Sinopsis... AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


"Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi... Mengapa Tuhan hanya memberi cuma sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberi sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya...”



Ku titipkan sebuah puisi untuk dirimu...

Di dalam kemaruk fantasi dan realiti...

Biarpun ianya tak seindah warna-warna pelangi...

Biarpun ianya tak sepuitis ungkapan seorang penglipurlara...

Tetapi....

Tetap ku persembahkan jua di atas kertas putih ini...

Sebagai tanda persahabatan di antara kita...



Kata mula mentafsir maksud...

Ku susun indah dalam setiap baris...

Ada sesuatu yang tersirat...

Dan aku selitkan jua sesuatu yang tersurat....

Namun sukar ku gambarkan di dalam bait-bait puisi...

Bahawa dirimu suatu kurniaan...

Yang terindah untuk diriku...

(oleh : nada’04)


Mata yang menyaksikan segala-galanya...

DAN segakanya bermula dari MATA...

Bila MATA lebih lantang bersuara...

HATI menyinggung segala perasaan...

MATA mampu menipu, tapi tidak pada HATI...

Turutkan HATI, kita kan menyesali...

Andai dibiarkan HATI mengusik PERASAAN..



pabila telah ketentuannya ditetapkan begitu...

ia pasti akan begitu dan....

akhirnya ku temui...”




Nor Azira, Wan Nurul Afza, Farina, Amiliah, Rin Naziera, Hasanang, Batrissyia Nuy Iman, Norzaimah, Nurhaya, Zariffa, Mariani, Hajah Siti Arpah, Siti Noor Fatmah, Fransisca, Norlaili , Suriza , Karen Lim, Cindy Phang, Suraya, Mardiyah, dan Juliamazandra. Ahli keluarga di Perak, buah hati kesayanganku Batrissyia Nur Iman serta untuk semua teman-teman yang masih mengenali diri ini, khususnya warga SMK Simunjan No.1, SMK Jabi, Kedah dan teman-teman MPTAA.. (KPLI-2002). .... I LOVE YOU ALL....
Ikhlas Daripada :“ TIANA ARESYA_2011”

PART 1

SINOPSIS
"AKHIRNYA KU TEMUI"

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan, hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya cuma ujian dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan?
Kegigihannya selama ini, memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi dalam kerjaya. Daripada seseorang yang tak punya apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ.
Namun, mengapa dia sering gagal dalam soal hati. Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh keluar dari bumi tanah tumpah darahnya.
Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah disebaliknya. Tentunya ada suatu yang membahagiakan di akhirnya. Akhirnya hadir seorang insan yang menjadi kekasih akhirnya walaupun hakikatnya ada insan lain yang lebih menarik pandangan.
Namun tidak mudah kebahagiaan ini dikecapi takala dengan kehadiran Tina, anak majikannya yang begitu mengharap, Shieda, gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza teman seperjuangan yang tulus ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua yang sering bertamu. Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan ditemui insan itu?
Yang pasti tiap insan dijadikan berpasangan dan tentunya Mir juga tidak terkecuali. Kerana, sesungguhnya benar sekali kata alam, pabila telah ketentuannya ditetapkan begitu.. ia pasti begitu dan.. akhirnya ku temui...
Oleh : Tiana Aresya