Tuesday, March 19, 2013

.....CABARAN BARU BAGI DIRIKU.....

Assalammulaikum... Lama x bertemu. Sibuk sikit dengan sukan MSSD Kota Setar baru2 ni. Sekarang dah habis.... Sekarang pun saya dah TIDAK ADA lagi di SMK JABI...

Secara rasminya saya telah keluar dari SMK JABI dan kini berkhidmat sebagai GURU KANAN SAINS & MATEMATIK di SM AGAMA DATO' HAJI TAN AHMAD (SMADATA), NEGERI SEMBILAN.

Saya akui sangat2 sedih meninggalkan SMK JABI lantaran pada hari terakhir begitu ramai pelajar2 yang menemui aku. Ada yang menangis teresak2. Aduyaiiii memang touching... Namun langkah saya di SMK Jabi terhenti setakat itu. 14.03.2013 detik akhir saya di SMK JABI.

Buat SEMUA WARGA SMK JABI....

Pengurusan : Terima Kasih atas semua bantuan dan tunjuk ajar dalam saya melaksanakan tugasan saya sebagai guru Matematik, KP PJK, Guru Sukan.

Rakan2 Guru : Terima Kasih atas bantuan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang saya melaksanakan tugasan. Minta maaf dan halalkan segala kekurangan dan kelebihan yang telah saya guna, ungkap sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak.

Pelajar2 : terima Kasih pada semua pelajar yang telah memberikan sokongan dan perhatian serta bantuan sepanjang cikgu mengjara kami baik matematik, pjk ataupun bidang2 sukan. Bola Sepak, Tenis, Olahraga, Merentas Desa, Petanque dan apa2 sahaja.

Pelajar TATAR : terima kasih kepada Zatil Aqmar dan Wan Alya yang sudi mewakili SMK JABI dalam MSSD Kota Setar dan menyumbang ilmu serta kemahiran buat pelajar2 SMK JABI. Jasa kalian cikgu kenang selalu dan selamanya.








Semua Kenangan di SMK Jabi saya tak kan lupakan dan segar dalam ingatan..

Cikgu SAYANG kamu semua!!!!

DOA kan kejayaan cikgu di Sekolah Baru.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment