Saturday, December 25, 2010

Azam 2011

Assalammulaikum & Selamat Sejahtera semua..

2011 akan tiba tidak lama lagi...
2010 akan pergi dan tak kan kembali lagi...

so.. apa azam kalian untuk 2011?
tercapaikan smeua azam 2010?

aku hanya 1 yang gagal dicapai untuk tahun 2010..
so tahun 2011 ni aku ada 11 azam..

1. siap & hantar buku rekod mengajar penuh..
2. kemaskini & mantapkan fail kurikulum sekolah
3. cari ahli untuk kelab tenis smk jabi..
4. melatih dan hantar team tenis jabi ke mssd kota setar
5. kemas kini blog aku supaya lebih segar & informasi.
6. KUMPUL RM10000 dalam tempoh 2 tahun (hingga 2012)
7. kurangkan kenlan baru dan updated kawan2 sedia ada
8. jaga ikatan aku dengan ... supaya x bermasalah
9. perkemas amal ibadat aku (solat) supaya tepati waktu
10. hasilkan 4 novel baru
11. kemaskini modul matematik tingkatan 3, 4, PMR dan SPM

Sunday, December 05, 2010

terbaru dari tianaaresya.. AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU

Sinopsis...

Zulaika – seorang gadis yang periang. Dengan senyum dan gelak tawanya, memang tak siapa yang menyangka dia saban hari berendamkan air mata. Namun, dia mungkin dapat menipu mata-mata yang sering memerhatinya, Tetapi dia gagal menipu Amir Hamzah, guru pelatih yang lebih dahulu makan garam dengan kegagalan dan kekecewaan dalam soal hati dan kehidupan. Dalam menjalinkan persahabatan, timbul rasa cinta di hati. Tetapi Amir Hamzah terkecewa lagi lantaran Zulaika yang setia dan teguh dengan pendiriannya. Lantas dibawa hati jauh ke perantauan. Kebetulan atau suratan, Zulaika terkecewa tetapi saat dia mengharapkan Amir Hamzah memberikan peluang, Dia kecewa apabila Amir Hamzah telah membuat pilihan untuk kembali bersama Aleya.

Namun dugaan demi dugaan terus menimpa Amir Hamzah dan pada masa yang sama, cinta suci Zulaika yang didambakan bersama kekasih hatinya, Yusnizam pula tak seindah yang diharapkan. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditelan ekoran ibunya yang memandang darjat dan rupa. Apakah cinta Zulaika akan terputus lagi? Adakah akan terbitnya peluang apabila Amir Hamzah juga gagal dalam berumah tangga? Atau adakah Zulaika terus tegar mempertahankan cintanya terhadap Yusnizam?

Biarpun setiap detik, dugaan datang bertali arus, namun Zulaika seorang gadis yang tabah. Air mata menjadi peneman setianya, namun dia juga tidak pernah mudah luntur semangat. Langkahnya terus digerakkan kerana Zulaika yakin, Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar dan gigih. Cinta bahagia yang dicari ditagih dan diperjuang penuh tulus. Zulaika terus pasrah bermunajat kepada Tuhan yang Esa agar satu masa segalanya berakhir dengan baik. Zulaika sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua insan yang pernah dekat di hatinya. Walau ada yang tidak merestui pilihan hatinya.

Zulaika kan terus berbisik kepada dirinya sendiri... Selagi mana dia bersabar dan tabah menempuh tiap dugaan, Zulaika pasti... Satu masa akan tiba juga kebahgiaan dalam hidupnya. Segala impiannya pasti menjadi kenyataan. Berkat kekuasaan Tuhan yang Maha Pemurahh lagi Maha Penyayang... Akhirnya Bahagia Milikku.

Nukilan Oleh : TIANA ARESYA_2010

Friday, November 26, 2010

Akhirnya Ku Akur... Aku Bukan Yang Terbaik!!!

Assalammulaikum. Lama sungguh aku x menulis. Rasanya dah masuk bulan ke 4. Aku xda mood, busy dan 1001 alasan lagi.. Tp apa yg busy entah. maybe budak2 nak PMR/SPM then gi kursus sana sini, bawa team bola, atlit..

Ok, untuk permulaan ini aku nak bagitau yg aku nak kongsi 2 kisah.. Soal Hati... Adohhh.. Kenapa ya, aku ni sering sgt bermasalah dgn soal hati??? Agaknya Allah mmg xnak aku miliki seseorang sebagai insan yang harus ku miliki? Dulu aku punya kekasih hati.. Tapi saat kian hampir aku kehilangannya.. aku juga pernah punya tunang.. juga ku kehilangannya. Aku punya isteri dan anak yang comel.. Tetap aku kehilangan mereka. Kini.. ku punyai 1 hati yang amat ku sayangi.. Tapi tetap ku kehilangannya waaaaaaaaaaa...

28 FEBRUARI 2010.. tarikh yang xkan ku lupakan.. Saat itu, aku miliki dia buat kali ke 2... Di saat aku sedang menuju ke KL untuk menemui 2 kenalan yang aku mau memilih 1 dari 2 itu sebagai bakal insan kesayanganku.. Dia hantar SMS ajak kami kembali bersama. Betapa gembiranya hatiku dan terus ku padamkan niat untuk memilih antara 2 tadi... dan sejak itu betapa bahagianya aku dan dia.. Biar dia tidak romantik tetapi aku yakini yang dia sangat sayang pada aku...

namun 25 NOVEMBER 2010.. Tarikh yang lebih memedihkan aku... Semuanya kerana aku!!! Sambung lagi nanti.. aku x sanggup... sinuk ati kamek ehh.. mau nangis lok..

Sunday, August 01, 2010

Bicara Ku : Sekolah Menengah Part III

Assalammualaikum...

lama benar aku x menulis kat sini.. Busy sikit dengan aktiviti sekolah dan gila facebook hahahahahahaha.. Tapi aku ada masalah sebenarnya... Sekarang pun ada masalah juga tapi aku try reda kan sedikit dgn menulis di sini..

Aku dah citer kisah aku di Tingkatan 4 kan.. Masuk Tingkatan 5, kehidupan aku terus tidak berubah... Aku tiada kawan yang benar2 kawan. ramai yng takut untuk menjadi kawan aku sebab takut mereka turut tersisih. Cumanya aku bertuah sebab ketika aku jadi senior aku miliki beberapa orang adik2 junior yang sentiasa di aku..

Aku rasa sebak bila salah seorang (Abdul Karim Muzaffir @ Angah) bagitau aku "Angah tak tahu apa yang berlaku pada abang sebelum ni dan Angah tak nak ambil tahu. Yang Angah tahu, abang baik sangat dengan Angah dan membantu Angah sepanuang Angah ada di SEMESTI... Pada Angah, abang macam abang Angah sendiri.."

Selain Angah, aku juga miliki adik-adik junior seperti Ahmad Hafifi Hussain (Achik), Mohd Zaid Hafiah (Along), Abdul Munir, Mohd Zaid, Azrul Hisham Hashim, Jamal Firdaus Jamil (JFJ) dan beberapa lagi yang aku dah lupa nama.. Yang perempuan yang baik dengan aku Siti Noor Shahadah (Shieda)...

Dengan mereka lah aku belajar dan berkongsi kasih sayang.. Berkat sokongan mereka aku dapat juga lalui dunia getir aku. Cikgu Ardani (PK1) juga mengetahui masalah aku dan dia juga banyak membantu aku.. Begitu juga Cikgu Addenan (Guru Kaunselingg..) Terima Kasih cikgu sebab selalu jemput saya ke rumah cikgu untuk belajar dengan tenang dan aman...

At last aku lalui SPM dengan baik dan aku meyakini aku dah buat yang terbaik!!! AKu yakin apa yang aku usahakan sudah cukup memboleh kan aku memasuki universiti impian aku iaitu UUM... Aku tinggalkan SEMESTI dengan jeritan ANJING!! BARUA!!! oelh kawan2 setingkatan aku yang dulu sama2 bermain dan makan bersama... Betapa terhirisnya hati dan perasaan aku saat itu tapi aku pendam sahaja di dalam hati.

Biar Tuhan sahaja yang membalas setiap hinaan kalian pada aku dan aku yakin dengan hinaan kalian aku akan jadi manusia yang bisa menyumbang kepada negara!!!

Result SPM keluar dan Alhamdulillah aku berjaya juga dapat Pangkat 1.... Cuma aku sekali lagi dikecewakan. Subjek aku target A macam BM, PI dan GEO aku hanya dapar B3. Tapi subjek yang aku x suka (Ekonomi) pula aku dapat A2... Yang penting tak da subjek yang gagal termasuk lah Matematik Tambahan... Aku apply Matrikulasi UUM.. Selain tu minta juga UiTM, Maktab dan kolej2 yang sesuai.

Bulan 4 aku mula dibanjiri surat tawaran. Aku dapat :

1. Maktab Perguruan di Ipoh
2. UiTM di Shah Alam
3. Koleh Teknologi Petronas - Batu Rakit, T'ganu (Belajar Terus Kerja under Petronas)
4. Kolej2 Swasta
5. Matrikulasi UUM..

Mak aku suruh masuk Maktab. Abah aku suruh masuk Petronas.. Tapi aku DERHAKA... Aku cakap aku nak masuk U... Dan aku pilih Matrikulasi UUM... tentu mereka sedih kan.. Tapi nak buat macam mana.. Aku memang target nak masuk UUM..

Dan bermulalah kehidupan aku di Matrikulasi UUM dan aku harapkan hidup aku lebih tenang dan gembira dengan teman2 baru.. Aku mahu gelaran BARUA & ANJING tinggal sejarah...

Ok kelak aku cerita tentang aku jadi manusia LUAR BIASA di Matrik UUM ok.. Bye

Thursday, July 15, 2010

Bicara Ku : Form 4_Bermula Detik Sengsara

Assalammualaikum..

hai semua.. Ok, now aku nak bercerita kisah aku selepas aku masuk Form 4. PMR aku dpt 5A, 2B, 1C sahaja. Tp aku x kisah pun. Sebab berapa pun, tetap dpt masuk F4. Syarat SEMESTI mesti dapat 3A tiada D dan E.. So, lepas la syarat aku. Sedih juga kawan baik aku WAN ZURAIHI WAN MUHAMMAD terpaksa meninggalkan SEMESTI.

Tingkatan 4, aku masuk kelas 4 Sains 3. Belajar Add Math, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Geografi. Aku sepanjang Ting 4 tu x suka betul dengan cikgu Ekonomi. Bila x ingat aku pun lupa nama dia. Cikgu GEO nama CIKGU ARDANI YUNOS @ PK1 dulu.. La dah berpindah pun. AKAUN cikgu CHONG DIAM FONG dan ADD MATH cikgu SRI ROHAYU. Lain2 tu ramai lagi lah. Tp bukan itu yang aku nak citer kan...

Masa Tingkatan 4 ni aku dapat peluang lebih besar. Aku cebur diri pula dalam sukan JOGATHON. Masa Jogathon PIBG, aku dapat no.2 Kategori Terbuka dan Juara Kategori 15. Aku juga terus dgn olahraga tapi sport aku tukar dari bola sepak ke BOLA KERANJANG.

Aku juga dapat peluang wakil sekolah ke PIDATO PIALA DIRAJA dan PIDATO AGAMA peringkat Daerah HILIR PERAK. Aku dapat No.3 saja. So x dapat wakil daerah.. Tp aku juga libat diri sebagai penulis skrip dan pengarah SKETSA ANTI DADAH dan layak ke peringkat Negeri Perak dapat No.2.. Hahahahahahaha... Aku macam x percaya aja team kami cemerlang di Dewan Serbaguna di kediaman MB Perak.. Team kami muncul Naib Juara dan aku best aktor..

Itu kisah kokurikulum aku.. Biarkan lah. Yang aku nak citer tentang permulaan sejarah gelap aku di SEMESTI yang buat aku hilang keyakinan diri dan bersikap pendendam... Aku mohon untuk jadi pengawas sekolah. Then bila dah memohon akan ada pemilihan. Aku dipanggil jumpa HEM.. Apa aku kata? "Azam utama saya ialah nak banteras kes merosok hingga habis terus. x kira senior atau junior, rokok tetap salah." Semangat betul aku time tu..

Then tetiba ditakdirkan esoknya Waden buat sportcheck.. Ramai yg kantoi. Biasalah dah nama pun mengejut kan... APa jadi? Aku DITUDUH pemberi maklumat!!!! Pagi minggu lepas riadah wajib pagi, aku dipanggil oleh 5 manusia durjana dan aku DIBELASAH secukupnya. Ingat lagi aku. Masuk saja bilik tu aku di TAMPAR berkali2, di spike bola tampar ke perut.. Di terajang. Sampai gelap mata aku... Dimaki hamun usah dicakap lah.. Siapa manusia durjana tu? ZAIDI, KAMAL (budak sama batch dengan aku!!), BADROL HISHAM (Form 5) dan 2 lagi aku x ingat dah siapa. Badrol dan 2 lagi tu Tingkatan 5 tu semua PENGAWAS sekolah...

Aku cuma mampu kata sebelum aku blah.. "KALAU BUKAN SAYA YANG LAPOR PADA HEM TENTANG KAU ORANG, AKU MINTA TUHAN HANCIRKAN HIDUP KAMU!!!!"

Dan Alhamdulillah.. 2 orang Form 5 tu serta ZAIDI telah GAGAL SPM!!! KAMAL pula aku dengar2 rosak akhlas di Genting Highland. Aku tak tau apa yang diabuat.. Yang Badrul tu pun tercicir juga di U.. TERIMA KASIH ALLAH...

Aku x lapor kes tu sebab aku tak mau panjang2 cerita.. Tp sejak kes tu tersebar... Aku diberi nama yang cukup HINA dan JIJIK buat warga asrama.. Aku dipanggil BARUA dan ANJING!!!! Mana2 pergi pun aku dipanggil ANJING atau BARUA!!!! even rakan sebaya aku!!! Betapa tersiksanya kau menerima nama2 tu sedangaku langsung tak buat semua yang mereka fikirt. Aku ambil keputusan tolak jawatan pengawas. kalau tak maybe aku jadi ketua pengawas hahahahahaha..


Aku di BOIKOT oleh teman sendiri.. Even dalam kelas pun aku sendirian. Tak ada yang nak mendekati aku sebab takut terpalit nama ANJING dan BARUA. Yg tetap mendekati aku sebab mereka percaya aku tak buat benda tu ialah KHAIRIL AZNI, AZRI HISHAM @ MANDELA, MOHD KAMALRUL ARIPIN, ZABIDI dan BADRUL HISHAM. Terima kasih teman. Kalian tetap mahu menjadikanaku sebagai kawan kalian even aku tahu kalian takut kalian turut terkena tempiasnya...

Aku tak punya tempat langsung di asrama @ Dorm @ BILIK... jadi aku hanya belajar di kelas sorang2, sambung belajar di surau dan tidur pun merantau dari 1 bilik ke 1 bilik JUNIOR.. Aku tiada bilik lagi. Nama ada di DORM A1 tapi hanya ada nama tapi hak tiada. Cuma hari pemeriksaan asrama mingguan tiap sabtu sahaja aku akan kembali ke bilik tu. Lain2 masa aku ada dibilik2 junior...

OK, aku sambung lain kali ya.. Ada kerja sikit..

Monday, July 12, 2010

Bicaraku.. Sekolah Menengah Part II

Assalammulaikum..

Baru aku ada masa sikit untuk menulis lagi..

Ok, aku nak citer perubahan yang berlaku pada aku yang aku sendiri pun TERKEJUT... Masuk tingkatan 2 aku cuba aktifkan diri... Aku masuk kelab Bahas & PIdato.. Bayangkan aku yang pendiam, pemalu masuk kelab yang sememangnya untuk golongan yang banyak cakap dan membangkang...

Aku juga masuk acara sukan. Tp tidak lah bola sepak, rubgy or lain-lain tu. Aku masuk Olahraga. Acara pun bukan calang-calang.. 800m, 1500m, 5000m dan 4X400m... Aku rumah PUTIH @ SIGMA... Siapa sangka.. Dalam diam aku.. Rupanya aku ada kekuatan pemberian Tuhan. Aku berjaya dalam acara yang aku sertai tau. Aku dapat no.3 800m, no.2 1500m dan no.3 5000m. Aku juga dapat no.2 lari berganti2 4x400m.

Dan aku juga mula memberi tumpuan pada sukan, bahas & pidato... Tp aku x lah berharap sangat wakil sekolah dalam bahas & pidato sebab ramaiiiii lagi yang hebat2 dari aku. Nak pula aku ni 'sayur' lagi... Biar lah aku belajar dulu selok belok berbahas dan pidato. Soal hati memang aku tak ambil kisah langsung..

Bila aku mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hilir Perak, aku kenali seseorang. Itu pun secara tak sengaja. AKu cedera dipijak stud tajam peserta luar. Aku lari tak pakai kasut tau. Tak biasa dan selesa berkaki ayam. Masa tu acara 1500m. Aku ingat lagi aku di depan.. Tapi ada peserta luar yang menghampiri aku dan pijak kaki aku. Berdarah2 huhuhuhuhu sakit...

Tapi sebab sakit tu aku kenali WATI... Melalui SHARBI kenalan baru aku masa sukan tu, aku kenali NORWATI dan sejak tu aku sering berutus surat dengan dia. Mana lah ada handfon lagi time tu. So, surat sajalah tiap minggu. WATI pernah 'melawat' aku di asrama beberapa kali. Dia datang dengan kawan dia.

Terharu betul bila ada tetamu yang datang melawat. Harap famili memang tak mungkin lah. Sebab aku tau kesusahan mereka. So, sekurang2 kehadiran WATI menghiburkan hati aku... kami sering bersaing dalam peperiksaan. Tapi dia lah asyik menang. Aku lawan geng2 hebat tapi dia sekolah biasa. Lupa nak bagitau. Dia di SMK SERI PERAK.

Masuk tingkatan 3 aku terus aktif sukan dan aku sekali lagi mewakili sekolah dalam acara jarak jauh. Di samping tu aku juga mewakili sekolah dalam Bola Sepak sebagai Penjaga gol. Lawak pun ada.. Aku yang pendek jadi keeper.. Aku nak jadi striker cikgu kata aku tak pandai mengelecek walaupun aku lari laju dan stamina bagus..

team aku dapat no.4 time tu kalah separuh akhir 1-0.. Pengadil berat sebelah.. Tak pa lah. Okey juga kalah awal. Boleh mula tumpu PMR. Dah la tak tahu bagaimana rupa exam PMR tu.. Tahun 1993 ni first time UPSR diperkenalkan menggantikan SRP.. Yang diberitahu, melalui PMR syarat lulus adalah lulus BM sahaja. Tp sekolah kami tetapkan untuk kekal di SEMESTI, wajib dapat 3A dan tak D... Aku risau lah sebab aku ni result aku selalu B or C and D jer banyak. A tu selalunya PI dan BM saja..

Ok.. penat arr.. Mau stop dulu lah.. Lain kali tulis lagi.. Mau pulang rumah sudah..

Puisiku.. Berbicara Tentang Sahabat.

Dari Sahabat Tentang Sahabat

Teman…
Bukan mudah untuk dicari...
Yang layak bergelar sahabat…
Yang mampu ada di saat kita mencari dia…
Yang sentiasa di sisi...
Kala gembira apalagi berduka…
Ada ramai teman dalam dunia sementara ini…
Teman kala kita suka dan berharta…
Teman kala kita berjaya...
Dan di puncak kegemilangan…
Tapi sukar sekali...
Mencari teman kala kita duka…
Hanya yang bergelar SAHABAT...
Kan sanggup setia di sisi…
Untuk sama menyapu air mata...
Merawat duka dan lara…
Kita tak mampu memaksa...
Teman menjadi sahabat…
Tapi tanamkan dalam hati…
Aku adalah SAHABAT kalian...
Biarpun aku hanyalah TEMAN buat kalian…
Berserah pada takdirNya...
Atas setiap ikatan yang terbina…

Saturday, July 10, 2010

Bicaraku Tentang Sahabat II..

Assalammulaikum...

Ok kesempatan datang lagi. Aku mahu sambung kisah tentang sahabat yang 10 orang yang aku utamakan... Aku dah cerita 5 yang pertama :
1. Allahyarhamah Noorazarina @ Ketam Batu...
2. Norlaili Sarip @ Chipmunk
3. Siti Noor Fatmah Ishak @ Kapal Selam
4. Norwati Ahmad @ tee
5. Suriza Abu Shah @ Dik Za


So 2 nita aku nak cite lagi 4 dari 5.... Mereka ialah :

6. Fransisca Janin @ Hazziya Azzyati

Fransisca Anak Janin ( 10 / 10 / 1992 )
“FRANSISCA” atau aku panggilnya ADIK seorang yang aku mula kenali tahun 2008 semasa dia di kelas 4A... Kali pertama aku tengok dia yang kecil molek, aku dah rasa suka dan mahu kenali lebih dekat.. Tapi aku hanya sempat kenali dia selama sebulan bila mana dia kemudian bertukar ke Sibu. Sedih sangat aku sebab aku baru sahaja mahu mengenali dia..

Tapi kuasa Allah, tahun 2009, dia kembali ke SMK Simunjan No.1... Bila aku tengok list nama 5A, ada nama Fransisca, aku begitu gembira dan semangat nak masuk ke 5A.... Stelah hampir 11 bulan mengajar dan mendekati dia, aku berasa sangat sayangkan dia. Aku bukan lagi anggap, tetapi aku terima Sisca sebagai adik kandung aku..

Aku membantu adik aku membuat persediaan secukupnya untuk SPM 2009 dan mencapai cita2nya... Aku senang sekali mengenali adik. Seorang yang sangat kuat semangat dan rajin. Biarpun kadang2 dilanda macam2 dugaan, tetapi adik tidak mudah berputus asa. Aku berasa terpanggil untuk membantu setakat yang mampu untuk memastikan adik bersemangat untuk terus berjuang. Tapi sayang, semasa SPM adik menghadapi banyak masalah dan sakit yang datang tiba-tiba.. Adik aku ni ada sakit tp tak siapa tahu termasuk aku... Aku tau sikit2 saja.. Yang sebetul hanya dia yang tahu...

Akibatnya sakit dan cabaran, result adik tak lah sebaik yang diharapkan... So, now adik hanya bekerja di Kuching untuk mengumpul $$. Dia mahu ambil SPM semula tahun hadapan. Moga kali ke 2 ini, adik akan lebih berjaya OK...

Adik yang aku kenali sangat menggembirakan aku. Dia begitu mendengar kata, hormati aku dan aku amat yakin yang dia boleh berjaya dalam mengejar cita-citanya. Walaupun aku bukan guru kelas dia ataupun dapat selalu bersamanya, tetapi SMS sentiasa menjadi penghubung kami. Telah banyak yang adik kongsikan bersama aku dan aku anggap kepercayaan dan kasih sayang yang adik berikan pada aku amat aku hargai dan sanjungi.

Aku juga mengharapkan agar aku mampu menjadi abang yang terbaik buat dirinya. Buat adikku, aku sayang kamu dan aku akan membantu setakat mampu demi kejayaan dan kegembiraan mu. Aku mahu kau berasa bertuahnya memiliki aku sebagai abang mu... InsyaAllah, andai dibukakan pintu oleh-Nya, aku mungkin dapat melihat HAZIYAH AZZYATI di depan mata.. Nama ini aku pilih andai 1 masa nanti dia memilih Islam sebagai pegangan hidupnya. Memang dia akui dia berminat dengan Islam, tapi belum tiba masa untuk dia mengucap ikarar sebagai Islam kerana masih ada hati2 yang perlu dia jaga.. So, tunggu sajalah..

7. Rostina Japon @ Liyana Aqilah
Rostina Anak Japon @ ( 19 / 6 / 1989)

“adiQ” adalah adik aku yang bukan satu emak satu ayah tetapi pada aku memang adik kandung aku. Aku amat menyayangi adiQ aku ni. Susah senang dia adalah susah senang berganda bagi aku.

Aku kenali adik sejak dia tingkatan 2 tetapi dapat peluang mendekatinya setelah dia tingkatan 4. Tetapi kelewatan mendekatinya bukan alasan untuk aku tidak dapat rapat dan dekat dengannya.

Setelah aku menjadi guru kelasnya tahun 2006, kami mula rapat dan aku juga semakin mengetahui tentang dirinya. Bila aku sudah memiliki kereta sendiri, setiap jumaat tugas aku ialah aku akan menghantar adiQ pulang bersama Cat ke kampung dan Ahad akan menjemput semula mereka. Aku rasa gembira tiap kali menghantar dan menjemput mereka.

Tapi adiQ semasa tingkatan 5 ni selalu juga ‘ponteng’ kelas sebab masalah keluarga. Aku nak bantu tetapi tak tahu bagaimana untuk membantu. Hanya dapat beri kata2 semangat, bawa adiQ jalan2 makan2 di rumah aku. Berkenal dengan isteri dan anak aku supaya adiQ rasa terhibur dan terfikir bahawa masih ada yang menyayangi adiQ dengan sepenuh kasih sayang. Yang sentiasa di sisi.

Setelah tamat SPM, aku agak terputus hubungan kerana adiQ ke Kuching tinggal dengan abangnya dan kerja. AdiQ juga terlibat dengan PLKN. Aku rasa kecewa bila result keluar adiQ tak sempat buat rayuan ke Form 6 kerana lewat datang ambil result. So, nak tak nak terpaksa lah kerja dahulu.

Aku nak bantu adiQ masuk kolej Kejururawatan Masterskill tapi adik ‘menghilang’ kan diri sementara. Tiba2 sahaja dibagitau adik mengikuti pemilihan tentera. Dan ditakdirkan dapat. So, terbanglah adik ke Port Dickson tahun 2007 dan terpendam lah hasrat dan cita2nya (juga aku...) untuk menjadi jururawat. Tak pa lah, mungkin rezeki adiQ sebagai askar.

Aku tumpang gembira sebab adiQ dah dapat kerja di Kementerian Pertahanan (Unit Gaji @ UGAT)walaupun agak sukar nak bayang kan adiQ yang lembut dan cantik ni berkawad tengah panas, angkat beg berat. Tapi adiQ buktikan adiQ mampu!!

Aku tambah gembira bila masuk 2009 kami telah semakin akrab dan telah kami tukarkan cikgu & Ros kepada abang & adiQ. Sejak itu kami memang betul2 rapat.Jika diberikan hidayah oleh-Nya... Kita akan dapat melihat Liyana Aqilah... Nama ni kami pilih sama2... Amin.... Tapi yang terkini akhir2 ini, aku merasakan impian nak melihat Liyana Aqilah kemungkinan besar tidak menjadi nyata lah sebab dia pun dah memilih lelaki seagamanya (kristian) sebagai bakal teman hidupnya. Apapun, tidak salah aku mendoakan agar 1 hari mungkin Allah bukakan hati dia kan..


8. Nurhaya Morjadi @ anak abah
Nurhaya Binti Morjadi(7 / 4 / 1991)

Nurhaya yang ku panggil "YAYA" adalah "anak abah" @ anak aku semasa aku di SMK SIMUNJAN NO.1.. Tapi aku kenal Yaya pun agak lewak. Sudah dipenghujung tahun 2009. Beberapa minggu sebelum cuti sekolah. Apapun, aku dah 'melihat' Yaya dah lama. Sejak dia mula masuk SMKS1 lagu. Aku suka tengok style dia yang gila2 bersama geng2 dia (Aku dapat tau dia ada Geng Kapak bila dah rapat dengan dia..).

Aku menjadi abah dia lepas dia bercerita tentang ibu bapanya yang berpisah dan dia mahu @ suka kalau aku jadi abah dia sebab aku ni gila2, kuat mengusi dia sama lah macam dia. Like father like daugther lah kan... So, aku pun tiada masalah.. boleh jadi abah dia. Lagipun aku tak ada siapa2 masa tu kan. Ada anak pun dah ikut bekas isteri. Aku rindu anak aku tp aku x dapat selalu bercakap dengan dia. So Yaya boleh.. Lagi pun bagus juga aku dekat dengan Yaya. Aku boleh sentiasa bagi sokongan pada dia. Tahun ni dia akan menduduki STPM. Aku harap benar dia akan lulus dengan baik dan dpat masuk UUM (seperti yang dia target)..

Apa yang boleh aku katakan tentang anak aku ni.. Biarpun x sempat nak kenal secara lebih dekat, tapi aku selalu berhubung melalui sms... Ada saja lah yang kami bincang dan kadang2 saling mengusik. Aku anggap aku ni kabah dia, aku juga kawan dia... That y aku boleh serasi dengan dia. nak pula dia ni hantu novel... Katanya "hidup tanpa novel, ibarat hidup tanpa nasi"...

Buat anak abah.. Abah sayangkan anak abah ni dan sentiasa mendoakan anak abah berjaya dlm STPM/MUET/STUDY juga sentiasa sihat ceria gembira bahagia walaupun abah jauh dari mata Yaya, tapi Yaya tetao abah ingati selalu...

9. Norzaimah Abu Bakar @ Norzi

Norzaimah Binti Abu Bakar (4 / 3 / 1978)

“NOZIE” adalah teman yang aku kenali semasa aku menjalani latihan praktikal Ijazah aku di Jabatan Buruh, Taiping pada Mac – Mei 2000. Masa tu aku bersama dia dan Faridah @ Farid di satu Jabatan. Tetapi aku sering menjadi ‘mangsa’ buli sebab aku ni pendiam dan ‘skema’. Banyak kerja yang aku buat di Jabatan dan mereka hanya jadi tukang tengok dan kacau aku. Tapi pengalaman yang menarik sepanjang 3 bulan di sana.

Selepas habis praktikal, masing2 bawa hal tetapi aku masih go on dengan Norzi. Aku rasa selesa bersahabat dengan dia dan berkongsi apa juga cerita. Ketika aku di Perak dia dah pun buka langkah bekerja di KL. Kami saling berhubung dengan telefon dan surat.

Dia banyak memberi pendapat bila aku dalam dilema dengan Amy. Bila aku ke Sarawak, kami makin rapat dan saling berhubung melalui SMS. Bila aku ke Sabah untuk berjumpa pertama kali dengan buah hati aku, dia begitu gembira dan menanti cerita gembira yang akan aku kongsi dengannya.

Tapi , malang sekali… Kisah aku dan Amy tak panjang. Kami putus tunang dan Norzi satu-satunya teman aku yang masih setia di sisi. Saat itu aku terfikir, mungkinkah permata di depan mata aku tak nampak, kaca di seberang yang aku cari? Mungkinkan jodoh aku ada di depan mata tetapi aku tak nampak?

Akhirnya aku beranikan diri meluahkan hasrat hati. Siapa sangka, akhirnya membawa kepada ikatan pertunangan pada 30 Mei 2004 seterusnya melayarkan bahtera perkahwinan pada 30 Mei 2005 walaupun menghadapi dugaan yang bukan sedikit. 4 Februari ikatan ini kian kukuh apabila hadir Batrissyia Nur Iman… Anak tunggal kami yang kian petah berkata-kata.

Namun, dugaan kami tidak terhenti di situ. Pelbagai dugaan terus menghujani kami. Dan aku akui ianya berpunca daripada aku yang terlalu mementingkan diri (mungkin)… Akhirnya ikatan rumah tangga kami berakhir pada 22 November 2008. Kami (aku) membuat keputusan untuk mengundur diri setelah tidak mampu lagi untuk terus menjadi suami yang baik buat dirinya. Aku tidak mahu menyiksakan dirinya.

Tetapi demi anak, kami tetap berkawan dan akan terus memberikan perhatian kepada anak tunggal kami ini agar tidak terkurang rasa kasih sayang pada Batrissyia.

Apa sekali pun, aku amat menghargai setiap limpahan kasih sayang, cinta dan rindu yang telah dia tumpahkan buat aku sepanjang 3 tahun kami berkongsi hidup dan suka duka. Moga satu masa kelak, diri mu akan ditemukan dengan seseorang yang lebih mampu dan dapat memberikan kebahgiaan yang lebih bermakna buat dirimu.

Ku pohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas setiap salah dan silap ku, sama ada disedari atau tidak. Ku mohon halalkan termakan, terminum dan maaf atas segalanya. Dan aku sememangnya sentiasa memaafkan setiap salah dan silapmu. Ku halalkan tiap makan minum pakaimu sepanjang tempoh kita bersama.

Terima kasih sahabatku…
Terima kasih isteriku…
Aku hargai segalanya yang kau korbankan buat kita…

Aku mungkin bukan yang terbaik buat mu...
Kerana aku ni serba kekurangan imlu dan amal...
Namun telah aku usahakan sedaya upayaku...
Untuk menjadi yang terbaik buat dirimu...
Untuk menjadi yang teristimewa dalam hidupmu...
Namun, takdir Nya siapa yang mampu menolak...
Kerana sekecil dugaan yang diberikanNya buat kita...
Terasa besarnya hingga tak tertanggung...
Lantas pengakhirannya kita terpisah membawa haluan sendiri...
Aku hanya mampu memohon kemaafan kepada mu...
Dan mendoakan agar kau kan bertemu dengan seorang peneman hati..
Yang lebih baik daripada aku...
Agar bisa kau bahgia melayari sisa-sisa huidup ini..
Seperti man aku juga kan teruskan pelayaran hidup ku ni..

Ini lah 4 lagi sahabat yang amat aku sayagi. Aku kata ada 10 kan.. sorang lagi siapa? Haaaaa itu kena tunggu lagi....

Selain dari 10 orang ni ada lagi kawan2 yang aku sayang juga lah. Kebanyakkan anak murid aku dan teman2 lama aku. Antaranya :

1. Nurfarahin Abg Monir - anak murid aku (sekarang di IPBL)
2. Cik Rosemawani Vhe Hussin - teman 1 maktab
3. Antasia Anak Tawi - anak muris aku (now Form 5 di Tabuan Jaya)
4. Lenja Martina Anak Junior - anak murid aku (now Form 5 di SMKS1)
5. Rosmawati Abdullah - anak angkat keluarga aku
6. Noriah Mat Zain - teman aku yg dah lost contact
7. Ahmad Zuwairi Nahari - teman 1 sekolah @ adik angkat aku dulu - kini
8. Megat Azril Izwan - teman 1 sekolah @ adik angkat aku dulu - kini
9. Saiful Anwar Shahar - teman 1 UUM
10. Mohd Fazli Ismail - Teman 1 UUM
11. Abdul Karim Muzaffir - adik angkat aku - kini tp dah lost contact
12. Donna Lungkam - anak murid aku (sekarang di USM)
13. Karen Lim Pei Pei - anak murid aku (sekarang di UM)
14. Maslina Abg Monir - teman aku 1 masa dulu.
15. Natasha Abu Al Shahri - teman sejak 1997 (now keje di Putrajaya)
16. Syopiah Abdul Rahman - teman 1 tempat kerja di Sarawak dulu
17. Siti Farah Hanani - adik aku juga lah ni sejak 2001...
18. Elliani Malinee - sama juga.. adik aku sejak 2001
19. Kartina Shahriza - adik angkat aku sejak 1997 (now keje di KL)
20. Siaw Mok Lan - teman 1 masa dulu... Dah tiada apa2 lagi...

dan beberapa lagi teman2 yang tak tertulis dalam ni...

Bicara.. Sementara ada waktu..


Assalammulaikum..
Sementara ada waktu yang sedikit ini.. Sebelum nak mula lagi kursus Kepenggunaan Koperasi di Hotel Park Avaneu, Sg. Petani... Aku nak bercerita sedikit.. Pada 01.07.2010 dalam jam 5.15 petang.. Aku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ini yang ke 7 sepanjang aku hidup dan yang ke 4 melibatkan kereta Kancil aku QAF 5925..

Untuk yang ke 7 ini.. Aku drive dlm hujan.. Masa tu aku 50:50 antara nak balik kampung dengan tidak. Dari jam 2.00 hingga jam 4.00 aku fikir. Balik ke tak balik... Sebab kereta aku tu xda aircond. Tengok di atas langit hitam mau hujan.. Tau2 ajalah bila kete xda aircond... Tiap masa tangan jadi viper dari dalam untuk lap cermin yang kabus..
Tapi at last aku buat keputusan balik juga... Sebab minggu berikutnya aku ada kursus so xdapat balik... Keluar dari tol Pendang... Aku terus laju juga. 100km/j. Tp x laju lah tu banding kebiasaan aku bawa 110 ke 120km/j. Hujan lebat dan rintik di sepanjang jalan.. Menghampiri Hentian Tikam Batu, aku rasa nak stop tapi tetiba aku tukar fikiran untuk terus.. Aku pun potong treler... Then aku lap cermin aku macam biasa.. Kabus x nampak... Nak buka cermin, hujan diluar sana..

Apakan daya, masa kau tengok epan.. kereta panjanggggg que.. Ada construction. Aku terpaksa slow.. Aku tekan brek habis2 tp tau sajalah jalan licin. Tetap meluncur. Aku cuba nak elak langgar banyak2 kereta yang berderet di depan dan nampak ada ruang antara kete depan dengan treler. Aku mencelah sedaya mungkin tapi lambu kete aku belah kanan tetap jug mencium punggung kenari PFH 6325. Buat kete aku melencong dan betul2 melintang depan treler KBK 9448.. Aku hanya mampu tekan brek habis2 dan pegang stereng kuat2.. Aku fikir MATI dan aku fikir SESEORANG sahaja time tu...

Kereta aku dirempuh treler yang panjang dan berat tu.. Terasa bergerak kereta aku. Luckly.. Treler tu pun memang dah slow. Kalau tak mau penyek apa aku... Dekat 10 minit aku terkejar berpeluh dalam kereta. Orang ketuk tingkap kete pun aku x mampu nak buka... Kemudian bila kau dah cool sikit, aku mati enjin, free gear.. Aku keluar kete.. Terhoyong hayang aku...

Bila PLUS dan TRAFIK datang, disuruh drive juga ke Trafik Sg.Petani... So, drive la dengan kete kemek, terkopak dan dengan perasaan gementar masih ada... Aku sama Kenaroi saja buat repot. Treler x mahu... Jam 9.30 malam baru settle report.

Malam tu aku balik juga Perak sebab mak aku suruh balik. Kawan kak aku yang tolong hantar... So, masuk lah ke bengkel U-LEK MOTOR di Sg. Petani. Tak tahu lah bila nak siap... Apa boleh buat dah nak jadi kan... Tp syukur, biar dilanggar treler. Nyawa aku masih panjang...

Aku ada kata aku hanya ingat MATI dan SESEORANG time aku menanti dirempuh treler kan. SESEORANG yang aku maksudkan ialah... Kelak aku akan ceritakan. Terus mengikuti Bicara aku ok... Ini antara gambar2 kerete aku...


Sejarah aku kemalanagan jalan raya :

14.04.2000 ~ aku jatuh motor di CHANGKAT JERING, TAIPING bila langgar lubang yang digenangi air hujan... Kes? AKU PUTUS CINTA DENGAN ORANG SABAH...

13.06.2001 ~ aku bertembung dengan treler di BENTA, PAHANG di satu selekoh. Kes? LUAHAN HATI AKU DITOLAK OLEH GADIS PAHANG...

12.12.2001 ~ aku langgar anak lembu sampai mati di SUNYAI NYIOR, TRONG bila tetiba dia lintas jalan dan aku laju. Kes? PUTUS CINTA DENGAN GADIS PERAK...

12.8.2004 ~ aku jatuh motor dalam parit (tiada air)sebab aku terlelap atas motor. Kes? BALIK AWAL PAGI DARI KURSUS DI KUCHING.

15.05.2008 ~ aku rempuh bus stand dengan kancil sebab aku terlelap masa aku driving di SERIAN, SARAWAK. Kes : NAK PI BELI KEK HARI GURU UNTUK KELAS.

20.12.2009 ~ aku langgar pintu kereta cikgu LYNN di SMK SIMUNJAN NO.1, SARAWAK masa aku gostan kereta. Kes : AKU TAK PERASAN LANGSUNG ADA KETE PARKING DI BELAKANG...


01.07.2010 ~ aku bertembung dengan KENARI dan TRELER di TIKAM BATU, Sungai Petani... Kes : AKU LAP CERMIN KERETA YANG BERKABUS.

Sejujurnya aku TERINGIN nak merasai pengalaman accident yang melibatkan aku luka berdarah2 tapi tidak patah, tidak cacat dan tidak mati... Tp mungkin sekarang tak lagi lah bila aku ada SESEORANG yang amat aku sayang dan aku mahu menjaganya...

** OK nanti aku sambung.. Bye... to my LOVE.. Just 1 thing to say that i want you to know.. I LOVE YOU..

Friday, July 09, 2010

Bicaraku Part IV : Zaman Sekolah Menengah

Assalammulaikum..
Bertemu kita lagi sebelum aku pejam mata. Td kebosanan tahan gaban mendengar ceramah tentang pemakanan. Hadir untuk kursus kepenggunaan koperasi. Tp slot td tentang pemakanan piramid Malaysia. Apa kaitan langsung aku xtau.. sipi2 tu adalah...

Malam ni aku nak sambung cerita dulu. Dan ini nak cite tentang Zaman sekolah menengah pulak. Ada juga lah nanti terselit kisah cinta teng teng teng tengggggg...

Seingat aku, lepas UPSR, aku pun masuk ke SMK Dato Idris, Pengkalan Bahru.. Di Pantai Remis juga lah.. Tak ingat tingkatan 1 apa.. Tp antara kawan aku dalam kelas tu KOR YIK CHING, KOH KOK HIAN, ZAIROL ASRI.. Lain sudah ku lupa sebab aku di SMKDI pun seminggu je. Kenapa? Aku berhenti ke?

Ya... Aku berhenti sebab aku berpindah ke SEMESTI. Anda tahu SEMESTI? Mungkin ada yang pernah dengar tapi tak tahu apa.. SEMESTI itu singkatan bagi SEkolah MEnengag Sains Telek Intan. Aku ditawarkan masuk ke SBP... Alhamdulillah.. Ada rezeki aku untuk ke SBP biarpun UPSR cuma 3A,1B...

Bila aku masuk sana, aku ditempatkan di kelas 1A4. Selain belajar subjek2 biasa.. ada tambahan.. Aku belajar subjek Mandarin. Kelas 1A1- 1A3 belajar Bahasa Arab. 1A4 -1A5 mandari. Cikgunya kau lupa nama apa tapi memang cantik, seksi dan bergetah hahahahahahahaha. Dia selalu pakai skirt aja.. Baju jetat.. Tp aku time tu tak da perasaan tergoda ni.. Just suka tengok sebab cikgu tu putih dan cantuk..

Tp satu bila masuk sana... Aku rasa aku ni kerdil sangat... Manakan tidak.. Kawan2 lain (kelas tu ada 35 semuanya) majoriti 4A aku dan beberapa kawan jer 3A, 1B... Terfikir aku... Mampu ke aku bersaing? Aku ni bukan pandai sangat.... Tapi aku harus mencuba untuk membuktikan keupayaan diri kan... Cuma 1... Aku langsung tak ingat siapa kawan2 sekelas aku... Yang boleh aku bagitau.. Kawan2 yg rapat dengan aku time aku di SEMESTI ialah WAN ZURAIHI, ZABIDI, KHAIRIL AZNI, MUHD KAMALRUL ARIFFIN, AZRI HISYAM @ MANDELA, AZRUL, BADRUL HISHAM SUPIAN... Ada kisah kenapa aku tak rapat dengan ramai orang..

Satu darinya aku ni seorang yang sangat PENDIAM, PEMALU dan boleh kata ORTODOKS lah. Aku tak pandai bergaul dengan orang. Sebab aku rasa rendah diri dengan diri aku, yang miskin, kurang pandai, tiada rupa... Exam aku pun aku hanya mampu berada dalam kumpulan pertengahan. Top 10 x pernah la kecuali sekali masa aku di kelas 3A5... Lain sentiasa belas2 dan paling teruk 2nd last dlm kelas & 3rd last dlm tingkatan. Itu sebab apa tau.. aku sakit dan tak ambil beberapa paper...

Lupa sat soal study.. Aku nak cerita 1 kisah. Permula erti CINTA dalam diri aku.. Bila aku masuk ke SEMESTI di Teluk Intan.. dlm 90 km dari tempat tinggal aku.. Aku selalu menulis surat buat kawan2 mencerita perkembangan aku dan bertanya juga lah perkembangan mereka. Masa tu mana lah ada lagi handfon. Adapun orang kaya2 jer pakai. Jenis macam na? Bayangkan botol minuman berbentuk handfon. Itu lah time tu. Besar2 gajah. Baling anjing pun anjing retak tengkorak... Aku rindukan kawan2 aku nak yang baik2 dengan aku. NORAZARINA, SALIZA, ROSHAIDA, SARINA, JOHARI...

Dan yang kerap membalas surat2 aku cuma NORAZARINA & JOHARI. Tiap minggu aku dan NORAZARIANA berutus surat. Boleh ingat dah. Hari isnin dan jumaat pasti sampai surat dari dia dan hari Selasa dan Sabtu akan sampai surat aku buat dia..Bila dah selalu bersurat, timbul rasa senang dan sayang dalam hati... Sedang masa di SK Panchor tak lah serapat mana pun sebab dia digossip dengan FADZLI...

Makin lama.. surat2 kami bercerita pula soal hati... Then dalam 1 surat dia ceritakan yangdia akan pergi lawatan ke Taman Tasik apa ntah di batu Gajah. Dan dia janji akan belikan aku ole-oleh. Dia juga citer sejak akhir2 ni dia mimpi bertemu dgn ibunya yang mengajar dia ikut ke tempat ibunya... Dia ceria macam2 lah mimpi dia. Dan dia juga ada meninggalkan aku 10 pesanan...

Pesanan yang ke 9 dia lukis gambar lilin menyala... Dia minta aku andaikan lilin itu seperti hubungan kami. Minta dijaga agar tidak padam... Dan ke 10.. Dia minta aku cari insan yang lebih baik darinya sebab katanya dia mungkin x dapat jaga aku nanti. Kami sebenarnya telah merancang... Andai ada kesempatan, kami mahu hidup bersama.. bagi orang lain mungkin anggap ini cinta monyet.. Tp bagu aku yg lurus bendul ni.. Aku anggap ianya serius. Dan dia juga begitu. Kami merancang nak jumpa cuti pertengahan semester.. Tp beberapa hari sebelum cuti.....

Aku dapat surat dari JOHARi yang menyentap semangat aku dan pertama kalinya aku menangis kerana perempuan/orang luar... Bila mana "Aku harap ko sabar banyak2 berita yang aku nak beritahu kau. Kawan kita NORAZARINA telah meninggal sebab accident. Dia dilanggar lari pada...."

Aku menangis semahu2nya tima tu sebab aku masih ingat... Time aku baca surat yang ada kata2 pesanan akhirnya itu lah, dia pergi... Patut lah dia meninggalkan aku pesanan2 itu, Seolah2 dia tahu dia akan pergi meninggalkan aku buat selamanya...

*MAAF.... izinkan aku menangis sekejap ya....

Aku sedih sebab surat yang dia tulis itu telah aku keciciran masa aku kemas2 barang untuk meninggalkan SEMESTI sebab dah habis SPM. 4 tahun aku simpan elok2 surat tu akhirnya hilang. Hanya aku ingat sajalah 10 pesanan arwah. Nak bukti aku tak punya lagi... Hingga ke saat ini aku BELUM PERNAH menziarahi arwah sebab aku belum bersedia untuk bertemu dengan dia. Aku hanya akan ke pusara arwah dan bertemu dengannya apabila kau sudah temui insan yang lebih baik darinya... Seperti mana yang dia pesan... Aku hampir bertemu dengan insan terbaik tp nampaknya tidak lah termampu untuk sentiasa menjadi terbaik...

Apapun aku harap satu masa yang entah bila, aku akan dapat membawa insan yang terbaik buat aku yangboleh aku bawa 'berjumpa' dengan Arwah. Apa sekali pun, abu benar2 sayangkan arwah... Kalau lah umurnya panjang, aku yakin aku sedang hidup bahagia bersama dirinya dan anak2 kami juga.. pernah aku bermimpi dia datang pada aku. Dia selalu bertanya keadaan aku dan apabila aku kesedihan, kebuntuan, pasti dia hadir dalam mimpi aku memberi peransang dan semangat. Hingga kini kadang2 ia tetap hadir. Tp 1 lagi rahsia yang tak pernah aku cerita pada siapa-siapa.. Dia kerap hadir memberi semangat buat aku masa aku menghadapi krisis rumah tangga tahun 2008. Hingga kan dia turut menangis melihat aku yang ke'sakit'an menanggung derita. Dia memohon maaf kerana tak mampu membantu aku..

Aku harap 1 masa, aku akan temui bahagia dan aku akan kongsikan kebahgiaan itu bersama dia. Buat mu insan kesayanganku.. Aku doakan dirimu ditempatkan disisi hamba Allah yang dirahmati dan aku pasti akan 'mengjenguk' mu dirumah kekal abadi yang sedang kau bersemadi. Ku sedekah kan Al-Fatihah buat mu NORAZARINA. Al Fatihah...

Sejak pemergiannya aku tutup serapat2nya pintu hatiku kepada perempuan. Bercakap boleh tapi nak sayang lebih2 aku x mampu... Hampir 5 tahun aku tutup hati ku buat perempuan. Macam aku cakap, berkawan YES.. Bercinta NO... Aku hanya buka pintu hati bila aku masuk Matrik UUM. Bayangkan dari akhir 1991 sehingga pertengahan 1996... Aku tak mampu nak melupakan kasih sayangnya pada aku...

Ok.. Cukup tentang dia... Esok aku sambung lagi dengan kisah aku masa tingkatan 2 pulak k... La pun dah nak pukul 12. Aku mau tidur. Esok bersambung kursus lagi... Salam dari aku.. Asslammualaikum.

Thursday, July 08, 2010

Bicaraku Tentang Keluarga..


Ini kisah keluarga aku.... Selama ini aku jarang benar menceritakan kisah mereka. Hingga ada yang menganggap aku membelakangkan keluarga... TIDAK... Keluarga aku tetap aku hormati dan sayang... Biar aku jauh, tapi mereka dekat di hati aku..

Abah aku nama SAAD BIN ABDUL RAHMAN.. Lahir tahun 1953.. Kiranya udah berumur 57 tahun. Dulu kerja sebagai nelayan. Tapi kinin just buat kerja ringan2 sesekali gi memancing... Apa yang boleh aku katakan, abah aku jenis tak banyak bercakap tp dia lucu @ mudah mesra orangnya... Bila dia dah suka seseorang tu, memang dia akan bertanya selalu.. Cucu-cucu dia pun sama. Kalau dah mesra dengan dia, bila cucu balik.. abang aku akan diam, murung, demam.. Walaupun aku jarang berbual dengan abah aku tapi aku nak abah aku tau.. AKU SAYANG ABAH..
Mak aku nama SAADIAH BINTI ISHAK yang lahir tahun 1956.. Baru 54 tahun. Kecil je orangnya.. Tp berhati waja.. Aku akui dan kagumi.. Mak aku ni satu special dia... Mulut dia tak suka dok diam.. Ada je nak di cakap. Kalau membebel.. Dari A sampai ke Z boleh patah balik ke A semula.. habis semua dikait2nya. Habis anak menantu kena... Tp kena time angin dia Ok... memang ok... Apapun, 1 yg sangat buat AKU SAYANG MAK AKU ni, dia sanggup berkorban bersusah payah demi anak2 dan orang lain juga pun...

Kakak aku nama ROSNANI SAAD. Lahir tahun 1976... Dia ni banyak berkorban untuk aku. Dia x sambung sekolah menengah sebab dia nak keje bantu keluarga kami yg sangat susah time tu. Mak kata, banyak gaji kak diberikan pada aku masa aku sekolah dulu.. Aku memang terhutang budi dengan dia. Kak kawin dengan MOHD YUSRI dan dikurniakan seorang putera nama MOHD KHAIRIL AZRI.. Selama hampir 5 tahun di Sarawak (ikut suami keje askar) akhirnya pulang... Tapi jodoh kak dengan suami tak panjang. Kini kak dah bergelar ibu tunggal. Anak lah sebagai pengarang hati nuraninya. Aku doa agar kak akan temui pengganti diri dan akan kembali bahagia...

Kemudian aku lah.. Aku akan terus ceritakan diri aku dari masa ke semasa..


Adik aku yang 1st nama RAHAYU SAAD. Panggil Kak Ngah... Lahir tahun 1979... Dia ni jenis yang sangat aktif dan lincah. So, x pelik kalau dia sertai JPA3 dan selalu bertugas di hujung minggu. Juga dah kawin dengan ROSLI ISMAIL tapi sama senasib dengan kakak... Dia juga berpisah dengan suami. Dikurniakan dua cahaya mata berpasang.. LUQMAN HAQIM (kini dibawah jagaan bekas suaminya) dan NURLIYANA ATHIRAH kini berusia 6 tahun di bawah jagaannya...


Adik ke 2 nama ROSMAWATI SAAD yang lahir tahun 1981 dan kini sebagai jururawat di Hospital Seri Manjung... Baru sahaja berkahwin pada 6.6.2010 dengan SUHAIMI MISKON seorang TLDM di Lumut, Perak. Jaga rumah tangga baik2 k... Kak Lang ni jenis yang lucu dan kalau ketawa memang pecah alam... Aku panggil WATI dengan nama SENGKUANG dan suami dia @ adik ipar aku SEMALU.. Ada kisah lah y dipanggil macam tu...


Adik ke 3 nama AZMIL SAAD yang lahir tahun 1984 kini bekerja sebagai penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna KDNHEP di Johor. Berkahwin dengan SITI MARIYATON pada bulan Disember 2009. Seorang yang garang lah pada pandangan aku dan kepala angin juga dia ni... Drift tu kira biasa... Juga harap jaga rumah tangga elok2. Nak2 ATON sekarang ni berbadan dua... Makan, perbuatan tu kena jaga2 takut anak kena tulah.. Itu kata orang dulu-dulu.. ATON ni sepupu kami lah.. Siapa sangka dalam dia mereka berdua menjalin cinta dan kini suami isteri...


Adik ke-4 nama ROSLINDA SAAD dilahirkan tahun 1986. Permata kenangan di bawa pulang dari Pahang masa keluarga berpindah sementara di Tanah Rancangan Felda Lepar Hilir 3, Kuantan... Berkahwin dengan MOHD FAIZAL (adik2 panggil Pak Penyu.. sorry k..)dan kini ada seorang puteri NURIN NURANI berusia 1 1/2 tahun... LINDA keje di Hotel Damai laut, Teluk Senangin.. Suami dia sebagai security Guard di tempat yang sama...

Adik ke-5 ialah AMIZA SAAD yang lahir tahun 1990, la ni mengikuti kursus jahitan Peringkat kedua di Pusat Giat Mara / IKBN sambil part time di butik pengantin dekat2 dengan rumah.. Dia ni jenis yang direct to the point bila cakap. Sekarang bercinta dengan KHAIRUL @ EROL. Kisah mereka ni berlaku disebabkan Astro aku rosak. Si Erol ni keje astro datang baiki dan terberkenan la pulak... Tak pa lah. Asal jaga hubungan tu baik2 jangan cari pasal awal2 its ok..


Adik ke-6 nama AKMAR SAAD. Yang ni spesial sikit. Semua orang suka dia sebab jenis yang paling tak banayk karenah. Bagilah makan apa pun, bagi lah apakai apapun, bagilah keje apapun dia tak komplen, x banyak soal. La ni dia baru masuk POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH di Sabak Bernam jurusan Diploma Sains Kesetiausaan. Menderu2 air mata masa mula2 pi.. ya lah tak pernah berjauhan famili... Lahir 1992.. GOOD LUCK to You Dikmar... Buktikan hang boleh jadi setiausaha yang berimej @ pandai bergaya x macam la terlalu simple... Buktikan pada AIZZAD yang hang ada cita-cita!!!


Adik yang paling bongsu nama MOHAMAD AIZAD. Sekarang tingkatan 4. Asal tiba je disember akan minta beli kek sambut hari lahir. Nasib lahir tahun 1994 dulu dia tak pandai cakap lagi. So sambut birthday dengan susu badan mak saja lah hahahaha. Dia ambil jurusan sains. Tak tau lah dapat ke tak dia bawa... Tp cita2 nak jadi doktor. Moga tercapai... Dia ni nak kata macam mana ntah. Mat Smart kot.. Hari2 baju mesti basuh @ iron. Mandi tu salin @ tukat baju dalam bilik air. Sejam mau ada kalau dia mandi... Apa yang dibuat dalam bilik air ntah...

Selain 9 orang ni.. Aku ada abang nama ROSLAN tapi meninggal 2 minggu selepas lahir. Juga ada adik bongsu nama NURSALIHAH juga meninggal sebulan lepas lahir. Kedua-dua sebab tak cukup bulan.. Aku juga ada kakak tiri nama SITI AZHA. Anak mak dengan bekas suami yang pertama..

Ni anak buah aku Liyana Athirah, Khairil Azri dan Nurin Nurani dengan tok mereka @ mak aku...


Nanti aku cite juga tentang siapa si kecil ini... Terus membaca blog aku dari masa
ke semasa ok...

Ini lah kisah keluarga akku serba sedikit...

Bicaraku Tentang Sabahat...

Assalammulaikum...

Hai bertemu lagi... Ok, sebelum aku sambung kisah zaman sekolah menengah aku, aku mau kongsi cerita tentang 10 teman terbaik aku. Yang sangat aku sayang...

** SENARAI TEMAN INI TIDAK MENGIKUT KEUTAMAAN @ RANKING…

Noorazarina Binti Mohd Noor (8 / 10 / 1978)

“INA” adalah sahabat pertama aku yang bergelar “kekasih” hati. Sehingga kini dia masih lagi kekal menjadi kekasih hati. Cinta pertama aku sejak ku kenali erti kasih sayang. Semasa di sekolah rendah, kami tidak lah rapat kerana antara kami di gossip dengan orang lain. Tetapi apabila aku ke SEMESTI dan dia kekal di Pantai Remis, kami mula saling berhubung. Surat lah menjadi pengikat antara kami. Tiap minggu aku pasti mendapat surat darinya pada hari Selasa dan Jumaat. Berbagai cerita dituliskan sehinggalah ke soal hati.

Aku berasa amat gembira dan selesa dengan dia. Akhirnya kami mengungkap kata CINTA. Biarpun orang berkata itu “cinta monyet” tapi kami percaya niat kami betul. Dan tidak sabar rasanya untuk aku bertemu dengannya buat pertama kali setelah kata cinta di lafazkan. Tapi sayangnya… Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah…. Menjadi mimpi paling ngeri buat aku sehingga kini. Dia telah menjadi mangsa langgar lari berdekatan rumahnya. Dia pergi jauh dari ku buat selamanya…

Yang tinggal hanya 10 pesanan yang masih ku ingat sehingga kini. Pesanan yang ku dapat di hari aku membaca suratnya yang terakhir. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini dan sehingga kini aku belum lagi pergi ‘menziarahi’ dia. Entah bila aku tak pasti. Mungkin sehingga aku dah bertemu dengan pesanan ke-8 nya…

“carilah insan yang lebih baik dari Ina yang dapat berikan Man kebahgiaan yang sebenar. Ina mungkin tak dapat nak menjaga Man.”


Teman ku yang berikutnya :

Norlaili Binti Sarip (27 / 7 / 1980)
“LILY” adalah sahabat yang mula ku kenali sejak tahun 1997 hanya melalui majalah Arena Bola Sepak. Entah kenapa aku tertarik pabila melihat wajah Lily di dalam majalah. Lalu aku menulis surat ingin berkenalan. Hampir juga 2 bulan, baru aku mendapat balasan.

Masa itu aku di Pusat Matrikulasi, UUM, Kedah dan aku baru patah hati dengan Wati… Hanya surat dan telefon menjadi penghubung kami. Tapi itu bukan halangan untuk membuatkan kami menjadi dua sahabat yang terbaik. Mungkin kami satu kepala. Sama open, simple dan sempoi. Aku “siamang khan’ dan Lily pula ‘chip munk’... Macam2...

1999 aku meluahkan rasa hatiku kepadanya setelah aku terbuka hati untuk mencari cinta semula yang selama 2 tahun tertutup. Namun, aku tak dapat keputusan yang segera. Aku terpaksa ‘que’ untuk di nilai kerana ada 5 lelaki yang terlebih dahulu meluahkan rasa hati. Aku percaya tiap satu punya lebih dan kurang. Aku hanya lebih pada jaminan masa depan tetapi kurang dari segi rupa paras… Terserah kepada dia.

2000 aku mendapat keputusan darinya… “Hati kita mungkin kan menangis sekarang ini. Tetapi satu masa, pabila tiba saat itu, hati kita pasti akan gembira dan bersyukur pabila Dia Yang Kuasa menemukan kita dengan insan yang sebenarnya milik kita.”

Sehingga kini aku dan Lily rapat sebagai teman terbaik. Lily juga telah berkahwin dengan F tahun 2002 dan mendapat 2 cahaya mata. Balqis dan Batrisyia. Tapi rumah tangga nya terhenti tahun 2006 tetapi kini telah berkahwin semula tahun 2008 dengan Mohd Zaini telah menyambut kelahiran cahaya mata ke-3. Tahniah…!! Setelah tidak bertemu hampir 2 tahun, aku temui semula Lily dan anak2 serta suaminya semasa hari Raya Puasa 2009 di rumah mereka di Seksyen 23, Shah Alam.


Seterusnya :

Siti Noor Fatmah Binti Ishak (13 / 6 / 1984)

“FATMAH” adalah sahabat yang ku kenali tahun 2002 semasa aku melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di Kuantan (bulan 6, 2002 maktab pindah ke kampus baru di Kuala Lipis)… Fatmah kerja sebagai cashier kantin maktab. Aku masa tu saja2 cuba nasib mendekati dia. Sebab apa? Sebab aku MINAT bila pertama kali aku lihat dia. Mulut dia yang becok dan senyum yang sentiasa di bibir cukup menarik minat aku…

Aku sentiasa cari peluang untuk melihat dan bercakap dengan dia. Aku sentiasa dating ke kantin walaupun sekadar order milo ais (tapi aku pasti akan hutang 20 sen). Sampai dia dah tau dah. Dari jauh lagi dia dah order milo ais dan hutang 20 sen. Akhirnya dia terima aku sebagai sahabatnya.
Bila kian rapat, aku pun tahu kisah di sebalik senyum tawanya itu. Tersimpan pelbagai kisah suka duka dan harapan. Dan aku tetap aku. Tak boleh tengok sahabat susah hati dan sahabat yang terpendam hasrat di hati kerana tidak ada yang memberi sokongan.Aku dah azam dalam hati mesti bantu Fatmah. Aku bantu dia untuk ambil SPM semula sebab dia bercita2 nak masuk maktab @ nak jadi cikgu. Aku juga beri semangat pada dia untuk hadapi dugaan sebagai cashier (tak perlu aku bagitau apa dugaan yang dia hadapi). Dan aku berasa amat gembira bila akhirnya dia mahu dengar nasihat aku untuk berhenti jadi cashier.

Bulan 5 sebelum aku balik kampung untuk bercuti, aku berasa amat berat hati untuk pulang sebab aku akan terpisah dengan dia. Aku akan jauh dari dia sebab dia tak kan ke kampus baru di Kuala Lipis. Dia juga menangis di saat aku bergerak balik. Aku sedih sangat masa tu tapi aku cuba tahan… Aku tak mahu dia lihat aku mengalir air mata. Sebab aku tahu dia pasti akan lebih sedih… Aku janji aku akan selalu turun kuantan untuk jumpa dia…

13 Jun 2002 sempena hari lahirnya yang ke 18, aku dari Kuala Lipis ke Kuantan dengan satu misi. Aku mahu luahkan hasrat hati sebab aku yakin aku dah temui insan yang ku dapat membuat aku bahagia… Tapi… Aku terlewat. Dia tak dapat menerima aku… Jujur kata aku kecewa dan membawa hati yang lara kembali ke Kuala Lipis… Aku accident buat kali ke-2. Aku bertembung dengan lori treler di Benta. Sakit memang sakit tapi tak dapat lawan kecewa di hati aku. Tapi aku tak bagitau dia yang aku accident. Dah sihat, baru aku bagitau dia. Tapi sehingga kini, aku masih berkawan baik dengan dia dan terus berhubung dengan dia. Dia tetap adik aku. Aku harap ikatan ini akan terus berterusan selama yang mungkin. Lupa aku bagitau. Aku panggil dia KAPAL SELAM dan dia panggil aku TERUNG. Inilah rahsia keakraban kami sehingga kini... ‘ngok ngek’, ‘cik peah’ tu antara ayat rasmi kami... Aku sentiasa mendoakan agar Fatmah sentiasa gembira dan bertemu kebahgiaan yang dia impikan. Walaupun impian untuk menjadi guru tidak kesampaian, tetapi aku mengharap-kan apa yang dia lakukan kini benar2 dapat buat dia rasa berpuas hati.

Kini masuk tahun ke-7 ikatan persahabatan kami. Aku menghargai dirinya sebagai antara sahabat yang paling aku sayangi. Terima Kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari diri aku. Sebahagian dari kenangan suka duka hidup aku juga…

Berikutnya :
Suriza Binti Abu Shah (11 / 5 / 1981)

“DIK ZA” adalah aku kenali semasa di maktab juga. Tapi aku tak lah terlalu rapat dengan dia. Kami hanya rapat di akhir2 aku di Maktab. Tidak rapat tetapi kami selesa berkawan.

Dia juga lah satu2nya teman aku yang hadir ke majlis pertunangan aku dengan Norzi pada 30 Mei 2004. Terima kasih sebab sudi datang dari jauh semata-mata untuk majlis ini. Kawan2 aku yang lain semua tak dapat datang. Bukan time bertunang ker, time aku kawin pun tak datang. Sedih:( aku bila dikata.. "kata ramai kawan, tp time kawin sorang pun xmai... Mana kata kawan terbaik yang sentiasa ada bersama..."

Dik Za telah berkahwin tahun 2006 dan kini mengajar di Selangor. Aku dan dia juga selesa sebagai adik & abang yang sangat terbuka bercerita tentang apa sahaja.

Aku sudah bertemu semula dengan dia sejak 2004 pada bulan Februari 2009 yang lalu semasa aku bercuti merehatkan otak dan jiwa. Dik Za begitu banyak berubah dari segi cara penampilan diri nya tetapi tetap sama dari segi kelakar dan akrab antara kami.

Moga Dik Za akan terus bahagia dan kami akan terus bersahabat selama yang dapat. Antara aku dan dia juga, kami boleh berkongsi apa juga cerita sebab kami punya satu pendapat yang sama dan saling berlawan ‘teka teki’...


Yang keseterusnya....
Norwati Binti Ahmad ( 2 / 6 / 1978)

“WATI” ku kenali tahun 1992 melalui sahabat aku. Dia pelajar sekolah berjiran dengan aku. Kali saling ‘berlumba’ dalam ujian. Semestinya dia menang sebab dia antara best student di SMK Seri Perak. Sedang aku golongan pertengahan di SEMESTI. Tapi PMR dan SPM aku tetap menang.

Aku jarang2 jumpa dia. Dia yang selalu melawat aku di SEMESTI... Wati tinggal dengan ibunya sahaja. Bukan anak yatim tapi ayahnya entah di mana pun tak tahu. Aku terpisah dengan dia bila aku tinggalkan Teluk Intan dan aku melanjut pelajaran ke matrikulasi UUM dan dia terus berada di Teluk Intan setelah result dia mendapat keputusan yang agak mengejutkan.

Aku amat menyenangi Wati sebab dia begitu memahami aku dan mampu buat aku untuk melupakan kisah kehilangan arwah Ina. Selama hampir 3 tahun aku tak mahu berkenal dengan mana-mana perempuan, tetapi Wati mampu mengetuk kembali pintu hati aku.

Wati sering kali menghubungi aku tetapi aku agak busy dengan tugasan di Matrikulasi dengan aku sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar Matrikulasi. Tapi aku akui yang aku amat sayangkan Wati dan ingin memilikinya.

1997 aku ingin meluahkan rasa hati sempena hari lahirnya yang ke 19. Tapi aku mendapat kejutan. Dia telah memilih bekas ketua pengawas sekolahnya sebagai bakal teman hidup. Aku kecewa betul dan semalaman aku menagis mengenang kesilapan aku yang kurang beri perhatian terhadap dirinya. Namun, sebagai menghormati dirinya, aku datang ke majlis perkahwinannya tahun 1999.

Aku jumpa dan bersamanya di dalam bilik pengantin dan aku luahkan segalanya. Akhirnya aku mohon untuk tinggalkan majlisnya sebelum dia naik pelamin kerana tidak sanggup untuk aku melihat insan kesayangan ku menjadi milik orang lain.Semoga diri mu bahagia di samping anak dan suami tercinta.

OKTOBER 2009 – aku berjaya menghubungi Wati semula. Happy sangat3... Dah ada 2 anak dan kerja di CIMB Kuala Lumpur...

OK cukup 5 dulu ya... Next lagi 5 orang akan dicerita dalam warkah berikutnya..

Bicaraku Part III : Zaman sekolah Rendah



Assalammulaikum...

Hai teman2 sekalian.. Sorry semalam aku tertido dpn laptop menaip kisah. Baru sikit dah terlelap. AKu letih sebenarnya. 3 hari berturut2 aku balik sekolah jam 6 petang. Sibuk bebenar di sekolah ni...

Terus ke kisah aku lagi...

Dalam kelas 6 MAWAR (6A) tu, aku lah yang sering dijadikan bahan rujukan kawan2 kecuali BI mereka akan rujuk ke NAIM atau SALMIAH. AKu tak berapa cekkap BI... Tiap kali exam aku sentiasa bersaing dengan SALMIAH dan NAIM.. Dari darjah 1 hingga darjah 6 aku sentiasa berlegar dalam kumpulan 1 ke 4 dalam kelas... Cuma peperiksaan penggal 1 tahun 5.. Buat pertama kaliny aku dapat NO 1 dalam kelas. Punya lah suka aku.. Tak kisah lah waktu tu cikgu MUSTAFA cakap dia tersalah tulis. Sepatutnya NAIM yang no 1 aku no 2.. Tpi ingat lagi kata-kata dia "Tak pa lah.. Biaq pi la no 1 pun. Bukan dapat hadiah lagi penggal 1. Akhir tahun baru dapat hadiah.." huhuhuhuhu xda hal. Yang pentingaku NO.1..... Terima kasih cikgu MUSTAFA...

1 kenangan yang xdapat aku lupa... Masa aku darjah 6. Ada 1 waktu perhimpunan tu.. Aku sakit perut secara tiba2.. xdapat aku menahan lagi akhirnya aku tercirit dlm seluar... Menderu keluar ikut celah paha (aku kan pakai seluar pendek)... Aku terus jatuh terduduk. Kawan2 menjarak sebab ya lah.. bau tengik kan... Aku x da rasa malu or apa2 sebab memang aku sakit sangat2 time tu. Aku pun dihantar pulang ke rumah oleh Guru Besar...

Esoknya aku nak mai sekolah juga walaupun mak aku kata rehat dulu. x sihat lagi. Aku x boleh nak rehat. Aku nak belajar... UPSR hampir sangat dah... Sampai sekolah macam xda apa2 yang berlaku. Aku tengok tempat aku "melepas" ditimbus tanah (Terima kasih yang toleng timbus ya...). Aku memang tak pernah ponteng sekolah tanpa sebab yang sangat memerlukan aku ponteng...

Bila UPSR dah habis, rasa aku tak boleh skor lah.. Aku takut dengan BI. Nak pula aku fikir janji aku pada cikgu ROBIAH... Aku dah usaha yang terbaik...

UPSR diumumkan..... Aku hanya dapat 3A, 1B... BI aku dapat B... Aku menangis time tu. (1) kenapa SALMIAH dan NAIM boleh dapat 4A tpi aku yang ditarget sekolah dapat 4A juga hanya dapat 3A, 1B... Tak cukup ke apa yang aku dah belajar, dah korban selama ini? Aku kecewa sangat2... Aku minta maaf betul2 pada cikgu ROBIAH, pada cikgu ABDULLAH, Guru Besar juga sebab gagal dapat 4A...

Dan aku tinggalkan SK PANCHOR, Pantai Remis dengan 1001 kenangan. Sekolah ini xkan aku lupa sampai bila2 sebab SKP lah yang menjadi aku seperti hari ini. SKP ini lah membina tapak kejayaan aku...

** OK ada kerja sikit... nanti bersambung ya.. bye. Wassalam...

Cerpen : Diari Seorang Guru Biasa

“Alamak, aku dah terlewat.”

Terkocoh-kocoh cikgu Asri meninggalkan perbaringannya. Entah mengapa dia tidak terdengar bunyi jam loceng yang sentiasa ditetapkan berbunyi 5.45 pagi. Barangkali kerana terlalu keletihan. Masakan tidak. Seharian dia berada di sekolah. Mandi ala kadar dan terus sahaja menunaikan solat subuh. Digapai beg yang selalu dibawanya ke sekolah. Nasib baik tidak ada barang-barang yang dikeluarkan malam tadi. Jika tidak, pasti laptop mahupun buku-buku dikeluarkan untuk dibuat semakan dan ulasan hasil kerja pelajar.

Sementara menanti enjin kereta bersedia untuk melaksanakan tugasan, cikgu Asri menyisir rambut menggunakan sikat yang tersedia ada di dalam kereta. Disarung kasut sukan jenama Power. Terus dia membelok kereta menuju ke arah sekolah. Sekketika diberhentikan keretanya tepat-tepat di hadapan sebuah kedai. Di situ lah saban hari Cikgu Asri membeli beberapa jenis surat khabar. Untuk bacaannya dan tatapan teman sekerja di bilik guru nanti.

Cikgu Asri tersenyum sendiri apabila dia melintasi riak wajah seorang gadis yang saban hari juga menanti bas untuk ke tempat kerja. Dibisik di dalam hatinya

“Aku mesti tegur juga gadis tu. Kalau tak, selamanya aku takkan tahu sama ada dia sudi menjadi kawan aku atau tak. Lagipun aku masih solo. Bukan ada hati sesiapa yang harus aku jaga.”

Riak kelegaan terpancar di wajah cuikgu Asri apabila memasuki pintu pagar sekolah, jam baru menunjukkan pukul 7.20. Masih ada 20 minit sebelum kelas pertama bermula. Pagi ini cikgu Asri akan mengadakan perlawanan futsal antara pelajar kelas PJPK nya. Kumpulan telah dibentukkan pada minggu lepas. Cikgu Asri berjanji, juara akan mendapat RM10 sebagai hadiah. Manakala RM5 untuk tempat naib juara.

Setelah lagi Negaraku dan bacaan doa di aminkan, cikgu Asri terus bergerak ke padang futsal di belakang blok. Menanti dan terus menanti. Seorang demi seorang pelajar turun. Masih ramai yang bersambil lewa, bersembang sesama mereka di merata tempat.

“Saya beri masa kamu lima minit untuk tukar baju kamu. Jika tidak saya denda kamu satu minit sekali pumping.”

Arahan dan amaran cikgu Asri dipandang sepi. Segelintir sahaja yang memberikan reaksi. Cikgu Asri mula terasa panas hati. Sikap pelajar-pelajarnya masih tidak berubah. Minggu lepas baru dia mendenda berlari lima pusingan padang bola, hari ini berulang lagi. Nak disuruh bermain pun payah. Apa lagi disuruh belajar. Menghampiri jam 8.00 pagi baru lah semua pelajar berkumpul.

“Seperti dijanjikan, kita akan buat pertandingan futsal antara kumpulan. Sebelum itu, pelajar yang tidak memakai pakaian sukan dan yang tidak berpakaian sukan lengkap ke sebelah kiri saya.”

Beberapa orang pelajar bergerak ke kiri. Pelajar yang sama seperti minggu lepas. Aliff, Munir dan Syazwan memang tidak pernah membawa baju sukan. Razak, Najdi, Aizat dan Syafiq tidak membawa seluar sukan. Lebih selesa memakai baju sukan dan seluar sekolah.

“Kamu bertiga pumping 10 kali dan kamu pula pumping 5 kali. Sudah berbuih mulut saya pesan bawa baju sukan, pakai baju sukan… Tapi kamu degil. Ketegaq!!! Susah sangat kah nak bawa dan tukar pakaian sukan? Tak sampai lima minit pun.”
“Saya sakit perut cikgu.”
“Saya tergeliat semalam jatuh masamain bola.”
“Kamu?”
“Saya memang tak minat bersukan cikgu.”
“Minat tak minat, apa saja alasan kamu, saya tak peduli. Turun 10 kali.”
Cikgu Asri dapat menangkap salah seorang pelajar itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada dirinya kerana tidak berpuas hati.

“Munir, kamu boleh kata apa sahaja pada saya. Sikit pun saya tak marah. Gaji saya tak pernah berkurang pun kalau awak maki hamun saya. Kalau kamu malas belajar, baik kamu jangan datang sekolah. Tolong mak ayah kamu menorah lagi bagus. Daripada kamu ke sekolah, menghabiskan duit yang mereka beri tapi kamu bals dengan buat perangai, gagal dalam pelajaran.”

Pelajar lain terdiam dan hanya mendengar. Setelah itu, pertandingan pun dilangsungkan. Pelajar bermain bermatian untuk menjadi juara. Bukan senang mahu mendapat duit percuma dengan hanya menyepak bola. Di akhir pertandingan pasukan A telah muncul juara. Semua pemain begitu gembira dan bersorak.

“Terima kasih cikgu. Nanti buat lagi cikgu. Bagi hadiah hamper pula. Kita kumpul duit dikalangan pelajar juga. Kasihan jug acikgu saja yang keluarkan duit.”
“Tak ada masalah pun. Asalkan kamu semua gembira dengan kelas saya, kamu semua main dan akur arahan. Faham tanggungjawab kamu sebagai pelajar, saya dah puas hati.”

Setelah loceng berbunyi, cikgu Asri kembali ke bilik guru. Duduk sebentar menghilangkan lelah di padang. Seketika dibelek surat khabar untuk melihat isu-isu semasa. Ruangan info sukan menjadi tatapan tetap baginya. Melihat keputusan perlawanan liga inggeris dan lain-lain sukan. Setelah itu di semak buku kerja pelajar. Ditulis ulasan dan komen membina buat pelajar.

“Cikgu Asri, jom makan di kantin? Dah nak pukul 10 ni.”
“Terima kasih cikgu Ramli. Saya kejap lagi nak kena buka koperasi. Lagipun saya kenyang lagi.”

Cikgu Asri menolak ajakan cikgu Ramli. Bukan dia tidak mahu, tetapi memang dia perlu bersedia untuk membuka koperasi. Sekejap lagi waktu rehat. Pelajar akan berpusu-pusu ke koperasi untuk membeli itu dan ini.Sebagai pengurus jualan, cikgu Asri harus membuat persediaan awal. Supaya apabila dibuka, segalanya tersedia. Hanya menanti kedatangan pelajar-pelajar untuk membeli. Biarpun dibuka hanya seketika, namun kutipan untuk tempoh 20 minit agak lumayan. Sekitar RM50 ke RM150 sehari. Kutipan ini akan dikira, direkod dan akan dimasukkan ke dalam bank pada waktu petangnya.

Jam menjengah 11.00 pagi . Loceng berbunyi lagi. Cikgu Asri menjinjing beberapa buah buku dan menuju ke kelas 3 Efektif. Di ruang legar, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki yang sedang asyik berbual, ketawa sesama mereka.

“Kamu semua masuk ke kelas. Sekarang bukan waktu untuk kamu merayau-rayau. Kambing pun tahu bila waktu dia boleh meragut.”
“Rileks lah cikgu. Kami mahu minum air saja. Kalut la cikgu ni.”
“Bukan soal kalut. Tapi soal disiplin diri. Kamu keluar ada bawa pas keluar? Cikgu mana izinkan kamu keluar? Tak da kan. Kalau pengetua tengok, apa dikata? Belum sempat dia nak panggil dan bercempera kamu lari macam ayam Nampak musang. Ummur dah besar panjang, fikir-fikir lah sikit . Takkan semua nak kena diarah, di marah baru nak dengar.”
“Berceramah pulak cikgu ni….”

Cikgu Asri ‘panas’ lagi. Kata-kata pelajar itu benar-benar menyentap amarahnya.

“Ke sini kamu!!!”

Pelajar itu buat endah tak endah. Seolah tunggul sahaja cikgu Asri pada dirinya. Mahu sahaja dia menampar pelajar itu. Kebetulan, cikgu Nordin melalui kawasan itu.

“Kamu semua… Beratur panjang. Siapa yang ada pas keluar, boleh balik ke kelas. Yang tak ada tunggu sini. Saya dengar sahaja, kamu cakap dari tadi. Arahan cikgu Asri kamu ingkar, kamu herdik dia. Kamu fikir Cikgu Asri ni adik kamu? Boleh kamu sewenang-wenangnya membalas?”
Semua pelajar terdiam. Memang di sekolah ini hanya pengetua dan PK HEM yang mereka agak takut. Pengetua dan PK HEM banyak bersuara melalui rotan panjang yang sentiasa dibawa.

“Siapa yang cakap cikgu Asri berceramah tadi? Keluar ke depan!!”

Kelihatan seorang pelajar bergerak ke hadapan dan tertunduk.

“Kamu lagi. Samseng sangat kah kamu ni? Baru minggu lepas kena rotan sebab ponteng kelas, hari ini buat hal lagi. Belajar malas, datang sekolah buat kacau. Apa kamu nak jadi? Orang datang sekolah untuk belajar. Ni kalau datang sekolah buat masalah, apa gunanya. Dah tau diri tu tak pandai, ubah lah sikap. Ini tidak. Ini yang saya sebut, pelajar yang macam ini ada dua keadaan saja. Tak bodoh, gila. Tak gila bodoh!!!”

Cikgu Nordin menghayun rotannya dua kali ke punggung pelajar itu. Mengaduh tapi tetap tak berani bersuara. Begitu juga pelajar lain. Cikgu Asri berlalu ke kelas. Dibiarkan cikgu Norsin selaku PK HEM meneruskan hukuman,. Pelajar diarahkan duduk di lantai koridor dan diberikan buku yang diambil dari bilik kaunseling yang berdekatan. Pelajar disuruh membaca sehingga loceng berbunyi.

Masuk ke kelas 3 Efektif, cikgu Asri menggeleng kepala. Papan hitam belum berpadam, pelajar masih bising dan membuat kerja sendiri. Ketawa, berbual dan berlari bagai tiada siapa-siapa di depan kelas. Cikgu Asri macam tak wujud.

“Wooiiii.. diam lah. Cikgu dah masuk kelas. Hormat lah sikit.”

Boooooo….. Ketua kelas di boo oleh sebahagian besar pelajar. Cikgu Asri mediamkan diri. Dia memandang tepat ke mata dari seorang ke seorang pelajar. Pelajar mula duduk dan seorang dari nya memadam papan hitam. Buku pun mula dibuka.

“Boleh pun kamu faham tanggungjawab kamu semua ke sekolah.”

Cikgu Asri mula mengajar dengan penuh semangat. Sesekali dipusing kelas. Di datangi dari satu meja ke satu meja memantau hasil kerja pelajar. Ada pelajar yang bertanya tidak faham dan ada juga yang sekadar menyorokkan buku bila cikgu Asri mendekati mejanya. Macam-macam.

Tidak sampai setengah jam, kelas mula bising semula. PElajar mula hilang focus. Apatah lagi melihat waktu pulang yang semakin hampir. Semuanya bersedia untuk pulang. Ada yang telah menyimpan buku ke dalam beg.

“Cikgu, balik cikgu. Saya letih dah ni. Petang nanti nak kena turuk ko k pulak.”
“Tak boleh. Belum cukup masa untuk pulang. Duduk tempat kamu semula. Dan saya Nampak tadi si Badrol menyusup keluar kelas. Saya akan bagi nama kepada PK HEM. Biar dia kena rotan. Saya ada mata depan belakang. Saya boleh Nampak siapa yang escape, siapa yang tidur, siapa yang mengata saya.”

Ketika asyik menerangkan di depan, loceng berbunyi dan terus sahaja pelajar berlari keluar kelas dan meninggalkan cikgu Asri termangu-mangu sendiri. Terduduk di kerusi dan memikirkan apalah yang ada dalam kepala setiap pelajarnya? Belajar tidak mahu, main tidak mahu. Datang sekolah buat apa? Kan lebih baik bekerja. Dapat juga dikumpul duit sendiri. Dari membuang masa datang ke sekolah tetapi peperiksaan akan gagal.

Cikgu Asri melangkah longlai ke bilik guru. Hari ini dia gagal lagi membentuk minat dan disiplin pelajar 3 Efektif untuk belajar matematik. Cikgu Asri menaip refleksi untuk kelas yang diajarnya sebentar tadi. Diluahkan rasa hatinya di dalam buku rekod mengajarnya. Cikgu Asri meneruskan tugasannya. Menginjak ke pukul 3.00 petang cikgu Asri menuju ke surau di hujung bilik guru. Dia menunaikan solat Zohor. Memang jarang cikgu Asri pulang ke rumahnya. Jam 4,30 petang dia akan turun ke padang pula melatih pasukan bola sepak sekolah.
Petang itu hanya 15 pemain yang turun. Lima lagi menghilang tanpa cikgu Asri tahu ke mana. Sebelum memulakan latihan cikgu Asri memberikan sedikit taklimat kepada pelajar.

“Saya sudah cakap pada kamu semua, untuk team saya ini, saya tekankan disiplin kamu dan juga tanggungjawab kamu. Walaupun kamu sehebat Rooney atau Messi, kalau kamu tak da disiplin, saya akan gugurkan kamu. Saya lebih rela bawa 11 pemain tetapi berdisiplin dari saya bawa 20 orang tetapi disiplin zero. Ini tidak adil buat kamu yang gigih berklatih tetapi rakan kamu yang kerap ponteng tetap dipilih. Jadi, lima orang yang tidak hadir hari ini… Saya gugurkan. Kamu cakap pada mereka tak perlu turun lagi. Kalau mereka bermatian berlatih pun, saya tidak akan terima lagi. Apa juga alas an tak akan saya denagr. Keputusan saya jelas. Saya gugurkan mereka berlima. Ada apa-apa masalah?”
“Tak da cikgu.”
“OK, kalau tak da, kita mulakan latihan.”

Suasana latihan berlangsung penuh semangat. Setiap pemain bersungguh-sungguh walaupun terapksa mengharungi cuaca yang agak panas membahang. Latihan ditamatkan sekitar jam 6.00 petang. Keletihan jelas teroancar di wajah setiap pemain. Namun, cikgu Asri berasa amat gembira dengan komitmen yang telah ditunjukkan. Memang banyak sudah perubahan dikalangan pemain pasukan ini. Mereka lebih berdisiplin, menepati waktu dan mendengar arahan yang diberikan.

Jam 6.45 petang cikgu Asri baru berada di rumah. Terus sahaja mandi membersihkan diri dan juga menunaikan solat. Selesai solat, cikgu Asri meneruskan kerjanya menyemak hasil kerja pelajar yang masih berbaki. Setiap hasil kerja diteliti dan diperbetulkan mana-mana yang salah. Dipenghujungnya, diturunkan tandatangan dan tarikh semakan.

Badan terasa begitu letih. Cikgu Asri berbaring melepaskan penat. Sambil memikirkan hari esok. Dia akan melalui suasana yang sama seperti seharian ini. CIkgu Asri terfikir apa lagi yang harus dia lakukan unguk membuka sedikit minda para pelajarnya. Bagaimana harus dia lakukan untuk mengetuk pintu hati kesedaran dikalangan pelajarnya yang malas dan tak tahu apa-apa. Akhirnya cikgu Asri terlelap bersama pengharapan agar hari esok kan lebih baik dari hari ini.

TAMAT

Wednesday, July 07, 2010

Bicaraku Part II : Kisah Sekolah Rendah



Kisah hidupku Part II

Okey.. Salam semua teman-teman... Aku mau sambung kisah hidup zaman aku kecil2 dulu.
Semasa aku di sekolah rendah dunia aku hanya 2.. RUMAH dan SEKOLAH... Aku datang sekolah, aku terus duduk di kerusi dan belajar.... habis sekolah aku balik dan duudk di RUMAH. Tak macam budak2 hari ini.. Waktu sekolah pun escape gi cc, gi nyorok dalam hutan. Budak2 la hebat tp no brain..

Aku ni kira budak pandai lah kot. Antara harapan sekolah untuk dapat 4A UPSR. Sebelum terlupa nak bagitau.. batch aku (1990) batch ujikaji kerajaan melaysia dan kementerian pelajaran malaysia.. Mula batch kami UPSR hanya 4A. Sebelumnya 5A.. Batch kami juga mula diperkenal PMR menggantikan SRP. Batch kami juga matrik setahun dan batch kami juga degree 3 tahun... Sian kami kan.. Jadi bahan ujikaji..

Aku ni di dalam kelas 6 MAWAR memang menjadi pusat rujukan teman2 selain SALMIAH dan KHAIRUL NAIM KHALID. Aku ingat lagi time tu aku ramai kawan perempuan. Sebab aku ni jenis yang bukan kaki sukan macam budak2 lelaki lain. Antara kawan perempuan yang masih aku ingati hingga kini arwah NOORAZARINA, SALIZA, ROSHAIDA, SARINA, AZLINA, SABARIAH, SALMIAH, ROZAIMAH, NORHAYATI, ROHANA dan beberapa lagi aku dah lupa. Yang lelaki ingat2 lupa JOHARI, FADZLI, MAZLAN, ISHAK ISA, ISHAK AYUB, ASRI, SAIFUL, RIZAL, RIZALMAN, dan KHAIRUL NAIM. Ini saja lah yang aku ingat.

sorry.. tertido. nanti jumpa lagi. wassalam

Matematik Itu Kacang...

Assalammualaikum..

Kepada semua warga pelajar khususnya Tingkatan 3, 4 dan 5.. Jom bersama-sama cikgu tiana, kita membuat persediaan yang terbaik untuk PMR (Tingkatan 3), SPM (Tingkatan 5) dan Peperiksaan Akhir Tahun (Tingkatan 4).

Adik2 pelajar boleh cakap apa sahaja tentang permasalahan matematik, kelak cikgu tiana akan cuba bantu adik2 untuk mengatasi masalah adik2 tu, Yang penting di akhirnya, cikgu tiana mahu adik2 lulus peperiksaan yang adik2 duduki..

Sekiranya ada sebarang kemusykilan sila bagitau. Jangan malu untuk kejayaan sendiri ok... Malu bertanya sesat jalan... Malas bertanya janjinya kegagalan..

Bercakap soal Hati...

Aku kenal cinta sejak bila ya.... emmmmm rasanya sejak aku memasuki sekolah menengah kot. Masa sekolah rendah ada juga kita dipadankan dengan siapa2 di dalam kelas kan. Biasalah tu... Aku masih ingat.. Masa aku darjah 6, aku dipadankan dengan Salmiah Che Ani oleh kawan2 aku. tetapi sejujurnya aku lebih tertarik hati kepada Azlina Abdul Rahim. Tapi aku xpernah bagitau siapa-siapa sehingga kini... Dan melalui blog ini aku mahu berkongsi semua kisah aku yang masih aku ingat dari zaman kanak-kanak sehingga kini. Ada antaranya tak siapa pun tahu...

Sebelum itu, aku mahu perkenalkan siapa diri aku... Nama aku yang sebenar-benarnya ialah ARZMAN BIN SAAD. Aku 'berselindung' disebalik nama TIANA ARESYA bukan untuk suka-suka. Tapi aku gunakan nama itu dalam penghasilan novel. Itu strategi penerbit katanya... Jadi, kepada teman2 yang sudah mengenali aku tidak lah menjadi masalah. Cuma yang baru2 hope kalian tidaklah mengatakkan aku sengaja menyembunyi identiti ok...

Aku dilahirkan pada 1 September 1978.. 32 tahun yang lalu (semasa kisah ini ditulis).. Hari Jumaat, jam 9.30 pagi kira2 dua hari sebelum umat Islam merayakan 1 Syawal 1398h. Kira aku anak ramadhan lah... Semasa aku dilahirkan aku kurang menangis.. mak aku kata, senang sangat2 nak jaga aku semasa kecil. Syukur Alhamdulillah,aku tidak memberikan kesulitan buat kedua ibu bapa ku...

Zaman aku kecil2 aku tak lah berapa tahu sebab aku ni jenis yang tak ambil kisah tentang sejarah zaman kecil2aku. Apa yang dicerita, itu lah yang aku tahu. Tidak aku bertanya lebih2. Kadang2 tu adik2aku lebih tahu kisah aku dari aku sendiri... Antaranya :
1. Aku tak ingat pun ada 1 kisah aku panjat pokok tetapi aku tak tahu turun. Aku pun duduk diam saja atas pokok tu sampai la mak aku sedari aku hilang.
2. Aku diletak di rumah atas depan pintu.. Aku tak bergerak ke mana2. Hanya tengok saja adik2 bermain dan berlari2. So, mak aku x risau langsung aku jatuh... Nak makan? Nak susu? Aku hanya senyum. x da aku minta2... Senang ke jaga aku macam ni? Macam orang bisu...

tapi masa zaman kanak pun, aku dah ada peminat. Anak adik tok wan... NOORAZURA namanya minat kat aku... Setiap kali main sama-sama, berulang kali dia dok sebut "aa nak kawin dengan Man, aa nak kawin dgn man.." Sekali pak dia jerkah.. diam terus.. Bila aku pindah bersama keluarga ke Pahang, adik dia pula NOORAZLINA minat kat aku. Petang2 dia duduk di buaian dia pun nyanyi "Lina ingat kat Man, Lina ingat kat Man.." Lucu betul bila aku tahu.. Apa lah yang ada pada aku samapai diminat sebegitu sekali, aku pun tak tahu... Sekarang ni ZURA & LINA sudah kawin pun.. Kami pun jarang2 dah berhubung. Nak kata lost contact tu tidak juga. Tapi raya mesti aku gi rumah mereka...

Lupa nak bagitau.. Keluarga aku ni hidup macam nomad. Berpindah randah.. Sejak lahir aku tinggal di Kg. Batu 17, Pantai Remis.. Kemudia tak silap aku tahun 1985 kami berpindah ke Felda Lepar Hilir 3 di Gambang, Kuantan Pahang.. tapi abah tak biasa kerja di darat... Jatuh sakit teruk. Kami balik semula ke Perak. tapi adalah 'kenangan' Pahang.. Adik aku ROSLINDA dilahirkan beberapa bulan kami pulang.

1987 kami tinggal di rumah tok Hartiah (mak kepada mak aku) sekejap, dan aku bersekolah di SK Sungai Tinggi. Tak sampai 3 bulan aku pindah ke SK Panchor... Bila keluarga aku pindah ke Kg. Selekoh.. Aku pindah sekolah lagi SK Pengkalan Baharu. Sekolah masa aku darjah 1. Dapat la kau jumpa kawan2 lama aku semula...

1989 keluarga berpindah ke rumah sendiri di Kg. Permatang Raja dan aku berpindah semula ke SK Panchor sehingga lah aku ambil UPSR di sini. Setiap hari aku berkayuh basikal 4 km untuk ke sekolah bersama kawan2 yang aku pun ingat2 lupa.. Antaranya JOHARI MAT NAYAN, ARIFF WAHID, NORHAYATI HARUN. Pernah terserempak dengan babi hutan melintas jalan. Kecut perut aku time tu...

1990 aku akan menghadapi UPSR... Time tu keluarga aku susah betul.. Satu lagi rahsia belum aku bagitau kalian... Dari darjah 1 hingga darjah (bulan 5, 1990) aku satu2nya anak melayu di sekolah kebangsaan yang pakai SELUAR PENDEK lantaran kemiskinan yang sangat teruk. Baju pun yang tiada poket sebab aku tukar2 baju dengan adik2 aku. hanya masuk bulan 5 baru aku merasa pakai seluar panjang. Itu puns seluar yang dibuat untuk seluar raya... malu tiada dalam kamus hidup aku sebab memang aku orang susah...

Sepanjang aku membuat persediaan UPSR aku selalu x balik rumah. Dari jam 12.30 hingga jam 2.30 petang aku melepak di belakang blok sementara tunggu kelas tambahan.Kalau aku balik, nanti nak kena datang semula. Penat ooooo... Aku berTERIMA KASIH kepada beberapa cikgu aku yang sangat besar jasanya kepada aku. Antara nya :

1. Cikgu ROBIAH MOHAMAD - Guru BI yang telah bayar yuran aku, bagi aku makan bila aku tak balik rumah...
2. Cikgu ABDULLAH HUSSAIN - Guru BM/Kelas yg banyak berkorban masa dan tenaga datang mengajar siang malam..
3. Cikgu HAMZAH - Guru Matematik..

Lain2 aku minta maaf sebab dah tak ingat lagi nama selain nama Guru Besar cikgu MAT SAAD DAHAMAT (Dah arwah - Al Fatihah).. PK cikgu NORFADILAH orang panggil cikgu YANG...

Aku paling sayang / hormat adalah cikgu ROBIAH & cikgu ABDULLAH... Aku masih ingat bila result keluar, aku menangis semahunya depan cikgu ROBIAH.. Aku ingat kata2 aku..

"Cikgu, saya minta maaf banyak2 sebab saya x dapat bagi A kat cikgu. Saya janji nak bagi A untuk English.. Tp saya hanya mampu dapat B.. Maafkan saya cikgu..."

Aduhhhh aku cite bab mcm ni CONFIRM meleleh air mata aku... Hati aku tersentuh sangat2 macam ni.. Tambah menangis bila cikgu ROBIAH kata "xpa lah Arzman, cikgu tau Arzman dah usaha yangsebaik mungkin. Cikgu tak marah, cikgu tak kecewa pun. Cikgu ikhlas bantu Arzman. Cuma cikgu harap Arzman terus berjaya. Ubah nasib keluarga."

Bila aku masuk sekolah menengah, cikgu ROBIAH pun pindah ke Kedah dan aku langsung lost contact dengan dia sehingga kini. Kalau lah aku dapat berjumpa dengan cikgu ROBIAH lagi.. Memang aku nak salam cium tangan dia.. Aku nak cerita apa jadi pada aku hari ini...

Ok.. Cukup dulu lah untuk yang pertama ni yer.. Nanti2 masuk part II pula..

Cerpen : Akhirya Ku Tahu Derita Seorang Guru

“Mak… Hamdi nak jadi cikgu lah.”
“Kenapa? Kan Hamdi nak sangat jadi polis? Sekarang Hamdi dah dapat peluang kenapa pula nak dilepaskan?”
“Entah lah mak… Tapi Hamdi rasa Hamdi mahu jadi guru.”
“Hamdi… Jadi guru ni bukan mudah. Memang nampak senang. Kerja separuh hari, ada banyak cuti. Gaji pun besar. Tapi Hamdi kena ingat satu perkara.”
“Apa dia mak?”
“Tanggungjawab…. Jadi guru ni Hamdi… Tanggungjawab sangat berat!!! Sebab pada guru lah, penentu sesorang murid itu menjadi polis atau pencuri. Menjadi perwira atau pengkhianat. Menjadi manusia berguna atau sampah. Mak tak mahu Hamdi jadi guru semata-semata kerana kerja mudah, cuti banyak, atau apa saja yang Hamdi fikir jadi guru itu mudah.”
“Emmm… Entah lah mak. Tapi hati Hamdi nak jadi guru. Sebab Hamdi tertarik dengan sikap seorang guru di sekolah Hamdi dulu. Mak pun kenal dia. Cikgu Taufik. Cikgu Matematik Hamdi.”
“Oooo cikgu Taufik. Mak kenal dia. Apa yang mebuatkan Hamdi tertarik dengan sikap cikgu Taufik tu?”
“Hamdi kagum dengan kesungguhan dia mengajar matematik. Macam-macam cara yang dia buat mak. Semata-mata nak semua pelajar dia boleh lulus matematik. Hamdi dulu pun, tak pandai matematik kan. Mak sendiri tahu. Hamdi ni malas nak kira-kira. Tapi sebab cikgu Taufik, Hamdi lulus dengan baik dalam SPM.”
“Bagus lah kalau macam tu. Mak akan sentiasa menyokong pilihan yang Hamdi buat tau. Cumanya, mak harap… Bila Hamdi pilih menjadi cikgu, jadi lah cikgu yang benar-benar bertanggungjawab. Jangan jadi guru yang sekadar melepas batuk di tangga atau jadi cikgu yang hanya tunggu gaji setiap 25 haribulan.”
“InsyaAllah, Hamdi pegang amanat mak dan Hamdi akan usaha jadi guru yang baik. Mak doakan lah kejayaan anak mak ni ya.”

Hamdi berasa amat gembira. Hatinya melonjak riang bila emaknya memberi restu untuk dia memilih memasuki institut perguruan. Memang dahulu Hamdi mahu jadi polis. Tapi itu dahulu. Sekarang sudah lain.

Hari ini Hamdi mendaftar diri di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Nun jauh di Kuala Lipis. Hamdi tinggalkan segalanya di Perak Darul Ridzuan. Bagi Hamdi mungkin rezekinya di bumi orang. Tapi Hamdi ingat kata-kata arwah ayahnya yang mana “di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”. Hamdi telah menghantar surat penolakkan untuk memasuki Akademi Polis. Hamdi mahu jadi guru…

Ramai ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka mendaftar. Tetapi Hamdi datang bersendiri. Sedih juga hati kecilnya. Tapi Hamdi tahu dia mesti tabah. Dia faham keadaan ibunya. Kehidupan yang dicengkam kemiskinan tak memungkin kan Hamdi sampai hati untuk menyusahkan ibunya. Biarlah ibu menghantar Hamdi hanya setakat di stesen bas. Itu sudah memadai. Kerana Hamdi tahu doa ibu sentiasa ada buatnya. Biarlah ibu menguruskan adik-adiknya yang lebih perlukan perhatian. Hamdi sudah mampu membawa diri sendiri.

Sepanjang minggu orientasi, Hamdi lalui dengan cekal. Dan begitu juga bila sudah mula memasuki dewan kuliah. Hamdi belajar segigih yang mampu. Tiada masa untuk Hamdi lekakan dirinya dengan membuang masa dengan sia-sia. Bagi Hamdi, dia tidak sanggup untuk merasai erti kegagalan. Hamdi tidak mahu melihat air mata ibunya tumpah kerana kegagalan. Hamdi mahu ibu menangis gembira.

“Di… Betul-betul ke Di pilih Sarawak? Orang ramai yang nak elak tapi Di nak ke sana. Ada apa-apa ke? Atau ada buah hati di sana?”
“Tak da sesiapa pun yang menanti Di di sana Nia. Memang Di mahu ke sana sebab Di mahu membantu masyarakat di sana. Di rasa terpanggil. Kita tengok Sarawak ni hampir sama besar Semenanjung kan. Hasil negeri juga banyak dengan minyak, balak, lada hitam dan macam-macam. Tapi kenapa rakyatnya masih ramai yang miskin dan terpinggir?”
“Di ada jawapan ke untuk itu?”
“Ya… Sebab mereka di sana masih ramai yang belum mampu membuka mata untuk melihat dunia luar. Mereka masih menganggap cukup dengan apa yang mereka ada. Bagi mereka kerajaan pasti akan membantu mereka. Jadi tugas kita sebagai guru untuk ubah tanggapan mereka. Hidup mereka, di tangan mereka.”
“Wow… Kagum Nia dengan Di tau.. Tapi mak Di setuju ke?”
“Emak tetap merestui apa yang Di buat sebab baginya yang penting Di mesti jujur dan bertanggungjawab.”

Dahnia satu-satunya sahabat yang menjadi rakan bicara Hamdi. Mungkin kerana latar kehidupan yang sama-sama dari golongan yang susah. Sepanjang tiga tahun di IPTAA, Hamdi selalu belajar bersama Dahnia. Tapi bulan depan, masing-masing akan membawa haluan sendiri. Hanya menanti surat tawaran mengajar. Pengajian di IPTAA sampai ke penghujung dengan Hamdi dan Dahnia sama-sama mencapai keputusan yang cemerlang. Mereka mendapat anugerah guru pelatih terbaik.

“Assalammualaikum Nia… Hamdi ni. Di dapat ke Sarawak tau. Emak pun dah bagi restu Di ke sana. Nia dapat mana?”
“Nia ikut Hamdi boleh?”
“Kenapa?”
“Nia pun dapat Sarawak juga. Hari tu memang Nia cakap Nia minta Johor. Tapi last minute Nia juga minta Sarawak. Nia tukar lepas Nia rasa tertarik dengan pendapat Hamdi tau. Dan lega dapat Sarawak. Mana tau satu sekolah pula ke nanti..”
“Oh ya.. Macam tu kita jumpa nanti. Ya, harap-harap satu sekolah. Ada juga kawan.”

Hari yang dinanti tiba. Hamdi terasa hiba juga mahu meninggalkan tanah tumpah darahnya. Tapi ini adalah pilihannya. Hamdi mesti tabah dan teguhkan pendirian.

“Hamdi… Jaga diri baik-baik di tempat orang. Solat jangan tinggal. Jangan ingat nak sombong diri dan ingat lagi.. Guru ini pekerjaan mulia. Jangan dicemari dengan sikap yang tidak sepatutnya. Ingat pesan mak ya Hamdi…”
“InsyaAllah mak, Hamdi akan ingat. Mak jaga diri baik-baik dan tolong-tolong tengok kan adik-adik Hamdi ni. Kalau ada apa-apa mak bagitau Hamdi. Jangan sorok apa-apa tau sebab Hamdi tak mahu mak bersusah demi untuk tak mahu Hamdi susah hati di Sarawak. Susah senang kita-sama tanggung ya mak. Hamdi pergi dulu..”

Buat pertama kalinya dalam hidup Hamdi, dia berada di langit biru. Membelah awan yang memutih. Hamdi panjatkan rasa kagum dengan ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Betapa hebatnya Dikau Ya Allah. Terlalu kerdil jika mahu dibandingkan. Hari ini hari pertama Hamdi di sekolah. Perasaanya bercampur baur antara takut dan bersemangat. Hamdi bertemu dengan Pengetua yang juga majikan barunya.

“Selamat datang ke SMK Sri Paku cikgu Hamdi dan Cikgu Dahnia juga. Kebetulan, kamu berdua dari satu Intistut, jadi adalah kawan. Mana tahu ada rezeki kamu balik nanti pun sama-sama. Dapat jugalah saya merasa nasi minyak guru sekolah saya.”

Pengetua memulakan bicara dengan usikan penuh makna. Hamdi dan Dahnia hanya tersenyum. Mereka berasa selesa dengan sikap pengetua yang sebegitu. TIdak terlalu garang atau menyombong diri.

“Beginilah, saya sudah arahkan PK1 aturkan jadual kamu berdua mengikut major kamu. Saya harap benar kehadiran kamu berdua mampu mengubah iklim di sekolah ini. Mungkin orang luar mampu membuatkan suasana di sini jadi lain.”
“Maksud cikgu?”
“Kamu akan faham maksud saya bila kamu bila kamu masuk ke kelas nanti. Nasihat saya ialah kuatkan semangat dan jangan mudah putus asa.”
“InsyaAllah cikgu.”
“Ok, sekarang saya akan perkenalkan kamu berdua dengan guru-guru dan staff di sini. Kemudian saya bawa kamu meninjau kawasan sekitar sekolah.”

Hamdi dan Dahnia mengekor sahaja. Tetapi seperti yang dikatakan oleh pengetua, Hamdi perasan ada sesuatu yang pelik. Dari jauh dia dapat melihat ramai pelajar yang ke hulu ke hilir, dan ada yang tidur di dalam kelas. Bising apatah lagi. Ramai juga yang berbaju tidak dimasukkan ke dalam seluar. Rambut panjang dan bertatoo. Bermain di benak fikiran Hamdi… Inikah yang dikatakan oleh pengetua tentang iklim di sekolah ini? Jika benar, memang berat benar tanggungjawab dan harapan yang di sandarkan oleh pengetua kepada mereka berdua.

Selesai meninjau kawasan sekolah, Hamdi dan Dahnia duduk seketika dan mereka berbual sesama sendiri.

“Macam mana Nia? Kau rasa agak-agaknya macam mana budak-budak kat sini?”
“Nia rasa teruk kita ni nanti Di. Tengok teruk aja perangai mereka tu.”
“Nia takut ke?”
“Takut tu tak lah. Tapi gusar. Tengok tadi masa kita lalu di kelas 5G, selamber saja budak laki tadi tu terajang kawannya. Depan-depan pengetua dan kita.”
“Ha… Ini lah tugas kita Nia. Kita di semenanjung mungkin dan kurang sangat kes yang macam ni. Sekarang kita ke sini nak ubah benda-benda macam tu lah. Jangan kita yang terikut-ikut cara mereka. Kita kena bawa perubahan tau. Cuba tengok ni…”

Hamdi menunjukkan satu halaman di majalah sekolah yang dia dapat dari rak buku di bilik guru. Dahnia melihat sama.

“Teruknya… 5 tahun SPM matematik dan English tak pernah capai 50%? BM pun sekitar 70 ke 80% saja. Ini kes berat ni Di..”
“Dan sebab itu, Di tanam dalam diri Di dan Di bagitau Nia sekarang. Di takkan minta pindah selagi Di gagal untuk tukarkan pencapaian ni kepada 75%. Ni janji Di. Kalau Nia nak balik dulu pun tak pa. Di akan terus di sini sehingga capai 75%. Biarlah terpaksa di sini 10 tahun ke, 15 tahun ke…”

Esoknya adalah hari pertama Hamdi memasuki kelas. Hamdi diberikan amanah untuk mengajar matematik tingkatan 4B, 4D, 4F dan 5C. Hamdi juga menjadi guru tingkatan 4F menggantikan cikgu Yee Neo yang merupakan guru sandaran tidak terlatih di situ. Manakala Dahnia mengajar sains menengah rendah. Hati Hamdi berdebar untuk masuk ke 4F. Kelas yang paling hujung dalam tingkatan 4.

Masuk sahaja ke muka pintu kelas, Hamdi terkesima. Kelas begitu kotor dengan sampah bertaburan. Papan notis berlubang-lubang. Papan hitam juga masih belum berpadam. Penuh dengan contengan yang pelbagai. Pelajar pula ada yang sedang enak tidur. Ada yang sedang berbual-bual dan ada juga yang menyisir rambut rakan. Semua bagai tak kisah dengan kehadiran Hamdi. Biadap benar mereka ini. Getus hati kecil Hamdi. Tapi Hamdi tabahkan hati.

“Ok kelas… Semua bangun. Kejutkan kawan kamu yang tidur. Semua berdiri.”
“Mereka sik mauk bangun cikgu. Memang selalu macam nya.”
“Kejutkan mereka. Cucuk pinggang kawan kamu tu.”
“Oiiiit… Bangun, cikgu udah di depan ya… Kelak di paluk baru padan muka kau!!”
Hampir lima minit baru semua pelajar bangun. Hamdi meletakkan buku panduan mengajarnya dan dia melihat terus ke mata seorang demi seorang pelajar yang ada di depannya. Hamdi ingat pesan ayahnya. Semasa berdepan dengan orang, pandang tepat ke matanya. InsyaAllah, orang itu akan lembut terhadapmu. Itu kata ayah yang masih Hamdi ingat.

“Selamat pagi semua.”
“Selamat pagi cikgu.” Dijawab acuh tak acuh.
“Selamat pagi semua.” Hamdi mengulang dengan lebih kuat.
“Selamat pagi cikgu…” Dijawab dengan kuat juga dan terus ada yang duduk.
“Bangun dulu. Cikgu belum benarkan kamu duduk. Sekarang Cikgu mahu kamu semua kutip sampah yang ada di sekeliling kamu dan buang dalam tong sampah. Ini kelas untuk belajar bukan buang sampah. Ilmu susah mahu masuk kalau belajar dalam kelas yang kotor macam ni. Semua kutip sampah di sekeliling kamu.”

Hamdi turut sama mengutip sampah yang ada di sekeliling meja guru. Pelajar yang lain turut mengutip. Barangkali melihat guru mereka turut serta. Mereka berasa malu-malu alah. Dipadam papan hitam bersih-bersih dan kemudian ditulis namanya.

“Nama cikgu Hamdi Bin Abdul Aziz. Cikgu juga guru kelas kamu yang baru.”
“Kitak asal mana cikgu? Semenanjung kah?”
“Sabar dulu. Cikgu akan ceritakan pada kamu tentang diri cikgu”

Semua pelajar mula diam dan tekun mendengar. Hamdi memperkenalkan dirinya secara teratur. Semua pelajar medengar dan ada yang tersenyum dan ketawa bila Hamdi membuat usikan nakal untuk mengawal mood kelas. Kemudian setiap pelajar memeprkenalkan diri seorang demi seorang.

“Nama aku tuk, Clinton Anak Buih. Aku diau di rumah panjai di Seratok. Apai aku petani. Aku anak tuai. Hobi aku berlagu. Cita-cita aku nyadi driver traktor.”
“Ok, terima kasih.. Semua sudah saling kenal. Cuma cikgu mungkin ada juga yang tidak faham apa yang kamu cakapkan kerana kamu gunakan bahasa Iban. Apapun, cikgu cuba untuk belajar bahasa kamu tu perlahan-lahan. Cikgu mahu tahu, siapa yang lulus matematik dalam ujian bulan 2 yang lepas?”

Tak siapa yang angkat tangan. Masing-masing ketawa. Hamdi sudah faham.

“Langan, berapa kamu dapat dulu?”
“12 cikgu. Paling tinggi pun 27. Angelyn. Lain semua bawah 15. Pedih mai cikgu.”
“Matematik tak susah sebenarnya kalau kamu tahu cara untuk belajar.”
“Cikgu, kitak sudah kahwin bedau. Cikgu baru induk tu isteri kitak kah?”

Tiba-tiba Mariana mencelah. Kelas hangar bingar mentertawakan dia. Hamdi diam.

“Belum lagi. Tapi sekarang bukan masa untuk bercakap pasal kahwin. Sekarang kita bercakap dulu pasal belajar matematik. Cikgu mahu tahu… Siapa yang betul-betul tidak mahu belajar matematik?”

Tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan.

“Tengok… Semua kamu mahu belajar matematik. Jadi kamu sudah ada niat dalam diri kamu, yang kamu mahu belajar. Bagus itu. Tapi bagaimana kamu mahu belajar? Adakah dengan hanya kata, kamu belajar tapi tiada usaha? Raphael, macam mana kamu mahu belajar matematik?”
“Salin apa yang cikgu tulis.”
“Kalau cikgu tak tulis? Kamu pun tak buat apa-apa lah? Salah cara kamu tu. Kamu seharusnya mencuba dahulu. Jika tidak tahu baru bertanya rakan atau guru. Itu cara yang sepatutnya kamu lakukan, Mengharapkan cikgu semata-mata tak boleh.”
“Tapi cikgu Yee Neo dulu tak best. Garang sangat. Dia selalu ajar Angelyn sahaja. Tahu lah dia pandai sikit. Kami di dibiar.”
“Ok, cikgu tidak garang. Tapi cikgu akan tegas bila waktu cikgu kena tegas. Kamu juga kena belajar waktu kamu kena belajar. Waktu kita berbual, kita boleh berbual. Pada cikgu, semua sama sahaja. Angelyn ke, Langan ke, Clinton ke ataupun siapa-siapa sahaja. Sama sahaja pada cikgu.”
“Amai cikgu? Nadai bulak aku tuk.”
“Apa kamu cakap?”
“Martina kata betul kah cikgu? Jangan tipu dia.”
“Oh… Ya betul… Bagi cikgu, kamu semua sama. Cikgu akan bantu kamu sekiranya kamu betul-betul mahu belajar. Kalau kamu sendiri tak mahu, cikgu pun sama.”
Kelas 4F betul-betul terkawal hari ini. Hamdi puas hati sebab kehadirannya di kelas hari ini memberi petanda positif.

“Kenapa Joseph dan Micheal tidak hadir?”
“Kena gantung sekolah. Gaduh dengan budak Tingkatan 5.”
“Ini cikgu tak mahu berlaku lagi. Satu cikgu mahu kamu ingat. Walaupun kamu di kelas yang paling hujung, tak bermakna kamu ini teruk. Kamu mungkin lemah dalam pelajaran, tapi kamu boleh tunjukkan kelebihan kamu dari segi disiplin. Terus terang cikgu katakan, kunci utama kejayaan adalah disiplin yang terpelihara. Kamu faham maksud cikgu?”

Loceng berbunyi. Kelas matematik berakhir dengan perbualan antara Hamdi dengan pelajar-pelajarnya. Hamdi merasakan dia berjaya membetulkan sikap pelajar kelas 4F. Hamdi melangkah ke bilik guru. Dalam perjalanan, Hamdi disapa oleh cikgu Rosli. Hamdi berbual sambil beriringan ke bilik guru.

“Macam mana kelas 4F tadi? OK atau macam hantu?”
“OK cikgu. Semua dengar sahaja apa yang saya cakapkan.”
“Mungkin sebab kamu baru. Atau mungkin masa tu sahaja mereka diam. Lepas tu balik ke asal.4F ni kelas yang budak-budak macam telinga kuali. Tak makan nasihat. Cakap pagi ni, petang sudah lupa. Balik ke asal.”
“Yakah? Saya tengok tadi ok saja.”

Sampai di bilik guru, Hamdi lihat Dahnia duduk bersendiri. Hamdi mendekatinya.

“Kenapa monyok aja?”
“Kelas 3C tadi… Apa yang Nia ajar semua mereka tak faham. Penat Nia cakap tapi bila di soal semua diam.”
“Kenapa? Soalan susah ke?”
“Tak lah… Nia tanya “can you tell me the coluor of rainbow?. Sorang pun tak dapat jawab. Tak susahkan soalan tu?”
“Pada Nia tak susah… Tapi pada mereka mungkin susah. Cuba Nia soal dalam BM. Mungkin mereka dapat jawab. Kan Nia tau di sini English tu macam bahasa asing buat mereka. Dah lah… Sabar banyak-banyak dan esok usaha lagi tau.”
Esok datang lagi. Sekali lagi Hamdi akan masuk ke kelas 4F. Semangat Hamdi berkobar untuk memulakan pengajarannya. Laju langkah di atur agar tidak terlewat masuk ke kelas. Namun Hamdi hampa. Benar kata cikgu Rosli.

Kelas kotor dengan sampah bertaburan. Ramai yang tidur dan ramai yang berbual sesama rakan. Ada yang sedang bermain di belakang kelas. Langsung mereka tidak menghiraukan kehadiran Hamdi. Hanya beberapa orang pelajar yang betul-betul mendengar apa yang disampaikan semalam. Mereka mengarahkan rakan-rakan lain duduk. Tapi langsung tidak diendahkan. Hamdi mengetus geram. Namun apakan daya. Hamdi masuk dan meletakkan buku panduan mengajar di atas meja. Hamdi pandang lagi seorang demi seorang pelajarnya. Masih ada lagi yang bermain-main.

“Kamu ke sini…”

Pelajar itu buat tak kisah. Dia berhenti main dan duduk di kerusi. Dibuka butang baju dan duduk di bawah kipas untuk menghilangkan rasa panas.

“Kamu faham tak soalan cikgu? Cikgu kata kamu datang ke sini!!”

Hamdi mengeraskan nada suaranya. Terasa getar geram dan dan marah pada suaranya. Pelajar itu menghampiri. Tapi tiada riak sesal apa lagi takut. Hamdi lihat tanda nama di baju pelar tersebut. Pelajar tersebut lebih besar darinya.

“Owh, awak lah Joseph. Yang baru habis tempoh pengantungan. Bagus lah. Harap lepas ni kamu berubah. Dan cikgu….

Belum habis Hamdi bercakap, Joseph terus keluar kelas. Tanpa langsung mendapat kebenaran. Benar-benar kurang ajar dan biadap. Hamdi memberi arahan kepada Angelyn untuk menulis di papan hitam. Hamdi mahu mendapatkan Jospeh semula.

Sementara Angelyn menulis nota di papan hitam, Hamdi mengekori Joseph. Ditarik tangan Joseph dan diminta duduk di bangku rehat berdepan padang sekolah. Joseph tidak membantah tetapi tetap langsung tiada rasa hormat.

“Kamu ni kenapa? Tidak baik kamu bersikap begini kepada guru kamu.”
“Nuan tuk sapa? Apai aku pun nadai kiruh enti kitak ingar? Suka hati aku lah mauk macam mana pun? Kalau kitak sik suka, anang ambil peduli sama aku.”
“Joseph, dengar dulu apa cikgu mahu cakapkan. Mungkin ayah Joseph kurang arif tentang nilai dan adab sopan. Sebab itu dia hantar Jospeh ke sekolah. Supaya Joseph dapat belajar daripada guru-guru. Kalau Joseph datang sekolah tapi masih bersikap macam ni, tiada gunalah dia hantar Joseph. Sia-sia sahaja.”
“Kitak sik faham. Apai aku tuk, yang dia tahu minum langkau, main judi, sabung ayam. Lain sik pandei. Kitak madah memang mudah. Aku tuk yang tanggung susah keluarga. Ada bapak sik boleh pakei.”
“Tak baik cakap macam tu. Sebab tu, Joseph kena belajar betul-betul. Di bahu Joseph lah terletak harapan mak Joseph kalaupun bukan ayah. Untuk ubah nasib diri dan keluarga Joseph tu. Sudah lah, jom masuk kelas. Buat azam baru dan cikgu yakin Joseph boleh buat yang terbaik.”

Joseph tidak bergerak dari bangku. Hamdi berlalu dan menuju ke kelas. Sampai di kelas, sekali lagi Hamdi melihat situasi yang sama. Kembali bising dan bagai hilang arah. Hanya pelajar yang sekumpulan Angelyn yang betul-betul mematuhi arahan. Hamdi merasakan dia perlu berkeras hari ini.

“OK, semua sekali… Berdiri!!! Saya sudah cakap semalam. Waktu belajar, kita mesti belajar. Tapi ada antara kamu yang tidak dengar!! Biadap!!”

Semua terdiam… Hamdi juga diam seketika bila Joseph melangkah masuk ke kelas.

“Sekarang cikgu mahu kamu kutip sampah disekeliling kamu dan buang ke dalam tong sampah. Buat sekarang.”

Pelajar-pelajar bising meluah rasa tidak puas hati. Joseph juga mengutip sampah tanpa banyak cakap. Loceng berbunyi dan berakhir dua waktu yang sia-sia lagi buat Hamdi. Hamdi melangkah keluar tanpa terlebih dahulu sempat pelajar mengucapkan terima kasih. Tidak ada apa yang perlu diucapkan keran aHamdi tidak menyumbang apa-apa hari ini. Akhirnya Hamdi tahu. Betapa derita menjadi seorang guru.

TAMAT