BAB 7 : AKHIRNYA KU TEMUI

BAB 7 : Kekalutan Belum Berakhir



Aku kembali ke MIH setelah sebulan aku bercuti. Aku masih ternanti-nanti jawapan dari Shieda. Aku turut menanti petunjuk dari-Nya Yang Maha Agong. Aku masih tak nampak lagi apa yang ditetapkan buat ku. Tapi aku yakin yang aku kena bersabar. Petunjuk tidak datang bergolek secara tiba-tiba. Aku akan tunggu dan ternyata penantian itu satu yang amat menyakitkan.



Hai, apa khabar Mir? Dah OK ke ni? Ada apa-apa yang nak dikongsi dengan Leya? Dah dapat ke jawapan dari Shieda? Atau dia terus membisu? Dia malu barangkali tu.”

Mir OK, thanks Leya. Shieda masih membisu lagi. Mir pun tak mengharapkan sangat lagi untuk mendapat jawapan positif dari dia. Mir dah tak mampu untuk mempertahankan ikatan kami. Lagipun Mir tak perlukan dia lagi kini. Biarlah dia dengan teman barunya itu. Mungkin pada dia, he’s the best

to her. Bukan Mir. Mir pun dah buat istikharah tapi belum dapat apa-apa petanda lagi.”

Kena sabarlah Mir. Apa-apa hal bagitau Leya ya. OK, jumpa lagi nanti. Leya ada kerja sikit. Mir ingat tau. Leya sayangkan Mir dan tak mahu tengok Mir bersedih lama-lama. Leya turut merasai keperitan yang Mir tanggung tau. Cepat-cepat bagi settle. Supaya Mir akan kembali tersenyum. Leya rindukan senyuman yang pernah terukir di wajah Mir selama ini.”



Leya tak jemu menasihati dan memberikan perhatian kepadaku. Sebagai balasan atas apa yang telah ku berikan padanya sebelum ini. Itu katanya. Tapi bagiku, apa juga tunjuk ajar mahupun pemberian lain untuknya adalah ikhlas sebagai tanda sahabat. Aku tak minta sebarang balasan. Aku benar-benar rasa gembira setiap kali Leya menerima pemberiaanku dengan hati yang paling gembira. Senyum tawanya sudah cukup buat aku berasa puas. Terlefon berbunyi lagi...



Hello.. Assalammualaikum. Hai, ko apa khabar Mir? Apa cerita sekarang?”

Waalaikumsalam. Aku OK aja. Tetap macam tu juga. Dia masih tak beri apa-apa reaksi. Oh ya, aku nak ucap terima kasih kat ko sebab jemput dan hantar aku ke KLIA ya. Ko saja yang sentiasa tunggu aku di sana. Kawan-kawan aku yang lain tak buat macam tu. Malah tunang aku pun tak pernah jemput dan hantar aku. Ni yang aku sayang sangat kat ko ni. Ko sayang aku tak? Hahahahahahah...”

Ha... jangan nak kona-kona pulak. Nak hiburkan hati pun, tanya la soalan lain. Kalau tak sayang, aku tak tunggu ko kat KLIA. Dah la jauh, mahal pulak tu tambang ERL. Tapi sebab ko tak berkira dengan aku kan. Buat apa aku nak berkira dengan ko. Aku tak kisah pun sebab aku pun suka tiap kali jumpa ko. Aku boleh kutuk, aku boleh minta ko belanja aku makan hahahahahahaha.”

Oooo tunggu ada makna lah yer.... Tak kisah lah janji ko tunggu. Tengok lah kot-kot ada rezeki kita untuk bercinta. Kalau aku nak kat ko, macam mana? Ko terima aku tak?”

Hoii..... jangan main-main lah. Aku lempang juga ko nanti. Mulut tu selamber badak aja nak cakap. Shieda tu ko nak letak kat mana? Celah ketiak ko? Tahu la ko frust dengan apa yang Shieda buat kat ko, tapi bagilah masa untuk diri ko berfikir elok-elok. Ni macam orang tak betoi aja. Ko tak boleh hidup tanpa cinta erk? Rileks la kawan.. Tunggulah. Kalau ko dah terdesak sangat, aku terima la ko...”

Betoi ka ni? Kalau macam tu, bila umoq kita dah 30 tahun, kita masih tak ada sesiapa,kita sajalah yang jadi pasangan bercinta nak? Aku serius ni. Kita pun dah saling kenal hati budi kan. So, tak ada susahnya nak ubah status kawan jadi kekasih.”

Lawak giler.... hahahahahahahahaha nak pecah perut aku dengar offer ko. Dah tak ada perempuan lain ka yang ko nak kat aku ni? Layan aja lah kan... Ye lah, aku setuju. Tak setuju kang, kecik hati pulak. Ada juga yang tergolek lagi. Tapi setakat ni, aku nak kalau boleh ko dan Shieda terus lah bertahan OK. Korang pun bukan sehari dua kenal.”

Hey... aku nak tanya ko ni. Serius ya. Aku nak ko jawab jujur. Ko tak ada feel langsung ke kat aku?”

OK.. Jujur aku jawab. Ada!! Aku sayangkan ko sebagai seorang teman yang begitu memahami, yang sentiasa ada di sisi aku di saat aku perlukan teman. Sikap ko yang begitu mengambil berat, jujur, ikhlas dan penyayang memang buat aku tertarik untuk terus bersama ko. Aku mengaku yang aku betul-betul sayangkan ko. Tambah lagi masa aku berdepan satu kes hitam tempoh hari. Ko langsung tak salahkan aku. Sebaliknya ko beri kata-kata semangat, keyakinan buat aku. Malah aku tak tahu tau, kenapa dalam ramai-ramai kawan, ko yang aku pilih untuk aku mengadu. Demi Allah aku berani kata kat ko, hanya ko yang tahu pasal kes tu. Sebab aku percaya ko dan aku yakin ko teman yang amat memahami aku. Tapi kalau feel cinta tu... MAAF aje lah. Sikit habuk pun tak ada. Jangan harap lah aku nak ada feel tu dengan ko hahahahahahaha..”

Sampainya hati ko. Jangan sebarang cakap. Kelak nanti Dia timbulkan rasa tu dalam hati ko, apa ko nak jawab? Tak kan nak jilat balik ludah ko. Aku dah buat istikharah dekat seminggu tapi tak ada tanda pun. Ko rasa kenapa? Aku tak khusyuk ka?”

Sabaq la cik mamat parang kontot oii.... Tak kan semua perkara nak cepat-cepat. Kalut la... Tunggu la. Tak kan ko nak blame Tuhan pulak. Dia tau lah apa yang dia buat. Terus aja solat tu sampai ko rasa ko dapat petunjuk... OK lah Wan, aku nak masuk keje dah ni. Jumpa lain kali erkk.. Banyak lah bersabar orait. InsyaAllah, tiba masa nanti semua akan settle. Bye..”

Hey... Nanti lah. Aku ada satu pengumuman penting yang aku nak bagitau kat ko. Dengar baik-baik tau. Andai kata lah antara aku dan Shieda tidak berpanjangan. Aku nak hantar mak abah aku ke rumah ko. Aku nak mereka merisik ko dan kita bertunang. Lepas tu terus kahwin. Kita bercinta lepas kahwin lah. Lagi bagus kan, sepanjang hayat kita bercinta. Ko setuju tak?”

Andai kata kan... Kalau andai kata tu aku kata OK je. Tapi kalau betoi-betoi aku tak tau nak kata apa. Tengok lah kot hati aku terbuka untuk ko. Kan aku dah kata kita tak mungkin bercinta. Tak kan aku nak kena jilat ludah aku. Tapi kalau jodoh kita, aku terima lah. Ko pun not bad kan. Hahahahahahaha baik orangnya. Cuma aku tak tau kenapa tak dak langsung rasa cinta walau sikit kat ko.”



Tasya juga seperti Leya. Sama seperti Pinki. Cukup baik dan memahamiku. Kenapa Shieda tak seperti mereka? Entah lah, aku pun malas nak memikirkan hal ini lagi. Bagi aku Sheida dah semakin jauh dari pandanganku. Sudah semakin tidak berkepentingan buatku. Cuma tak mahu bertindak terburu-buru. Aku mahu juga mendengar penjelasan dari dia. Penjelasan bertulis darinya. Jangan harap aku mahu menelefon atau SMS dengannya. Tak mungkin. Biar dia yang berusaha untuk memperbetulkan apa juga kekusutan yang dia sendiri cipta. Aku tak akan memulakan langkah itu. Bukan aku yang salah dan bukan juga aku yang mencipta permasalahan ini.

Satu SMS masuk. Dari nombor yang tidak ku kenali tapi ayatnya meninggalkan tanda tanya... “oh my luv, my darling, i’ve hungered 4 ur touch, a long2 time, n time goes by so slowlt, n time can do so much, are u still me? i need ur luv God speed ur luv 2 me...



Aduhai nasib badan... Siapa pula yang memberikan SMS semacam ini? Nak kata Shieda? Tak mungkin sebab nombor yang tertera tiada dalam simpanan memori handset ku. Nak kata Alia pun tidak. Leya? Bukan juga sebab Leya tak guna nombor line KL. Pinki? Tak juga.. Pinki pun menggunakan nombor Sarawak. Mungkin ada yang sengaja nak mengusik aku lagi Malas aku nak melayan. Kalau dilayan makin menjadi kelak. Aku sekarang tengah berperang bukan bersuka ria. Tapi aku rasa ini msg dari Alia. Dia memang suka mengusik aku dengan ayat-ayat jiwa tapi guna nombor kawan. Tak kisahlah. Aku tetap melayan aja tapi nak kata aku memberi perhatian serius maaflah sebab aku tak berminat nak bermain-main dengan orang yang tak berani berdepan.



Shieda terus membisu. Aku semakin keresahan menanti jawapan darinya. Tapi aku tetap sabar. Aku yakin masanya akan tiba juga nanti. Atau aku yang perlu membuat kata putus? Tak perlu menunggu apa kata Shieda. Hak ada pada aku sebab Shieda yang memulakan segalanya. Dia yang tidak jujur pada aku. Bukan aku. Tapi bagaimana perasaan Shieda jika aku membuat keputusan yang tak akan memihak kepadanya? Kecewakah dia? Sedihkah dia? Bagaimana kalau dia gembira dan ketawa? Bagaimana pula perasaan Haji Malek? Mak abah aku? Dan orang lain? Setiap deringan telefon aku nantikan. Aku mengharapkan panggilan dari Shieda. Tapi pagi itu panggilan yang tidak diundang datang lagi. Aku rasa aku dah tahu siapa. Tapi tak berani nak menuduh selagi tak cukup bukti.



Hello hero kita... Apa khabar? Masih nak jadi hero ya? Kau dengar sini? Kau dah menghancurkan projek aku. Kau dah hancurkan hidup aku. Dan kau akan merasa apa yang aku rasa. Malah kau dah mula merasainya kan. Tunang kau dah buat perangai kan. Dia dah ikut jantan lain. Padan muka kau. Itu baru permulaan. Aku akan hancurkan hidup kau! Hero sial!!

Hei... Kau nak apa lagi ni? Memang patut pun kau terima nasib macam tu. Kau tu penyangak. Cuma fikir perut sendiri. Pergi mampus lah orang macam kau. Ingat aku takut? Ingat kau saja yang licik?”

Hey kawan.... Cool man... Relax... Aku dah cakap kan. Ini hanya permulaan buat kau. Aku akan pasti kan kau tak mampu bangun lagi selepas kau aku jatuhkan. Ini sumpah aku. Ingat baik-baik.

Jantan sial macam kau patut mati sebelum lahir lagi. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Pergi jahanam lah kau.”

Hai... hero kita sudah marah? Hahahahahaha... Aku belum puas hati selagi tak tengok kau hancur. Banyak lagi suprise yang aku nak berikan buat kau hero kampung. Supaya gelaran jantan sial yang kau berikan pada aku benar-benar bertepatan. Hahahahahaha.”



Panggilan misteri ini benar-benar mengganggu aku yang dah sedia terganggu. Apa lagi yang dimahu-kan oleh jantan keparat tu? Masih berdendamkah dia dengan aku? Bagaimana dia dapat tahu aku yang memecahkan tembelangnya pada Haji Malek? Atau ada orang yang memberitahunya? Aku kenal benar Zulkhusmi. Di mana-mana saja, pasti ada tali barutnya. Tapi apa kaitan dia dengan apa yang aku lalui kini? Apa kaitan dia dengan perubahan sikap Shieda?



Mir... Kenapa ni? Runsing semacam aja Leya tengok? Ada apa-apa yang tak kena ke?”

Ye... Mir panggilan ugutan dari bekas tunang Shieda. Dia nak hancurkan Mir. Malah dia kata pada Mir, Shieda berubah pun disebabkan dia. Dan itu baru permulaan. Apa agaknya yang dibuat oleh dia sehingga Shieda berubah?”

Mungkin...... Surat layang? Malangnya Shieda percaya. Sebab tu dia berubah? Atau mungkin Shieda jadi mangsa sihir? Ubat guna-guna? Siapa tahu kan. Manusia yang berhati busuk ni, sanggup buat apa sahaja asal dia rasa puas hati.”

So... Apa yang patut Mir buat sekarang ni? Call Shieda? Tanya kenapa dia berubah?”

No... Jangan terburu-buru. Beri masa Shieda fikir sebab Mir dah terangkan segalanya kan dalam surat Mir. Terpulang kepada Shieda sekarang sama ada mahu percaya atau tidak. Banyak-banyak bersabar dan berserah pada Yang Kuasa okey... Minta doa dan petunjuk agar Dia melindungi Mir dari sebarang malapetaka, dari niat jahat orang...”

Sebut pasal petunjuk... Semalam Mir rasa semacam ada sesuatu tapi Mir tak pasti apa. Malah, masa Mir tidur pun Mir dapat rasa benda tu berulang. Adakah ini satu petunjuk dari Dia?

Apa yang Mir nampak? Apa yang Mir rasa?”

Mir nampak gambaran sesorang. Tapi tak jelas. Yang pasti bukan dia Shieda. Tapi salah seorang yang dekat dengan Mir. Tapi Mir tak pasti siapa. Mir cuba lihat tapi tetap tak jelas....”

Alhamdulillah, Mir semakin hampir nak dapat tahu dari Dia. Secara jujurnya, sekarang Mir yakin yang Shieda bukan milik Mir. Tuhan sendiri menutup wajah Shieda dari pandangan Mir. So, Mir boleh fikir sendiri lah apa yang seharusnya Mir buat. Terus menunggu atau apa saja yang Mir rasa perlu. Bagi Leya, ianya kian jelas. Shieda sebenarnya bukan insan yang ditentukan buat Mir.”

Entah, Mir tak pasti. Tapi Mir rasa yakin yang sikit masa lagi, Mir akan tahu siapakah orang yang digambarkan Tuhan buat Mir. Mungkin Leya. Mir tak pasti. Cuma, Mir akan terima siapa juga yang ditunjukkan oleh-Nya kelak. Dia tak kan menipu Mir. Tak kan menipu hamba-hamba-Nya. Andaikata Leya yang ditunjukkan Tuhan, sudikah Leya menerima Mir?”

Mir... Kalau lah Mir memilih Leya sebagai teman hidup Mir, Leya akan menjadi manusia paling ceria dan gembira di muka bumi ini. Siapa yang mahu menolak insan sebaik Mir? Bukan Leya terdesak atau mengharapkan Mir memilih Leya. Just andai kata Mir memilih Leya, inilah jawapan yang dapat Leya berikan buat Mir. Leya akan menerima dengan penuh syukur. Cuma....”

Cuma apa Leya? cakap lah.”

Mir buat lah pilihan terbaik. Andai kata Leya menjadi pilihan yang paling akhir pun Leya tak kisah. Leya tak langsung mengharapkan Mir memilih Leya. Mir ada hak untuk menentukan pilihan Mir dan masa depan Mir sendiri. Tapi Leya sentiada di sisi Mir. Don’t worry about that. What ever happen, you and me still together ever after. Kita sahabat terbaik dan teristimewa dunia dan akhirat kan.”



Kian hari, kian kusut permasalahan yang aku hadapi. Konflik dengan Shieda belum selesai, dah tiba masalah dengan bekas tunang Shieda. Buat aku semakin hari semakin letih. Mahu sakit jiwa aku jika berterusan begini. Aku semakin kalut. Sudahlah kerja di pejabat kian bertambah. Ya Allah Ya Tuhan ku, mengapa aku diuji sebegini Ya Allah. Aku tak termampu lagi menanggung semua ini. Kau bantu-lah aku Ya Rabbal Alamin. Minggu depan aku dan Leya akan ke Kuala Lumpur untuk satu mesyuarat lembaga di ibu pejabat. Aku harap dapat bertemu Shieda dan menyelesaikan sengketa yang masih tak nampak jalan pengakhirannya. Sepanjang tempoh ini, aku sibuk untuk membuat persediaan untuk ku bawa ke sana. Aku perlu membentangkan laporan prestasi syarikat di bawah seliaanku.



Malam itu aku terus seperti malam-malam sebelumnya. Sujud memohon kehadrat Ilahi agar petunjuk jelas diberikan padaku. Dan apa yang aku mahu akhirnya ku perolehi jua. Tuhan Yang Maha Agong telah memberikan akan petunjuk itu. Kepada siapa yang harus ku beritahu? Shieda tunangku atau Leya dan Alia sahabat terbaik ku? Atau keluarga ku? Atau tak siapa antara mereka?



Hey, macam mana kau boleh dapat nombor telefon aku ni? Aku buat report baru kau tahu.”

Cool man... Tak kan hero macam awak dah rasa gelabah dapat panggilan dari aku? Dah tak ada taringkah hero kita ni? Hahahahaha. Dengar sini baik-baik.. Minggu depan aku ingatkan kau supaya berhati-hati. Aku dah sediakan buah tangan untuk kau bawa pulang. Itu pun jika kau ada kesempatan untuk merasainya. Berhati-hati... Berhati-hati... Hahahahahahahahahahaha”



Apa semua ni? Kenapa harus aku rasai sebegini? Apa yang harus aku buat sekarang ni? Arghhhhh.. Apa maksud buah tangan untuk aku? Malapetaka lagikah? Tolong lah aku manusia jahanam. Jangan kau kusutkan lagi akal ku dengan ugutan sialmu. Jangan kau sesakkan lagi dada ku dengan amaran bodoh mu. Kau fikir aku takut? Negara kita ada undang-undang. Hidup kita ada pegangan.



Encik Mir, pihak polis akan menyiasat perkara ini secepat mungkin. Dalam pada itu, pihak kami amat memerlukan kerjasama sepenuhnya dari pihak Encik supaya penyiasatan ini berjalan dengan lancar. Sambil tu, kami nasihatkan Encik Mir agar sentiasa berhati-hati. Manusia yang berdendam ni, sanggup buat apa sahaja. Kalau ada rasa apa-apa yang kurang baik segera berhubung dengan pihak polis segera. Sudah menjadi tanggungjawab pihak kami untuk membantu orang awam.”

Terima kasih encik. Saya akan memberikan sebarang bentuk kerjasama.”



Laporan polis sebagai langkah paling akhir yang mampu aku lakukan kini. Petang itu aku terus bertolak ke Kuala Lumpur. Leya turut serta dan sememangnya aku dan dia menuju destinasi yang sama. Jadi tak salah jika kami beriringan. Di dalam pesawat aku cuba menyatakan sesuatu kepada Leya. Mengenai petunjuk yang aku perolehi. Aku yakin Leya akan memahami...



Baguslah... Kini Mir dah tahu siapa sebenarnya yang ditetapkan Dia buat Mir. Bukan Shieda kan. So sebagai teman, Leya rasa kembalinya Mir ke semenanjung ni, baik disettlekan segera hal ni dengan Shieda. Lagi ditangguh pun tak elok juga. Tak perlu lah menunggu penjelasan dari dia. Mir kena fikir diri Mir sekarang ni. Bagi Leya, nak tengok Mir yang Leya kenal dulu. Seorang yang amat ceria dan sentiasa tersenyum. Leya impikan wajah Mir yang dulu.”

Ya... Mir akan jumpa Shieda nanti dan akan beritahu keputusan muktamad Mir. Pada Tasya juga Mir akan beritahu keputusan ni. Hope dia tak terkejut dan dapat menerima. To you Leya... Terima kasih banyak ya. Leya sentiasa di sisi Mir. Hope satu masa kelak Leya juga juga akan ceria OK. Ceria seperti mana insan lain. Tak mahu hanya ceria di depan orang tetapi hati dalam tu menangis dan meratap. Berilah peluang untuk hati Leya merasai kasihi sayang insan lain. Yang dah pergi tetap akan pergi dan tak kan kembali. Hidup kita ni mesti diteruskan.”

Leya dah cukup gembira sejak bersama Mir tau. Malah hati Leya dah terbuka luas sejak bersama Mir. Leya tak tipu. Leya dah rasa happy sangat-sangat kini. Walaupun kita hanya sahabat tapi Leya dapat rasakan kebahagiaan yang hakiki sejak bertemu Mir. Dan Leya tak kisah jika tak punya sesiapa pun selagi Leya ada teman sebaik Mir. Leya rasa hidup Leya dah lengkap.”

Leya... Apa maksud Leya?”

Leya mengakui yang Leya amat sayangkan Mir, kasihkan Mir dan rindukan saat-saat sebegini. Sentiasa di sisi Mir. Dengan Mir, Leya rasa tenang, rasa diri diberikan perhatian, disayangi dan dihargai. Tapi Leya pasti rasa ini bukannya cinta. Leya tak mungkin menyintai Mir sebab Leya tahu yang kita ditakdirkan Dia sebagai dua sahabat terbaik dan teristimewa dunia dan akhirat. Sebab tu Leya rasa gembira bila melihat Mir gembira. Tetapi sedih sangat bila Mir turut bersedih.”

Leya mahu bersama Mir ke? Leya ada menyimpan hasrat untuk hidup bersama Mir ke? Beritahulah terus terang dengan Mir ya. Mir sedia mendengar dan menerima setiap kata-kata Leya.”

Setiap kali solat Leya berdoa agar Mir sentiasa dilindungi oleh-Nya. Mir akan sentiasa gembira dan tenang. Leya mohon agar ikatan persahabatan kita ini akan kekal begini tak kira walau apa yang berlaku kelak. Sama ada hati dan diri Mir dimiliki oleh insan lain, Leya tak kisah. Leya tetap nak kita kekal mesra bahagia seperti mana kini. Leya tetap nak Mir jadi matahari Leya. Menyinari hidup Leya. Melampaukah permintaan Leya pada Mir?”

Tak salah dan Leya boleh minta apa sahaja. Itu hak Leya. Tapi apa yang Leya beritahu MIr ni amat mengejutkan Mir. Sampai sebegitu tinggi harapan dan pengiktirafan Leya pada Mir. Mir terharu sangat mendengarnya. Kalau boleh Mir nak balas setiap apa yang Leya harapkan tapi mana mungkin kan. Tapi Mir pun serba kekurangan. Mir cuba setakat yang Mir mampu.”

Leya tak minta Mir berikan segalanya. Cuma jangan pinggirkan Leya kelak. Please.. Leya perlukan Mir sebagai pembakar semangat Leya. Mir buatlah apa sahaja, pergilah ke mana sahaja tapi jangan lupakan Leya. Sebab Leya tidak akan sesekali melupakan Mir.”

InsyaAllah Leya.. Mir janji akan cuba untuk terus mengekalkan ikatan kita ini. Mir akan usaha agar Mir boleh terus menjadi matahari buat Leya. InsyaAllah Leya.”



Ku genggam erat jemari Leya. Betapa hebatnya perasaan Leya terhadap ku. Dan aku tak pasti sama ada aku mampu untuk menerima semua pengharapan yang disandarkan Leya buatku. Luahan hati Leya memang mengejutkan aku. Tak sangka sebegitu tinggi letaknya aku pada dirinya. Betapa pentingnya aku buat dirinya. Malah aku tertanya-tanya bila Leya beriya mengatakan yang dia mahu mendambakan dirinya buat ku. Dia mahu aku sedar yang aku boleh mengharapkan dia untuk apa juga. Baginya aku ini ibarat dirinya. Kesakitanku, merupakan kesakitan buat dirinya jua.



Begitu juga dengan kegembiraanku, sudah pasti menjadi kegembiraan berganda buatnya juga. Kalau lah aku mampu untuk melakukanya, dah lama aku lakukan agar impian Leya menjadi realiti. Tapi aku tak mampu. Malah Tuhan sendiri dah menunjukkan aku siapa yang ditetapkan buat ku. Jodohku telah ku ketahui dan kini aku hanya menanti masa untuk aku luahkannya kepada yang berhak. Aku harap dia akan menerima aku.



Leya meminta izin untuk ke bilik air sebentar. Aku ambil kesempatan ini untuk berSMS dengan Pinki.



Pinki... Buat pe tu? Mir on the way nak p KL ni. Mir nak jumpa Shieda n settle problem cepat2. Malas nak tunggu lama2. Mir nekad nak putuskan ikatan kami. Mmg Mir syg dia tapi x ada guna kalau MIr aja syg tapi dia x punya rasa yg sama mcm Mir rasa.”

Yeyyyy... Pinki ada peluang x macam tu? Terima lah Pinki Mir... Pinki pandai masak.. Pinki pandai mjahit... Pinki pandai menyanyi... Pinki pandai mengemas rumas. Suma Pinki pandailah.. Dah lah tu, Pinki ni AYU pulak tu hahahahahahahaha. Aikk diam aja.. Tak lawak ke? Malunyer...;-0”

Pinki oh Pinki x abis abis nak mengusik Mir. Nasib Mir ni jenis x kisah. Kalau x, mau merajuk 7 keturunan. Baru Pinki tau. Pinki dah la x pandai nak memujuk.”

Ye lah... Pinki tak tahu memujuk? Mana tau? Belum try lagi kan? Eh Mir, Pinki ada kerja sikit jumpa lain kali ya. Take Care, settle baik2, tetapkan pendirian and remember me. Muuuuuuah. Akum..”



Sepanjang perjalanan, aku dan Leya tetap seperti biasa. Masing-masing melayan perasaan. Telefon berbunyi lagi. Aku menjawab panggilan dengan berhati-hati.



Ya... Saya Mir. Siapa ni?”

Saya isteri Syafee. Saya nak beritahu yang Syafee sekarang ni di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia dibelasah 15 lelaki. Kami tak tahun siapa. Tapi Mir ada kata dia dengar orang yang pukul mereka tu kata inilah akibatnya nak tunjuk hero. Saya tak tahu apa maksudnya.”

Ya Allah... So, macam mana keadaan Syafee la ni?”

Masih di ICU. Dah 2 hari tak sedar diri. Terkejut juga sebab masa balik dari KK dia gembira betul. Mana tak nya. Dapat jumpa kawan-kawan lama masa mesyuarat lusa. Tapi tak sangka pula nak jadi macam ni. Syafee adsa musuh ke Mir?”

Entah lah. Setakat yang saya tahu dia tak ada mmusuh. Orang macam Mir siapa yang sanggup nak bermusuh dengan orang baik macam dia. Apapun, Mir harap Syafee segera sedar. Hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.”



Aku tersandar. Mata ku pejam rapat-rapat. Leya juga hanya mampu memerhatikan aku. Tak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.



Kenapa Mir?”

Zul makin menjadi-jadi. Dia dah hantar orang-orang dia belasah Syafee, MD kita di KK. Kawan Mir tu yang dapatkan maklumat tentang dia. Bermakna dia dah tahu siapa yang merosakkan rancangan dia untuk melingkupkan Shieda dan Haji Malek. Dendam dia tak pernah padam. Mir nak Leya pun selalu berhati-hati okey. Sebab Mir rasa dia akan musnahkan semua orang yang rapat dengan Mir, dengan Shieda dan semua yang telah memusnahkan rancangan jahatnya.”

Mungkin tak apa yang terjadi pada Tasya dulu pun angkara dia?”

Mungkin... Apapun kita kena berhati-hati selalu. Tak mahu berlaku lagi perkara yang tidak baik.”



Sampai di pusat bandaraya aku mengajak Leya minum petang di Hotel Vistana. Tempat yang pasti ku tujui setiap kali aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Tempat bermulanya langkah kananku. Leya mencuit bahu ku seolah memberitahu sesuatu. KU perhatikan ke arah yang dimaksudkan. Memang benar ada kelibat dua lelaki yang sejak dari KLIA mengekori kami.



Kita call polis Mir. Leya takut lah kalau mereka bertindak sesuatu yang di luar dugaan.”



Kebetulan sedang kami bercakap-cakap sebuah kereta peronda mendekati perkarangan hotel. Aku berlagak sepertio mahu mendekati anggota polis tersebut. Sekejap sahaja kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Lega aku rasakan. Sesudah menempah bilik aku menikmati minuman petang bersama Leya. Perbincangan lebih tertumpu kepada mesyuarat yang akan berlangsung esok.



Malam itu kami berjalan-jalan sebentar di sekitar Bukit Bintang. Tetap sama seperti dulu. Malamnya tetap meriah. Manusia di sini bagai tak tidur. Sentiasa bergerak ke seluruh ruang. Selangi ada jalan dan lorong, semuanya penuh dengan deretan manusia. Kami minum di Cafe berdekatan sambil mata meliar melihat sekumpulan remaja beraksi. Menarik dan beraksi ala break dance dan hip hop. Terasa malu pabila melihat warga asing menggeleng kepala melihat aksi sumbang mereka. Rasa terpukul bila memikirkan yang orang asing pun tertanya-tanya inikah budaya anak muda negara yang terkenal dengan adab sopan ketimuran.



Jam 2 pagi aku mendapat panggilan telefon. Leya menelefon aku. Kenapa? Aku runsing seketika.



Mir... datang bilik Leya sekejap boleh tak? Leya rasa tak sedap badan. Kepala pening sangat. Tolong yang datang sekejap Mir. Please... Sakit sangat-sangat.”

Kenapa ni Leya? Tunggu, Mir datang sekejap lagi.”



Terus aku ke bilik Leya setelah dia mengadu sakit dan pening. Siapa lagi yang nak diharapkan saat ini selain aku. Sampai sahaja ke bilik Leya aku lihat mukanya begitu pucat. Leya termuntah di katil. Aku segera menelefon receptionist meminta bantuan untuk memanggil doktor. Aku picit kepala Leya sementara menanti bantuan. Leya menggenggam erat tangan ku sambil merintih. Aku terasa kasihan benar melihat sengsara yang ditanggung Leya saat ini. Ku usap rambut Leya dan membisikkan ke telinganya agar bersabar. Jawapan yang ku terima tetap sama. Leya sakit...



Pintu diketuk. Segera ku buka pintu. Aku terkejut. Bukan doktor yang ada di depan ku kini. Tapi...

Assalammualaikum encik. Kami dari Pejabat Agama. Kami mendapat laporan ada kes maksiat di bilik ini. Perbuatan encik ini boleh menimbulkan syak dan dikatakan berkhalwat.”

Tapi encik... Saya datang untuk membantu kawan saya ni sakit. Encik boleh lihat sendiri.”

Kami hanya menjalankan tugas. Oleh sebab pasangan encik sakit, pihak kami membenarkan encik membawanya ke klinik untuk rawatan. Tetapi, sila hadir ke pejabat agama esok untuk membantu siasatan kami. Jika tidak, encik boleh di dakwa.”

Baik encik. Kami akan hadir ke pejabat encik esok.”



Ya Allah, dugaan apakah ini yang kau timpakan buatku. Kenapa si bangsat itu sanggup perlakukan aku sebegini rupa. Kenapa Leya harus dilibatkan bersama. Leya hanya mampu menangis. Malam itu aku membawanya ke klinik untuk rawatan.



Encik Mir, isteri encik Mir...”

Maaf doktor. Dia rakan sekerja saya. Bukan isteri.”

Oh, maaf... Rakan encik Mir stabil sekarang. Hasil analisis yang kami lakukan, didapati rakan encik telah diracun. Ada apa-apa yang rakan encik makan sepanjang 12 jam tadi?”

Kami minum petang di hotel kemudian malamnya kami makan di cafe berdekatan Bukit Bintang.”

Mungkin rakan encik termakan atau terminum racun semaka menikmati makan di cafe tersebut.”



Aku cuba mengingati semula apa yang kami nikmati di cafe tersebut. Aku hampir dapat meneka.



Doktor... Mungkin disebabkan minuman yang dia minum. Sebenarnya air yang diminumnya sepatut-nya saya yang minum. Saya order air tu. Tapi tertukar semasa kami asyik memerhati break dance. Bila sedar, kami tak kisah lah. Terus minum saja.”

Oh.. Mungkin dari situ lah. Tapi, encik tak perlu bimbang. Keadaannya sudah stabil dan boleh keluar dari wad esok pagi sekiranya menunjukkan perkembangan positif.”

Terima kasih doktor. Boleh saya berjumpa dengan dia?”

Boleh. Silakan..”



Aku hampiri Leya yang masih lagi lemah. Leya tetap usaha memberikan senyuman padaku. Aku duduk di sisinya. Rambutnya ku usap perlahan. Jemarinya ku ramas penuh sayu. Aku tak tahu apa lagi yang harus ku katakan. Kerana aku Leya menanggung derita malam ini.



Leya... Jantan jahanam tu yang buat Leya jadi begini. Ingat lagi tak... Air Mir yang Leya minum tadi. Mir yakin ada seseorang yang masukkan racun ke dalam air tu. Sepatutnya Mir yang terbaring di sini bukan Leya. Maafkan Mir ya Leya.”

Mir... Dah takdir nak jadi begini. Apa yang boleh kita buat? Sabar lah. Tuhan akan membalas semua yang berlaku ini. Yakinlah pada ketentuan Ilahi ya. Jangan cepat menyalahkan diri. Leya dah okey. Apa yang terjadi di hotel semalam pun Leya rasa sudah dirancang. Tak pe lah. Esok kita sama-sama ke pejabat agama ya. InsyaAllah, semuanya akan berakhir dengan baik. ”

Harap-harap begitu lah. Okey, Leya tidur lah. Leya kena berehat. Leya lemah lagi ni. Biar Mir jaga Leya malam ni. Tidur ya.”



Leya memejamkan mata. Aku cuba menghubungi Pinki. Namun tiada jawapan. Panggilan aku pun tak ada jawapan. SMS tak berbalas. Mungkin dia sibuk agaknya. Tasya... Aku menghubungi Tasya.



Waalaikumsalam... Ni apa kes? Col aku pagi-pagi buta. Rindu kat aku ke? Tunggu lah matahari naik dulu. Aku bukan nak ke mana pun.”

Tasya......”

Eh... Ko kenapa ni Mir... Ada apa-apa yang tak kena ke? Suara lain macam saja. Ko kat mana ni?”

Aku kat Klinik Bersatu, Bukit Bintang. Leya kerancunan. Aku ada hal penting nak cakap dengan ko. Boleh tak ko datang sekarang ke sini? Aku amat-amat perlukan bantuan ko.”

OK.. OK.. Ko tunggu aku. Aku datang sekejap lagi.”

Thanks Tasya...”



Selang 30 minit, Tasya sudah ada di depan aku. Aku mengajaknya berbual di luar. Tak mahu nanti tidur Leya terganggu. Aku perlu meminta pandangan Tasya saat ni. Terlalu banyak perkara buruk yang berlaku dalam masa sehari dua ini.



Ya Allah... Macam mana boleh jadi sampai macam ni. Kalau Shieda tahu ko di tangkap khalwat ni, aku pun tak tahu apa akan jadi. So, aku rasa better esok ko pergi pejabat agama, bawa sekali report Leya sebagai bukti yang dia memang sakit malam tu dan ko datang untuk membantu. Pastu pergi buat laporan polis lah. Kalau dibiar nanti, makin berani pula jantan keparat tu.”

Thanks Tasya. Aku harap pihak pejabat agama akan menerima alasan kami. Malu aku kalau disabit-kan dengan kes khalwat ni. Mana aku nak letak muka aku ni Tasya. Kasihan Leya. Kenapa dia mesti dilibatkan sekali dalam hal ni. Tak cukupkah dengan Syafee dibelasah, hubungan aku dengan Shieda bagai retak menanti belah. Apa lagi yang dia mahu?”

Ko nak tahu? Kebun durian ayah Shieda di bakar dua hari sudah. Habis semua pokok-pokok yang tengah berbunga. Tapi mereka dah buat laporan polis.”

Aku harap keraparat tu dapat diberkas secepat yang mungkin. Lagi dibiar bebas, entah apa lagi yang dia akan buat. Aku pun dah letih dengan semua ni Tasya.”

Sabar lah. OK, ko pergi la balik tidur. Biar aku jaga Leya.”

Tak pe, biar aku jaga dia. Lagipun ini first time ko dapat lihat wajah si Leya kan. Selalu aku dok cerita tentang dia kan. Pagi esok ko boleh kenal-kenal dengan dia.”

Cantik... Sesuai dengan ko lah.”

Banyak lah ko. Aku nak kat ko bukan kat dia.”

Amboi-amboi... Habis tu Shieda ko nak letak kat mana?”

Letak ke tepi. Dia tu tak layak untuk aku.”

Tak baik ko cakap macam tu kat dia. Kita kena tunggu dan dengar dulu penjelasan dia. Mungkin dia ada sebab mengapa dia berubah macam tu. Jangan terus menghukum tanpa usul periksa.”

Nak periksa apa lagi? Aku sendiri yang tengok depan mata kepala aku sendiri. Tergedik-gedik berkepit dengan jantan mana, aku pun tak tahu la. Aku dah tawar hati untuk bersama dia ko tau..”

Sabar.. Jangan terlalu mengikut emosi. Kelak nanti, merana sendiri. Tunggu weekend ni kita jumpa.”



Petang itu, aku, Leya dan Tasya datang ke pejabat agama. Mahu diselesaikan segera kemelut yang berlaku. Kalau tak bersalah buat apa nak takut. Hampir sejam bersoal jawab, keputusan di capai.



Encik, pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam tadi. Pegawai saya menjalankan tugas mereka berdasarkan laporan. Apapun, pihak kami menasihatkan encik agar berhati-hati sebab memang menjadi satu kesalahan di bawah enakmen perkara syariah jika lelaki dan perempuan duduk dalam bilik atau ditempat sunyi. Kita tahu niat kita, tapi orang lain mungkin tak berfikiran macam tu.”

Terima kasih encik. Saya juga memohon maaf atas kesulitan ini. Kami tak pernah terfikir pun untuk berkelakuan tak senonoh macam tu. Kalau betul-betul nak, biarlah dibuat secara baik. Kita ada adab dan adat yang harus diikuti.”



Sebaik sahaja meninggalkan perkarangan pejabat agama, kami balik ke hotel Vistana semula. Aku lega seperkara telah selesai. Aku mahu balik berehat di bilik.



Tasya... Leya nak ucapkan terima kasih sebab turut sama menjaga Leya malam tadi di klinik. Hari ni pun terpaksa ambil cuti untuk bersama-sama kami.”

Tak pe la Leya... Ini namanya kawan. Sekurang-kurangnya Tasya dapat kenal Leya kan?”

Tasya, aku dah book bilik untuk ko. Sebelah bilik Leya. Ko stay kat hotel lah sampai weekend ni ya. Lusa Shieda pulak datang. Bila lagi nak merasa stay kat hotel 5 star kan. Free pulak tu. Ko pun boleh temankan Leya. Aku nak balik bilik lah. Nak rehat sebentar. Esok ada tugas penting di head office.



Tiba hari yang ditetapkan, mesyuarat agong MIH diadakan di bilik menyuarat MIH. Sudah jauh berbeza dengan keadaan yang aku tinggalkan setahun yang lalu. Leya begitu profesional. Tak langsung dia mencampur aduk hal peribadi dengan kerjayanya. Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Pengurusan MIH berjaya dilaksanakan dengan baik. Dato’ Karim begitu gembira dengan apa yang berlaku kini. Sebagai bukti, Dato’ Karim telah mengumumkan pemberian bonus khas buat semua kakitangan. Aku turut gembira kerana amanah dan kepercayaan yang diberikan Dato’ Karim mampu aku laksanakan dengan baik. Leya memang hebat. Dia mendapat pujian menggunung dari semua perwakilan. Aku lihat dia tenang sahaja menerima pujian dan penghargaan. Dan setiap kali dipuji, setiap kalki itulah namaku dijulang sebagai penunjuk ajar dan pembakar semangat.



Selesai mesyuarat, aku aturkan satu pertemuan antara bersama Shieda, Leya dan Tasya dan aku mahu mengaja Pinki sekali. Mereka semua mempunyai kepentingan dengan keputusan yang bakal ku buat. Aku mahu luahkan segalanya malam ini tentang keputusan ku. Dan aku telah sedia menerima apa juga reaksi mereka. Marah, kecewa, suka atau apa sahaja. Aku membuat tempahan empat bilik hotel di Hotel Vistana. Biar mereka rasa selesa dengan suasana disekeliling. Aku mahu nmereka semua ada bersama-sama aku lusa.



Hanya Leya yang tahu apa keputusan ku sebab aku telah menyatakan kepadanya semasa dalam perjalanan. Bagi aku Leya cukup istimewa. Begitu juga Alia. Sangat istimewa bagiku. Hal yang serupa dengan Pinki. Begitu istimewa buat ku. Shieda? Dulu memang dia begitu istimewa. Malah yang paling teristimewa. Tapi tidak kini mungkin tidak lagi. Aku bernasib baik semua jemputan yang aku hulurkan diterima. Sementara menanti detik itu tiba, aku mengajak Leya berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Aku meminjam kereta syarikat untuk membawa Leya bersiar-siar di ibu kota. Aku mahu menghiburkan hati bersama Leya. Aku lihat Leya juga begitu gembira. Aku rasa tenang sangat selepas aku mengetahui apa yang bakal ku lakukan nanti. Apa lagi aku ditunjukkan oleh-Nya siapakah insan yang ditetapkan buat ku sebagai teman ke akhir hayat. Yang pasti bukan Shieda.



Leya tolong pasang tape. Carilah tape apa-apa pun. Yang slow rock tau..”



Leya patuh dengan arahanku. Hatiku tiba-tiba berdebar. Ketika Leya menunduk untuk mencari tape di laci, aku terpandang kepada rantai yang dipakai oleh Leya. Aku tertanya-tanya, bagaimanakah rantai itu ada padanya? Mungkinkah Leya... Aku cuba mengingati kembali klu yang ada untuk ku dapatkan satu kepastian. Namun, aku sembunyikan setiap persoalan yang timbul dari pengetahuan Leya. Satu rancangan perlu ku aturkan supaya persoalan pang berlegar dalam kepala ku ini mampu dileraikan dengan satu jawapan pasti.



OK tak lagu ni? Kumpulan UK’s. Leya minat sangat lagu ni. Di sana Menanti, Di Sini Menunggu”

OK... Menarik lagu tu kan.”



Di tengah-tengah bandar, aku mengajak Leya ke KFC. Aku sebenarnya ada satu plan yang tiba-tiba ku terfikir. Aku pasti, tindakan ku ini akan ada hasilnya.



Mir nak call Dato’ Karim kejap. Mir nak beritahu dia yang kita nak datang rumahnya malam nanti.”

Okey. Leya pun teringin juga nak ke sana. Mana tahu Leya boleh tengok album arwah Tina.”



Aku mencapai telefonku dan menenkan nombor. Menanti jawapan membuatkan hatiku berdebar. Tak lama kemudian, talian ku disambungkan dan serentak itu handset Leya berbunyi. Aku memandang Leya dan dia tak terkata apa. Aku terus membiarkan ia berbunyi. Sehingga talian terhenti. Leya tidak bersuara langsung. Aku mengambil handset di tangan Leya dan aku menekan untuk mengetahui siapa yang membuat misscall kepadanya. Ternyata nombor ku tertera di skrin. Aku memandang Leya

Dalam-dalam. Leya memerhati aku sebelum menundukkan mukanya. Aku berhentikan kereta di tepi jalan. Terasa tidak selesa untuk berdepan situasi ini jika mata dan akal tidak dapat ditumpu ke jalan raya. Natijahnya cukup besar jika berlaku apa-apa.

Leya... Pinki... dua nama, satu jiwa.”

Mir.... Leya minta maaf. Leya berbohong dengan Mir selama ini tentang Pinki. Bukan niat Leya nak buat begitu tapi Leya tak mahu Mir mengetahui Pinki tu sebenarnya Leya. Memang Leya akan dedah identiti Pinki bila tiba masanya kelak. Tapi bukan sekarang ini. Leya masih belum bersedia lagi untuk memperkenalkan siapa Pinki pada Mir. Macam mana Mir boleh tahu hal ni?”

Tu.... Rantai di leher Leya... Mir ternampak masa Leya tunduk mencari tape lagu tadi.”



Leya meraba lehernya. Baru dia tersedar yang dia terlupa untuk menyembunyikan rantai itu dari aku kali ini. Selalunya dia akan pastikan rantai itu tersimpan rapi.

So, hari ini Mir telah kenali Leya dan Pinki. Terjawab sudah persoalan Mir kan, siapa Pinki? Lega hati Mir tau dapat kenali Pinki... Kenali Leya... Gembira sangat.”

Ye ke? Mir tak marahkan Leya?”

Kenapa mesti Mir marah? No need lah Leya. Sebenarnya pertemuan ini amat bermakna. Walaupun Pinki sebenarnya tak wujud, tapi sekurang-kurangnya Mir punya kesempatan untuk mengenalinya.”

Macam mana dengan cabaran Mir pada Pinki? Mir kata hari tu kalau Pinki mampu jadi yang top dalam MIH, Wan akan peluk cium Pinki depan staff? So, sekarang Pinki memang dah lama jadi yang the top kan. Cuma hari ni, baru Mir tahu. Sedangkan Pinki dah lama tahu.”

Hey.. Yang the top tu Leya ye. Not Pinki. Okeylah, Mir tetap laksanakan bila kita balik ke MIH. Biar heboh satu kompeni yang kita ada skandal hahahahaha...”

Tak nak lah Mir, malu la Leya... Tapi Leya nak Mir buktikan pada Leya sekarang, yang mana Mir tak buat cabaran dengan tujuan main-main pada Pinki. Tapi Mir benar-benar serius.”

Baik lah.... Boleh. Mir tak kisah pun asal kan Pinki mahupun Leya happy.”



Aku mendekati Leya. Ku genggam jemarinya dan ku rangkul pinggangnya. Di depan beberapa orang yang sedang menikmati KFC, mereka semua menyaksikan adegan percuma. Aku memeluk erat-erat tubuh Leya. Aku membisikkan di telinganya bahawa aku amat gembira mengenali dia dan Pinki. Agak lama aku memeluknya baru ku lepaskan. Leya ku lihat tersipu-sipu malu. Mungkin kerana ada banyak mata yang memerhatikan aksi sebentar tadi.



So, Mir nak kena panggil Leya ke Pinki? Apa yang Mir buat tadi semata-mata untuk menunaikan cabaran yang pernah Mir lemparkan. Patut Pinki begitu berani menyahut cabaran Mir. OK, di pejabat atau pun bila-bila bila kita bersama, Mir akan gunakan Leya. Dalam SMS or bila bercakap di telefon, Mir gunakan Pinki. Bagi Mir Pinki tetap wujud dalam diri Leya.”

Thanks... Pinki tu sebenarnya nama anak patung kesayangan Leya. Warna dia pink, jadi Leya panggil dia Pinki... Lega rasa hati Leya sebab tak perlu lagi untuk Leya terangkan siapa Pinki. Mir dah tahu dengan sendirinya. Sebab tu Mir lihat, banyak persamaan antara Leya dan Pinki kan. Sebab orang yang sama.”



Aku rasa sangat happy. Pertemuan dengan Pinki memberi semangat tambahan untuk aku berdepan dengan satu lagi pertemuan yang lebih penting. Dan seperti yang dijanjikan, malam ini aku akan mengadakan pertemuan pertama dengan Shieda sejak krisis antara kami berlaku. Pertemuan ini juga mempertemukan buat pertama kali antara aku, Shieda, Tasya, Pinki dan Aleya dalam satu masa. Selesai makan malam, kami pun berbincang. Sesuatu yang mengejutkan berlaku. Shieda yang mula membuka mulut. Dia meluahkan apa yang dia pendam selama ini.



Mir, Shieda nak tanya... Kenapa Mir sanggup buat Shieda macam ni? Apa salah Shieda? Shieda sangka impian kita akan menjadi kenyataan tapi sebaliknya berlaku. Mir hancurkan segalanya. Tapi, Mir salahkan Shieda atas apa yang terjadi. Lelaki jenis apa Mir ni?”

Apa maksud Shieda? Mir langsung tak faham apa yang Shieda cuba beritahu.”

Tak faham atau pura-pura tak faham? Mir dan Leya dah kahwin kan? Kenapa nak bersembunyi? Kenapa nak menafikan? Takut Shieda kecewa? Takut diri sendiri malu bila dah berbuat kesilapan?”

Maafkan saya Shieda... Saya dan Mir mana pernah berkahwin. Kami hanya teman sepejabat. Bagi saya, Mir bagaikan abang saya sendiri. Dari mana Shieda dapat berita ni? Ini tak betul. Saya tak kan sesekali merampas kebahagiaan Shieda.”



Air muka Shieda berubah. Tasya juga terdiam. Berkerut dahinya melihat apa yang berlaku. Namun tak semudah itu Shieda akan menyerah. Aku kenal dia seorang yang keras hati. Akan usaha untuk dapat kan apa yang dia inginkan. Dia membuka beg tangannya. Mengeluarkan sesuatu.



Ini apa? Palsu? Atau sekadar rekaan?”

Ini surat layang Shieda! Sumpah, bukan Mir yang menulis. Tengok betul-betul. Mir tinggal di mana dan setem ni di cop di mana? Tak kan Mir bodoh sangat. Nak pos surat untuk Shieda, Mir sanggup balik ke KL? Di Sarawak bukannya tak ada pejabat pos! Baik Mir beri by hand. Lagi satu, sijil nikah ni. Cuba perhati betul-betul. Cop pejabat agama mana? Kalau Mir dengan Leya dah kahwin, tentu ada cop Pejabat Agama Sarawak. Leya kan orang Sarawak. Ini cop Kedah. Juahnya tempat yang Mir pilih untuk berkahwin. Kalau Mir nak kahwin, Mir buat elok-elok. Buat apa nak sembunyi macam ni. Kita ada adat dan peraturan. Ini semua fitnah!”

Siapa yang sanggup buat fitnah macam ni?”

Zul!!!! Bekas tunang Shieda. Dia ada mengugut Mir dan mengatakan apa yang berlaku antara kita sekarang ni hanya permulaan. Dia akan hancurkan Mir sebab Mir telah rosakkan projek jahat dia. Dia tak kan berhenti selagi Mir tak hancur! Itu janji dia pada Mir. Dan Mir dah buat laporan polis pun. Ini bukti laporan yang Mir buat. “

Betul Shieda. Baru-baru ni, kawan Mir, yang beri maklumat tentang Zul di belasah sekumpulan lelaki sampai masuk ICU. 3 hari lepas, Mir nyaris mati di racun. Tapi Leya yang terminum air tu. Kami juga diperangkap. Mereka pasang perangkap supaya kami ditangkap khalwat. Mungkin kes ragut Tasya dulu pun angkara bekas tunang Shieda tu.”

Awak boleh diam tak Leya? Saya sedang bercakap dengan Mir! Bukan awak!”

Hey... Jangan marahkan teman Mir! Dia bercakap apa yang dia rasa betul. OK, Mir nak tanya. Apa yang Shieda buat depan mata kepala Mir tempohari pula macam mana? Berpimpin tangan, berpeluk cium tanpa segan silu. Tunang jenis apa pulak Shieda ni?”

Dia.... dia... dia... Dia cuma...”

Cuma apa? Katakanlah dia tu teman lelaki Shieda. Hanya kerana surat yang tak tahu kebenarannya Shieda dah berubah hati. Sanggup berlaku curang sedangkan ikatan kita masih lagi wujud. Manusia jenis apa Shieda ni? Mana perginya sikap keras hati Shieda selama ini?”



Troootttt..... trooooottt.....



Ha! Jawab lah. Kekasih hati Shieda nak dengar suara tu. Tentu rindu tak dapat jumpa.”

Hello, Shieda ada hal sikit. Kita berbual nanti ya. Shieda call nanti. Bye.”

Masing–masing menanti jawapan dari Shieda. Shieda masih mendiamkan diri. Membuatkan aku tidak mampu bersabar lagi. Ingin ku desak agar jawapan sebenar mampu ku perolehi. Biar semua orang tahu apa punca kepada perubahan sikap Shieda.



Maafkan Shieda sebab tersalah sangka dan berlaku curang pada Mir. Memang Shieda tak sangka yang ini semua fitnah. Kalau Shieda tahu, Shieda tak kan berbuat macam tu. Shieda lakukan sebab Shieda rasa sakit hati bila kesetiaan dan kejujuran dipermainkan. Shieda fikir kalau Mir boleh buat macam tu. Kenapa Shieda tak boleh. Shieda minta maaf dan harap Mir akan memaafkannya. Shieda janji Shieda tak kan ulang lagi dan akan setia pada Mir.”

Kenapa Shieda tak tanya Mir? Berterus terang dengan Mir? Mir dah kata, kalau ada apa-apa yang tidak puas hati, tanya Mir dulu. Jangan simpan dalam hati. Jangan dengar kata orang. Tapi, sebalik-nya Shieda buat keputusan sendiri. Terburu-buru dan sakitkan hati orang lain? Shieda lebih percaya-kan orang lain daripada tunang sendiri kan!”

Shieda sakit hati!”



Aku memandang Leya. Leya memandang tepat ke arahku seolah memberitahu agar jangan goyah dari pendirian ku. Aku tersenyum kepadanya. Dia membalas. Aku lihat Tasya langsung tak bersuara sedari tadi. Aku tersenyum kepadanya dan dia membalas. Dalam hatiku mengatakan sedikit masa lagi kau akan bersuara juga. Aku memandang tepat ke arah Shieda. Nampak titis air mata yang mula turun membasahi pipinya. Aku tak kan meyerah kali ni. Memang aku rasa simpati sebab Shieda dah tertipu dengan fitnah jahat. Tapi keputusan telah aku buat sebelum aku berjumpa dengannya lagi.



Aku akan pastikan pendirian ku tetap kepada apa yang telah ku putuskan. Aku takkan melawan takdir dan ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya buat ku. Ku biar suasana tenang seketika sebelum aku menyatakan keputusanku. Semua orang melayan diri masing-masing. Aku sengaja biarkan keadaan reda seketika. Tak mahu menambah kekusutan yang sedia ada. Biar ia kendur sedikit supaya lebih mudah untuk semua orang menerima hakikat yang akan kunyatakan kelak. Hakikat yang mungkin pedih atau mungkin juga yang mengejutkan. Biarlah, aku tetap akan menyatakannya.



Shieda... Mir dah lama memaafkan Shieda. Tapi Mir tetap tak dapat nak menerima apa yang Mir lihat dengan mata kepala Mir tempohari. Benar-benar meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati Mir. Mir rasa pedih dan perit sangat. Terasa pengorbanan Mir selama ini sia-sia belaka. Kasih sayang dan rindu dendam yang dicurah selama ini diketawakan. Cinta Mir diperjudikan. Jadi, Mir dah nekad dengan keputusan yang tak kan Mir ubah. Ditambah pula dengan petunjuk yang diberikan Dia Yang Maha Agong, Mir rasa keputusan Mir buat ini adalah yang terbaik. Mir harap Shieda dapat menerima dengan hati yang terbuka.”

Apa maksud Mir? Beritahulah cepat. Shieda harap keputusan itu tak mengecewakan Shieda.”

Mir dengan rela hati memutuskan pertunangan kita! Keputusan Mir muktamad dan jelas. Mir yakin antara kita tiada jodoh untuk hidup bersama. Kita tak kan bahagia jika telah wujud kesangsian dan tidak percaya dalam diri kita. Jadi, mulai hari ini antara kita sudah tak punya ikatan pertunangan. Yang ada hanya kawan. Itupun jika Shieda mahukan ikatan ini kekal. Jika tidak, Mir akan terima. Mir akan beritahu keluarga Mir dan juga ayah Shieda. Tapi Shieda jangan bimbang. Mir tak kan beritahu sebab sebenar kenapa Mir buat keputusan ini melainkan Mir beritahu antara kita tiada jodoh dan tiada persefahaman. Hati Mir dah tertutup sejak Mir lihat kecurangan Shieda tempohari!”

Mir... Sampai hati Mir buat Shieda macam ni. Shieda sayangkan Mir. Kenapa Mir hukum Shieda macam ni. Terlalu berat untuk Shieda terima.”

Ini bukan hukuman tapi ketentuan dari-Nya. Nak tak nak, kita kena terima.”



Aku biarkan Shieda menangis semahunya di depanku. Aku tak mahu tunduk kepada tangisannya itu sebab aku harus kuat dan tetapkan pendirianku. Aku tak mahu goyah seperti dulu. Leya terdiam jua. Tasya mendekati Shieda dan memeluknya. Aku tahu Tasya sayang Shieda sebab mereka telahpun bersama sejak sekian lama. Hampir sepuluh tahun bersama. Namun apa yang berlaku kini memang sedikit sebanyak mengecewakan Tasya. Dia tidak sangka adik yang dia sayangi ini sanggup berbuat begitu terhadap sahabat yang amat dia sayangi juga.



Okey, boleh Mir teruskan Shieda? Tasya? Ada lagi yang Mir nak perkatakan. Mir nak luah segalanya hari ini. Supaya bila Mir balik Sarawak nanti, Mir tak perlu fikir banyak.”

Okey, teruskan lah. She’s OK now. Apa yang berikutnya? Kejutan lagi ka?”

Hari tu ko pun ada bagi aku nasihat supaya buat solat istikharah. Agar aku mendapat petunjuk dari Allah. Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan, aku dapat apa yang aku ingin. Aku menyakini bahawa inilah yang sepatutnya bagi aku. Dengan Shieda dan yang sebelum-sebelum ni mungkin atas nama kami saling suka tapi bukan jodoh kami untuk terus bersama. Sebab tu putus di tengah jalan. So, aku harap kali ni, berkat petunjuk dari-Nya akan kekal hingga ke akhir hayat. Itupun jika pilihan aku ini menerima apa yang akan ku perkatakan.”

Kenapa ko cakap macam tu? Orang tu asing sangat bagi ko ka? Atau ko tak minat dia? Ke ko dah cakap tapi dia tak layan ko?”

Bukan.. Aku kenal dia. Dia pun kenal aku. Malah gembira tiap kali bersama. Cuma kami tak terfikir yang kami mampu untuk bercinta coz tak pernah terfikir pun. So, bila Tuhan tunjukkan dia untuk aku, aku bimbang kalau dia kata aku main-main. Aku gila ka apa ka... Tapi terpulanglah pada dia untuk terima atau tak. Aku tak kan paksa. Aku nak terus luahkan hasrat hati ku pada dia.”

Apa ni? Shieda tak faham dah ni. Siapa yang Mir maksudkan?”

Biar masa menentukan. Tiba masanya, semua orang akan tahu siapa insan yang ditentukan Dia.”



Shieda menangis lagi. Aku tak sesekali tersentuh hati untuk memujuk. Ku biarkan sahaja kerana aku sendiri dah terlalu banyak mengalirkan air mata. Sedangkan menangis lah perkara yang paling aku tak sukai. Apa lagi menangis kerana seorang perempuan.



Mir, better kita stop lah ye.. Mir pun dah cakap apa yang Mir nak cakapkan. Dan semua dah jelas kini yang mana ikatan Mir dan Shieda memang todak dapat diselamatkan lagi. So, aku minta izin bawa Shieda balik bilik dia. Aku tak yakin Shieda mampu untuk terus berada di sini.”

OK lah... Thanks for coming. Mir minta maaf atas apa yang terpaksa Shieda dengar malam ni. Tapi better semua ni diketahui sekarang dari diketahui kemudian hari. Pasti lebih menyakitkan.”

Aku mengekori mereka bertiga ke bilik masing-masing. Terasa lega selepas apa yang aku pendam selama ini dapat ku luahkan satu persatu. SMS baru ku terima. Dari Pinki.



Akum... Maaf mganggu. Mir OK ke? T.A.H.N.I.A.H atas keteguhan Mir mpertahankan keputusan!!”

Wslm... Sebab Pinki juga. Sebab Aleya, Tasya dan diri Mir juga. TQ bagi support OK.”

Pinki dah bagitau awal2 kan. Kalau kita yakin dan teguh pendirian, semua akan settle dgn baik.”

Ada suPRise lagi yang belum Mir ckp kat Pinki tau. Kelak Mir akan bagi tau. Tungguuuuuu...”



Aku menghubungi Tasya. Aku mahu memberitahu dan meminta pendapatnya untuk aku berdepan dengan apa yang sedang aku lalui.



Mir, aku nak tanya ko... Siapa kawan yang rapat yang ko kata ditunjukkan Dia buat ko?”

Ooo pasal tu... Di kalangan teman terbaik aku juga. Tapi bukan Shieda. Bukan Pinki juga. Maaf aku cakap juga. Insan tu juga bukan ko.”

Ada aku kata aku harap pilihan ko tu aku ke? Aku tak kisah pun sebenarnya. Siapa juga pilihan ko aku tumpang gembira. Janji ko happy. Aku kesian lah tengok ko asyik bermain dengan air mata dalam soal hati. kerjaya hebat, kelulusan hebat, yang lain semua hebat. Tapi soal hati ko hampeh.”

Mungkin aku ditakdirkan sentiasa mengalami kekecewaan dalam soal hati. Atau memang ditentukan aku hidup sendiri. Tak mengapalah jika itu takdir buatku.”

Jangan cakap macam tu. Kan tadi ko dah kata yang ko dah dapat petunjuk. Siapa? Leya? Pinki?

Leya dan Pinki orang yang sama tau. Aku baru aja tahu petang tadi. Pinki just nama samaran sebab dia nak suprise aku. Tapi tak kisah lah janji aku dah kenal siapa Pinki.”

So... Siapa?”

Insan yang aku maksudkan ialah Leya! Ya.... Tuhan tunjukkan pada aku yang Leya sebenarnya yang ditetapkan oleh-Nya buat aku. Aku pun tak sangka tapi memang sepanjang aku buat solat istikharah, hati aku amat berat kepada Leya. Malah dalam mimpi aku pun dia yang jelas aku lihat. Bukan Shieda, bukan ko, atau orang lain. Sebab tu aku cakap, aku takut orang yang aku beritahu nanti tidak pecaya. Kata aku main-main. Just nak hiburkan hati aku. Tapi aku jujur cakap, aku yakin Leya lah insan yang dapat memberikan kebahagiaan buatku. Tapi aku tak tahu bagaimana aku harus beritahu dia.”

Direct sajalah dengan dia. Ko pun jumpa dia hari-hari kan. Ko dah kenal hati budi dia. Jangan tunggu lama-lama. Takut ada pula yang potong jalan beb!!”

Memang aku akan cakap. Tapi... Aku takut kalau-kalau dia beranggapan dia hanya spare part. Dia mungkin mempersoal, begitu cepat aku berubah hati. So, dia pun takut kelak, aku akan berubah hati lagi bila aku berjumpa dengan insan yang lebih baik dan cantik dari dia.”

Ko cakap dulu dekat dia. Cakap terus terang dan sungguh-sungguh. Kemudian bagi masa untuk dia fikir. Jangan pula ko buat main-main dengan hal macam ni. Aku tak mau nanti Shieda tuduh Leya merampas ko dari dia. Atau dia cucuk ko supaya putuskan pertunangan ko.”

Mean aku kena bagi keadaan slow down dulu lah. Pastu baru luahkan hasrat hati aku pada Leya?”

Tak... Kau terus cakap kat dia. Lagi cepat lagi boleh. Tapi, jangan bagitau Shieda lagi. Biar tiba masa nanti, dia akan tahu dengan sendirinya. Dia sure tak dapat terima kalau putus dengan dia, then ko terus umumkan Leya sebagai kekasih baru ko.”

OK, aku akan beritahu dia malam ni juga. Lepas aku call ko. Kalau lah Shieda macam ko... Tentu hal yang macam ni tak kan terjadi kan. Entah lah, kadang-kadang aku terfikir juga kenapa aku tak ambil ko aja sebagai kekasih aku. Hati aku memang tak terbuka buat ko. Tak kan aku nak paksa. Soal hati, cinta dan perasaan ni bukan boleh di buat-buat. Feel ni hadir dengan sendirinya kan.”

InsyaAllah, kelak ko akan tersenyum juga. Aku tak kisah pun. Apa yang terjadi, kit atetap kawan baik dan ko free nak kongsi apa juga dengan aku. Jangan nak kongsi underware dah lah. Aku lempang ko karang. Hahahahaha. OK, ko cakap baik-baik dengan Leya. pasal Shieda, biar aku tengok-tengokkan dia. Ko jangan bimbang lah. Cuma buat dengan cara beradab juga lah. Minta mak ayah ko jumpa Haji Malek dan terangkan keputusan ko tu.”

OK lah... Aku harap kali ni pilihan aku tepat dan yang paling akhir. Doakan kebahagiaan aku ye.”



Aku cuba menghubungi Leya pula setelah menamatkan panggilan ku bersama Tasya. Dia menjadi orang pertama yang ku beritahu siapa insan pilihanku. Insan yang ditunjukkan oleh-Nya buatku. Moga

Pilihan ku kali ini akan menjadi destinasi yang terakhir.



Assalamualaikum Leya... Boleh kita jumpa sekejap. Ada hal yang Mir nak kongsi bersama Leya.”

Waalaikumsala... Boleh. Nak jumpa di mana? Mir tunggu Leya depan bilik Leya ya.”

OK, Mir datang sekarang then kita keluar sebentar ya.”



Tasya membenarkan aku menggunakan keretanya malam itu. Tasya begitu banyak membantu aku dalam apa jua keadaan. Kau memang sahabat yang paling baik buat ku Tasya. Aku membawa Leya ke perkarangan KLCC. Bangunan yang menjadi kemegahan rakyat Malaysia.



Ada apa yang Mir nak kongsikan dengan Leya? Cakaplah. Mana tahu Leya boleh membantu.”

Mir nak tahu tentang impian Leya. Apa yang paling Leya impikan jika Leya mempunyai kekasih hati?”

Oooo... Susah Leya nak cakap sebab... Leya masih tak punya kekasih hati. Tapi secara peribadinya,

Leya ingin menggembirakan dirinya setakat yang Leya mampu. Sambil mengharapkan dia pun sama. Leya nak menjadi kekasih hatinya yang benar-benar jujur, setia dan ikhlas menerimanya tak lah kira dalam apa juga keadaan. Leya sanggup bersusah payah asalkan kami dapat menikmati kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Kenapa Mir tanya?”

Leya....Mir dah fikir dalam-dalam. Mir dah fikir masak-masak. Dan Mir yakin keputusan yang telah, sedang dan akan Mir buat, adalah keputusan yang terbaik yang dapat Mir buat. Mir dah pun dapatkan pandangan Leya, Tasya dan kawan-kawan lain juga. Jadi, Mir cukup yakin keputusan yang Mir buat ini adalah yang paling akhir. Mir nekad dengan keputusan Mir ini.”

Apa maksud Mir?”

Mir nak penuhi segala impian Leya.”

Mir......”

Betul ni Leya.. Mir mahu bersama Leya sebaik sahaja Mir putuskan pertunangan Mir dengan Shieda. Mir benar-benar ikhlas meluahkan hasrat hati Mir. Dia juga dah tunjukkan yang Leya lah yang telah ditetapkan-Nya buat diri Mir. So, Mir harap Leya mampu mempertimbangkan hasrat hati Mir ini ya.”

Berikan sedikit masa buat Leya fikir. Keputusan Mir ni agak mengejutkan. Drastik.”

Tak pe... Take time. Mir tak minta Leya berikan keputusan Leya sekarang. Fikir masak-masak dan Leya boleh minta pandangan dari siapa juga. Mir tahu, mungkin Leya akan terfikir cepat benar Mir beralih cinta, berubah hati. Namun percaya lah, Mir tidak berubah kerana rasa kecewa tetapi diri, hati dan cinta Mir berubah kerana-Nya.”



Setelah isi hatiku dapat diluahkan buat pengetahuan Leya, aku mengajaknya pulang. Sepanjang jalan aku dan Leya melayan perasaan masing-masing.



Leya... Malam ni Mir nak bermassege dengan Pinki. Rasa-rasa Pinki dah tidur ke?”

Leya rasa Pinki tak tidur kot. Dia akan berfikir mencari jawapan kepada simpulan yang baru diterima nya sebentar tadi. Mir massege leh dengan dia. Kot dia boleh berikan keyakinan buat Mir.”



Sampai sahaja di bilik aku berbaring sambil memikirkan apa yang telah aku lalui kebelakangan ini. Semuanya berlaku begitu pantas. Esok aku akan memberitahu ibu ku tentang keputusan ku untuk memutuskan ikatan pertunanganku. Kemudian akan ku biarkan kedua ibu dan abah ku menguruskan urusan seterusnya bersama Haji Malek.



Leya menekan loceng bilik Tasya. Terasa perlu untuk dia bercakap dengan Tasya. Teman terbaik aku yang pastinya mampu memberikan gambaran, apakah patut untuk Leya menerima aku atau tidak.



Leya... Ini pandangan saya sahaja. Terpulang nak terima atau tak. Sebenarnya Mir bercakap bukan sebab nak hiburkan hatinya yang sakit atau main-main. Tapi dia benar-benar jujur. Dia dah ceritakan semuanya pada saya dan saya yakin Mir ikhlas dan bersungguh. Lagipun tak ada orang yang akan gunakan nama Tuhan untuk main-mainkan? So, terpulang pada Shieda sama ada nak terima hakikat ini dan juga terpulang pada Leya untuk buat keputusan. Nak terima atau tak. Mir just luahkan apa yang dia rasa perlu untuk diluahkan. Dari dia diam sahaja, lagi tak baik untuk masa depan dia.”

Tapi Tasya.. Leya takut untuk membuat keputusan ya atau tidak. Leya kena fikir dulu. Leya tak mahu membuat keputusan yang silap. Yang akan menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan. Itu bukan matlamat kita untuk menjalinkan sebarang ikatan kan.”



Sambil aku berasa lega sebab aku dah luahkan segalanya. Aku cuba membayangkan bagaimana perasaan Shieda selepas aku membuat keputusan memutuskan ikatan pertunangan kami. Aku bayangkan bagaimana perasaan Leya selepas mendengar luahan rasa hati ku. Tentu dia terkejut yang amat sangat bila mengetahui aku ingin menjadikan dia sebagai suri hidupku. Bukannya Shieda. Pasti dia akan terfikir, bolehkah dia menjadi seorang kekasih kepada teman yang dia anggap sebagai sahabat terbaiknya selama ini? Aku bayangkan juga bagaimana perasaan Tasya selepas melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Mungkin Tasya mahupun Leya memuji aku untuk pertama kali, sebab aku meneguhkan pendirianku dalam soal hati kali ini. Telefon berbunyi dan aku menjawab.



Mir OK ke tak ni? Pinki harap Mir tenang ya. Semuanya Mir dah luahkan. So, sabar lah. Apapun tahniah atas keteguhan pendirian Mir tadi. ”

I’m OK Pinki. Thanks. Lega sangat sebab dah dapat luahkan segala-galanya tadi. Eh, Pinki rasa lah kan.. Shieda dapat terima kenyataan yang Mir berikan ke tak? Macam mana dengan Leya? Adakah dia juga dapat menerima hakikat yang Mir beritahu dia tadi? Semua berlaku dengan begitu pantas kan Pinki. Pinki sendiri dapat menyaksikan semuanya dari mula hingga akhir.”

InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik. Nak tahu, sebentar tadi Leya pergi ke bilik Tasya untuk minta pendapat. So, Tasya dah beri pendapatnya. Tak pasti lah Leya dapat terima atau tak. Tapi dari apa yang Pinki perhatikan, memang Pinki akui yang Leya terkejut dengan apa yang dia dengar. Tapi, Pinki boleh katakan yang Mir akan dapat jawapan positif kelak. Cuma dia mungkin nak tunggu Mir dan Shieda putus secara rasmi baru dia akan berikan satu keputusan yang konkrit. Pinki pun ada juga berbual dengan Shieda, InsyaAllah Shieda pun dapat menerima keputusan yang Mir buat. Dia akur yang mana keputusan yang buat Mir itu sedikit sebanyak kerana kesilapan dirinya yang membuat tindakan membuta tuli. Jangan risau lah yer.”

Terima kasih... Pinki sekali lagi membantu Mir. Mulia betul hati Pinki. Banyak berkorban dan bantu Wan. Eh, nak tahu tak! Mir rasa tak sedap hati lah. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba Mir rasa macam Mir akan kehilangan seseorang yang amat Mir sayang. Mir risaulah Pinki. Rasa rasa semakin hampir Mir nak kehilangan dia. Semakin hari hidup terasa semakin kosong sahaja.”

Mir.. Jangan terlalu memikirkan soal ni. Itu yang Mir fikiran Mir terganggu dan mula memikirkan yang bukan-bukan. Dah lah, jangan difikir sangat ya. Pinki sentiasa ada di sisi Mir OK.”



Aku terlelap tanpa sedar bila waktunya. Hanya tak kala handset berbunyi baru aku tersedar. Memang telah aku set kan jam untuk mengejutkan aku jam 6 pagi untuk aku menunaikan solat Subuh. Tetapi pagi tadi Leya turut mengejutkan aku dengan SMS. Aku membalas SMS Leya dan turut menghantar SMS buat Tasya dan Shieda. Bagi aku, layanan yang sama harus ku berikan kepada mereka. Leya turut SMS aku “BETUL KE APA YANG MIR CAKAP SEMALAM? PLEASE JANGAN MEMAIN”. Aku balas SMS itu degan mengatakan “MIR SERIUS!!!!”. Selepas tu Ku terima lagi SMS dari Leya “BERI LEYASEDIKIT MASA NAK FIKIR. JANGAN TERLALU MENGHARAP. TAKUT MIR KECEWA LAGI”.



Shieda minta diri untuk pulang kerana mereka perlu pergi kerja. Aku dan Leya turut akan pulang ke Kuching petang nanti. Tasya menunggu Aku dan Leya berangkat sebelum terus ke tempat dia kerja. Aku memohon maaf pada Tasya dan Shieda atas apa yang berlaku malam tadi. Aku hanya meluahkan rasa hati dan harapan aku. Mereka jua begitu. Aku dapat rasakan yang Shieda begitu sedih. Tapi semua ini tak kan berlaku jika dia tidak termakan fitnah surat layang yang diterimanya tempoh hari. Apa boleh buat, takdir sudah menetapkan begitu. Jika tiada jodoh, buatlah bagaimana sekalipun, tetap tak ke mana. Aku menuruti mereka hingga ke ruang legar hotel.



Shieda, Mir minta maaf banyak-banyak atas apa yang terjadi dan atas keputusan yang Mir buat. Bukan bertujuan nak melukakan hati Shieda tapi demi untuk kebaikkan dan masa depan kita berdua juga. Mir harap kita akan terus bersahabat. Untuk Tasya, thanks sebab always be there to me. you’re my best friend’s. Pada Leya juga, thanks for everything.

Mir, Shieda pun nak minta maaf pada Mir. Kalau tak kerana Shieda, semua ni tak kan berlaku kan? Tapi percayalah, jika Shieda tahu ini semua perangkap jantan tu, Shieda tak kan sesekali bertindak seperti ini. Shieda minta maaf Mir. Shieda minta maaf.”

Mir dah maafkan.”