Monday, July 30, 2012

BAB 2 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 2...Kau Yang Istimewa


Zulaika pulang dulu ya. Abang jaga diri tau. Esok kita jumpa lagi. Duduk bilik tu jangan nak berangan saja.”

Ya lah... Haiya... Selagi Kapal Selam tak masuk dalam air, selagi tu lah di pot pet pot pet. Mulut insurans cap ayam katek betul.”

Nasib ada insurans. Yang terung busuk tiga biji seikat pun belum tentu orang mau beli. Dah dah dah... Penat dah ketawa. Assalammulaikum...”

Waalaikumsalam..”

Amir Hamzah memerhati Zulaika yang memasuki perut bas. Zulaika perlu pulang ke rumahnya. Bas terakhir ke Felda Bukit Gula yang dinaiki penuh dengan penumpang. Masakan tidak. Ini bas terakhir yang akan ke sana. Amir Hamzah berlalu ke hotel yang dia telah awal lagi chek in. Tidak mahu dia bermalam di rumah Zulaika walau pernah diajak. Bukan tidak sudi tetapi masih malu-malu. Mungkin satu hari nanti Amir Hamzah akan menjejakkan kaki juga ke Bukit Gula. Buat masa cukup lah Amir kenal ibu ayah dan keluarga Zulaika hanya dalam telefon.

Malam itu Zulaika tidak dapat melelapkan mata. Masih memikirkan rasa terkilan kerana menolak hasrat hati Amir Hamzah. Zulaika tidak tahu apa yang harus dilaku-kan kini. Membuat penilaian semula atau terus teguh dengan keputusan yang telah di buat? Siling direnung penuh erti. Terbayang lagi saat-saat manis bersama Amir Hamzah. Ingatannya kembali ke satu petang.

Tengok betul-betul, ‘Andre Agassi Malaysia’ mahu melakukan servis.”

Ye lah... Tak boleh nak terleka sikit dah kena sound!! Garang betul cikgu ni.”

Petang itu Zulaika mengambil peluang. Kafeteria ditutup hari ini. Ramai guru pelatih yang pulang ke kampung. Zulaika mengikut Amir Hamzah dan kawan-kawannya bermain tenis. Dia mahu mencuba dan merasai apalah seronoknya bermain tenis hingga saban petang dan hujung minggu pasti Amir Hamzah akan turun ke gelanggang. Tidak tahu penat kah? Tiada kerja lain kah dia?

Zulaika terasa kekok bila memegang raket tenis. Masakan tidak, semasa di bangku sekolah, hanya bola jaring satu-satunya permainan yang dapat merasai sentuhan jemarinya. Selebihnya hanya habis menelaah buku-buku pelajaran. Tetapi Zulaika akhirnya kecewa bila keputusan SPM diumumkan awal Mac, Zulaika tidak mendapat result yang diharapkan. Hanya cukup-cukup makan. Zulaika benar-benar kecewa. Zulaika mahu mengambil semula SPM. Tetapi bagaimana harus dia mulakan? Tiada guru yang mahu dijadikan rujukan. Tiada rakan-rakan untuk membantu. Akhirnya Zulaika pendamkan niatnya dengan bekerja di kafeteria.

Mungkin tahun hadapan Zulaika akan nyalakan semula api SPM nya. Biarlah dicari duit sebagai belanja untuk perjuangan seterusnya. Tapi rupanya harapan yang dicari tidak semudah dijangkakan. Hati Zulaika sentiasa merintih sejak bekerja di kafeteria milik Haji Mukhsin.

Haji.... Saya perlukan duit ni. Saya mahu hantar kepada mak ayah di kampung. Dah tiga bulan Haji tak bayar gaji saya. Tak boleh lah macam ni.”

Kamu ni... Faham lah sikit keadaan kita. Pendapatan kita agak merosot. Bil banyak yang belum dijelaskan. Bersyukurlah sikit. Sekurang-kurangnya saya sedia tempat tinggal dan makan minum awak.”

Tapi saya perlukan duit. Mak di kampung mesti tanya. Ke mana duit gaji saya kerja. Apa saya mahu cakap?”

Pandai-pandai lah kamu cakap yang kamu guna untuk belanja di sini.”

Haji cakap senang lah. Kalau macam tu, saya mahu berhenti lah. Biar saya kerja tempat lain saja.”

Wajah Haji Mukhsin berubah. Dia semacam tidak berpuas hati dengan jawapan yang baru didengar sebentar tadi. Isterinya datang dan berkata bagi pihaknya.

Zulaika tak boleh lah buat macam tu. Kakak harap Zulaika faham lah keadaan kita ya. Bukan abang Haji tak mahu bayar. Tapi kewangan kita memang agak teruk. Tak lama lagi bila maktab ni tutup lagi teruk kita. Banyak bil yang tertunggak. Belum mampu nak bayar. Kelak siapa yang susah?”

Saya lah yang susah!!!! Bil semua kebanyakkan guna mana saya! Bil telefon, api, air, malah bil dengan kontraktor pun nama saya. Nak harap nama Tuan Haji? Dah lama black list !! Kelak yang susahnya saya!! Bukan Tuan Haji, bukan kakak..”

Zulaika sudah hilang sabar. Terpaksa dibalas apa yang dikatakan Kak Midah, isteri Haji Mukhsin. Memang selama ini dipendam sahaja dalam hati. Haji Mukhsin dan kak Midah berlalu. Mungkin juga turut terasa hati. Pedulikanlah. Mengapa mereka perlu begitu? Bukan Zulaika yang memulakan. Zulaika hanya menuntut haknya.

Bertuah punya budak!!!!” Orang mengajar macam nak rak, dia berangan entah jumpa anak raja mana? Raja Uganda?”

Opps... Sorry... Saya tak boleh lah. Saya ni jenis kaki bangku...”

Ada riak kecewa di wajah Zulaika. Mungkin kerana gagal untuk mencuba bermain walau cuba ditunjukkan cara oleh Amir Hamzah. Zulaika duduk di kerusi panjang di tepi gelanggang. Memerhati abang Fareez dan Tok Ayah berlawan dengan bergu Wak dan Azlee. Di gelanggang bersebelahan Mak Aji dan Aisyah sedang beradu kekuatan dengan Anisa dan Kak Irda. Amir Hamzah perasan perubahan Zulaika. Lalu dihampiri gadis yang berwajah putih bersih itu. Sambil mengelap peluh di dahi. Diteguk air mineral yang sentiasa di bawa ke mana-mana.

Awak ada masalah ke?”

Tak da lah. Saya ok cuma frust tak dapat nak main tenis.”

Awak mungkin boleh tipu orang lain tau. Tapi awak tak boleh tipu saya.”

Kenapa abang cakap macam tu? Betul... Tak ada apa-apa.”

Awak nak tahu tak satu cerita?”

Nak.. Cerita apa?”

Betul-betul nak tahu ni?”

Ya lah... Cepat la cerita.”

Mahu dengar, tepuk tangan dulu...”

Mengetahui usikan Amir Hamzah, tanpa banyak soal, Zulaika pun bertepuk tangan perlahan. Dan Amir Hamzah ketawa.

Sekian terima kasih. Habis lah cerita saya.”

Aiiee... Tadi kata mau cerita. Ni dah habis. Apa kes?”

Dah awak tepuk tangan... Habis lah cerita.”

Zulaika ketawa lagi. Di tunjuk rasa geram dengan mencebik muka. Amir Hamzah terus ketawa. Lega dia kerana mampu melihat tawa di bibir Zulaika lagi.

Abang.... Nak tahu sesuatu tak?”

Apa? Ni nak balas balik lah ni yer...”

Tak lah... Kan abang ada kata mahu berkawan dengan saya... Saya dah pun buat keputusan. Saya sedia jadi kawan abang. Tapi bersyarat tau.”

Apa syaratnya? Kerap lagi order milo ais ke?”

Tak lah.. Panggil saya Ika. Bukan awak lagi. Dan saya mahu panggil abang. Bukan juga awak. Setuju?”

OK...”

Bermulalah perkenalan rasmi antara Zulaika dan Amir Hamzah. Keriangan jelas dan terpancar di wajah kedua-duanya. Impian Amir Hamzah untuk mengenali Zulaika kini terbuka luas. Keputusan sudah diberikan. Tetapi Amir Hamzah sedar, masih ada misteri di sebalik wajah Zulaika. Dia dapat merasakannya. Bukan berserkap jarang tetapi itulah namanya pengalaman hidup. Amir Hamzah dapat membaca ada kisah di sebalik keceriaan wajah Zulaika. Amir Hamzah akan dapat jawapannya sedikit masa lagi. Itu yang Amir Hamzah yakin.

Jom lah balik. Dah jam 6.30. Kang marah pulak Haji Mukhsin. Bukan boleh tengok Ika jauh sikit dari dia. Macam bini dia pulak.”

Aikk... Abang perasan ke?”

Ini Amir Hamzah lah. Bila dia nak kenal seseorang tu, dia akan nilai dan lihat dari A sampai Z tau. Bukan semua orang dapat kawan dengan Amir Hamzah.”

Ooo... Ika yang tak perasan tentang tu. Jom lah... Malam ni Ika belanja abang makan ok. Tapi milo ais tetap hutang 20 sen.”

Mana boleh macam tu. Biar abang yang belanja Ika makan. Ika sebut aja nak makan apa. Abang belikan.”

Betul ni? Tak nyesal? Kang minta yang pelik-pelik baru tau.”

Minta sajalah. Kelak abang berlikan. Nak ajak Ika bermotor dengan abang sure Ika tak mahu. Hahahaha.... Kang apa pula dikata orang? Mau mengamuk pula Haji...”

Tau tak pe. Ok... Ika mahu kuew tiaw kerang, burger ayam special dan air cendol. Boleh tak? Siapa suruh tanya.”

Emm... Semua tu tak da di kafe. Tapi tak pa... Malam ni dalam jam 8, Ika tunggu dekat kafe abang hantar semua order tu.”

Biar betul...”

Kan dah cakap.. Ini Amir Hamzah...”

Malam seperti dijanjikan Amir Hamzah tiba di perkarangan Kafeteria yang seharian bergelap. Memang hujung minggu di tutup. Alasan ramai guru-guru pelatih apa lagi pensyarah yang pulang ke kampung.

Ya Allah... Mana dapat semua ni?”

Abang masak lah. Ingat abang tak pandai masak ke?”

Banyak la masak. Dapur pun tak da, macam na mau masak?”

Abang pergi town lah cari. Satu bandar Kuantan cari tau. Paling susah nak dapat cendol. At last dapat juga. Ha, jom makan sama-sama ok.”

Abang... Thanks!! Tak sangka pula. Sorry lah buat abang terpaksa bersusah payah. Ika main-main aja tadi tu.”

Banyak cakap pun tak guna. Jom makan. Perut dan berbunyi lagu Siti ni menahan lapar. Nak makan di town tadi tak sempoat sebab kejar masa. Janji jam 8 kan..”

Terima kasih ya abang... Macam tak percaya.”

Sudah.... Aku lapar ni. Membebel sokmo cik kedondong ni!!!

Hok ellehhh.... Sempat lagi kenakan Ika ye. Tak pe... Ada ubi ada batas...”

Ada nasi cepat-cepat bubuh dalam bekas...”

Makan sambil penuh dengan usik tawa dan senda gurau. Bagai telah lama berkenal. Inilah kelebihan jika ikatan yang terjalin atas dasar ikhlas apatah lagi kena yang satu kepala. Memang mudah mesra dan terasa keserasian yang sukar dibayangkan. Sambil makan pelbagai kisah dikongsikan. Semakin banyak lah yang diluah dan di ketahui oleh Zulaika mahupun Amir Hamzah.

Macam ni lah. Ika daftar dulu SPM, kelak kita usaha dapatkan nota-nota ulangkaji dari Maktab Adabi Gaya Pos. Abang boleh juga dapatkan soalan-soalan ujian dari sekolah lama abang. Tak pun dari sekolah tempat abang buat praktikal. Abang juga boleh jadi cikgu Ika. Tapi tak perlu bayar. Free of charge aja.”

Terima kasih abang. Baru aja Ika kawan dengan abang, dah susahkan abang kan.”

Susah apanya? Orang nak belajar, patut kita beri sokongan lah. Tak da hal lah... Yang penting kali ini Ika buat baik-baik dan studi betul-betul. Ingat tau, peluang tak da nak datang dua tiga kali tau.”

Tapi...”

Pertuturan Zulaika terhenti di situ. Berkira-kira mahu menceritakan masalahnya di kafeteria ini. Bukan mahu berselindung, tetapi tidak mahu ditambahkan lagi beban di bahu sahabat barunya ini.

Tapi apa? Takut Haji Mukhsin marah? Takut tak da duit untuk persediaan ini? Ika kan kerja, mesti ada gaji kan.”

..... sepatutnya begitu. Tapi dah empat bulan Ika kerja dengan Haji, baru sekali Ika dapat pegang duit gaji. Selebihnya... Macam hamba abdi!!”

Biar betul.....”

Susah nak percaya kan...”

Zulaika mengangguk kepala tanpa mengiyakan apa yang diperkata sebentar tadi. Amir Hamzah jadi ralat. Tidak disangka pula di sebalik senyum tawa Zulaika rupanya ada terselindung duka yang membatu. Keras yang sukar dipecahkan jika tidak siapa yang peduli. Sememangnya sikap Amir Hamzah juga keras bila melihat sahabatnya bermasalah. Dialah yang selalu akan ke hadapan untuk bersuara.

Ika dah minta gaji Ika?”

Dah... Tapi macam-macam alasan diberikan. Paling teruk bila dia kata dia mahu jumpa mak ayah Ika. Nak buat benda pelik.”

Benda pelik?”

Dia cakap nak minta kebenaran untuk ambil Ika jadi bini nombor dua dia. Sebab dia tak mahu Ika lari. Semua bil-bil dan akujanji dengan bank dan kontraktor dia guna nama Ika. Nama dia dan bini dia dah black list.”

Ya Rabbi... Ika tahu tak? Ika ni macam dah buat tali gantung kemudian letak leher Ika sendiri di situ. Tunggu masa nak terjerut aja tau. Kenapa macam tu.?

Ika kesiankan mereka. Tapi tak sangka pula jadi macam ni. Lagi satu, mana lah Ika tau. Ika ni baru nak kenal dunia luar...”

Selesai makan, Zulaika dan Amir terus bercerita. Hanya bila jam menunjukkan lima belas minit jam sebelas malam baru lah mereka mahu beransur.

Hati-hati tidur malam sorang-sorang tau. Ada momok di belakang pintu.”

Mulut.... Nak kena gayang dengan cabai agaknya. Ok lah, terima kasih sebab sudi dengar kisah Ika dan terima kasih sebab sudi membantu Ika. Assalammualikum.”

Tak palah. Waalaikumsalam. Jumpa lagi esok ok. Jangan dirunsingkan sangat okey. Selain daripada mati, mesti ada jalan penyelesaian tau.”

Terasa sedikit ringan beban yang dipikul setelah Zulaika meluahkan kisah duka lara nya kepada Amir Hamzah. Biar pun terfikir dia mungkin agak keterlaluan. Di awal-awal perkenalan lagi dia sudah menyusahkan teman barunya ini. Zulaika terpaksa kerana Amir Hamzah begitu mahu tahu. Alang-alang sudah dicerita biar habis kata nya. Itu yang Zulaika luahkan segalanya. Selepas ini, andainya Amir Hamzah terasa beban dan mahu mengundur dari terus disisi Zulaika, dia pasrah. Zulaika tidak mahu ada rasa terpaksa dan kasihan di pihak Amir Hamzah. Jika benar-benar ikatan ini di tunjangi keihklasan, Zulaika percaya segalanya akan terus lancar.

No comments:

Post a Comment