Monday, July 30, 2012

Naskah Kedua Dari Che'Gu Man...

Manuskrip Kedua daripada Che'Gu Man... Seorang Guru Biasa, Berjiwa Luar Biasa

AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU... - versi Blog



Aku tak fikir aku memilih jalan yang salah. Biarpun aku menentang arus dan seolah menolak tuah di depan mata... Namun dengan pilihan yang ada, ku yakin ia terbaik buatku. Akhirnya Bahgia Milikku...” : TIANA ARESYA





Monolog

Sering kali kita merasa, kita yang paling malang dalam melayari hidup. Bertambah malang andainya ratapan hati kita ini tidak dapat dikongsi bersama teman-teman yang kita anggap terbaik dan teristimewa. Lantaran kerana merasakan, di saat kita bergembira... Semua orang disamping kita. Tetapi apabila kita berduka, tak punya apa-apa... Semuanya seakan mahu lari dari terus bersama. Saat itu kita merasakan kita tak punya siapa-siapa. Pengorbanan dalam bersahabat hanya sia-sia. Teman istimewa? Kala senang apa lagi susah? Indah khabar dari rupa. Lalu kita salahkan diri kerana mengapa hanya kita yang bersungguh mahu pertahankan persahabatan? Sedang belum tentu dihargai atau dibalas setimpal oleh mereka begelar teman.

Tetapi... Kita harus sedar tentang satu hakikat... Teman kita juga hanyalah manusia biasa. Adakala dia juga memikirkan tentang kita, sebelum mahu dikongsi suka dan duka mereka bersama kita. Adakah wajar dia bercerita tentang kebahagiaan dan juga kegembiraannya di saat kita sedang dilanda musibah? Atau adakah wajar dia untuk meluahkan rasa malang dan terkilan dirirnya di saat kita sedang meraikan kejayaan dan kebahagiaan? Wajarkah kita meluahkan apa sahaja tanpa memikirkan masa dan keadaan sahabat kita?

Itulah sering terjadi... Dan inilah yang mahu diungkapkan di dalam kisah ini. Agar ianya menjadi pedoman, pengajaran dan sedikit perkongsian rasa dan cerita dalam menjalinkan persahabatan yang tidak diletakkan sebarang syarat melainkan hanya keikhlasan dan kejujuran yang paling tulus dari hati yang paling dalam...

Untuk novel ini, saya dedikasikan setinggi–tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada salah seorang sahabat terbaik saya yang mahu berkongsi kisah hidupnya yang tak seindah dan seperti mana yang diharapkan. Pada beliau, bukanlah mahu memohon ihsan dan simpati saya mahupun pembaca tetapi lebih kepada memohon agar diberikan peluang untuk hatinya berkata–kata dan berilah dia satu peluang untuk membina kehidupan bersama sidia yang menjadi pilihan hatinya.

Saya juga terharu sebenarnya kerana tidak saya sangka rupanya sahabat saya ini dalam tawa dan senyumnya, dalam usik dan senda guraunya... Dia telah dan sedang melalui saat–saat penih getir yang saya sendiri belum tentu lagi mampu untuk menghadapinya. Dia mahu saya berkongsi kisah ini menggunakan bakat penulisan yang tak seberapa saya untuk dikongsi bersama pembaca.

Jesteru, harapan saya agar... Dengan penulisan ini, sahabat saya ini akan dapat merasai sedikit kelegaan kerana sedikit sebanyak beban yang tertanggung di bahunya telah dapat dikurangkan. Saya sentiasa mendoakan kebahgiaan kamu dan saya menghargai dirimu sebagai teman istimewaku.

Khas buatmu sahabatku... Telah ku katakan padamu di awal perkenalan kita tujuh tahun yang lalu. Kau tidak akan terasa rugi apa-apa dengan mengenaliku. Tetapi aku yang berasa bertuah kerana aku peroleh kesempatan untuk meraih perhatian dan kepercayaanmu. Dan akulah teman terbaikmu kalau kau suka mahupun duka. Percayalah, disaat kau merasakan kau tidak mempunyai siapa-siapa, kau masih punya aku untuk kau luahkan rasa gembira dan kecewamu. Aku lah sahabatmu...

Maka, novel ini dedikasi khas buat mu sahabatku...

Ikhlas dariku :
TIANA ARESYA





SINOPSIS

Zulaika – seorang gadis yang periang. Dengan senyum dan gelak tawanya, memang tak siapa yang menyangka dia saban hari berendamkan air mata. Namun, dia mungkin dapat menipu mata-mata yang sering memerhatinya, Tetapi dia gagal menipu Amir Hamzah, guru pelatih yang lebih dahulu makan garam dengan kegagalan dan kekecewaan dalam soal hati dan kehidupan.

Dalam menjalinkan persahabatan, timbul rasa cinta di hati. Tetapi Amir Hamzah terkecewa lagi lantaran Zulaika yang setia dan teguh dengan pendiriannya. Lantas dibawa hati jauh ke perantauan. Kebetulan atau suratan, Zulaika terkecewa tetapi saat dia mengharapkan Amir Hamzah memberikan peluang, Dia kecewa apabila Amir Hamzah telah membuat pilihan untuk kembali bersama Aleya.

Namun dugaan demi dugaan terus menimpa Amir Hamzah dan pada masa yang sama, cinta suci Zulaika yang didambakan bersama kekasih hatinya, Yusnizam pula tak seindah yang diharapkan. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditelan ekoran ibunya yang memandang darjat dan rupa. Apakah cinta Zulaika akan terputus lagi? Adakah akan terbitnya peluang apabila Amir Hamzah juga gagal dalam berumah tangga? Atau adakah Zulaika terus tegar mepertahankan cintanya terhadap Yusnizam? Apakah ibunya akan sedar dan meerestui cinta atas dasar tulus ikhlas tanpa menjanjikan harta denda dan rupa paras? Apakah akan ada sinar bahagia di atas setiap kekalutan yang berlaku?

Biarpun setiap detik, dugaan datang bertali arus, namun Zulaika seorang gadis yang tabah. Air mata menjadi peneman setianya, namun dia juga tidak pernah mudah luntur semangat. Langkahnya terus digerakkan kerana Zulaika yakin, Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar dan gigih. Cinta bahagia yang dicari ditagih dan diperjuang penuh tulus. Zulaika terus pasrah bermunajat kepada Tuhan yang Esa agar satu masa segalanya berakhir dengan baik. Baik buat bekas kekasihnya Razlan, mahupun buat abangnya, Amir Hamzah dan ibunya, puan Rokiah.... Zulaika sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua insan yang pernah dekat di hatinya. Walau ada yang tidak merestui pilihan hatinya.

Zulaika kan terus berbisik kepada dirinya sendiri... Selagi mana dia bersabar dan tabah menempuh tiap dugaan, Zulaika pasti... Satu masa akan tiba juga kebahgiaan dalam hidupnya. Segala impiannya pasti menjadi kenyataan. Berkat kekuasaan Tuhan yang Maha Pemurahh lagi Maha Penyayang... Akhirnya Bahagia Milikku.

Nukilan Oleh :

TIANA ARESYA_Sept2009

No comments:

Post a Comment