangsung di sini.



Kau dah habis fikir ka? Kau bukan tak kenal Haji Malek tu. Dalam kepala dia fikir duit sahaja. Menantunya mesti ada kereta besar, rumah besar dan duit banyak. Apa yang kau ada?”

Saya ada semua tu abah. Rumah, kereta dan macam-macam lagi. Tunggu isteri aja masuk rumah. Apa kata orang? Cuci kaki saja...”



Aku menguji abah ku. Abah memandang ku atas ke bawah. Bawah ke atas seolah-olah aku menipu dirinya. Dahi abah berkerut. Mungkin kurang percaya dengan kata-kata ku. Aku tersenyum. Satu hari nanti pasti abah akan lihat buktinya.



Abah cakap sahaja yang saya ada semua tu. Terpulang Haji Malik nak percaya atau pun tidak. Tapi Mir memang ada semua tu abah. Abah percaya tak?”

Kau balik kampung pun guna bas. Ini kan nak cakap kau ada semua tu. Mahu digelak Haji Malik. Kata kau tu kuat berangan. Mat jenin. Berangan setinggi gunung. Tapi tak pa lah, biar abah dan mak merisik-risik dulu. Tapi kau jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Takut kau kecewa. Nak kena sedia telinga la nak dengaq Haji Malik hina kau. Mempersenda kami. Tapi, demi anak-anak kami sedia.”

Tak lah ayah. Saya cuma minta ayah merisik-risik. Kalau ada peluang kita terima. Kalau tak ada nak buat macam mana kan. Akur lah... Saya pun bukan lah berharap sangat. Cuma nak tunaikan janji saya pada Shieda yang mana saya pernah beritahu dia yang saya akan hantar mak abah ke rumah bila saya pulang dari Kuala Lumpur. Tapi kalau abah dan mak fikir lain, tak payah lah. Tak mau sebab Mir, abah dan mak tanggung malu.”

Haji Malik tu yang memilih. Nama saja haji tapi perangai tak pernahnya berubah.”



Dan ternyata tekaan abah tepat. Permintaan ku telah membuatkan muka mak dan abah malu. Sekejap saja berita penolakkan Haji Malik tersebar. Siapa lagi yang nak sebarkan berita ni kalau tak dari mulut Haji Malik sendiri. Bangga betul dia bercerita di kedai kopi tentang aku. Aku terkilan benar dengan apa yang berlaku. Aku tak mahu berlama di sini. Abah pun minta aku keluar seketika. Biarlah reda dulu cerita penolakkan ni. Aku akur dan penuhi permintaan abah sebab aku tahu, malunya aku berdepan dengan hinaan ini, malu lagi abah dan mak sebagai ibubapa. Bagaimana agaknya perasaan mak dan abah aku yang terpaksa berdepan dengan orang-orang kampung. Aku di Kuala Lumpur mungkin kurang tempiasnya.



Sebelum aku berangkat pulang, terlepas dari pandangan sinis orang kampung, abah memeluk aku. Aku membalas dengan pelukan erat dan berkali-kali memohon maaf atas apa yang berlaku.



Biaqlah... Biaq pi la Haji Malik nak kata kau tak layak jadi menantu dia. Kau kerja kerani, mana nak mampu nak sara anak dia tu. Biaq dia berbangga kata yang ada anak Dato’ mai dari mana entah, datang bertanya-tanyakan anaknya minggu sudah. Tak pa... anggap jodoh dengan Shieda tu cuma setakat kawan saja. Abah memang suka dengan si Shieda tu. Baik budi, pandai ambil hati orang tua, sopan dan pandai pulak tu. Tapi dah Haji Malik kata macam tu kita nak kata apa lagi?”

Tak pa la abah, mak. Saya minta maaf sebab buat mak abah malu tak pasal-pasal. InsyaAllah, satu hari kelak Haji Malik akan kenal siapa saya. Orang yang dia tak pandang walau sebelah mata ni, rupa-rupanya intan permata. Saya akan buktikan abah, mak.. Saya tak makan hati pun kat Haji Malik tu. Hari ni hari dia, mungkin esok lusa hari kita pulak. Kerja Tuhan, siapa yang dapat agak kan?”

Banyak lah hang punya permata. Bukti dulu, baru nak bercakap macam tu.”

Ye lah, saya akan buktikan nanti. Mak tengok la nanti. Buat masa la ni, biar la apa orang nak kata tentang saya, tentang kita. Satu hari kelak semua mata akan memandang anak mak abah ni. Tengok lah nanti. Masa tu saya akan bawa mak pusing-pusing kampung naik Mercedes. Biaq orang kata, tu dia mak datin Piah dengan anak dia dok melawat kampung.”



Ketawa riang memecah kelesuan kepulanganku. Aku tahu mak dan abah ketawa, tapi mereka tetap kasihankan aku. Aku kenal mereka. Mereka mampu melindungi kesedihan sendiri demi anak-anak. Tapi aku jua terkilan. Kerana aku mereka mendapat malu. Hal dah nak terjadi. Suka atau tidak, kami kena terima. Aku pulang membawa rasa terkilan yang mendalam. Aku tak kisah lamaranku ditolak. Tapi aku tak dapat terima bila Haji Malik mempersenda dan memperlecehkan aku. Aku juga ada maruah untuk dipertahankan. Aku nekad dalam diri, aku akan tunjukkan pada Haji Malik yang aku perlu dihormati. Tapi silap aku juga yang masih mahu berahsia yang aku kini sudah berpangkat besar. Biarkanlah. Belum tiba masanya untuk aku ceritakan siapa aku kini. Seorang yang sudah pun dipandang tinggi.

Sedang aku menunggu bas untuk pulang, bahu ku di tepuk lembut. Aku menoleh dan terperanjat. Dia datang menghampiri. Masih seperti yang ku kenali.



Mir, maafkan Shieda... Shieda pun tak tahu nak kata apa. Ayah terlalu memandang kebendaan seolah-olah semua tu yang menentukan kebahagiaan. Tapi, sebagai anak, Shieda tak mampu nak lawan cakap orang yang melahir dan membesarkan Shieda. Shieda harap Mir tak kecil hati dan tak kan melupakan Shieda ya. Kita tetap kawan dan Shieda tetap sayangkan Mir sampai bila-bila. Jangan berdendam dengan Shieda kerana penolakkan ayah. Please Mir. Shieda tak sanggup.”

Tak apa lah Shieda. Jodoh kita hanya sebagai kawan. Mir pun takkan melupakan Shieda. Cuma Mir terkilan sangat-sangat dengan sikap ayah Shieda tu. Mir tak kisahlah kalau dia nak tolak lamaran Mir, tapi sampai menghina. Malu mak abah Mir pada orang kampung. Susah Mir nak terima semua tu. Apa-pun, tak apa lah, Mir redha dengan ketentuan Ilahi. Dah nasib Mir begini.

Shieda lagi sedih sebab Mir baik sangat. Shieda kenal Mir bukan sehari dua. Tapi kenapa ayah sanggup buat begitu?”

Sebab Mir tak ada harta. Itu penyebabnya Shieda. Tengoklah... Satu hari kelak, ayah Shieda akan menelan hinaan dia pada Mir. Hari ini pun Mir boleh buat ayah Shieda tarik balik kata-katanya. Tapi Mir tak mahu malukan dia. Tiba masanya nanti, Mir janji akan pastikan ayah Shieda akan mengakui yang Mir tak layak dihina, dicaci dan dipersenda. Mir tak ada langsung menyimpan rasa terkilan atau berdendam dengan Shieda. Okeylah... Bas pun dah datang tu. Ini kad Mir. Kalau perlukan apa-apa pertolongan contact sahaja nombor tu. Mir pergi dulu. Assalammualaikum..”



Sengaja ku berikan kad lama ku pada Shieda. Kad nama dengan jawatan baru masih belum siap dicetak. Tak mengapalah. Kelak akan ku berikan jua kad baru ku buat Shieda. Bila tiba masanya. Kala itu, jika Haji Malik mahu pun akan ku beri. Biar mereka terkejut tengok namaku, di mana kedudukan aku dan layakkan aku terus dihina? Jauh di sudut hati terpalit rasa kecewa yang amat sangat sebab aku tak dapat memiliki insan yang telah ku kenali hati budinya. Insan yang pertama mencuri hati ku setelah aku terkecewa sebelumnya.



Encik Mir, ada panggilan telefon untuk Encik. Di line 2.”

OK, sambungkan..”



Terdengar suara seorang perempuan yang seperti pernah ku dengar sebelum ini. Tapi aku tak dapat nak mengingati siapa.



Hey, Tina lah. Turun ke Kafe sekarang. Tina dah order lunch ni. Cepat sikit tau.”



Aku menggaru dahi yang tidak gatal. Satu arahan yang tak mampu dielak lagi. Aku mesti pergi kerana Tina telah memesan makanan dan aku sememangnya lapar. Tetapi jika aku pergi, mesti ada suara-suara sumbang di belakangku kelak. Aku naik pangkat kerana aku ada affair dengan anak bos. Pergi sahajalah. Tak baik menolak jemputan orang. Aku memang diajar supaya jangan kecewakan hajat orang.


Dari jauh aku disambut dengan lambaian Tina di satu sudut yang agak asing bagiku. Tersorok tapi mendamaikan. Suasana suram menambahkan lagi rasa kelainan. Bagaikan pertemuan dua kekasih. Tapi aku tak bercinta pun dengan Tina. Aku anggap Tina macam adik aku.

Assalammualaikum.. Dah lama tunggu?”



Aku memulakan perbualan ringkas sebaik sahaja memelihat wajah mencuka Tina. Ada sinar resah yang terpancar dari mata redupnya itu. Aku cuba-cuba untuk meneka apa yang bermain di hati Tina. Tapi aku gagal. Ternyata tentu ada sesuatu yang berat yang sedang mencorak fikirannya. Lantas membuat Tina terganggu dan mahu aku disisinya sebagai pembakar semangat dan keyakinan diri. Aku kenal Tina sedikit sebanyak. Anak gadis yang begitu manja dan mengharapkan perhatian dari insan-insan yang disayanginya. Mungkin kerana sedari awal dididik dengan pelbagai kemewahan. Kasih sayang yang seolah-olah dapat dibeli dengan wang ringgit.



Pun begitu aku kagum dengan Tina. Walaupun kehidupannya begitu mewah dan mampu mendapat apa sahaja yang diingininya, namun dia tetap seperti gadis timur yang lain. Beradap sopan, lemah lembut dan penuh dengan langkah susun yang tertib. Persis anak istana zaman kesultanan yang kaya dengan adat dan pantang larang. Tina begitu patuh pada nasihat dan arahan papanya. Tak pernah aku dengar Dato’ merungut tentang Tina. Yang ada cuma pujian yang melangit. Mungkin kerana Tina tidak mahu dianggap sebagai mengambil kesempatan atas kebebasan ataupun kemewahan papanya? Hanya dia yang tahu. Pernah aku bertanya, tetapi ringkas sahaja jawapannya. Harta berjuta itu milik papanya dan dia hanya menumpang seketika. Wang berjuta pun kalau kering dengan kasih sayang tiada gunanya juga. Kagum aku dengan pendapat Tina yang begitu matang..



Ada apa yang special ke Tina ajak Mir datang sini ke? Selalunya begitu kan?”



Aku lihat Tina tersenyum. Memandang tepat ke arah ku. Aku menunduk. Tak mampu rasanya untuk aku bertentang mata dengan gadis di depanku. Matanya terlalu cantik dan mampu menikam siapa jua yang memandangnya.



Weekend ni kolej Tina ada buat annual dinner dan setiap penghuni kolej mesti membawa seorang tetamu ke majlis kelak. So, Tina nak Mir pergi ya.”

Kenapa pula Mir yang kena pergi? Papa Tina kan ada? Ajak papa Tina lah. Baru glamor sikit...”

Ala... Papa memanjang busy dengan meetinglah, seminar lah, golf lah. Nak tengok muka pun harap hujung minggu sahaja.”

Tina beritahu lah awal-awal sama papa Tina tu. Untuk anaknya yang kiut ni tentu papa Tina boleh luangkan sedikit masa.”

Pandai lah tu. Puji-puji Tina ni, tentu ada apa-apa juga ni.”

Tak lah. Mir puji ikhlas . Memang kiut pun. Nanti Mir beritahu Dato’ tentang ni ya... Harap Dato’ dapat luangkan masa untuk Tina nanti.”

Biar Tina call papa sekarang..... Hello, papa. Tina nak beritahu papa. Weekend ni Mir tak boleh datang kerja. Tina dah plan nak bawa Mir ke kolej Tina untuk annual dinner. Bolehkan papa. Thanks papa... Sayang papa juga. Waalaikumsalam.”

Tina..... Mir suruh ajak Dato’ pergi bukan minta izin ajak Mir.”

Tak pe lah. Pergi lah ye. Sebagai abang Tina okey....”

Emmmmm, okey lah. Nanti merajuk susah pula Mir nak pujuk.. Ok, thanks untuk lunch ye. Kalau tak ada apa-apa lagi, Mir nak masuk office. Ada kerja lagi yang nak disettlekan.”

Okey... Tapi jangan cari alasan nak lari pulak hujung minggu ni ye. Mir datang jemput Tina di rumah ya. Dalam jam 8. Jangan lewat tau. Lewat, Tina akan denda Mir nanti.”

Melintasi meja Ros, setiausaha Dato’ yang paling lama berkhidmat. Sejak tamat SPM sehingga kini. Malah, Sis mungkin kekal di sini kerana aku dapat tahu yang apa yang dia miliki kini semuanya dia perolehi sejak dia bekerja di sini. Diploma Kesetiausahaan, kemahiran komputer dan bermacam lagi skill semuanya ditanggung oleh syarikat. Dato’ pernah katakan pada aku yang anak gadis dari Sabah Negeri Di bawah Bayu ini bagaikan anaknya sendiri.



Encik Mir, ada panggilan telefon tadi dari Perak. Namanya Natt. Siapa tu Encik Mir? Teman istimewa kah? Dia tak tinggalkan apa-apa pesanan. Tapi dia kata, akan call semula nanti.”

Okey... Ada lagi pesanan lain?”

Dato’ minta fail Program 5 tahun Perkembangan Staff dan Cik Karen dari Tongkah Holding bertanyakan tentang sebut harga peralatan pejabat yang dihantar minggu lepas. Itu sahaja.”



Aku berlalu ke bilik ku. Siapa Natt? Setahu aku aku tak punya kawan bernama Natt. Mungkin aku lupa atau sekadar panggilan nakal dari sesiapa yang menyamar agaknya. Tak perlu diambil peduli sangat. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang harus ku berikan perhatian.



Troottttt..... troottttt..... trootttt.....



Hello.... Waalaikumsalam... Ya, saya bercakap. Natt? Siapa ni? Maaf lah saya tak berapa kenal siapa awak.”

Cehh... Baru setahun lebih jadi orang KL dah lupa diri. Anak labi-labi betul lah ko ni terung busuk. Cipan cacat...”

Ooo.. Kapal Selam rupanya. Hahahahaha sorry ya. Aku betul2 terlupa lah. Macam mana dapat nombor telefon office aku ni? Ko pasang spy ke? Sejak bila jadi Natt ni? Sedap apa panggil Tasya”

Spy kepala hotak hang. Shieda yang bagi aku... Ko apa cerita sekarang? Dengar kata lamaran ko hari tu kena reject. Hahahaa, sian ko kan. So, apa plan sekarang? ”Sebelum aku jawab, aku nak tanya dulu, apasal guna Natt pulak? Sejak bila?”

Ikut suka aku la nak guna apapun? Natt ka, Tasya ka, Cinderella ka.. Ko apasal?”

Aku tanya lah... Tu pun nak marah.”

Tak marah. Tapi ikut suka aku la. Ha! Tak jawab lagi soalan aku tadi. Apa plan ko?”

Aku ingat nak hantar famili aku pergi rumah ko lah hujung minggu ni. Boleh tak? Kita aja lah yang bercouple. Tak perlu nak pening-pening kepala memikir. Aku nak tanya, sejak bila guna Nat?”

Jangan nak mengarut. Aku bakar lubang hidung ko karang baru tau. Kat KL kan ramai yang cantik, seksi dan kaya.. Tangkap la satu. Ke ko lemah, penakut dengan perempuan. Lupa jawab soalan ko... Sengaja guna Natt. Nak bagi ko tertanya-tanya. Kalau sebut terus nama aku tak suprise la.”

Sorry... ini aku lah... Lelaki macho. Ramai yang nak, aku je yang tak nak sebab aku setia pada yang satu. Tapi aku kerja kerani, siapa yang nak pandang aku kat sini kan. Lain la jadi pegawai ke, CEO ke.”

Kerani pun OK apa? Janji ada kerja ada income tiap bulan. Dari muka mengalahkan Tom Cruise tapi poket macam Tom & Jerry Kid hahahahahaha. Tapi aku simpati lah kat ko. Shieda pun dah bertunang dengan anak Dato’ mana entah. Bukan main suka Haji Malik. Majlis bertunang macam kenduri kawin. Tumbang sekoq lembu ko tau.”

Ye ke... nanti ucap tahniah kat Shieda yer. Aku juga yang solo lagi kan. Ko macam mana? Si Saiful dah bagi respon positif ke?”

Aiiii... macam frust aja bunyinya. Rileks la kawan. Bunga bukan sekuntum. Sunting la bunga lain. Tapi jangan sunting aku dah la. Aku ni bunga teratai layu di tasik madu. Si Saiful dah jadi laki orang lah. Dah ada baby pun. Hoi... sampai hati ko, balik kampung tak jumpa aku. Dulu masa perlukan aku bukan main. Sanggup datang rumah walaupun hujan. La ni, pandang guna kening pun tak lalu. Ye lah dah jadi orang KL... Aku ni minah kampung yang bau selut, bau lumpur.”

Jangan la kata macam tu Natt. Aku bukan lupa kat ko... Busy la...”

Woi.. Woi.. Woi.. Natt tu aku saja nak suprise kat ko. Panggil aku Tasya la..”



Aku tak..... Hello! Hello! Putus pulak...”



NATASYA.... “posmen tak bergaji” yang menghubungkan aku dan Shieda. Aku gelar dia “Kapal Selam” kerana mulutnya yang becok tapi diam terus bila diberi air. Dia teman sekelas aku yang juga kakak angkat kepada Shieda. Dia memang mudah untuk diminta pertolongan. Upahnya hanya sebungkus nasi lemak secawan air sirap bandung. Jika tidak, jangan harap untuk mengerah tenaganya. Secara jujur aku tidak lah begitu mengenali Tasya di awalnya. Walaupun sekelas, aku jarang bertegur sapa dengan dia kecuali atas urusan kelas atau nak bertanya tentang matematik.



Segalanya berubah semenjak aku berkenan pada Shieda, adik angkatnya. Baru aku mendekatinya. Kata orang nak dapat anak kena baik dengan emaknya dulu. Aku akui yang aku minat habis junior yang baru mendaftarkan diri ke sekolah. Bila aku dapat tahu namanya Shieda dan adik angkat Tasya, terus aku berbaik dengan dia. Pelik tetapi demi untuk menambat hati gadis paling cantik di SMK Bandar Baru aku tak peduli. Dan Tasya bagaikan jalan pintas yang menjadi penghubung aku dan Shieda. Dulu sehingga kini. Aku ingat lagi syarat yang diletakkan Tasya untuk aku.



Kau kalau nak aku tolong kau, ada syaratnya. Mudah sahaja syarat tu.”

Apa syaratnya?”

Kau mesti terima aku sebagai teman kau juga sebab bagi aku, Shieda dah macam saudara kandung aku. Suka duka dia, merupakan suka duka aku juga. Aku tak kan benarkan orang mengapa-apakan dia.”

Okey, aku setuju. Tapi aku pun ada syarat juga untuk berkawan dengan kau. Apa yang kita lakukan hanya kita bertiga yang tahu. Orang lain tak perlu tahu.”

Ada lagi.... Kau kena belanja aku makan time rehat selama seminggu. Kau tau kan apa yang aku selalu makan waktu tu?”

OK.. OK.. OK.. Nasi lemak dan air sirap bandung.”

Hehehehehehe pandai pun kau..”



Hingar-bingar suasana di dewan keraian dengan lautan manusia yang pelbagai ragam. Aku jadi rimas dengan suasana seperti ini. Aku lebih sukakan suasana yang sunyi dan sepi. Bagiku lebih mendamai-kan jiwa ku. Aku cuba untuk melarikan diri dari suasana ini. Aku ke hujung kolam renang. Berdekatan taman yang begitu indah lanskapnya. Aku biarkan Tina bersama teman-temannya. Inikan malam buat mereka bersuka hati.



Hai, i’m Wani... Rosemawani. Mana teman?”

Hai... Mir. Itu...”



Aku menunding jari ke arah Tina. Dia begitu gembira berbual bersama teman-temannya. Langsung aku bagaikan tidak wujud. Baik tak perlu mengajak aku datang jika begini keadaannya. Rungut hatiku menyumpah. Kalau tak mengenangkan aku datang menumpang kereta Tina, dah lama aku pulang. Tidur di rumah lagi menyeronokkan. Tetapi aku tak boleh tinggalkan Tina sendirian. Aku dah diminta Dato’ untuk perhatikan Tina. Takut jadi apa-apa. Kenalah aku menunaikan amanah yang diberikan. Aku berbual kosong dengan kenalan yang baru memperkenalkan diri padaku.



Bertuahnya awak... Mendapat teman wanita secantik dan sebaik Tina. Gadis yang menjadi siulan di kolej ni tau. Sebut sahaja Kartina Shahriza, siapa tak kenal. Pun begitu, saya kagumi dia. Biarpun terkenal dan anak orang berada, namun tak pernah menyombong diri.”

Ya betul tu. Dia tak macam kebanyakkan anak orang kaya lain, pandang jijik pada kita yang tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan. Cuma satu pembetulan, dia bukannya teman wanita saya. Saya hanya menemani dia kerana papanya tak dapat hadir bersama.”

Oooo begitu, boleh la saya berkawan dengan awak?”

Boleh apa salahnya. Janji kita tahu matlamat kita berkawan dan pandai meletakkan keutamaan kepada hal yang patut diutamakan. Macam saya, kerjaya lebih utama. Pada awak, study dulu.”

Dah tentu. Saya pun sedar semua tu. Ayah saya berkorban bergolok gadai semata-mata nak melihat saya berjaya. Saya tak kan lupa.”



Sedang rancak berbual, Tina menghampiriku. Mukanya mencuka melihat aku ada bersama Wani. Bila semakin hampir, dia menghadiahkan senyuman manis kepada kami. Aku lega..



Hai Wani... rancak berbual nampaknya. Dah kenal lah ni. Tapi jangan lebih-lebih tau. Nanti ada yang marah. Ada orang menyimpan perasaan kepadanya tau.”

Ha... Siapa tu? Bertuahnya dia. Bagitau lah kat Wani... Siapa gadis tu Tina.”

Saya!!”

Awak....”

Ye.... Awak tak percaya ke apa yang saya cakapkan tadi?”



Aku memandang Tina. Wani juga memandang Tina. Kami bertiga berpandangan. Fikiran aku galak berperang sesama sendiri. Tidak pasti benar atau tidak apa yang aku dengar dari mulut Tina sebentar tadi. Adakah Tina benar-benar serius atau sekadar suka-suka mahu mengusik aku di depan Wani. Jika dia serius bagaimana? Tak mungkin begitu. Aku rasa Tina sengaja mahu mengusik aku di depan teman-temannya. Malah di depan Dato’ juga Tina selalu begitu. Mengatakan dengan beriya-iya aku teman lelakinya. Dan malam itu berlalu pergi tanpa ada sesuatu yang mampu ku banggakan. Yang boleh aku jadikan sebagai kenangan dalam hidupku. Aku ingin segera memejamkan mataku yang kian berat. Berkali-kali aku menguap panjang dan akhirnya aku ‘pergi’ tanpa mimpi yang bertandang.



Terasa malas mencengkam jiwa di pagi minggu. Kesejukkan selepas hujan lebat membantutkan niat untuk berjongging di Taman Tasik Perdana. Ku tarik selimut dan melitupi seluruh jasad ini. Terasa sedikit kehangatan dan keselesaan. Sambil terfikir apa yang harus ku cakapkan kepada Tina tengahari ini. Sebelum keadaan menjadi semakin kusut, biarlah semuanya ku jelaskan. Kerana ku lihat semakin hari, Tina semakin menggambarkan harapan tingginya untuk bersamaku. Sedang aku langsung tak terfikir ke arah itu.



Tina bagiku, hanyalah adik yang teristimewa. Aku cuma mahu menumpahkan kasih sayang seorang abang buatnya. Aku sedar yang dia tak punya sesiapa selain papanya. Sedari kecil ibunya telah pergi kerana kanser hati. Semenjak usia setahun jagung Tina hanya menikmati limpahan kasih sayang seorang ayah yang juga menjadi ibu buatnya. Tina ceritakan kisah hidupnya bila kali pertama kami bertemu dulu. Aku bersimpati dengan nasibnya yang kaya harta tapi miskin kasih sayang. Aku nyata beruntung.



Kehadiranku memang telah memberi sinar baru buat dirinya. Tina sendiri mengakui yang dia tidak pernah merasai kegembiraan seperti mana kini. Setelah pertemuan dengan ku, hidupnya dirasakan lebih bermakna. Punya teman untuk bersenda gurau, bergelak tawa dan saling mengusik. Aku juga dijadikan sebagai sumber inspirasi buat dirinya. Aku sendiri gembira dengan pertemuan ini. Bagi aku, Tina lah tempat untuk aku dambakan rasa rindu tak kala ingatan ku terhadap adik-adik di kampung begitu mencengkam. Aku menelefon Tasya.



Waalaikumsalam... Apa mimpi ko call aku pagi-pagi buta ni? Rindu aku kot hahahaha. Ni tentu ada something yang tak kena ni. Pasai apa pulak kali ni? Ko kalau ada masalah, memang tak dak sebab lain la. Berani jamin la... tentu pasal perempuan.”

Ye lah.... Pasai perempuan yang dalam diam macam suka aku. Tapi masalahnya, bila berdepan aku, dia tak nak mengakuinya tapi bersama teman-temannya, diwar-warkan aku ni balak dia.”

Kan betui aku cakap. Kali ni apa pulak masalah? Dengan sapa?”

Dengan anak majikan aku. Dia tu yang macam ada feel saja kat aku. Bukan aku perasaan tau. Aku dah cakap kat dia yang aku anggap dia seperti adik aku. Tapi dia macam ada feel. Tu yang aku musykil. Aku bimbang kalau dia tak dapat terima keputusan aku. Ko pun tahu aku macam mana kan.”

Tahu... bila berkawan, ko berkawan sepenuh hati. Bila bercinta ko bercinta sepenuh jiwa. Kalau ada yang tak dapat fahami ko, tentu anggap ko nak mereka jadi awek ko. Aku saja yang tak termakan dengan kebaikan ko sebab ko tu not my taste hahaha...”

Ko tu yang jual mahal. Time mega sale pun ko jual mahal.. Last-last si Saiful pun cabut. Padan muka ko. Lain kali letak iklan la dalam Harian Metro. Eh, tapi macam mana aku nak settle kan kes nie? Ko perempuan, tentu ko dapat bagi pendapat bagi pihak perempuan.”

Macam ni lah, ko pergi jumpa dia. Ko pilih time sesuai dan kau luahkan segalanya. Jangan simpan apa-apa. Jangan fikir nak jaga hati dia. Cakap terus terang. Dia sure dapat terima punya kalau kau jujur dan berterus terang. Kalau nangis pun sekejap aja kan. Kelak ketawa balik.”

Aku dah bagitau dia sejak awal lagi. Tapi mungkin time tu dia tak ada feel lagi kot. So, dia pun kata tak kisah dan memang nak kawan saja dengan aku. Tapi bila dah lama, makin kerap jumpa, makin saling kenal hati budi, tu yang dia jadi syok kat aku. Ko tak jeles ka?

Kepala hotak hang la aku nak jeles. Tak kelapaq aku nak jeles-jeles ni. Baik aku makan nasi dari jeles kat hang tu. OK kawan, good luck!!...”

Lagi satu aku takut la kalau jadi lagi macam kes dengan Shieda dan kes Myza. Anak Dato’ tu. Bukan calang-calang punya orang ko tau.”

Aku malas cakap banyak la. Ko pergi la jumpa dia dulu. Selesaikan baik-baik. Jangan tolak selamber macam tu aja. Mau meraung. Aku pun kalau ko buat macam tu aku frust menonggeng. Cakap baik-baik dan penuh yakin. InsyaAllah dapat cari penyelesaiannya.

Minta nombor phone ko. Senang aku nak contact ko kalau ada apa-apa yang aku nak kongsi dengan ko. Ko sudi tak kongsi masalah aku?”

Ko macam la tak kenal aku... Apa masalah ko aku tak tau? Apa rahsia ko yang aku tak tau. Macam mana rupa ko masa ko bersunat pun aku tau. Sat lagi aku SMS ko. Ko bagi nombor ko dulu. Tapi ko jangan pulak nak bagi nombor aku kat orang lain. Aku kan pemalu hahahahahahahaha. Apa kata kita jumpa hujung minggu ni? Aku pun nak pi rumah mak lang aku.”



Tiba-tiba terpacul nama Myza. Insan yang pertama yang mencuri hatiku. Memang aku ketika itu lebih mengharapkan Shieda. Tapi setelah Shieda melanjutkan pengajiannya, dia lupakan aku. Masakan tidak. Di USM dia begitu aktif berpersatuan. Semua orang kenal siapa Siti Noor Shahadah. Ketika itu lah aku dilupakan. Ada insan lain yang telah berjaya mencuri hatinya dari aku. Segalanya lebur. Di saat aku terkecewa itulah hadirnya Myza. Gadis kampung dari utara. Teman sepermainan ku ketika keluarga kami berada di Perlis. Tetapi terpisah bila ayah bertugas di Perak dan terus menetap di sini. Takdir penentu segalanya bila kami bertemu semula di UUM.



Sepanjang 3 tahun di UUM, kami mengambil jurusan yang sama dan sudah tentu dalam kebanyakan kelas, kami berada dalam satu kumpulan. Ke mana jua, kami bersama. Bila aku ceritakan kisah aku padanya, dia dengan rela hati menyerahkan hatinya padaku. Mengatakan aku sepatutnya memperoleh kebahagiaan. Dan dia sedia memberikan kebahagiaan itu.



Itupun jika Mir fikir Myza layak untuk Mir. Myza tak memaksa. Myza bukan bersimpati tapi memang Myza jua punya perasaan terhadap Mir. Myza rasa seronok tiap kali bersama Mir.”

Beri masa untuk Mir fikir ya.”



Sebelum tamat semester akhir ketika aku di tahun ke dua, aku menyatakan yang aku menerima Myza dan dia berasa sangat gembira. Keceriaan jelas terpancar di wajah Myza. Setelah sama-sama yakin dengan pilihan yang dibuat, cuti pertengahan semester pertama, ketika kami di tahun akhir, kami pun sepakat mengikat tali pertunangan. Ingatan ku pada Shieda telah ku kikis bersih-bersih. Aku tak mahu lagi memikirkan kegagalan itu. Bagiku Shieda bagaikan lalang. Bergerak ke mana arah angin bertiup. Di kiri atau ke kanan. Tiada pendirian dan goyah.



Sebaik sahaja tamat pengajian, Myza mendapat peluang berkerja di syarikat di mana dia menjalani latihan praktikal dahulu. Sedang aku tak punya kerja. Tapi nasibku lebih baik. Selepas enam bulan menganggur, aku mendapat surat tawaran dari MARA untuk melanjutkan pelajaran ke Paris. Peluang yang tak pernah ku bayangkan. Pastinya takkan aku tolak. Aku memberitahu abah dan mak aku. Mereka juga gembira dan mengizinkan aku untuk pergi. Aku memberitahu Myza juga berita baik yang baru ku terima pagi itu. Aku menghubungi Myza.



Tahniah abang... Ayang bangga dengan abang. Ayang juga yang tak ada peluang nak ke sana.”

Ada... Kita kahwin lah sebelum abang pergi Paris.”

Kahwin? Tak nak lah kerana nak pergi ke sana, Ayang kena kahwin. Ayang baru mulakan kerjaya Ayang. Takkan nak berhenti. Rugilah.”

Habis tu, bila lagi kita nak bersatu? 5 tahun tau abang di Paris kelak. Abang ada cakap dengan mak dan abah pasal ni. Mereka tak jadi masalah kalau kita kahwin. Lagi bagus kata mereka. Tak lah nanti mereka risau sorang di sini, sorang di sana. Nanti parent abang akan bincang dengan your parent.”

Abang dah gila ke? Kita baru saja bertunang. Tak sampai 6 bulan. Takkan dah nak kahwin. Plan kita dulu, biar ikatan pertunangan kita cukup tempoh 2 tahun. Abang sendiri kata nak betul-betul sedia, dah punya rumah, kereta dan lain-lainnya baru nak bersatu.”

Itu jika kita kekal di sini. Sekarang ni keadaan berlainan. Abang akan ke tempat orang bukan untuk tempoh sehari dua Ayang. Macam-macam boleh jadi. Abang tak mahu nanti, kita terpaksa berdepan macam-macam ujian.”

Tak mahu! Ayang tak nak kita kekal dengan plan kita. Kalau tidak.... Kita putus!”

Ayang! Apa Ayang cakap ni? Tiba-tiba sebut putus. Kenapa ni? Abang baru saja beri cadangan.”

Yes!! Ayang serius abang. Kalau abang nak kita kahwin sebelum abang ke Paris, Memang Ayang tak setuju. Ayang tak ready. Abang carilah orang lain yang lebih ready nak kahwin dan ikut abang ke Paris. Ayang nak bina kerjaya Ayang dulu. Ini masa depan Ayang.”

Tapi yang kita cakap ni tentang masa depan kita Ayang. Keputusan Ayang mengejutkan abang.”

Terpulang.. Tapi Ayang dah jelaskan pada abangkan.”

Ayang... Ayang tak cintakan abang lagi ke? Tak ingat janji kita untuk berkorban apa sahaja?”

Ayang ingat.. Dan Ayang memang cintakan abang. Jujur Ayang katakan yang Ayang terlalu sayang dan cintakan abang. Tapi apa yang abang nak Ayang buat sekarang ni terlalu drastik.”

Ayang fikirlah. Abang rasa parent kita pasti nak kita bersatu sebelum abang berangkat ke Paris. Dan abang akan akur jika itu untuk kebaikan kita.”

Dah tentu abang akan ikut jika mereka nak cepatkan. Itu yang abang nak kan? Tapi bukan Ayang. Bukan nak takutkan abang tapi ini kata dua dari Ayang. Kekal 2 tahun atau putus!!”



Aku tak faham. Kenapa tiba-tiba Myza sebutkan perkataan putus pada aku? Betulkah dia mahu putus jika aku mengajaknya berkahwin sebelum aku ke Paris? Salahkan ajakan aku ini? Aku jadi takut bila mengenangkan kemungkinan itu. Sungguh aku bimbang dan mungkin tak dapat menerimanya.



Wan... abah dan mak dah sepakat dengan ayah dan mak Myza yang kamu berdua akan berkahwin awal bulan depan. Seminggu sebelum kamu ke Paris.”

Tapi mak... abah...”

Ada apa-apa masalah ka? Mir dah bagitau Myza pasal ni?”

Dah mak... Tapi Myza tak mau kalau kena kahwin sebelum cukup tempoh yang dijanjikan. Dia kata dia tak sedia dan nak bina kerjaya dulu. Jauh dari tu... Dia sanggup putuskan ikatan kami kalau kita desak dia untuk kahwin juga,”

Ya Allah... Apa pulak ni. Orang patut tak sabaq-sabaq nak kawin. Ni tak mau pulak. Hang ada apa-apa masalah kot dengan dia Wan?”

Tak dak apa mak. Tapi Myza yang kata macam tu. Saya pun terkejut jugak dengaq. Mir tanya betoi ka. Dia kata betoi. Dia serius.”

Berat la macam ni. Mir kena pujuk dia baik-baik. Takut nanti lain jadinya. Kita tak mau la niat baik jadi sebaliknya. Abah dan mak ikut saja.”

Saya cuba lah abah, mak...”



Kesepakatan telah dicapai oleh kedua-dua keluarga. Kami akan disatukan pada 12 Ogos. Kebetulan hari ulangtahun Myza yang ke-22. Tapi Myza berkeras. Puas dipujuk supaya bersetuju. Tapi Myza tetap tak bersetuju. Tetap dengan alasannya.



Abang.. pilih satu dari dua pilihan yang ada. Kita tetap dengan plan kita atau kita putus.”

Ayang... Jangan buat abang macam ni. Parent’s kita dah sepakat tau. Jemputan mula dibuat. Plan pun dah dibuat. Kita buat simple sahaja. Yang wajib-wajib sahaja. Tak kan kita nak malukan keluarga kita Ayang. Jangan buat abang dalam dilema Ayang.”

Abang... Abang tetap nak ikut plan keluarga kita ke?”

Ya.. Abang fikir ini untuk kebaikkan kita juga.”

Abang... Abang faham tak keputusan Ayang. Kenapa Ayang tak mahu kita berkahwin sekarang ni. Ayang nak kerja dulu. Sedang abang ajak sebab abang nak ke Paris dan takut jadi apa-apa.kalau macam ni lah keadaannya baik kita putus!!!”



Keputusan drastik dari Myza serentak dengan talian diputuskan. Ya Allah, ujian apakah ini? Apa yang perlu aku buat? Majlis tinggal seminggu sahaja lagi. Persiapan semua telah diatur rapi. Tunggu tiba hari jadinya sahaja. Aku tak tahu apa yang difikirkan Myza. Ibu bapa kami pun sudah mula resah. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Paksa Myza menerima? Jika itu yang perlu. Pertemuan dua keluarga diadakan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Myza turut bersama.



Ayah, mak, pak cik, mak cik, abang... Myza mengaku yang Myza amat-amat sayangkan abang Mir. Dan memang nak bersamanya. Tapi tolong lah faham. Myza nak bina kerjaya dulu. Myza baru saja nak mulakan langkah. Permintaan abang Mir sekarang ni terlalu drastik. Myza memang tak ready langsung untuk jadi isteri abang Mir dalam masa terdekat ni. Kenapa nak cepatkan sedangkan kita dah sepakat pertunangan kita dua tahun. Myza pegang janji tu.”



Myza.... Tempoh tu memang jelas dua tahun. Tapi, kita berhak nak cepatkan atau sebaliknya. Ayah fikir baik diawalkan sebab Mir pun nak ke Paris untuk tempoh yang lama. Ayah takut jadi apa-apa kelak. Myza nak malukan kami ke? Jemputan dan persiapan semua dah siap sedia.”

Ayah.... Myza tak mahu! Myza nak kerja. Ini keputusan Myza. Kalau nak juga, carilah perempuan lain. Ini cincin pertunangan kami. Kalau nak juga minggu depan... Myza pulangkan cincin ni. Putus!!”

Myza!!! Apa Myza buat ni? Myza nak malukan ayah? Nak malukan mak? Myza, tunggu dulu!! Balik ayah cakap!!”



Myza berlalu meninggalkan rumah. Meninggalkan kami. Aku tersandar. Yang lainnya berpandangan sesama sendiri. Terasa begitu pedih atas apa yang berlaku. Malam itu aku menerima SMS dari Myza. “Abg... Myza x baik. Myza x layak buat abg. Carilah P lain yang > layak buat abg. Myza minta maaf. Kalau nak marah, marah lah. Kalau nak maki, maki lah. Keputusan Myza ttp sama. Kita PUTUS.”



Aku tak mampu lagi nak menanggung keperitan ini. Segera ku capai kunci motosikalku. Tanpa pesan aku keluar meninggalkan yang lain-lainnya. Tak siapa yang menghalang. Mungkin mereka faham apa perasaan aku ketika ini. Aku sendiri tak tahu ke mana yang hendak ku tuju. Memang aku tak punya tempat untuk ke tuju. Sepanjang perjalanan aku memecut semahunya. Hanya motosikal aku ini yang faham perasaanku. Dia menjerit bersama-sama ku, dia sentiasa bersama aku. Tak pernah sesekali dia merungut walaupun aku pulas dirinya.



Aku bertanya pada diri sendiri. Apa salah aku sehingga Myza buat aku begini? Apa dosa aku pada dia selama ini? Aku menjerit melepaskan keperitan. Aku menangis semahunya. Malu aku semahunya bila mengenangkan apa yang aku lalui kini. Aku fikir Myza akan dapat memberikan sinar kebahagiaan tapi sebaliknya. Dia sama macam perempuan lain yang pernah ku temui. Memberi harapan buatku, tapi dikala aku menanti sinar bahagia, hatiku disiat-siat. Jiwaku diperkotak-katik. Terasa sangat yang aku ini lelaki malang. Pemburu cinta yang tidak mampu mengikat cinta sehingga terlepas walaupun sudah berada dalam genggaman.



Ayang... Kenapa kau sanggup buat abang begini. Tergamak Ayang hancurkan impian kita. Lupakah Ayang pada janji kita selama ini? Kenapa Ayang? Kenapa....”

Aku tak dapat jawapan untuk setiap persoalanku. Aku tak tahu apa jawapannya. Kerana aku sendiri tak sedar apa terjadi pada aku ketika itu. Aku tak tahu apa yang aku lalui ketika itu. Semuanya kelam dan gelita. Di mana aku? Di mana aku?



Sabar encik.. Jangan gerakkan kaki encik. Kaki encik baru di simen.”

Kenapa saya di sini nurse?”

Encik kemalangan semalam. Nasib baik ada orang yang ternampak encik. Kalau tidak mungkin encik dah tak bernyawa. Pihak kami tidak dapat menghubungi keluarga encik.”

Kemalangan? Bila masa saya kemalangan? Saya tak sedar apa-apa pun.”

Mengikut laporan polis, motorsikal encik bertembung dengan seekor lembu yang tidur di atas jalan. Lembu tersebut dah jadi bangkai. Motor encik ada di balai polis. Encik terhumban ke dalam semak. Kalau lah encik jatuh di atas jalan, mungkin kecederaan encik lebih parah.”

Di mana orang yang membantu saya tu?”

Dia dah pulang tetapi akan datang semula petang nanti. Boleh kami dapatkan nombor telefon rumah encik? Kami mahu menghubungi pihak keluarga encik.”

Tolong maklumkan kepada tunang saya juga ya... Ini nombor telefon rumah dan tunang saya. Terima kasih doktor. Terima kasih banyak-banyak.”

Baik lah. Kalau ada apa-apa, panggil lah nurse yang bertugas. Saya minta diri.”



Seorang lelaki yang aku kira sekitar 40-an menghampiri aku. Mungkin dia yang menyelamatkan aku. Dia tersenyum ke arahku. Aku membalas. Tapi dia tak bersuara. Aku juga tak tahu apa yang harus aku kata di saat itu. Masing-masing terdiam.



Bagaimana keaadaan kamu sekarang? Saya kebetulan lalu di situ malam kejadian. Saya nampak awak bawa motor laju betul. Saya tak sedap hati walaupun saya marah juga bila awak potong kereta saya secara merbahaya. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri bagaimana awak langgar lembu dan terhumban. Saya tak sampai hati, itu yang saya tolong juga.”

Maafkan saya pakcik dan terima kasih sebab membantu saya. Hati saya tak tenang ketika itu.”

Bukan begitu caranya jika nak menenangkan hati. Sujud pada Dia. Banyakkan istigfar. Ingatlah yang nyawa kita ni hanya pinjaman dari Dia. Apa kita nak jawab kalau kita salah gunakan nyawa ini?”



Aku redha dengan takdir yang ditetapkan buatku walaupun aku menanggung keperitan. Kerana Myza, aku terpaksa menerima kepedihan ini. Aku juga terpaksa menolak tawaran ke Paris kerana keadaan ku yang tidak mengizinkan. Segalanya kini telah pergi dari ku. Aku kehilangan segalanya. Myza telah pergi dan aku tak mahu lagi mengingati namanya. Bagiku Myza telah mati. Aku kehilangan peluang ke Paris kerana kemalangan ini. Aku kehilangan peluang kerana Myza. Dan hatiku kembali kesepian. Tapi mungkin juga rezeki aku hanya di tanah air sendiri.



Kadang-kadang aku merasakan yang diriku ini dilahirkan untuk merasai kepedihan semata-mata. Kebahagiaan sentiasa menjauhkan diri dariku.apa lagi dayaku jika begini ketentuan dari-Nya? Aku tak boleh nak salahkan takdir jika ini dari-Nya. Aku mesti tabah untuk meneruskan hidup. Setelah pulih, aku mengambil keputusan untuk memulakan hidup baruku di Kuala Lumpur. Aku mahu Kuala Lumpur menjadi saksi kepada kelahiran semula diriku. Aku mahu menjadi Mir yang bersemangat dan tidak mudah tunduk kerana desakan hati dan perempuan. Selamat tinggal penderitaan.



Aku tak tahu mengapa hatiku mudah tersentuh dengan rayuan seorang insan bergelar perempuan. Baru hatiku nak melupakan Myza, Shieda pula menguji aku. Dia ingin merujuk kembali ikatan kami yang terputus dulu. Menyesal katanya sebab meninggalkan aku. Kini dia hadir untuk menebus semua kesilapannya. Aku was-was memandangkan apa yang telah aku lalui selama ini. Aku bimbang kisah lalu berulang lagi. Malahan, hatiku hampir ku tutup buat cinta. Aku tak mahu cinta, aku tak mahu lagi perempuan. Shieda merayu agar diberikan peluang untuk dia buktikan yang kali ini dia benar-benar jujur mahu bersama. Aku meminta pandangan Tasya.



Tasya... Ko rasa patut tak aku terima Shieda balik? Ko kenal Shieda dan ko rapat dengan dia. Tentu ko tahu apa yang berlaku . Tolong la aku Tasya. Aku dah blank ni. Ikut hati, aku tak mau terima sapa-sapa pun buat masa ni. Tapi aku kena juga fikir tentang masa depan aku.”

Pandangan aku, ko patut terima Shieda. Bukan sebab dia adik aku tapi aku tahu apa yang Shieda lakukan, dan apa yang berlaku pada Shieda. Dia sebenaqnya terpesona dengan janji manis balak dia. Sampaikan dia nyaris-nyaris terbabas. Aku dapat rasa sesuatu yang buruk nak jadi, jadi aku follow Shieda tiap kali dia keluar date. Dia tak tau pun pasai ni sampai la satu malam. Kalau aku tak dak time tu, aku tak tahu lah apa akan jadi. Balak dia bubuh pil khayal dalam ayaq.”

So, apa kaitan dengan keputusan ko suruh aku terima Shieda?”

Sejak peristiwa tu, Shieda buat solat tobat dan di menangis sungguh-sungguh. Masa tu dia kata, dia kesal putuskan hubungan dengan ko.Selama dia dengan ko, tak pernah pun ko ambil peluang atas dia. Ko jaga dia betui-betui.Jadi dia berazam dan berjanji pada aku, jika dia dapat kembali dengan ko dia akan berkorban apa sahaja asalkan kebahagiaan menjadi milik ko dan dia. Tapi terpulang kat ko.”



Lepas difikirkan sedalam-dalamnya, akhirnya aku kembali bersama Shieda. Malapetaka apakah yang sering singgah dalam hidupku? Malang apakah yang sering menjadi teman setiaku? Kini ia bertamu lagi buat kesekian kalinya. Setelah kami saling rasa bahagia, derita tetap menyinggah. Lamaran aku ditolak Haji Malek dengan pelbagai hinaan dan celaan. Aku malu aku pedih dengan apa yang aku rasai. Cuma kali ini aku telah bersedia untuk berdepan dengan erti kegagalan. Apa lagi aku telah mempunyai kerjaya di MIH. Dan aku mengenali Tina.



Sejak aku mengenali Tina, aku gembira. Aku curahkan kasih sayang aku kepadanya. Biarlah aku menumpukan kasih sayang dan perhatianku buat Tina, yang ku anggap bagaikan adik kandung ku sendiri. Sungguhpun perkenalan kami secara tak disengajakan, namun itu bukan halangan untuk kami menjadi sahabat terbaik. Apa lagi Tina anak tunggal. Pastinya dahagakan kasih sayang dan belai manja seorang abang. Aku nekad dalam hati, aku mahu memberikan tumpuan pada Tina.



Sambil itu, aku tumpukan perhatian pada kerjayaku, yang kini semakin menampakkan sinar harapan yang cukup cemerlang. Aku mahu buktikan semuanya. Aku tak mahu orang disekelilingku berterusan tertawakan aku. Aku lahir bukan untuk dikecewakan. Bukan juga untuk ditertawakan. Aku juga sama seperti manusia lain yang punya maruah dan harga diri yang perlu dipertahankan. Aku mahu segera bangkit mengubah nasib diriku. Aku yakin, dengan sedikit kekuatan yang masih bersisa, aku akan dapat bangun dari penderitaan ini.