BAB 6 : AKHIRNYA KU TEMUI


BAB 6 : Ikatan Terlerai Lagi



Di pejabat urusan ANC, kelihatan Zul begitu serius mengadap komputer. Pintu di ketuk dan 5 orang lelaki berbadan tegap bersama seorang yang mungkin ketua mereka menuju ke arahnya. Tetapi dia tetap bersikap tenang. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.



Dato’... Apa yang boleh saya buat? Saya dah tak ada apa-apa ikatan dengan orang tua keparat tu. Ada jantan nak jadi hero. Sikit sahaja lagi saya nak dapat, dia bikin spoil. Saya kena cari tapak baru lah Dato’. So, beri saya sikit masa lagi. Saya janji akan dapatkan tanah yang lebih bernilai.”

Berapa lama lagi masa yang kau mahu? Kau kena ingat, sehari terlewat menyebatkan aku rugi berjuta-juta. Duit kau dah ambil tapi tanah dan barang baru masih langsung tak nampak. Kau jangan cuba memperbodohkan aku. Kau belum kenal siapa aku.”

Saya tak tipu Dato’... Tapi memang saya ada masalah kali ini. Beri saya masa seminggu lagi.”

Seminggu? Kalau tak dapat? Sanggup kau berikan nyawa kau sebagai ganti?”

Dato’ beri saya masa seminggu. Saya janji akan sediakan apa yang Dato’ perlukan.”

Aku bagi kau 3 hari. Jika tidak kembalikan wang aku dan kau akan kenal siapa aku. Hari ini biar orang aku kenalkan diri mereka dulu...”



Mengerang kesakitan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh Zul. Siksanya bila jasad dibelasah lima lelaki yang bukan calang-calang sasanya. Memang tugas mereka membelasah orang. Api dendam makin marak dalam diri Zul. Sakit hatinya kepada Shieda dan Haji Melek makin membara. Dia nekad akan cari siapa yang menjadi hero kepada kegagalannya. Jika dia sakit, mereka yang menyebabkan dia sakit harus juga merasai kesakitan itu.



Siap kau orang tua keparat. Kau dan anak kau akan melutut mencium tapak kaki aku. Kau harus bayar atas apa yang aku tanggung ini. Aku nak lihat siapa yang akan membantu kau. Kau bermain api dengan aku. Kau silap besar orang tua. Kalau anak kau tak rebah dalam kelukan aku, jangan kau panggil aku Zulkhusmi. Jaga kau Shieda. Kau akan merana seumur hidup kau.”



Berat benar dendam yang tersemat di sanubarinya. Silap sendiri tetapi tempiasnya tetap juga dirasai oleh orang lain. Pastinya langkah kali ini lebih keras dan kejam. Siapa yang harus membantu Shieda dan Haji Malek. Dia kini sedang sibuk untuk menguruskan majlis pertunangan Shieda dengan aku minggu depan. Tetapi tak terfikir langsung yang ada musibah sedang menanti mereka. Sangkaan Haji Melek mungkin Zul akan pergi kemudiannya diam begitu sahyaja. Ternyata apa yang diucapkan dulu benar-benar mahu ditunaikannya.



Di Sarawak, hari yang aku dinantikan tiba juga akhirnya. Majlis perasmian MIH berlangsung dalam suasana yang begitu meriah dan berprestij. Disiar secara langsung di TV3. Pasti mak, abah, adik-adik ku, Shieda malah seluruh kampung tentu berbangga dengan wajahku yang masuk TV. Dan hari ini juga terbongkarlah identiti sebenarku. Biar semua yang pernah memandang sinis padaku menelan kembali kata-kata mereka. Budak yang dipandang rendah ini sebenarnya mempunyai kedudukan yang cukup tinggi di dalam sebuah syarikat gergasi. Aku tersenyum puas. Bukan mahu membangga diri, riak dan takbur tapi aku rasa aku wajar bertindak sedemikian. Menutup mulut mereka yang ego selama ini. Aku tak perlu meninggikan suara untuk menutup mulut orang yang tidak sedar diri.

Ketika sidang media dijalankan, aku turut memuji kerja keras Leya. Aku rasa dia yang banyak sekali mengorbankan masa dan tenaganya. Sesuai benar dengan statusnya sebagai big boss. Memang aku tak salah memilih dia walaupun di awalnya, Dato’ sendiri mempersoal kenapa seorang perempuan yang menjadi pilihanku untuk menerajui syarikat sebesar MIH?



Hebat Manager pilihan awak Mir. Tahniah... Leya, keep it. You have done it. Very excellent.”

Thank you Dato’. Tuan Mir yang banyak beri tunjuk ajar pada saya.”



Hampir enam bulan, aku terasa rindu benar ke kampung halaman. Aku ambil keputusan untuk pulang seketika menjenguk keluargaku. Lebih penting dari itu aku mahu bertemu kekasih hati. Shieda yang amat ku cintai dan ku impikan. Tetapi aku tetap aku, suka membuat kejutan demi kejutan. Aku tidak memberitahu berita kepulangan ku kepada mak abah aku mahupun Shieda. Biar mereka terkejut bila tiba-tiba sahaja mereka lihat aku dah di depan mata.



Jam 2 petang aku sudah menjejakkan kaki di KLIA. Kerinduan itu makin membara. Tak sabar rasanya untuk ku bertemu Shieda semula. Ikutkan apa yang dibincangkan akhir bulan ini majlis pertunangan aku akan dilangsungkan. Tetapi terasa mahu aku cepatkan. Perkara baik tak perlu dilengahkan. Kepulangan ku ini akan menjadi kejutan buat semua pihak. Shieda akan ku pinang. Cincin akan ku sarung ke jarinya sebagai tanda ikatan untuk hidup bersama.



Segera ku capai bagasi menuju ke stesen ERL. Namun langkah ku terhenti tiba-tiba bila melihat sesorang melambai tangan ke arah ku. Ini betul-betul suprise buat ku.



Hey, mana kau tahu aku pulang hari ni?”

Ini Tasya la... Aku call handset tapi tak dapat. Aku call ke office ko, secretary ko kata ko balik hari ni.”

Terharunya aku. Ko tak kheja ka hari ni? Ka ko ponteng sebab nak sambut aku?”

Banyak la ko. Aku duty malam lah. So, aku mai jemput ko. Kira suprise untuk ko. Apapun, tahniah sebab ko dan Shieda kembali bersama. Aku tumpang gembira. Hari ni aku belanja ko KFC dan hantar ko ke Pudu Raya. Jom lah. Kereta aku kat sana.”

Wah ko. Advance sekarang. Dah ada kereta. Kau juga yang kena naik bas. Dah 3 bulan kan ko keje di KL ni. Lama aku tak jumpa ko. Rindu la. Rezeki ko semakin baik kan.”

Tengkorak ko. Kat Sarawak nun ntah ko ada dua tiga bijik Ferari. Bodyguard lagi. Nak puji aku yang pakai kancil konon. Pigirah.. Rezeki aku kan. Aku try minta transfer ke KL. Teringin sangat nak keje kat sini kan. Dah dapat peluang, tak kan aku nak lepas. Ko bagitau Shieda tak ko balik ni?”

Tak.. aku tak bagitau sesapa selain Dato’. Itu pun sebab aku nak apply cuti dua minggu. Kalau tak memang tak siapa la tau aku balik ni sebab aku cakap nak balik akhir bulan. Ko keje kat Guardian mana? Banyak kat KL ni kan.”

Kat Guardian Bukit Bintang. Jom la kalau nak tengok tempat aku keje. Tapi lepas makan la. Aku lapar la. Cuti lama ni, ke ada plan. Tengok muka berseri-seri saja ni. Ko nak bertunang erkk?”

Ko ni ahli sihir ka? Semua yang ada dalam kepala aku ko dapat baca. Aku ingat hujung minggu ni aku nak hantar famili aku sekali lagi ke rumah Haji Malek. Malam ni aku cakap lah. Tak la nanti kelam kabut mereka nak buat persediaan kan. Kang tak pasal-pasal kena reject lagi.”

Memang tolak tuah la kalau reject juga. Sapa yang tak mau menantu berpangkat, berharta dan baik macam ko. Siap masuk TV tayang satu Malaysia pulak tu. Hebat ko kan. Aku juga tak ke mana. Kalau mereka tolak, ko suruh mak abah ko belok masuk ke rumah aku. Mak bapak aku mesti terima ko punya. Don’t worry. Entah-entah terus kawin hahahahahahaha. Tahniah sekali lagi.”

Thanks. Ko kena ikut tau. Ambil cuti sehari dua. Tolong-tolong aku. Aku nak kongsi hari gembira aku dengan teman terbaik aku ni.”

InsyaAllah, tapi aku tak berani nak janji la. Kalau boss aku bagi cuti, aku mesti menyibuk kat rumah ko punya. Aku nak jadi minah kepoh hari tu. Biaq ko pening kepala. Rasa menyesai ajak aku hahah.”

Dah di KL, cakap masih macam Tasya yang aku kenal. Pelat utara tak hilang-hilang.”

Mulut aku dah di cop setem hasil la untuk speaking utara. Ko pun sama. Dah 6 bulan kat Sarawak tapi tak de pelat pun.”

Kang aku cakap bahasa sana, ko tak faham pulak. Jadi burung belatuk dok angguk-angguk aja.”



Tasya benar-benar membuat aku terharu. Dia sanggup bersusah payah datang menjemput aku di KLIA. Meluang masa bersama aku. Aku kagum dengan kesetiaannya dalam bersahabat. Sanggup susah payah datang menjemputku. Aku memang sayangkan Tasya sebagai teman terbaik yang pernah aku miliki. Aku rasa bangga menjadi sahabat kepada Tasya. Diam tak diam telah bertahun aku dan Tasya berkawan. Kami memang serasi dalam banyak perkara. Saling mengusik dan bergurau senda. Memang tak ada rasa sangsi atau bimbang jika ada pihak yang berkecil hati. Kerana masing-masing telah tahu niat dan tujuan usikan. Bukan untuk mempermainkan hati apa lagi menjatuhkan maruah diri tetapi sekadar untuk menyuburkan lagi rasa mesra, sayang dan kasih sebagai sahabat. Handset aku berbunyi. SMS masuk dan aku pasti dari siapa datangnya.





Hai Mir... Wat per tu?”

Hai... Akum Pinki.. Hey, nak ajak Pinki dtg rumah Wan ujg minggu ni mahu x? Ada suprise utk semua org. Kalau nak, bgtau awal. Mir beli tiket utk Pinki.”

Alaaa... Pinki ada d umah cousin la di KK. Maaf lah Mir. Apa yang suprisenya tu?”

Alaaa... x nak bgtau.. x pe lah.. Tp Mir hrp sgt Pinki dtg sbg teman yg istimewa. Alamat Mir Pinki dah ada kan. Try dtg ya.”



Seperti yang dijanjikan, hari untuk aku dan Shieda mengikat tali janji tiba jua. Haji Malek yang paling gembira. Seekor lagi lembu tumbang. Sudah dua ekor lembu Haji Malek korbankan kerana Shieda. Anak perempuan tunggalnya. 3 anak lelakinya yang lain semuanya dikorbankan ayam semata-mata. Kata Haji Malek, anak perempuan ni biar dibuat besar-besar. Biar seluruh kampung tahu.



Tahniah Mir, Shieda atas pertunangan awak berdua. Harap kali ni lebih ceria dan tiada lagi kisah sedih-sedih ni. Kesian aku tengak ko berdua asyik kantoi saja. Kali ni buat betoi-betoi. Jangan toleh ke belakang lagi. Yang lepas tu biaq pi. Jangan dok ingat dok ungkit lagi.”

Terima kasih Tasya. Ko banyak banyak bantu aku sejak dari zaman sekolah sampai la ni.”

Terima kasih Tasya. Shieda tak kan lupa budi baik Tasya selama ni. Tasya bila lagi?”



Selamat sudah majlis pertunangan aku dan Shieda. Tempoh setahun ini akan menguji kami sama ada akan terus teguh mempertahankan ikatan suci atau mungkin akan tunduk lagi kepada dugaan. Aku harap kami mampu untuk mempertahankan ikatan ini dan kami sama-sama teguh berdepan apa juga ujian dari-Nya. Selesai majlis keluarga ku pulang dan aku sekali lagi menerima kejutan. Seseorang sedang menantiku di halaman rumah. Mak dan abah memandang aku. Begitu juga yang lain semuanya memandang ke arah ku. Aku membalas senyumannya. Lantas ku perkenalkan buat abah, mak dan yang lainnya.



Abah, mak, dan semua-semua. Ini kenalkan Aleya Maisara, Pengarah Urusan MIH di Sarawak. Dia ni la teman sepejabat Mir yang hari tu masuk TV juga.... Leya ini abah Mir, mak, adik-adik Mir juga, Angah, Alang, Ucu, Achik dan ini my best friend’s Tasya. Executive di Guardian.”

Ko ni Mir, tak payah la sebut apa keje aku. Tetap di bawah ko.”

Hai... Assalammualaikum. Maaf jika terganggu dengan kedatangan saya. Sebenarnya saya pun baru sahaja dapat tahu yang Mir bertunang dari pak Lan, driver dia di Sarawak. Puas tak nak beritahu. Dia kata Mir balik bercuti. Tapi bila cuti sampai dua minggu saya rasa tentu ada something. Sampai hati dia Mir tak beritahu saya. Berita gembira macam ni tak nak share dengan saya. Satu pejabat tak tahu yang Pengarah Besar MIH melangsungkan majlis pertunangan. So, bila dapat tahu, saya dapatkan flight terawal tapi tak sempat juga sebab tersesat cari kampung ni tadi.. Apapun, Mir... TAHNIAH!”

Terima kasih Leya. Maaf, sebab tak beritahu. Ingat nak buat suprise untuk Leya bila Mir balik nanti. Tak sangka pula yang Leya lebih dulu buat suprise untuk Mir. Lagipun Leya beritahu Mir yang Leya nak balik kampung this week. Apapun, thanks susah payah datang sini. Jauh tu. Tentu meletihkan. Jauh tu dari Kuching ke Perak ni.”

Dah dah dah... Ajak kawan kamu tu naik dulu.”



Di rumah Shieda, Haji Malek rancak berbual dengan Hajah Rokiah, isterinya. Apa lagi yang dibualkan jika tidak mengenai majlis pertunangan anak kesayangan mereka. Tersenyum bangga mereka.



Abang tak sangka yang si Mir tu dalam diam membina hidup yang cukup hebat. Dalam diam saja. Tak dak sapa pun yang tau. Tup tup keluar TV kata jadi orang penting di sebuah syarikat yang bukan calang-calang. Memang abang tak sangka langsung. Rasa malu pulak dulu abang pernah hina dia, perlekeh dia. Tak percaya kata-kata dia yang dia punya segala. Tunggu masa untuk ditunjukkan.”

Itu lah abang. Lain kali cakap tu, jangan main lepas saja. Nasib la dia tu jenis yang tak suka simpan dendam. Kalau tidak, malu abang kelak kalau dia perleceh abang balik. Pilih menantu terbaik konon-nya, tapi yang dapat? Menantu hidung belang. Dari awal lagi saya dah kata saya tak berapa percaya sangat. Tiba-tiba saja dia muncul. Tak pelik ka? Nasib baik tak jadi. Kalau tak, berbelang muka abang tu. Kata si Mir macam-macam. Tengok la ni, orang yang abang kata tu yang selamatkan kita semua.”

Dah lah mak, ayah... Yang lepas tu lepas lah. La ni semua dah baik kan.”



Telefon berbunyi memecah suasana. Aku menjawab memandangkan yang lain semua dah tidur. Dan panggilan itu memang untuk ku. Aku tak pasti siapa yang menelefon aku tapi dari riak suara bagaikan beramaran. Aku cuba tenang seadanya kerna aku tak boleh nak menunjukkan keresahanku di depan dia. Kelak diambil kesempatan pula. Yang aku terima hanya cacian, hinaan dan amaran yang hebat. Memang bernada tidak berpuas hati dan penuh dendam. Akhirnya aku tahu siapa pemanggilnya.



Malam itu aku menerima satu SMS dari Pinki. Terkejut aku bila Pinki dapat tahu kisah pertunanganku hari ini. Bagaimana dia tahu? Pihak syarikat pun belum tahu apa-apa. Cepat benar berita ini tersebar.



TAHNIAH Wan... Oooo, ini SuPriSe yg Wan maksudkan. Moga berkekalan. Frust Pinki:-(“

Aikk.. Mcm na Pinki tau? Maaf lah. That Y Mir minta sgt Pinki mai. Tp x juga muncul.”

x pa lah... Pinki doakan Mir bahagia & dpt apa yg Mir cari selama ni OK.”

Thkanks... Nak tau... Leya dtg tau ptg td. Terkejut Mir tiba2 dia ada dpn umah.”

Habis... Dah Mir x bagitau semua org. Mana org x suprise...”



Pagi itu aku bersiap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Aku akan pulang bersama Leya. Tasya dan tunangku datang mengucapkan selamat pulang. Seperti selalu, bermacam pesanan dan juga nasihat akan ku dengar dari mulut abah dan mak. Sebagai anak aku akur dan menerimanya. Di stesen bas, aku beritahu Leya yang aku nak bermessage dengan Pinki sekejap. Aku tak mahu nanti dikatakan tidak memberikan perhatian untuknya. Leya minta izin untuk ke bilik air sebentar.



Pinki... Yuhuu... Buat pe tu? Mir on the way nak ke KLIA. Mir balik Kcg hari ni. Flight 2.30. Mir blk dgn Leya. x sangka tau Leya sanggup dtg dari Kch semata2 utk ucap tahniah. Rasa bsalah la pula x bagitau dia awal2.”

x pe... dia x ambil hati kot. Kat Pinki Mir kata nak buat suprise. So, kat dia pun Mir kata mcm tu la. Dia terima punyalah. So, bila nak jumpa Pinki? Pinki tgh sedih ni. Tgk muka Pinki :-( :-( :-( ”

La... knp :-( pulak ni? Mir ada buat silap ke?”

x.. :-( sbb Wan tunang dgn org lain. Bkn dgn Pinki. Pinki dah mula suka dgn Wan tapi Wan x suka Pinki. :-( la Pinki. Nanti Pinki akan hilang teman. Pinki nak bcerita dgn sape lagi lps ni?”

Mir ttp kawan Pinki kan. Ttp boleh cerita apa saja. MIr teman Pinki dunia&akhirat. Pinki teman yg plg terbaik & teristimewa buat Mir. Jgn la :-(. Mir nak :-) Mir dikongsi oleh semua teman2 Mir..”

Betul ke Mir teman Pinki dunia & akhirat? Yeeeeeyyyy :-) Baru lega ati Pinki. Pinki pun ada suprise nak bgtau Mir... Pinki dpt 3.92 untuk exam X ni.Tbaik pernah Pinki dpt tau... Pinki check melalui internet 3 ari lps. So, janji Mir? Apa hadiah istimewa? Pinki tuntut sbb Mir dah janji kan dulu. Cpt bg tau, Pinki x sbr nak dpt suprise dari Mir.”

OK.. Beri address Pinki, lusa Mir akan poskan sUpRisE tu yer..”

Orait.. Pinki bg address Pinki nnti. Pinki on de way blik Sibu. Line x de tau. So, jumpa nnti ya. Mir nak tau? U know? i lip lap lip lap lip lap u tau... Bye2 A’kum.”

Mcm2... Layan je lah. Kalau x, kecik hati pulak. I lip lap lip lap u 2 3 4ever.”



Pinki meluahkan satu persoalan yang aku tak tahu kebenarannya. Dia sukakan aku? Sedih kerana aku bertunang dengan Shieda? Kenapa dia tak beritahu dari awal? Mungkin di awalnya tiada rasa itu yang wujud di hatinya? Mungkin Pinki nak mengusik aku. Di dalam bas, aku duduk bersebelahan dengan Leya. Aku lihat Leya semacam menyimpan sesuatu. Riak wajahnya tak seperti selalu yang aku perhatikan. Aku terasa ingin tahu. Di mana harus aku mulakan?”



Kenapa ni Leya? Mir tengok Leya macam bad mood aja.”

Leya OK.. Period agaknya buat Leya tak berapa selesa. Di awal perkenalan kita, Mir kata Mir akan tunggu masa untuk Leya ceritakan kenapa Leya kata Leya tak punya hati untuk memikirkan soal kasih sayang, soal cinta, soal hati dan perasaan.”

Ya.. Mir masih setia menanti. Leya nak cerita hari ni ke?”

Kalau Mir sudi nak dengar sekarang... Semuanya kerana kisah 5 tahun lalu. Selama itu lah Leya menanggung sengsara dan kepedihan. Leya yakin Mir ialah orang yang Leya tunggu selama ini untuk Leya ceritakan apa yang terbuku di hati Leya. Mir nak dengar?”

Dah tentu Mir nak dengar. Ceritalah..”

Sebelum tu, Leya nak minta izin Mir untuk Leya jadikan Mir sebagai matahari kepada hidup Leya. Kenapa? Mir akan tahu sekejap lagi. Berbalik kisah Leya. Kisah 5 tahun lalu memang menyentap seluruh hati dan jiwa Leya untuk menyayangi insan lain. Baik lelaki mahupun perempuan. Malah diri Leya pun tak mampu Leya jaga. Leya rasa hidup Leya kosong dan tak berpenghujung. Leya hampir-hampir maut kerana tak mampu nak menanggung apa yang terpaksa Leya lalui. Ramai yang beri perhatian pada Leya. Dan Leya sedar masih ramai yang sayang Leya. Family malah kawan-kawan. Tapi entah lah, Leya tetap merasakan hidup Leya begitu kosong. Sehinggalah Leya bertemu dengan seseorang yang mampu berikan kembali senyuman di wajah Leya. Mengubah hari-hari Leya menjadi lebih warna warni. Dan Leya akan menyayangi dia sampai bila-bila. Mungkin Leya tak mampu memiliki dia, tapi dia tetap kekal bertakhta di hati Leya. Kata orang yang di sayang tak semestinya menjadi milik kita. Yang pertama bukan bererti mesti dimiliki, tapi yang terakhir tak semestinya bukan yang terbaik. Leya percaya kata-kata ini.”

Siapa orang tu? Dan apa kisah yang Leya lalui ni? Nampak ceria saja.”

Leya punya seorang anak saudara yang cukup manja dengan Leya. Dia ni membesar di depan Leya. Sentiasa mahu bersama Leya tak kira bila masa. Nak makan, nak main, nak tidur, nak jalan-jalan, nak buat apa sahaja mesti Leya kena ada disisinya. Satu malam, Leya mimpi yang Leya kehilangan dia masa kami berjalan-jalan di taman. Puas Leya cari tapi tak jumpa. Leya menangis sungguh-sungguh sebab dia tak jumpa. Dan Leya tak sangka yang mimpi Leya tu memang petanda dari Dia tentang hakikat Leya memang akan kehilangannya. Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya. Leya tak pasti tapi memang Leya dapat merasai petanda itu dengan jelas.”



Leya sudah mula menitiskan air matanya. Nasib tempat duduk kami agak kebelakang dan tak ramai penumpang di dalam bas. Aku turut terasa sebak yang dirasai Leya kini. Aku mendekatkan diriku dan memegang bahu Leya. Leya merebahkan mukanya ke dadaku. Dia menangis semahunya. Aku biarkan seketika agar Leya tenang. Aku kesat air matanya yang tak kenal erti apa-apa. Menangis dan terus menangis semahunya. Setelah Leya agak tenang baru aku bersuara.



Okey, Leya dah tenang ke? Kalau tak, rasa nak menangis lagi... Leya menangislah sepuasnya. Mir sentiasa di sisi Leya. Leya boleh sambung cerita bila-bila nanti.”

Tak pe. Leya dah OK. Terima kasih Mir. Mir memang teman yang baik. Insan yang Leya maksud kan tu ialah Mir. Benar, Mir lah insan yang telah memberikan kegembiraan buat Leya. Dah lama Leya tercari-cari cahaya kegembiraan. Tapi tak jumpa sehingga lah Leya kenali Mir.”

Leya.... Betul ke apa yang Leya cakap ni? Atau sekadar untuk menjaga hati Mir? Mengusik Mir?”

Tak... Leya tak akan main-main jika ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Leya memang rasa selesa sangat-sangat, gembira dan tenang sejak bersama Mir. Nak tahu, ini kegembiraan yang Leya cari selama ini. Sejak Hafiza pergi. Dia anak saudara Leya. Dia pergi dalam pangkuan Leya tau.”

Apa yang jadi pada dia?”

Satu pagi tu Leya tengah siapkan makan tengahari. Dik Ja datang ajak Leya main-main dengan dia di depan rumah. Macam mana Leya nak bersama sedangkan Leya tengah masak. Dia tarik tangan Leya. Dia genggam kuat-kuat macam tak nak dilepaskan. Tapi memang Leya tak boleh ketika itu. Dia semacam merajuk dan menangis sambil kata “kak Leya tak sayangkan Dik Ja lagi. Kak Leya tak mahukan Dik Ja lagi, biarlah Dik Ja pergi jauh.” Dia berjalan kelular rumah dengan tangisan yang mendayu. Sedih sangat Leya dengar. Tengahari tu ketika semua orang berkumpul untuk makan tengahari, Dik Ja tak ada. Leya cari sekeliling rumah tapi tak jumpa. Gerak hati Leya mengatakan sesuatu yang buruk dah terjadi. Kaki Leya semacam bergerak sendiri ke arah kolam tinggal di depan rumah. Dan Wan tahu tak, Leya nampak Dik Ja dah terapung dengan badannya membiru. Leya jerit sekuat hati panggil nama dia tapi tak berjawab. Leya terjun dalam kolam tu dan cuba selamatkan dia. Tapi... Leya tengok matanya tak tertutup rapat. Dada dah membiru. Badannya masih panas.”

Sabar Leya... Tenangkan hati Leya okey. Leya kena kuatkan semangat. Luahkan segalanya..”

Leya rasa nadinya masih bergerak. Dik Ja masih bernafas tapi lemah sangat. Sepanjang perjalanan ke hospital, Leya cium dia... Dia genggam lemah tangan Leya. Leya berkali-kali minta maaf pada dia. Leya salahkan diri Leya sebab jadi semua tu. Sepanjang malam Leya jaga dia dan Leya tak benarkan sesiapa pun masuk termasuk parent dia. Leya rasa berdosa kepada dia. Leya doa pada Tuhan agar diambil nyawa Leya sebagai ganti kepada nyawa Dik Ja... Tapi... Dik Ja pergi jua depan mata Leya, dalam pelukan Leya... Leya berdosa pada dia Wan... Leya berdosa... Sejak peristiwa tu, jiwa Leya kosong sangat-sangat. Dua tahun hidup murung. Leya masih tak dapat nak lupakan kisah tu. Hidup Leya hanya bergenang air mata. Badan pun kurus kering. Sehingga Mir muncul dalam hidup Leya. ”

Oh my God... Mir tumpang sedih sangat-sangat dengan apa yang Leya lalui. Apa yang Mir lalui selama ini pun tak sehebat ini. Leya seorang yang amat tabah kerana masih mampu ketawa riang di depan orang ramai. Masih mampu bekerja dengan tabah hati.”

Baru sekarang ni Leya kuat Mir.. Sejak bertemu dengan Mir dan Mir tak jemu-jemu memberikan semangat dan dorongan yang buat keyakinan Leya pulih sedikit demi sedikit. Di awal pemergiannya, Leya hanya menangis dan terus menangis. Hampir sebulan Leya tak pergi sekolah. Berkurung saja dalam bilik dan menangis. Sampai ke satu hari tu Leya rasa hidup Leya tiada makna lagi, Leya telan bil penenang. Kerana overdose Leya pengsan dan di masukkan ke wad. Syukur, nyawa Leya tetap panjang dan Tuhan tak mahu terima Leya dengan cara tu agaknya, Leya selamat. Leya cuba kuatkan semangat tapi sukar benar rasanya. Nasib baik lulus juga SPM dan Leya dapat masuk U. Leya pergi jauh dari kenangan lalu.”

Apa yang Leya buat untuk mengurangkan kesakitan yang Leya tanggung?”

Leya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di U. Dan Leya jarang balik ke Sarawak. Leya tak mahu kenangan perit itu kembali menghantui diri Leya. Hanya akhir-akhir ni sahaja baru Leya menjejakkan kaki ke rumah yang penuh kenangan. Sebelum Leya pergi, Leya guna sepenuh kudrat Leya tau, Leya timbus kolam yang mengambil nyawa Dik Ja. Selepas pergi, Leya tutup pintu hati Leya buat orang lain. Leya tak mampu nak menyayangi dan menerima kasih sayang orang lain. Leya takut...”

Apa yang Leya takutkan?”

Takut jika ia berulang lagi. Kalau lah jadi sebegitu, jiwa Leya akan mati buat selamanya! Leya sedar, ramai di luar sana yang menyayangi Leya. Malah ramai juga lelaki yang meluahkan hasrat dan menagih perhatian dari Leya, tapi Leya tak mampu nak menerima apa lagi membalas hasrat hati mereka. Leya memang tak mampu dan terus membiarkan mereka ternanti-nanti. Kelak, bila mereka jemu menanti, pasti mereka akan beralih arah. Leya pasrah dan tak rasa sesal pun sebab hati Leya tertutup rapat. Biarlah Leya hidup sendirian sampai bila-bila. ”

Dengan Mir macam mana?”

Leya tak pasti.. Tapi Leya semacam dapat suatu kekuatan untuk berdepan dengan kehidupan yang baru. Leya rasa lain sangat. Mungkin sebab Leya dapat perhatian yang istimewa dari Mir. Mir ada di saat Leya perlukan perhatian dan perlukan teman untuk bercerita dan mendengar apa juga luahan hati dan rasa. Paling penting Leya rasa Dia hadirkan Mir dalam hidup Leya sebagai satu anugerah atas kesabaran dan penderitaan yang Leya tanggung selama bertahun-bertahun. Terima kasih Mir, sebab sudi jadi teman terbaik dan teristimewa Leya. Cuma Mir sahaja yang mampu mengembalikan semula gelak tawa yang pernah hilang dalam hidup Leya. Sebab tu lah Leya mengabdikan diri Mir sebagai “MATAHARI” yang membawa cahaya dan menerangi permukaan “BUMI” yang sarat dengan duka dan air mata. Leya tak dapat nak bayangkan jika matahari Leya ni hilang dan pergi suatu masa nanti. Mir dapat bayangkan apa yang akan terjadi dengan bumi jika kehilangan matahari nanti kan? Betapa istimewanya Mir pada diri Leya semenjak kita mula bersahabat. Thanks Mir. Hope Mir akan meminggirkan Leya walaupun tiba masa nanti, Mir akan bersama Shieda.”



Leya memeluk aku erat-erat. Aku tak mampu nak berkata apa-apa. Hanya membiarkan sahaja Leya memeluk aku semahu hatinya. Mungkin ini dapat melegakan hatinya yang telah menanggung derita sekian lama. Aku rasa bertuah kerana aku yang dipilih oleh Leya sebagai teman terbaiknya. Memang aku jujur berkawan dengannya sebab aku juga rasa seronok, tenang dan gembira menjadi kan dia sebagai teman baik ku.



Okey, Leya dah pun ceritakan kisah Leya. So, kita sama-sama tahu kisah silam berdua. Leya rasa lega apa yang Leya pendam selama ini mampu Leya luahkan dan kongsi bersama Mir. Teman terbaik dan teristimewa dunia dan akhirat. Hope tak jadi masalah bagi Mir kalau Leya nak anggap Mir seperti matahari dan Leya sebagai bumi. Mir akan jadi seperti matahari yang akan sentiasa menyinari hari-hari Leya. Boleh kan Mir?”

Berat tanggungjawab tu dan tinggi sangat penghargaan yang Leya berikan tu. Tapi InsayAllah Mir cuba jadi teman yang terbaik buat Leya tak kisah apa yang terjadi di masa depan kelak. Sama ada Mir atau Leya dah dimiliki insan lain, kita tetap akan bersama. Kita teman terbaik dan teristimewa di dunia dan akhirat. Cuma pesan Mir satu sahaja. Jangan nafikan hak lelaki lain untuk memberi dan juga menerima hati dan cinta Leya okey. OK, Mir ikhlas jadi matahari Leya dan Leya bumi bagi Mir.”

Leya akan cuba. Tapi mungkin ambil sedikit masa. Tapi tak tahu berapa lama lah. Mir lah yang nak kena sentiasa beri semangat buat Leya OK. Mir macam abang Leya. Leya sayangkan Mir lebih dari segalanya. Betul ni, Leya sayangkan Mir buat selamanya.”

Mir pun begitu juga. Walaupun antara kita terikat atas nama sahabat terbaik dan teristimewa, kita tetap akan kekal bersama begini buat selamanya. Sama-sama kita jaga ikatan ini dengan penuh rasa kasih dan sayang, saling jujur dan setia serta bertanggungjawab. Sebab keteguhan ikatan yang kita jalinkan ini, ditentukan sejauh mana keikhlasan kita untuk mempertahankannya.”

Mir, Leya nak minta sesuatu dari Mir boleh tak? Tak memaksa cuma kalau boleh. Tak boleh tak apa. Leya tak akan memaksa. Leya minta Mir janji dengan Leya yang Mir akan sentiasa ada di saat Leya memerlukan teman untuk meluahkan rasa suka duka tawa dan derita. Boleh tak?”



InsyaAllah, itu lah jawapan terbaik yang boleh aku berikan buat Leya. Aku tak mampu untuk memberi jaminan yang aku pasti ada jika Leya memerlukan aku sebab aku tak pasti apa yang akan berlaku di depan kelak. Mungkin aku jua dirundung permasalahan berat yang tak memungkinkan aku untuk ada disisi Leya mahupan siapa juga. Atau aku mungkin kesibukkan yang terlampau hingga tiada walau sedikit masa untuk ku peruntukkan buat teman-teman lain.



Kini aku punya beberapa orang teman yang amat aku sayangi. Shieda sebagai tunang tercinta, Leya sebagai teman terbaik dan teristimewa dan begitu juga dengan Pinki dan Tasya. Mereka juga teman terbaik dan sentiasa memahami. Terasa hidup ini telah lengkap dan memenuhi segala impianku. Punya keluarga, kerjaya, sahabat, dan masa depan yang cukup baik. Sesuatu yang tak pernah terjangka oleh ku. Tapi benar-benar ada di depan mata. Malah telah ku miliki.



Leya.. Result Master Leya dah keluarkan macam mana? Mesti skor kan?”

Yeah... Boleh tahan lah. Hampir 4.00. Kurang 0.08 saja. Rezeki Leya kot di final semester dulu.”

Wow tahniah. Kawan Mir di UUM juga. Dia pun result macam Leya. Kenal ke? Nama dia Pinki?”

Pinki..... Rasanya tak kot. Dia mungkin kolej lain ke. Lagipun final year Leya tak berapa aktif lagi.”

Mungkin lah.Sebab Mir nak jumpa dia, tapi dia masih tak mahu lagi.”

Ada rezeki Mir dapat lah jumpa dia. Mana tahu muka dia sama dengan muka Leya ke? Ntahkan perangai pun sama. Macam mana kalau macam tu?”

OK lah... Tak lah Mir risau. Kalau macam Leya, boleh lah Mir usik selamber macam tu aja kan?”

Harap-harap macam tu lah kan.”

Mir nak kena bagi hadiah kat Leya ke?”

Tak perlu lah. Buat susah-susah aja. Lain la kalau Mir janji dari awal kan. Tapi biar Leya belanja Mir makan hari ni sebagai tanda Leya gembira dengan keputusan yang Leya perolehi.”

OK, Mir on aja.”



Setelah menikmati makan tengahari bersama Leya, Aku terus ke pejabat. Banyak urusan yang mahu diselesaikan segera. Makin ditangguh akan makin bertambah. Sedang rancak melaksanakan tugas, handset berbunyi dengan tone yang dia tahu panggilan itu dari Tasya. Tentu mustahak kerana dia menefon aku di siang hari. Segera ku jawab salam yang diujarnya.



Hey, apa ni? Tak sampai seminggu aku tegoq ko pasal tu kan.... Tapi tu lah ko belagak. Tengok, hari ni ko dah kena. Ko OK tak ni? Ko buat aku risau lah. Macam mana boleh jadi macam tu? Dah buat report? Ko ni buat aku risau lah.”

Aku OK... Luka sikit-sikit tapi lebam juga dahi aku terhantuk kat jalan. Mulut ko tu la caboi. Pagi tadi aku macam biasa la dok jalan nak ke LRT. Ko pun tau aku suka naik LRT. Malas nak drive. Nak elak jammed. Tapi pagi tadi ntah apa punya malang nasib aku. Ada mamat tu slow saja bawak motor kat belakang aku. Ingat biasa lah macam tu. Aku buat bodoh ajalah. Tiba-tiba, berpusing aku direntap beg kat bahu. Aku cuba lawan ko tau. Takut memang takut tapi banyak benda penting tu yang aku lawan. Tapi kudrat aku ko tau lah kan... Tersungkur aku atas jalan. Habis semua hilang. Sakit ko tau.”

So, nombor ni macam mana boleh guna? Handset tak hilang ka?”

Handset aku pegang. Habis semua lah. IC, lesen, kad ATM, dompet aku.. Waaa duit aku Mir....”

Banyak ke duit ko dalam tu?”

Banyak.... RM10 hahahahahahahaha”

Hampeh... Sempat gelak lagi tu.”

Abis tu ko nak aku meraung? Terkejut besar aku. Ni pun dok pucat lagi. Dapat MC 4 hari aku nak balik kampung. Aku nak bagi cool dulu. Tapi aku dah buat report kat balai polis, JPN dan bank pun. Ko tak payah risau lah. Aku dah OK cuma lebam dan sengal-sengal saja.”

Banyak la ko punya tak payah risau. Lepas ni beringat, jangan dok belagak. Malang bukan ada bau macam durian. Macam ais krim. Buat aku risau saja ni. Betul ka dah OK ni?”

Betoi la... Tengok aku dah boleh gelak hahahahahahaha. OK lah Mir, bas aku dah sampai, aku nak balik rumah mak bapak aku. Aku tau apa yang ko nak pesan kat aku, nanti aku sampaikan salam ko kat mak bapak ko, kat tunang ko.”



Tasya oh Tasya. Baru saja aku dia aku tegur style dia yang suka menggalas beg di bahu dan dibiar lepas bebas. Aku kata bahaya. Baik disilangkan ke bahu. Tapi dia tak apa. Ini trend sekarang. Kini, dapatlah penangan trend terkini. Sakit dan kehilangan segalanya. Apapun lega dia selamat. Dalam tak sedar, sudah 3 bulan Shieda menjadi tunanganku. Pantas benar masa berlalu pergi. Dan masa itu pastinya tidak akan kembali. Shieda pun kini telah dinaikkan pangkat menjadi eksekutif di sebuah syarikat audit.



Sibuk aku dengan tugas yang masih banyak perlu ku selesaikan. Tangan tak menang menangani dari satu fail ke satu fail. Telefon berbunyi lagi. Aku menjawab. Satu suara yang begitu asing bagiku. Tetapi aku menjawab sebaik mungkin. Namun dibalas dengan begitu kasar.



Hello hero kampung... Semakin hebat sekarang ya. Tak lama lagi, kau akan tahu sejauh mana hebat nya kau.Kau tak kenal aku tapi aku cukup kenal kau. Kau akan tahu apa akan jadi pada orang yang mengganggu hidup aku.”

Hey... Siapa ni? Apa kau mahu?”

Kau akan tahu nanti. Aku akan rampas segala yang kau miliki. Kau harus membayar atas semua kesusahan yang berikan pada aku. Ingat... Ini nasihat aku. Bersedia untuk menikmati hari sengsara buat kau.Kau berani bermain api, seharusnya kau bersedia untuk merasa bahangnya.

Hei... siapa ni? Ingat aku takut dengan ugutan bodoh macam ni? Apa kau mahu?”

Rileks... jangan cepat melatah. Aku tak mengugut kau. Aku hanya memberi ingatan. Aku akan musnahkan kau perlahan-lahan. Biar kau rasa peritnya. Ini balasan kepada orang yang merampas hak aku. Orang yang memusnahkan hidup aku. Kau tunggu dan lihat. Nnati kau akan kenal aku. Bye.”

Lepas satu-satu masalah baru bertimpa. Siapa agaknya yang berdendam dengan aku? Apa salah aku pada dia? Apa yang dia nak buat pada aku? Mungkin dia akan melibatkan Shieda? Rasa risau mula menyelinap ke dalam hatiku. Puas aku fikir namun tak punya jawapan.



Leya... Masuk bilik saya sekejap. Ada hal penting saya nak minta pandangan Leya. Personel.”



Tak lama kemudian, Leya dah berada di depanku. Aku ceritakan apa yang baru ku lalui sebentar tadi. Air muka Leya berubah sedikit. Mungkin turut memikirkan hal yang saja. Telefon berbunyi lagi. Aku segera menjawab. Mana tahu lelaki misteri itu lagi. Apa yang aku harapkan semacam tersasar. Kali ini panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai teman Shieda. Dia tidak mahu memperkenalkan namanya tetapi dia mengakui yang dia amat rapat dengan Shieda dah tahu status Shieda sebagai tunangan aku. Oleh sebab itu lah, dia merasa amat perlu baginya untuk mendedahkan rahsia yang selama ini cukup dijaga rapi dari pengetahuan sesiapa jua. Rahsia yang mungkin menjejaskan tanggapan ku padanya.



Kalau kau mahukan bukti untuk setiap kata-kata aku, kau boleh saksikan sendiri malam ini di KLCC. Saksikan betapa kejujuran dan kepercayaan kau selama ini dipergunakan sebaiknya oleh dia yang telah hanyut dek arus kota. Tunang kau tidak seperti yang kau bayangkan.”

Kau ni siapa? Jangan reka-reka cerita tanpa bukti.”

Terpulang... Aku cuma memberitahu kau sebab tak mahu kau tertipu.”



Tapi tak semudah itu aku mempercayai kata-kata perempuan misteri itu. Aku tak mahu bersikap ikut perasaan, serkap jarang. Aku perlukan bukti sebelum aku mempercayai setiap apa yang aku dengar. Sedang Alia pun tidak memberitahu apa-apa pada aku, inikan pula berita dari mulut orang yang tidak aku kenali. Tetapi dari nada yang amat serius membuatkan aku terfikir akan kebenarannya. Aku turuti kata perempuan misteri itu. Aku mengambil cuti dan bergegas ke Kuala Lumpur. Aku tidak mahu terlepas dari peluang untuk pembuktian suatu kebenaran yang pastinya perit untuk ku terima jika ia sememangnya sesuatu yang benar.



Di ACN semua plan yang dirancang oleh Zul dan kuncu-kuncunya diperingatkan lagi. Dia tidak mahu tersilap langkah. Itu hanya akan merugikan dam mengusutkan lagi apa yang sedang dilalui. Baginya, setiap orang yang memusnahkan hidupnya harus turut musnah. Tidak sesekali dia akan lepaskan.



Din.. Pastikan kau melakonkan watak ko dengan sehabis mungkin. Aku yakin hero kampung itu pasti akan datang. Aku dah check jadual penerbangan dan ada nama si hero tu. Aku nak tengok macam mana dia nak berdepan dengan kecurangan tunangnya.”

No problem Zul... Janji upah aku kau tak lupa. Lagipun betina tu pun aku lihat dah mula cair dengan aku. Sikit masa lagi mungkin aku dapat makan besar. Hahahahahaha.”

Bagus Din... Bagus. Apa kau nak buat terpulang. Yang penting dendam aku berbalas.”

Tepat jam 9 malam aku berlegar-legar memerhati kelibat manusia yang lalu lalang setiap lorong di KLCC. Tapi aku tak memberikan tumpuan langsung kepada setiap langkahan ini. Tidak ada apa-apa kepentingan untukku berbuat demikian. Yang aku tunggu rentak lenggok Shieda, tunang kesayangan ku. Hatiku berdebar-debar. Jiwaku jadi tak menentu. Nafasku jadi kelam kabut apabila apa yang aku saksikan di depan mataku semuanya benar. Begitu manja Shieda beriringan dan berpegang tangan dengan entah lelaki mana. Aku tabahkan diriku. Aku menelefon Shieda. Sambil memerhati gerak gerinya aku menahan debar yang kian kencang.



Hai sayang.... Assalammualaikum. Buat apa tu?”



Aku memancing kata-kata Shieda. Aku lihat Shieda terus galak berjalan berpimpin tangan. Hatiku kian membara. Tambah menyakitkan bila jawapan yang aku terima amat tersimpang jauh dari apa yang aku perhatikan kini. Shieda mempermainkan aku. Dia fikir aku ini bodoh?



Waalaikumsalam. Di rumah saja. Malas lah nak keluar. Tak ada apa yang menarik pun. Lagipun di luar hujan lebat. Baik tidur sana lagi best. Dah mengantuk pun. Abang call esok sajalah yer...”

Eh, Ayang tak nak berbual dengan abang dulu ke? Abang rindulah. Rindu sangat-sangat.”

Ayang mengantuk lah abang... Esok saja lah abang call ya.”



Sakit hatiku melihat apa yang aku lalui kini. Hati bagai disiat-siat di hiris-hiris. Tak berdarah tapi buat aku pedih merintih. Aku terus mengekori merpati dua sejoli itu. Nak melihat sejauh mana aksi mereka.

Dari satu premis ke satu premis dimasukinya. Aku terus sabar menanti masa yang sesuai untuk aku memunculkan diri. Aku mesti tenang walaupun kelakianku langsung tercabar. Kesabaran ku langsung ke tahap paling tipis. Mahu sahaja aku berdiri di depannya dan melafazkan kuat-kuat buiar dia dengar, biar semua dengar aku melafazkan “selamat tinggal perempuan!!”



Minum berkongsi cawan, tangan langsung tak lepas dari berpimpin bagaikan si buta yang perlukan bantuan yang celik. Sabar Mir sabar... Masanya akan tiba untuk kau pertontonkan diri kau di depan-nya. Jangan terburu-buru, kelak kau yang malu. Itu kata akal ku. Aku menuruti katanya walaupun hati dan nafsu ku mengasak aku agar aku perlihatkan kelakianku di saat itu. Aku masih mahu melihat apa lagi kecurangan yang bakal dilakukan oleh tunang yang ku anggap bagaikan bidadari dari kayangan.



Begitu asyik bermadu kasih di taman KLCC. Aku tak mampu bersabar lagi melihat aksi Shieda. Dia bukan lagi tunangan ku! Apa makna tunang jika bibir bertemu bibir dengan jantan lain? Berpelukkan dikhalayak tanpa ada walau setitis rasa malu? Terbabas benarkah dia dengan kejutan kotaraya? Aku menelefon Shieda lagi. Sengaja ku telefon sambil aku semakin menghampiri manusia yang kian leka dalam godaan syaitan. Nasib baik ianya berjawab tapi cukup menyakitkan.



Abang... Ayang baru nak terlelap kenapa diganggu-ganggu lagi. Esok sahajalah call.”

Ayang.... Abang ada hal penting nak cakap ni. Jangan la tidur lagi.”

Aku makin menghampiri dan lantas aku menghantar SMS ringkas. “PANDANG BELAKANG NOW!!!!!”



Shieda memandang. Terdiam tak terkata walau sepatah. Aku mahu bersuara, tapi tak mampu untuk ku hamburkan makian dan cercaan. Bukan sifatku untuk memalukan orang lain di khalayak yang ramai. Apa lagi yang ingin ku cerca itu seorang perempuan. Tunangan ku. Aku memandang tepat ke matanya. Dia melarikan matanya dari terus memandang aku. Tahu diri bersalah, tapi tak ada guna-nya lagi. Aku bersaksikan mata kepalaku sendiri. Kau CURANG Shieda!!!



Oooo... Tidur ya... Selamat tinggal betina!!”



Aku berlalu tanpa menghiraukan jeritan Shieda yang memanggil-manggil namaku. Nak tunggu apa lagi jika sudah jelas kini yang dia adalah perempuan yang layak digelar betina! Kau bukan tunangku!! Setiap SMS dan calling dari perempuan itu langsung aku tak mengendahkan. Kau tidak ku percayai lagi. Kau hancur leburkan rasa percaya dan kasih sayangku selama ini. Mengapa tergamak kau buat diriku sebegini rupa. Apa salahku? Apa silapku? Nyatakanlah walaupun satu.



Ya... Aku bersalah pada mu kerana aku tak dapat berada di sisimu sentiasa. Kita tak seperti insan bercinta yang lain yang ada masa dan peluang untuk sentiasa beriringan. Lantas, kerana sebab itu kau jalinkan hubungan dengan jantan lain? Untuk apa? Mengisi kekosongan hatimu? Patutlah sejak akhir-akhir ini wang yang ku beri sebagai belanja dirimu tak pernahnya mencukupi. SMS aku jarang-jarang kau balas dan handsetmu sering kali tidak berfungsi. Rupanya intan permataku ini sedang rancak dan enak bermadu asmara dengan jantan yang difikirnya mampu menghiburkan hatinya yang kesunyian.

Aku mengadap Tuhan yang Esa. Aku mahu menagih simpati, mengharap belas ehsan dari-Nya atas apa yang terpaksa aku lalui kini. Apakah makna semua ini? Kenapa aku disiksa sebegini? Kenapa aku diuji semacam ini? Sedang Dia tahu aku cukup lemah dan tak bermaya. Aku terlalu kerdil untuk memikul ujian yang kecil bagi-Nya tetapi Maha berat buatku.



Ya Allah Ya Tuhanku... Mengapa aku diuji lagi sebegini rupa? Apakah aku ini terlalu banyak dosa yang mesti Kau cuci terlebih dahulu sebelum aku layak mendapat nikmat kebahagiaan-Mu? Kau tabahkan lah hatiku dan diriku untuk aku tempuhi dengan sabar Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.”



Aku cuba melupakan seketika apa yang aku lalui kini. Aku sibukkan diri dengan pelbagai kerja yang ada di pejabat. Tapi kelesuan wajahku memang tidak dapat mengaburi mata Leya. Aku tak kan dapat larikan wajah murungku darinya seperti mana dia juga tak dapat lari menyembunyikan sesuatu dariku.



Mir ada masalahkan? Cerita kat Leya. Mir mesti ceritakan biar Leya tahu. Kalau tidak, jangan anggap Leya sebagai teman terbaik dan teristimewa Mir.”

Leya... Apa yang Mir takuti, kini berulang lagi. Mir putus asa dengan Shieda. Perempuan yang Mir harap menjadi terminal kasih yang terakhir rupanya menjadi duri yang amat bisa di hati Mir. Kenapa Shieda tergamak buat Mir macam ni? Mir tak jujurkah dengan dia selama ini? Mir tak cukup baik kah pada dia selama ini? Atau sememangnya Mir ini tidak layak untuk bersama dia?”



Aku ceritakan segalanya pada Leya. Leya juga tak mampu berkata apa-apa. Memang tak siapa yang mampu untuk berkata walau sepatah pun atas kecurangan ini. Aku pulang lagi ke Kuala Lumpur. Aku mahu mengadu pada Tasya. Dia teman yang ku ingin ada di sisi ku kini. Bukan aku tak percayakan Leya, tapi aku tak mahu tumpuan Leya terjejas kerana masa depan MIH di Sarawak terletak di tangannya. Dan Leya juga faham. Dia menerima tindakan ku ini dan tetap mengatakan dia ada di sisi jika aku perlukan teman untuk meluahkan rasa. Bila-bila masa sahaja yang aku perlukan dia, pasti dia ada di sisi. Aku berterima kasih padanya. Leya memang teman yang amat baik dan istimewa.



Dan aku tahu, Tasya pasti setia di sisi jika aku perlukan teman. Awal-awal lagi dia sudah menanti aku di KLIA. Terus dia membawa aku ke satu tempat yang dia fikir mampu mendamaikan hatiku yang bercelaru. Genting Hinglands... Destinasi yang dibawanya aku pergi. Memang mendamaikan. Tapi ia hanya luaran. Dalam hatiku tetap berperang.



Mir, aku pun tak sangka yang Shieda tergamak buat macam tu. Aku tak sangka langsung yang Shieda sanggup buat ko macam ni. Patutlah dengan aku pun dia jarang-jarang SMS, call apa lagi mai jumpa. Rupanya dia buat sesuatu yang amat malang. Bukan pada ko saja, malah pada keluarga dia, pada aku dan diri dia juga.”

Aku pun tak sangka langsung Shieda. Baru tiga bulan kami bertunang dah jadi macam ni. Kalau aku tahu dari awal, jangan harap aku nak kembali kepadanya walaupun dipujuk di rayu dengan air mata darah sekalipun. Aku tak kan terima. Aku bencikan dia Tasya. Aku bencikan betina tu. Dia tu betina bukan perempuan. Dia bukan tunang aku. Tunang aku mesti perempuan bukannya betina!!!”



BETINA!!! Gelaran paling layak untuk dia kini. Aku tak tahu lagi apa yang harus ku buat. Hanya Leya dan Tasya tempat untuk ku mengadu untung nasibku. Ahhhhhhh hidupku kini tiada untungnya. Sentiasa malang dan rugi. Aku tak tahu apa lagi yang mesti ku buat. Aku dah berikan segalanya buat Shieda tapi kenapa ini yang aku dapat?



Aku fikir begini lah Mir. Ko tenangkan hati ko dulu. Kemudian ko buat solat istikharah. Minta pada Dia petunjuk. Mana tahu dia bukan milik ko dan sebab tu Dia perlihatkan kat ko awal-awal. Supaya ko boleh berfikir apa yang patut ko buat. Aku yakin ko akan dapat jawapannya nanti. Banyak-banyak lah bersabar ya. Aku risau betul tengok ko. Ko tu, kalau frust saja, mulalah buat sesuatu yang buat diri sendiri sakit. Bukan aku tak kenal ko. Kali ni aku tak mau dengar ko accident lagi. Aku nak ko kuat OK Mir... Ko mesti kuat kali ni. Aku tak mahu jadi tak sepatutnya. Aku bukan tak tau ko kalau kecewa..”

Terima kasih Tasya. Ko memang baik. Ko sentiasa ambil berat tentang aku. Aku rasa lega sebab ada kawan seperti ko dan Leya. Tapi Shieda...”

Dah.... Dah... Dah... Jangan dok sebut lagi nama tu kalau itu akan menyakitkan ko. Lupakan dia buat sementara. Aku kan kawan ko. Dulu waktu aku ditimpa musibah, ko juga yang bangkitkan semula semangat dan keyakinan aku. So, la ni giliran ko kena dan aku la kena balas balik.“

Thanks.. Ko teman aku pi pejabat pos kejap. Aku nak pos benda kat kawan aku.”

Benda apa pulak?”

Aku tempah rantai khas tertulis nama dia. Aku janji nak bagi suprise untuk dia jika dia cemerlang dalam exam. Kawan aku orang Sarawak tu. Aku ada cerita kat ko kan.”

Oooo ada... Pinki. Boleh aku tengok rantai tu..... Wow, cantik lah. Kat aku bila ko nak bagi?”

La... Ko pun nak jugak ke? Tunggu kita kawin la aku bagi ko rantai panjang sampai ke lutut.”

Banyak la ko.. Rantai basikal. Lawak ko dah basi la...”

Selesai mengirimkan rantai tersebut, aku menghubungi Pinki untuk memberitahunya. Tak mahu nanti dia tertunggu-tunggu janji aku.



Kenapa address ke Miri? Kan Pinki orang Sibu?”

Sibu tu kampung Pinki. Miri rumah nenek. Pinki balik kampung 2 minggu. Apapun TQ..Tak sabar lah nak tahu apa yang SupRiSe tu.. Ni buat Pinki ber + syg kat Mir.”

Mir pun sayang Pinki jugak.”

Tahu... Ada apa2 news? How’s Shieda?”

Semua OK... Entah lah. Nanti Mir cite ya.”

OK... Tp igt tau... Pinki sntiasa di cc Mir.”



Aku benar-benar kecewa dengan Shieda. Dia pula langsung tak cuba menghubungi aku sejak dari peristiwa itu. Tak pasti sama ada dia malu atau sengaja bila melihat inilah peluang untuk dia bebas dari aku. Aku mengakui yang kasih sayang aku cukup menebal buatnya tapi aku tak sangka ini pula balasannya. Aku mencoret sesuatu yang aku fikir inilah yang terakhir dari ku. Selepas ini aku tak pasti sama ada aku akan terus menghubungi dia atau mengucapkan selamat tinggal buat selamanya. Ku buka laptop dan terus menaip sesuatu...



Aku membaca kembali isi warkah yang akan ku berikan buat perempuan itu, aku tak mahu ada ruang yang menunjukkan aku lemah. Aku mesti kuat demi Leya, Pinki dan Alia.. Biar dia tahu yang aku ini bukan boleh digula-gulakan. Dipujuk dirayu akan lembut kembali. Aku bukan manusia yang sebegitu. Aku punya pendirian. Keputusan aku akan dipertahankan. Usah berharap akan giyah walau macam mana sekalipun.





Assalammualaikum...



Mir minta Shieda balas surat Mir ni. Amat penting untuk Shieda jawab setiap persoalan yang Mir tanya walaupun sesetengah tu mungkin Mir dah sedia maklum jawapannya. Sebelum tu maaf jika Mir menggunakan Mir-Shieda tidak abang-Ayang seperti selalu. Mir tak mampu buat masa ini untuk menggunakan nama itu. Ianya sedap didengar tapi amat menyakitkan untuk dirasai.



Tentu Shieda tertanya-tanya macam mana Mir boleh berada di KLCC tempoh hari kan. Ini semua kerja Dia Yang Agong. Dia yang menggerakkan hati dan diri Mir ke sana. Sebab hati Mir merasakan sesuatu... Dah hati Mir tak pernah menipu. “suka benar” Mir melihat aksi Shieda dari mula hingga ke akhir. Mir ketawa hahahahahahaha menyaksikan tunang yang amat Mir sayang, rindui, kasihi dan percayai rupanya menjadi seperti seekor betina yang dahagakan jantan!! Pedihkan bunyinya, tapi tak lah sepedih hati dan perasaan Mir yang Shieda guris.Shieda tahu tak betapa Mir gembira untuk kembali bersama Shieda. Memikirkan segala impian yang sama-sama kita bina akhirnya akan dapat kita realitikan. Betapa Mir gembira sangat-sangat sebab lepas kita bertunang, bermakna kita sudah separuh jalan dalam menjadikan impian sebagai kenyataan.





Tapi yang terindah itu rupanya hanya sementara. Lepas saja kita bertunang, Shieda terus meletak-kan syarat yang mesti Mir ikuti. Shieda mahu Mir kembali ke semenanjung dan bersama Shieda. Tapi Shieda tak tahukah yang tugas dan tanggungjawab Mir di Sarawak? Rezeki dan hidup Mir di sini. Memang Mir akan pulang sebab di sana tanah tumpah darah Mir. Tapi bukan dalam masa terdekat ini. Mir masih banyak tanggungJawab yang mesti Mir laksanakan sebelum Mir kembali ke lubuk asal. Keputusan Shieda tu agak berat untuk Mir penuhi. Tapi kerana kasih sayang kita, Mir dah plan akan pulang selepas 3 tahun kita bersatu sebagai suami isteri dan Shieda juga mempersetujuinya kan?



Mir nak ingatkan balik beberapa kata janji yang pernah Shieda lafazkan buat Mir. Kata janji yang sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan Mir untuk kembali kepada Shieda. Shieda kata...



  • Shieda sanggup lakukan apa sahaja asalkan kita dapat hidup bersama hingga ke akhir hayat dalam suasana yang paling gembira.
  • Sebagai isteri kelak, Shieda akan ikut ke mana sahaja Mir pergi dan akan pasrah terima susah senang dan suka duka bersama. Ini keputusan MUKTAMAD Shieda.
  • Shieda jujur dan ikhlas menerima Mir dan berharap Mir juga jujur dan ikhlas menerima diri Shieda.
  • Bagi Shieda, diri dan jiwa raga Shieda hanya untuk Mir dan Mir untuk Shieda. Dah berulang kali Shieda katakan “‘you will be mine and i will be your’s”



Kalau Shieda minta bukti yang Shieda pernah kata begitu, memang Mir tak mampu nak berikan sebab semua kata janji Shieda itu keluar dari mulut Shieda. Tidak tertulis di lembaran putih atau di mana-mana pun. Mir teringat lagi kata-dua yang Shieda berikan pada Mir.. Sama ada ikut Shieda balik semenanjung atau Mir kekal di Sarawak dan Shieda kekal di semenanjung. Hal ini betul-betul mengganggu diri Mir tapi Mir tak pernah cerita pada Shieda. Bagi Mir, mungkin itu kata-kata Shieda di awal-awal ni. Mungkin satu masa kelak, Shieda akan faham dengan situasi Mir dan dapat terima juga apa jua yang ditentukan buat kita kelak.



Dah berkali-kali Mir nyatakan pada Shieda yang mana Shieda insan yang terpaling Mir sayang, kasih, rindu dan cinta... Mengatasi orang lain. Mir benar-benar jujur dan berharap untuk bersama Shieda selepas berkali-kali kecewa kerana soal hati. Mir juga tetap dengan kepercayaan dan juga keyakinan Mir yang mana Shieda juga jujur untuk bersama Mir. Lastly, Mir buat keputusan nekad akan mempertahankan ikatan kita ini. Mir akan kembali ke semenanjung jua kelak demi Shieda.



Mir juga terfikir tentang mimpi yang pernah Shieda beritahu Mir. Mimpi tentang orang ketiga yang mahu merosakkan hubungan kita. Mir sekali lagi mempertahankan diri dan ikatan kita dengan tegas Mir katakan Mir hanya mahukan Shieda sebagai teman hidup Mir dan tak siapa yang dapat nafi kan hak kita untuk bersama selain maut. Tapi nampaknya bukan Mir yang bermain kayu tiga. Tapi Shieda, kenapa Shieda tergamak buat MIr macam ni? Apa salah Mir pada Shieda? Mir juga pernah bermimpi yang Shieda menyatakan hati dan perasaan Shieda pada Mir telah hilang. Berterus terang dan jelas Shieda katakan yang Shieda dah menyintai insan lain. Dan bila Mir beritahu Shieda hal ni, Shieda nafikan dan anggap itu hanya mimpi. Bermimpikah Mir kini bila semua berlaku di depan mata Mir?



Mir pernah call Shieda satu malam yang Mir dah lupa tarikh tu tapi Mir rasa menjadi penentu atas apa yang berlaku kini. Mir seronok tiap kali dapat bercakap dengan Shieda. Ye lah, nak jumpa kita bukannya dekat. Memang Mir boleh berulang alik hari-hari pun. Tapi buat apa nak dibazirkan wang beratus-ratus jika itu boleh disimpan untuk masa depan kita kan? Malam tu Shieda cakap Shieda ada kursus di Pulau Tioman. So, Shieda minta Mir bank in sedikit untuk Shieda shopping. Alang-alang dah pergi sana kan. Mir tak kisah untuk berikan berapa yang Shieda mahu. Mir boleh beri. Yang jadi masalahnya ialah, baru 3 hari sebelum tu Mir dah bank in untuk Shieda. Takkan tak cukup. So, Mir tak mahu penuhi permintaan Shieda.. Mir tak mahu Shieda dimanjakan dengan wang ringgit.



Mir pasti Shieda akan marah dan kecil hati dengan keputusan Mir ni. Tapi Mir ada alasan dan ini keputusan muktamad Mir. Untuk kebaikkan kita juga. Shieda nak pergi kursus kan? Lagipun kita dah janji nak shopping sama-sama hujung bulan tu. Tak bolehkah Shieda menunggu dan bersabar seketika? Lagi pun dari dihabiskan untuk shopping tu, baik Mir beri pada keluarga Mir buat belanja rumah. Atau Mir belikan anak ayam untuk menambah lagi ternakan abah Mir. Dapat juga hasilnya kelak. Kenapa Shieda tak minta pada ayah? Sedangkan Shieda masih lagi di bawah tanggungjawab ayah? Mir baru tunangan Shieda, belum lagi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Shieda kan?



Shieda pun tentu terfikir agaknya... Mir banyak menghabiskan RM dengan Shieda daripada dengan diri Mir atau famili Mir. Tak rasa takut ke kalau Shieda buat hal? Andai kata lah satu masa kelak, ditakdirkan kita terputus? Tak rasa rugi dan sesalkah? Jawapan Mir mudah. Tak... Sebab Mir yakin kita pastikan bersama. Akhirnya kini, keyakinan Mir memakan diri!!! Mir tak mahu jika sekarang ni Shieda mudah mendapat apa sahaja, katakan satu masa kelak kita ditimpa masalah dan Shieda tak mampu nak menanggung kesusahan. Apa akan jadi pada kita?



Kadang-kadang Mir nampak terlalu baik sehingga Shieda maca ambil kesempatan untuk cuba dapat kan apa sahaja yang Shieda impikan. Bukan Mir tak terfikir semua tu. Mir fikir, selalu Mir fikirkan. Tambah lagi Mir banyak kali dengar dan lihat ramai teman-teman Mir yang pernah melalui kisah yang sebegini. Teman kesayangan mereka menghilang selepas dapat apa yang mereka inginkan. Maksudnya, Mir juga bimbang kalau-kalau Shieda juga begitu. Tapi lagi sekali Mir tegaskan di sini, Mir bukan tak percayakan kejujuran dan keikhlasan Shieda tapi kita kena fikir kemungkinan itu kan?



Tiap bulan Mir masukkan kredit dalam handset Shieda. Bukan sedikit. RM200 sebulan dan ianya satu nilai yang cukup besarkan. Apa tujuannya? Supaya kita tak putus berita. Mir atau Shieda boleh call dan SMS pada bila-bila masa sahaja. Malah Mir turut belikan handset yang ada kamera supaya Shieda dapat hantar gambar Shieda dan lihat Mir bila kerinduan. Bukan nak mengungkit tapi Mir sekadar nak menjelaskan keadaan yang berlaku kini. Dari apa yang Mir perhatikan sebaliknya.



Kebelakangan ni, belum sampai dua minggu Shieda kata kredit dah habis. Ke mana perginya? Dengan siapa Shieda call? Dengan siapa Shieda SMS? Dengan Mir? Tak mungkin sebab Mir yang call Shieda dan SMS pun kita jarang-jarangkan. Mir bukan nak jadi busy body dan nak Shieda buat laporan dengan siapa Shieda berkawan, keuar, call atau berSMS tapi just tak nak Shieda salah guna. Mir rasa janggal sangat dengan kehabisan kredit Shieda. Kalau Shieda selalu SMS atau call Mir, tak jadi hal lah.Tak lah terasa sangat kan.



Shieda kata Shieda malas nak SMS or misscall Wan. Jari-jari habis sakit-sakit... Tapi pernah tak Shieda terfikir kenapa dengan orang lain Shieda boleh? Tak sakit jarikah dengan orang lain? Kalau Mir boleh buat misscall sejam sekali, kenapa tidak Shieda? Adakah sebab Mir terlalu kemaruk dalam bercinta sedangkan Shieda tak? Tanya diri Shieda sendiri lah. Pada Mir, misscall itu sebagai pengganti diri Mir untuk menyatakan Mir sentiasa di sisi Shieda. Sentiasa ada dalam jiwa..



Mir tahu Shieda tentu tak suka Mir mengungkit-ungkit segala pemberian Mir selama ini. Mir pun tak suka sebab apa yang Mir berikan selama ini ikhlas sebab Mir mampu beri. Kalau tak mampu, memang Mir tak kan beri dan tak kan buat. Kenapa Shieda berubah hati? Apa kelebihan lelaki yang jadi idaman Shieda sekarang ni? Apa salah Mir Shieda? Beritahu lah Mir supaya Mir tahu



Jujur Mir cakap, Mir dah mula rasa something sejak Shieda berpindah ke KL. Dan Mir semakin hari semakin kurang memahami apa yang ada dalam hati Shieda. Mir tak tahu apa yang Shieda fikir dan inginkan. Benar-benar tak tahu. Shieda kata Shieda cintakan Mir, jujur dengan Mir dan nak bersama Mir... Tapi apa bukti yang Shieda dapat tunjukkan pada Mir? Bertunang? Mungkin tak kalau Mir kata kan Shieda bertunang dengan Mir sebab ayah Shieda yang beriya-iya tambah lagi setelah mengetahui Mir dah tak seperti dulu? Mir dah punya pangkat, harta dan kedudukan?



Atau Shieda fikir Shieda mungkin tak ada peluang nak cari orang lain sebab ayah Shieda dah buat keputusan, Shieda mesti bertunang dengan Mir? Ayah nak tebus hinaannya dulu lantas Shieda kena ikut cakap dia? Mungkin kalau ayah tak menghalang, Shieda dah punya teman lelaki lain? Insan secantik dan sebaik Shieda mustahil tak ada yang terpikat. Mir berani katakan di luar sana, ramai yang sedang menanti Shieda. Siapa yang tahukan. Mir tak lah minta Shieda buktikan dengan ambil kapak belah dada. Tapi cukuplah dengan kesempatan untuk kita kecapi hari-hari membahagiakan seperti sebelum kita mengikat tali pertunangan dulu.



Atas apa yang berlaku kebelakangan ini, membuatkan Mir jadi bingung. Dalam dilema bila Mir asyik terkenangkan sikap Shieda yang semakin hari semakin berubah. Terasa kian hari kita kian jauh dan terpisah. Tapi saat yang paling Min tak dapat lupakan adalah ketika Mir perhatikan dengan mata dan kepala Mir sendiri kecurangan Shieda terhadap cinta dan ikatan kita. Mir benar-benar rasa kecewa dan hilang keyakinan terhadap Shieda dan terhadap masa depan kita berdua. Tapi Mir terfikirkan harapan tinggi keluarga kita untuk lihat ikatan kita kekal ke akhir hayat. Mereka mahukan kita bersatu sebagai suami isteri yang paling bahagia.



So, atas nama kasih sayang yang mendalam...Walaupun kita dah bertunang dan Shieda jelas-jelas berlaku curang di belakang Mir, Mir masih lagi memberikan peluang yang seluas-luasnya untuk Shieda fikir dan renungkan hubungan kita. Shieda fikirlah, apa yang telah Mir lakukan pada Shieda dan apa yang sepatutnya Mir lakukan tapi still talk buat lagi untuk Shieda. Then, Shieda fikirkan pula apa yang Shieda dah lakukan untuk memelihara ikatan kita dan apa yang sepatutnya Shieda buat tapi Shieda masih tak buat untuk kita. Shieda fikir adakah Shieda benar-benar bersedia dan mahukan ikatan yang telah kita jalinkan? Adakah Shieda ikhlas menerima Mir sebagai teman hidup Shieda? Atau Shieda dipaksa dan terpaksa. Mir tak mahu jika Shieda tak sedia dan tak ikhlas sebab Mir nak ikatan yang terbina kelak kekal bahgia dan hingga ke akhir hayat. Bukan untuk seketika...



Mir dah puas berfikir dan keputusan Mir tetap sama. Mir dah buat setakat yang Mir termampu demi untuk membuktikan keikhlasan dan kejujuran cinta Mir terhadap Shieda. Mir akui sejak kita kembali bersama, semacam ada satu sinar yang menyinari hidup Mir yang dulu suram dan kelam. Shieda pun tahu yang Mir dah puas kecewa dan berendam air mata kerana hati dan cinta. Terima kasih Mir ucapkan. Tapi kenapa sesudah Shieda hadirkan senyum di wajah Mir, secara tiba-tiba Shieda perlakukan Wan sedemikian rupa? Apa yang Shieda fikirkan? Mir bukan anak patung. Mir juga punya hati seperti Shieda. Seperti orang lain. Yang tahu erti terguris dan kecewa.



Mir benar-benar tak sangka yang Shieda sanggup buat Mir begini. Baik di depan mata tetapi rupa-nya di belakang Mir, Shieda ketawakan Mir. Shieda permainkan kepercayaan dan kebebasan yang Mir berikan. Apa semua ni Shieda? So, kini segalanya terletak di tangan Shieda. Jika Shieda ingin ikatan ini diteruskan, Shieda seharusnya sedar, apakah yang patut Shieda lakukan. Apatah lagi, Shieda telah melakukan sesuatu yang amat menyakitkan hati dan perasaan Mir. Sekiranya Shieda mampu untuk mengembalikan kepercayaan Mir, InsyaAllah Mir akan terima Shieda dengan penuh kasih sayang seperti mana yang Shieda rasai selama ini. Jika tidak, Mir minta maaf. Kasih sayang tak dapat di paksa tetapi harus dipupuk.



Namun begitu, jika Shieda fikir ikatakan kita wajar ditamatkan, berterus terang lah. Mir akan terima segalanya dengan tabah hati. Asalkan Shieda buat keputusan yang paling akhir, jujur dan setelah di fikir menggunakan akal, Mir pasti akan terima demi untuk kebaikkan bersama. Bagi Mir, keceriaan dan kebahagiaan Shieda lebih penting. Bukan maksud Mir nak buat Shieda rasa serba salah, susah hati atau tertekan. Tapi Mir lakukan kerana Mir mula mempertikaikan kejujuran Shieda terhadap ikatan kita. Sebab tu Mir beri peluang ini untuk Shieda pergunakan. Shieda kena sedar yang mana, semua orang disekeliling kita mahu melihat kita bersatu tapi mampukan ianya menjadi realiti jikalau begini keadaan kita? Cuma satu pesan Mir...



Andai kata kita tiada peluang untuk bersama kali ini, Mir beri jaminan, tidak ada PELUANG KEDUA untuk kita kembali bersama kelak. Bukan ugutan tapi inilah kenyataannya yang harus Mir dan Shieda terima. Mir tak akan simpan dendam, sakit hati, marah, terkilan atau kecewa walau sedikit pun selagi apa yang Shieda nyatakan ikhlas dari hati yang paling jujur. Jika dulu Mir sayangkan Shieda, kenapa sekarang nak membenci? Tiada alasan untuk Mir membenci. Hanya kecewa dengan kecurangan Shieda terhadap kesetiaan Wan selama ini!!! Maaf dipinta jika surat kali ini benar-benar mengejutkan Shieda. Bukan sengaja tetapi Mir terpaksa coretkan agar Shieda tahu yang Mir juga manusia yang bernyawa yang punya rasa dan hati. Mir ingin mengecap erti kebahagiaan yang penuh kasih sayang. Tetapi kita tak mampu untuk merasainya jika antara kita tiada kepercayaan dan kejujuran.



Apa yang Mir dah beri pada Shieda selama ini ikhlas, dan tak perlu dikembalikan, tak perlu diganti. Simpanlah sebagai kenangan kita. Mir minta maaf dan Mir harap Shieda fikirlah sedalamnya dengan hati yang tenang dan terbuka, Kalau perlu buatlah solat istikharah mohon petunjuk dari-Nya. Mir tunggu dan terima apa juga keputusan dari Shieda. Mir ingat kata-kata Tasya masa abang jumpa dia tempoh hari. Dia pernah kata “bila kita menyayangi seseorang, kita lepas bebaskan lah dia walau ke mana arah pun yang dia ingin pergi. Jika kelak ia kembali bermakna ia sememangnya milik kita yang hakiki. Namun, jika ia terus pergi dan tak kembali, percayalah, ia bukan ditentukan buat kita...”



Shieda mungkin boleh membayangkan keadaan Mir sepanjang menulis coretan ini. Bayangkan lah bagaimana perasaan Mir ketika itu dan ketika ini. Sedih, bimbang takut dan lega semuanya silih berganti. Tapi Mir tabahkan juga semangat, tabahkan jua hati ini agar apa yang terbuku dalam hati dapat Mir luahkan. Okey, Shieda... Ini yang Mir nak beritahu Shieda dan terpulang pada Shieda kini untuk mencanang keputusan. Bersama atau cukup sampai di sini. Mir juga akan turut buat solat istikharah. Mir nak minta Dia tunjukkan yang terbaik buat Mir. Tak kisah berapa lama masa yang perlu Mir ambil, asalkan keputusan itu kelak datang dari Dia dan semestinya direstui.



Tunangmu yang terkecewa : Mir Sharifuddin



Terus aku poskan coretan ini buat Shieda. Aku mula membenci sikapnya. Tetapi tidak pada dirinya. Aku tak mampu nak membenci diri insan yang satu ketika amat ku sayangi. Aku pasrah dengan apa yang ku lalui kini. Kali ini aku yakin aku lebih tabah dan cukup kuat untuk menghadapi ujian ini. Aku yakini kemampuan diriku. Apa lagi aku punya Tasya, Leya dan Pinki yang sentiasa bersamaku memberikan sokongan dan dorongan. Mereka bertigalah teman yang amat ku harapkan kini. Mereka kerap kali SMS dan call aku untuk menyatakan sokongan yang tulus ikhlas. Terima kasih Leya. Terima kasih Tasya. Terima kasih Pinki. Kalian teman terbaik yang pernah ku mililki. Aku sanggup kehilangan Shieda tapi tak sanggup nak kehilangan kalian bertiga. Kalian terlalu istimewa buat ku. Kalian bagaikan tulung rusuk ku yang jika tiadanya, aku tak mampu berdiri teguh seperti hari ini.



Aku stop berSMS dan menelefon Shieda supaya dia dapat berfikir dengan tenang dan bebas tanpa ada rasa diganggu atau dipengaruhi. Aku juga begitu, melakukan pelbagai kerja untuk meminimum-kan ingatanku terhadap kekalutan ini. Selesai tugasku, aku mengambil cuti dan berehat di Labuan. Aku mahu lari barang seketika dari kekalutan yang mencengkam diriku. Aku mahu lupakannya. Aku mahu mencampakkan kekalutan ini jauh-jauh ke tengah lautan yang luas terbentang. Kenapa aku harus merasa kekecewaan ini? Tidak cukupkah dengan apa yang ku tanggung selama ini. Oh Tuhan, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Kau lah yang Maha Berkuasa atas setiap apa yang Kau aturkan. Maha Suci Allah, aku pasrah dengan ketentuan-Mu. Namun, kau tabahkanlah hati dan diriku untuk melalui kegetiran dan keperitan ini Ya Allah. Aku memanjat doa kepada-Nya.



Aku memberitahu Leya, Pinki dan Tasya yang aku akan bercuti selama sebulan di Pulau Sipadan. Sepanjang tempoh itu aku tak mahu ada gangguan dari sesiapa kecuali mereka berdua. Aku mahu terhindar dari apa jua masalah. Aku mahu berehat dan menenangkan jiwa yang kacau, hati yang menangis di sini. Walaupun di sini begitu mendamaikan, namun hatiku tetap tidak terhibur. Sesekali Leya menghubungi aku.Bertanya khabarku. Begitu juga Tasya. Pinki juga sering berSMS denganku.



Mir, TQ atas sUPriSE... Cantik sgt. Mir nak bbual dgn Pinki tak? Kalau nak Pinki col Mir mlm nnti. Pinki dah ready nak berbual tetapi utk berjumpa not yet.”

Tak pe lah.. Biar Mir yg col OK. Jam 9 mlm ni Mir col. Mir nak bbual dgn Pinki. Jgn tido lg tau.”

OK, Pinki tunggu. Jgn Mir yg tertido dah la. Pinki jumpa, Pinki cabut bulu hidung hahahahahaha.”

Yer... Mir col jam 9. Pinki tunggu aja.”

Pinki seronok la kawan dgn Mir. Pandai ambik hati Pinki dan dpt sejukkan hati Pinki kala Pinki rasa nak marah, bad mood atau tertekan. Pinki syg Mir lebih dari Mir syg kan Pinki. betul x tipu.”



Malam itu pertama kali aku mendengar suara Pinki. Dia memang ceria seperti mana di dalam SMS. Secara kebetulan barangkali, suaranya mirip suara Leya.



Pinki nak tahu. Suara Pinki sama macam suara Aleya tau. Adik beradik ke?”

Mana boleh adik beradik. Lain nama ayah kan. Kebetulan tu. Adik beradik kembar tapi lain mak lain ayah hahahahahaha. Suara Wan pun macam suara ShahRukh Khan? Kembar dia ke?”

Banyak la Shah Rukh Khan.. Macam-macam Pinki ni. Apapun thanks, terhibur sangat dapat cakap dengan Pinki. Walaupun first time kan, tapi rasa macam dah berkali call. Langsung tak rasa kekok. Bila agaknya kita nak jumpa?”

Sabar lah sayang... Adinda tak ready lagi lah. Sikit masa lagi ya. Kekanda boleh bersabar kan.”

Dah berkanda dinda pulak... Biol kepala Mir macam ni.”

Mir biol? Pinki pun bengong hahahahahahahaha biol dengan bengong. Padan sangatlah.”



Perbualan aku dan Pinki meredakan sedikit ketegangan yang sedang aku hadapi. Ternyata Pinki sangat ceria orangnya. Sikit pun tidak terasa kekok. Malah dia berkali-kali mengenakan aku. Sedikit pun aku tak terasa sebab aku tahu niatnya untuk bergurau dan menghiburkan aku. Ikutkan, aku juga kerap mengusik Pinki dengan pelbagai ayat-ayat power tapi dia juga faham tujuanku. Aku dan Pinki sama sahaja. Saling mengusik dan gembira.