BAB 9 : AKHIRNYA KUTEMUI

BAB 9 : Bahagia Akhirnya



Leya... Maafkan Mir kerana tak dapat memberikan kebahagiaan yang Leya impikan. Mir berjanji MIr akan membahagiakan insan yang bergelar isteri buat Mir kelak sebagai tanda kasih sayang Mir pada dia dan dirimu. Mir akan kuatkan semangat Mir. Mir akan bangkit semula. Tambah lagi Mir kini berasa puas apabila mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh mu. Itu yang paling layak buat binatang sial sepertinya. Namun, Mir menaruh harapan yang cukup tinggi untuk bertemu dengan mu, Leya. Mir sanggup menanti sehingga kau hadir ke sisiku walaupun entah bila masanya.



Leya... Walaupun kau tak mampu untuk Mir miliki, tapi kau tetap dekat dihati Mir. Kau punya tempat yang istimewa dalam hidup Mir. Malahan kini pun, Mir rasa seolah-olah dirimu sentiasa di sisi. Titis darahmu dan hati mu menjadi milikku kini sebagai penyambung nafas Mir hari ini. Semestinya kau membuatkan Mir terasa dirimu sentiasa dekat dengan diri Mir.



Aku kembali ke Sarawak. Banyak tugas yang tergendala sejak aku terlibat dengan kemalangan tragis tempohari. Sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, aku lihat Pak Lan dan setiausaha syarikat, Siti Rahima sedia menanti. Pak Lan mendapatkan aku dan memindahkan bagasi ke dalam kereta.



Ima, ada apa-apa yang awak tahu tentang Aleya?”

Maaf encik Mir. Saya tak tahu apa-apa selain dari apa yang diberitahu oleh ibu pejabat.”

Apa yang diberitahu?”

Cik Aleya telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan.”

Pak Lan, Ima... rasa-rasa betul ke yang Aleya dah tak ada lagi? Saya rasa sangsi sebab hati kecil saya tetap mengatakan Leya masih ada. Cuma tak tahu di mana. Dan saya yakin, yang mana Aleya akan kembali satu masa kelak. Saya pasti Aleya akan kembali.”

Encik Mir.... Ini semua takdir Ilahi. Siapa yang dapat melawannya? Kita kena terima walau sesukar mana pun. Jika tidak, pasti kita tak dapat menerima hakikat ini.”

Diam tak diam dah hampir sebulan. Minggu depan aku akan pulang ke Perak. Tasya dan Doktor Zaid akan melangsungkan perkahwinan. Tasya sentiasa memberikan kejutan buatku. Asalnya hanya majlis pertunangan. Tiba-tiba sahaja nak kahwin.



Alang-alang nak buat benda baik kan. Baik menikah terus. Tak payah nak bertunang-tunang. Ko WAJIB datang. Aku ada suprise yang paling besar buat ko.”

Suprise lagi. Ko ni tak habis0habis nak buat kejutan kat aku. Nasib aku tak de sakit jantung. Kalau tak, cepat la aku mati. Apa pula kali ni?”

Mana boleh bagitau. Tunggu.... Dan ko datang. Kalau tak, ko tak kan ada peluang lagi nak memiliki suprise ni. Aku jamin, ko akan terkejut dan terharu sangat-sangat.”

OK lah, aku datang seminggu awal boleh?”

Boleh.... Tapi Suprise tetap aku bagi masa hari aku bernikah. Ingat ye... 8 Jun ni. Suprise hanya sekali sahaja. Tiada ulang atau anjakan tarikh.”

Aku ingatkan ko ni. Segalanya telah tersedia. Memang gempak satu Kuala Kangsar tau. Jemputan bukan calang-calang orang. Ko pun jangan pakai sebarang. Pakai macam pengantin juga. Aku nak ko duduk sebelah aku. Jagi pengantin dengan aku sekali.”

Woiiii... Zaid ko nak letak mana?”

Zaid ada ko pun ada. Pasang dua sekali gus tak kan tak boleh. Lembu tumbang 3 ekor, ayam 100 kilo. Memang besar-besaran lah. Sekali dalam hidup kan. Lagi satu... All sponsor!!. Buat di padang sek rendah kita dulu. Sebab tu aku kata ko wajib balik. Aku nak ko pakai yang paling macho. Baju melayu biru muda tau. On that day... kita akan warnakan dengan biru dan kuning.”

Ye lah, aku pakai baju melayu biru muda seperti mana ko nak. Kalau tak suprise aku belasah ko.”

OK... Kalau suprise, ko sponsor honeymoon aku kat Damai Lagoon, Santubong.”

OK, no hal pasal tu.”



Mendarat di KLIA, Dato’ Karim menanti aku. Aku terkejut dengan kehadirannya. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya aku pun tak tahu.



Mir, atas permintaan kawan awak, Tasya.. Saya kena ‘tahan’ awak di rumah saya. Esok kita akan ke Kuala Kangsar. Malam ni awak bermalam di rumah saya.”

Dato’... Apa sebenarnya ni Dato’? Saya langsung tak faham what’s going on?

Semuanya akan terjawab esok. Tapi kalau nak tahu juga, awak boleh tanya ayah awak. Mungkin ayah awak boleh beri gambaran.”

Abah saya tak beritahu apa-apa pun Dato’ dia pun macam Tasya, macam Dato’ semua kata dah sedia. Cuma tunggu saya datang. Saya kena kahwin paksa ke Dato’?”

Hahahahahaha... Nampaknya begitulah. Tunggu sajalah Mir.”



Kahwin paksa? Otak ku kusut memikirkan kemungkinan itu. Mungkinkah ini yang dikatakan suprise buat aku? Aku akan berkahwin esok. Tapi dengan siapa? Tasya? Tak mugngkin sebab dia tentunya akan bersatu dengan doktor Zaid. Shieda? Aku tak mahu lagi perempuan tu. Dia tak layak buat aku. Myza? Dia juga aku tak mahu. Biarlah dia berbangga dengan kerjayanya. Aku tak mampu nak sabar dan berterusan begini.



Tasya... please la bagitau aku. Aku kena kawin paksa ke?”

Eh, macam mana ko tau? Ye, ko kena kawin paksa. Aku yang uruskan segalanya dan parent ko pun setuju. Kami dah atur segalanya. Cuma dengan siapa? Itu yang jadi suprise buat ko. Sabar ye tunggu esok. Tapi percaya lah. Gadis yang aku pilih ini, adalah yang terbaik buat ko. Aku tak kan nak dajjal kan ko pulak kan. Malam ni tidur dengan aman dan esok ko akan menangis kegembiraan.”

Aku dah agak dah. Bagitau la kat aku, sape gadis tu? Aku lari kang baru riuh sekampung.”

Ko jangan risau lah. Esok ko akan tahu dan aku cakap betul... Ini suprise terbesar untuk ko!”



Benarlah tekaan ku. Aku akan berkahwin esok. Patut lah semua kakitangan MIH diberikan cuti khas esok. Kenapa mak dan abah tak memberitahuku? Tak mahu meminta pandanganku. Entahkan aku berkenan atau tak dengan gadis pilihan mereka. Nampaknya aku tiada pilihan selain dari mengikut sahaja kehendak mereka. Takkan aku sanggup untuk memalukan mereka di khalayak ramai esok?



Awal pagi, beberapa buah kereta dan bas telah berada di perkarangan rumah Dato’ Karim. Semua nya adalah kakitangan MIH. Aku terhari melihat apa yang sedang berlaku di depan mataku. Tak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Baju melayu biru muda telah disediakan buat ku. Aku kenakan dan memang mengikut saiz badanku. Ku lihat di cermin raut wajahku. Adea sedikit raut gembira walaupun hati masih runsing memikirkan sebarang kemungkinan.



Itu dia, pengantin lelaki telah siap dan melangkah segak. Beri laluan kepada beliau.”



Terus Mercedes Dato’ Karim meluncur laju. Aku hanya membatu sepanjang perjalanan. Hampir 3 jam kereta menyusur keluar ke jalan menuju Kuala Kangsar. Di menara plaza tol, terbentang banner tertulis “Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.” Terasa air mata memenuhi kelopak mataku. Aku cuba menahannya. Kau trak boleh menangis di hari penuh bersejarah ini. Dato’ Karim menepuk pahaku.



InsyaAllah Mir... Saya yakin, hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat awak. Jika arwah Tina masih ada, tentu dia juga akan bergembira dengan apa yang berlaku hari ini.”

Mudah-mudahan Dato’. Tapi saya sedikit gementar selagi saya tak tahu siapa pilihan keluarga saya.”

Percayalah, keluarga awak tak kan pilih sebarangan gadis untuk awak. Saya yakin, dia lah pilihan yang paling baik buat dirimu.”


Paluan kompang bertalu-talu sebaik sahaja kereta membelok ke selekoh. Tetapi kenapa tidak ke rumah aku atau ke rumah Tasya? Tak mahu bertanya. Aku membiarkan sahaja kereta meluncur ke mana arah. Mataku terpana. Begitu indah pelamin yang dihias di tengah padang sekolah. Sekolah yang memulakan langkah ku hari ini. Khemah-khemah tetamu terbina di segenap sudut. Tetamu juga bagaikan lautan manusia. Bertali arus. Sebaik sahaja kereta berhenti, sekumpulan tetamu berserta barisan bunga manggar menghampiri.



Assalammualaikum abah, mak. Apa ni abah? Kenapa sampai buat di padang sekolah ni. Malu lah Mir nak tayang muka satu kampung.”

Ni semua idea Tasya. Dia nak buat kenduri sekali dengan kita. Abah tak dak masalah. Baguih juga. “

Tapi besar belanja ni abah. Bukan main ramai tetamu yang Mir tengok. Macam anak Dato’ saja yang kawin ni. Naik takut Mir tengok.”

Memang anak Dato’ lah yang kawin. Saya anggap awak macam anak saya. Selepas Tina, awak dan Sis saya anggap seperti anak saya sendiri. Semua kos kenduri, pihak syarikat yang tanggung.”

Jom lah, kenai-kenai dengan pak mentua hang. Lambat-lambat sat ni orang riuh pulak.”

Jom lah. Dah lewat ni.”

Aku di bawa masuk ke bilik mesyuarat sekolah. Ada beberapa orang tetamu yang tak pernah aku temui di dalamnya. Senyuman ku hadiahkan sebagai tanda perkenalan.



Mir, Inilah bakal ibu bapa kedua kamu. Kenalkan.. Dato’ Syed Mohamad dan Datin Sharifah Asmah.”

Dato’? Datin? Tapi.... Siapa bakal isteris saya?”

Kalau ye pun salam dulu lah tangan mertua kamu tu.”



Aku menghulur tangan dan mencium tangan bakal mertuaku. Di dalam kepala masih tertanya-tanya siapakah bakal isteriku. Tetamu yang lain hanya memerhati. Tasya dan doktor Zaid hanya tersenyum melihat aku bagaikan kebingungan. Isyarat bagus yanbg ditunjukkan Tasya menambahkan lagi tanda tanya buat ku. Terasa ingin ku jerit bertanya apa sebenarnya yang mendai kejutan buat ku.



Mir... Pandang ke belakang. Itu lah bakal suri hidup mu.”



Bagaikan mendapat arahan dari Dato’ Karim, aku menoleh kebelakang perlahan. Aku tak mampu bersuara. Benarkah apa yang aku perhatikan sekarang ini? Bermimpikah aku? Seseorang yang amat ku kenali sedang tersenyum manis kepada ku. Dia tetap seperti mana yang ku kenali dulu. Aku pelik dan terhenti langkah ku seketika. Tak mungkin....



Assalamualaikum abang. Abang tak kenal saya lagi ke?”

Waalaikumsalam. Abang.... Bermimpikah Mir?”


Semua orang memerhati ke arah kami. Aku jadi tak keruan. Tasya bangun dan menepuk tangan bila sahaja gadis itu mencium tangan ku.



Akhirnya kita bertemu semula. Maha suci Allah yang masih memberikan peluang buat kita meraikan cinta dan kebahagiaan. Saya selalu bermohon agar kebahagiaan ini kan kekal selamanya. Tak mahu lagi ada kedukaan yang menyelubungi kita.



Aku masih tak mampu berkata apa-apa. Terkejut, gembira dan terharu bercampur baur saat ini.



Baiklah, untuk tak membuang masa, kita akan meneruskan dengan majlis akad nikah kedua-dua pengantin. Kita mula dengan doktor Zaid dahulu lah. Silakan tuan kadi.”



Rasmi lah sudah ikatan kegembiraan antara Tasya dan doktor Zaid. Kini giliran aku. Degup jantung kian kencang. Apa lagi berada di depan ku kini orang yang akan mengikat aku dan bakal suri hidupku kelak. Aku berselawat memohon ketenangan hati. Alhamdulillah, sebaik sahaja tanganku di goncang..



Aku terima nikahnya dengan Aleya Maisara Binti Syed Mohamad dengan mas kahwin RM100 tunai.”



Sah! Sah! Sah! Alhamdulillah impian ku kini telah menjadi kenyataan.



Selepas itu, kami diarak ke perkarangan sekolah dan menuju ke pelamin. Setiap mata menikam ke arah kami. Aku terlalu gembira saat ini. Tetapi persoalan ligat bermain di dalam kepalaku. Bagaimana Leya boleh ada di depan mataku. Sedangkan apa yang diceritakan oleh doktor Zaid nyata berbeza.



Hari kian menuju ke petang. Tetamu sudah mula berkurang. Aku tidak sabar-sabar lagi untuk berbual panjang dengan isteriku. Ingin segera ku ungkap segala misteri yang bermain.

Mir... Ini lah suprise yang aku nak berikan kat ko sebagai tanda persahabatan kita. Tahniah dan ko jagalah Leya dengan sepenuh jiwa dan raga ko. Kalau jadi apa-apa, aku lah yang paling kecewa.”

Thanks Tasya. Memang suprise. Ko pun jaga laki ko baik-baik. Dah tak boleh nak hu ha hu ha lagi macam dulu. Apapun kita tatap kawan sampai bila-bila ye.”



Malam itu aku mngambil ksempatan untuk bertanya sendiri pada Leya. Aku perlu tahu hakikat apa kah sebenarnya yang berlaku kepadanya? Ke mana perginya dia selama ini? Hampir enam bulan aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Di manakah Leya. Tiba-tiba sahaja Leya muncul dan menjadi milikku buat selamanya.



Kenapa abang? Abang rasa macam mimpi lagi ke. Mana taknya... Hampir 6 bulan menghilang, tiba-tiba Leya muncul dan menjadi milik abang? Leya pun mula tu rasa janggal sangat. Patut Leya dan abang berterima kasih pada Tasya. Semua yang berlaku hari ini adalah atas susah payah dia.”

Ye ke... Macam mana tu? Apa yang Tasya dah buat? Tapi tak sangka kan.. Punyalah merata abang cari teman hidup abang yang hakiki, rupanya ada di depan mata sahaja. Cuma abang saja yang seolah-olah mengejar benda yang jauh. Yang dekat diletak ke tepi. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan. Jauh macam mana pun, tiba masa akan bersatu jua. Abang akan jaga Leya baik-baik sebab Leya tak layak untuk disakiti. Leya hanya layak untuk menerima rasa kasih, sayang, rindu dan cinta yang tiada galang ganti.”

InsyaAllah abang. InsyaAllah Leya juga tak akan benarkan abang menangis lagi. Dan Leya macam tu juga tau. Kita pun kena ceria dan gembira seperti selalu. Tak mahu lagi ada cerita duka dan sedih. Berjanji lah, kita akan menjadi kekasih dan kawan yang terbaik buat selamanya.”

InsyaAllah. Boleh beritahu abang tak apa yang berlaku sebenarnya selama ni Leya? Sebab apa yang diberitahu pada abang Leya dah....”

Leya dah kembali kepada Tuhan? Kalau betul Leya pergi, siapa yang di depan abang sekarang ni? Roh Leya kah? Hantu Leya kah? Leya masih bernyawa lah abang.”

Nanti... Nanti.... abang tak faham apa yang berlaku sekarang ni?”

Yang kembali itu.. kembar Aleya. Leya tak apa-apa. Cuma luka kecil sahaja. Kembar Leya yang sakit sebenarnya. Bila dia dapat tahu keadaan kita dan melihatkan keadaan dia yang semakin tenat.. Dia telah buat keputusan itu. Tapi dia minta Leya rahsiakan dari pengetahuan sesiapa jua. Pihak hospital juga sedia memberikan kerjasama. So, hari ni Leya bongkarkan kisah sebenar pada abang dan Leya dah ceritakan pada Tasya juga dulu sebab Leya yakin, rahsia ini tak akan terbongkar pada pihak lain. Kembar Leya tu dah lama sakit dan menderita akibat sakit jantung dan lumpuh separuh badan. Kini dia dah pergi buat selamanya dengan hati yang paling tenang. Faham sekarang?”

Apa yang terjadi sebenarnya ni Leya? Abang masih kabur...”

Abang... Dalam badan abang ni, menurut kata doktor Zaid, darah yang mengalir dalam jasad abang, dan sebahagian dari hati abang adalah milik Leya. Sebenarnya tak. Semua tu milik kembar Leya. Asyera Maisarah namanya. Bukan milik Leya. Darah kita tak sama lah. Tapi, Tuhan maha berkuasa, darah abang dan kak Syera sama. Jika tidak, abang pun mungkin dah tiada lagi.”

So, di mana Syera sekarang ni? Bila kita dapat berjumpa dengan dia?”

Kak Syera dah tiada. Dia telah pergi buat selamanya seminggu selepas dia di hantar ke Amerika. Leya pun pergi menemani dia. Tapi Leya minta semua pihak tak cerita apa-apa pada Mir. Pada siapa juga. Leya tak mahu ada pihak yang terhutang budi. Sebab apa yang Leya dan kak Syera buat hanya lah kerana menghargai nyawa yang tak sepatutnya pergi.”

Tapi, macam mana Tasya boleh tahu?”

Tiga bulan selepas pemergian kak Syera, Leya kembali ke Malaysia dan datang ke hospital untuk menjelaskan semua bil. Masa tu lah doktor Zahir beritahu apa yang Tasya beritahu dia.”

Apa yang Tasya beritahu?”

Abang murung dan tiada langsung wajah ceria di muka abang. Sering bertanya di mana Leya? Apa jadi pada Leya dan kenapa Leya pergi dari abang. Abang rindukan Leya dan macam-macam lagi.”

Kenapa Leya tak mahu datang berjumpa abang? Ataupun menghubungi abang?”

Leya tak bersedia sebab Leya sedih sangat atas pemergiaan kak Syera. Hanya bila betul-betul Leya tenang dan bersedia untuk kembali baru Leya kuatkan semangat. Leya teringat pesanan akhir akak. Dia minta Leya jaga dia baik-baik. Mula tu Leya tak faham. Puas Leya fikir apa maksudnya. Akhirnya Leya dapat jawapan. Walaupun dia secara fizikalnya tiada lagi, tapi dia meninggalkan sebahagian dari dirinya di dunia ini. Dirinya itu kini ada dalam jasad abang. Abag fahamkan. Jadi Leya buat satu keputusan yang mana, Leya menerima luahan hati abang dulu.”

Tapi Leya tak beritahu abang pun. Leya dia saja.”

Ini idea si Tasya. Dia plan nak buat suprise dan Leya tengok plan dia cukup menarik. So, Leya setuju untuk bekerja sama. Best lagi bila mama dan papa serta keluarga abang pun bersetuju untuk turut terlibat dan plan ni. Segalanya diuruskan oleh Tasya. Perbelanjaan untuk majlis di taja oleh Dato’ Karim tau. Tapi ada syaratnya. Leya mesti kembali ke ke pejabat selepas honeymoon. Leya setuju.”

Ooo... Abang dah faham. Perangai tak berubah-berubah. Leya dan Pinki. Asyik nak mengusik abang saja kerjanya. Apapun terima kasih sayang. Abang menghargai dan bersyukur sangat-sangat.”

Leya pun bersyukur kerana dapat memiliki hati, cinta dan diri abang. Leya janji akan usaha untuk berikan kebahagiaan dan ketenangan yang abang cari selama ini. Pengorbanan kak Syera tak kan Leya persiakan. Ini janji Leya. Tapi awal-awal ni Leya kekok lagi lah. Nak panggil abang pun Leya malu tau. Selalu Mir aja kan. Lagipun kita tak pernah bercinta kan. Semuanya bermula dari bawah.”

Leya... Kemuliaan seseorang terletak pada pengorbanan yang sanggup dilakukannya. Ingat tu. So, kita patut menghargai dan berterima kasih atas pengorbanan orang lain ke atas kita. Terima kasih buat isteri abang yang memberikan kegembiraan yang tak terhingga ini dan terima kasih pada Tasya sebab mengaturkan kegembiraan buat abang.”



Aku bersyukur atas apa yang telah aku lalui selama ini. Berkat kesabaranku mengharungi suka duka kerana soal hati, aku akhirnya mendapat anugerah yang cukup berharga dari Yang Esa. Leya, teman yang tak pernah ku jangka menjadi milikku kini telah setia bersama sebagai suri hidup yang paling jujur dan ikhlas. Siapa sangka dan siapa yang menduga dengan kesudahan yang sebegini. Mengapa aku selama ini mengejar bayang-bayang yang entah mampu ku gapai ataupun tidak. Puas ku harungi segala penderitaan yang cukup menyakitkan hati dan perasaan, jiwa dan raga semata-mata untuk mengecap erti kebahagiaan, namun apa yang aku dapat? Penderitaan dan kesengsaraan.



Rupa-rupanya apa yang ku kejar selama ini hanyalah kaca yang cantik dipandang tapi tak kekal warnanya. Permata yang ku cari selama ini ada di sini. Cuma aku tak pernah memandangnya. Aku tak pernah cuba untuk memahami dan memikirkan semua kesempatan yang diberikan Dia buat aku. Kini baru aku faham akan kebijaksanaan Allah Yang Pengasih lagi Penyayang.



Atas apa yang terjadi, tak pernah ku menyalahkan takdir. Kerana aku tahu, tanpa pengalaman yang sebegini, aku mungkin tak bisa berdiri teguh seperti mana hari ini. Tanpa pengalaman yang terdahulu aku mungkin tak mampu miliki apa yang aku miliki kini. Terima kasih buatmu Myza. Terima kasih juga buat mu Tina. Terima kasih segalanya Shieda. Terima kasih tak terhingga buat mu Tasya. Terima kasih jua buat mu Pinki meskipun kau hanya wujud pada nama.



Aku bersyukur kerana dalam pada aku mengharungi pelbagai dugaan yang menghimpit jiwa, hati dan perasaan aku tetap jua dianugerahkan oleh-Nya dengan rezeki dan rahmat yang tak terhitung banyak nya. Ujian yang ditimpakan ke atas ku masih tak mampu menandingi rahmat buatku. Kerana rahmat-Nya, aku yang dulu tak punya apa-apa, dihina dan diperlekehkan akhirnya dipandang mulia, dipuji dan dijulang oleh mereka yang pernah memperlekehkan aku.



Hati mana tak pedih, jiwa mana tak sakit jika diri dipijak dihinjak, tetapi benar janji Tuhan. Dia sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Aku akhirnya diangkat olehnya di kedudukan yang lebih terpuji. Alhamdulillah, aku tunduk pada-Mu Ya Rabbal Alamin



Ku genggam erat jemari isteriku. Ku rangkul pinggangnya, ku peluk seerat-eratnya. Leya tersenyum manis kepada ku. Bibir bertemu bibir dan aku hanyut dalam keasyikan bersama isteri tercinta. Alangkah indahnya kesudahan yang Kau berikan pada ku Ya Allah. Tak sesekali ku menyesali apa yang telah ku lalui dan aku mengharapkan sinar bahagia yang telah, sedang akan ku kecapi akan berkekalan selamanya. Pada-Mu ku tunduk tanda ketapa aku bersyukur kehadrat Mu.



Malam itu kami penuhi dengan luahan segala rasa kasih dan sayang yang selama ini terpendam erat di dasar hati. Aku rasa amat bertuah kerana dapat memenuhi impian Leya yang ingin memiliki hatiku. Kini bukan hanya hati, malah cinta dan jasadku jua telah ku serah padanya. Aku berbisik kepada hati kecilku... “Pabila telah ketentuannya ditetapkan begitu, ia pasti akan begitu dan akhirnya ku temui sinar kasih sayang di dalam jiwa dan dirimu sayang...



Hari ini aku kembali ke Bumi Kenyalang. Pulang dengan hati yang berbunga. Senyuman yang telah lama hilang kini muncul kembali. Aku menjembut keluarga pak Lan untuk turut sama meraikan malam istimewa ini. Di satu sudut ruang makan di Merdeka Palace menjadi saksi kegembiraan aku dan Leya untuk kini dan selamanya. Semasa menikmati makan malam, Leya menghulurkan aku sekeping kad yang begitu cantik. Yang lain hanya memerhati. Aku membuka dan membaca setiap baris katanya.



Suamiku Mir yang Tercinta...

Dengupan jantung kita akan selalu seirama...bila m\kau merindui ku...

Diri ini tak pandai berkata-kata.... Hati ini masih terasa malunya....

Perasaan apa yang melanda.... Naluri a Kata-katamu selalu ku nanti....

Rasa bahagia dan tenang bersama mu....

Pintu hati diketuk kembali... Satu-satunya pintu...

Yang ku sangka.... Tidak akan terbuka kembali....

Kerana kedukaan semalam masih terasa....

Kesederhanaan, kejujuran, keikhlasan....

dan kasih sayangmu membuatkan...

Hati ini tersentuh jua....

Keceriaan melanda dengan hadirmu....

Kebahagiaan makin bertamu dihati....

Menepis kesepian yangmenghuni hati....

Kini ku tahu.... Kini ku menyedari....

Kini ku mengakuinya.... Bahawa dikau raja bertakhta dihati.... Semoga kebahagiaan ini....

Kan menjadi milik kita yang abadi

AYANG CINTAKAN ABANG KINI & SELAMANYA

Isterimu : Aleya



Terima Kasih isteriku. Akhirnya ku temui....




Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, jika kasih tak setukus Zulaikha.





Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad s.a.w jika ada keburukan pada dirimu?





Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai suatu keunikkan dan carilah kebaikkan pada dirinya. Bersyukurlah dipertemukan dengannya dan berdoalah agar dia kan menjadi milik kita ke akhirnya.”





.....k.wani2005














TAMAT