PERUTUSAN HARI RAYA CIKGU ARZMAN & ISTERI
Bismillahhirrahmanirrahhim...
Assalammulaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Bersempena bulan Ramadhan 1433 yang sedang berlangsung sekarang ni dan Syawal 1433 yang di jangka pada 19 Ogos 2012 (Ahad ini), saya ARZMAN BIN SAAD bersama isteri kesayangan saya ZAKIAH BINTI MAT ingin mengambil kesempatan dengan rendah hati yang tulus ikhlas, kami ingin mengucapkan :
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Kami berpesan kepada anak kami Batrissyia Nur Iman yang berada di Pahang, kedua ibu bapa serta adik beradik kami (di Pantai Remis, Perak dan Palong, Negeri Sembilan), kepada semua sahabat2 kami di mana sahaja mereka berada serta semua yang mengenali kami (guru2 dan pelajar2 SMK JABI, Kedah, SMK SIMUNJAN, Sarawak), pelajar tusiyen (F3 MNY, F3, F4, F5 TMJ) dan siapa juga lah... :
1. Penuhilah Ramadhan 30 dengan sebaiknya kerana bulan ini bulan ganjaraan dari-Nya.
2. Raikanlah Syawal ini dengan penuh riang gembira dan syukur.
3. Berjimat cermat semasa berbelanja sebab ingat masa selepas raya masih jauh perjalanan dan banyaknya perbelanjaan yang haris ditanggung.
4. Berhati-hati sepanjang pulang ke kampung dan kembali semula ke tempat tinggal. Biar lambat asal selamat. Jem di mana2 tu normal lah yer..
5. Bermaafan lah dan selesaikan lah segala salah dan sengketa. Tidak salah segala kekhilafan lama ditamatkan kerana ianya lebih memberikan ketenganan hati dan hidup. Tiada guna hidup terus dalam amarah dan dendam kesumat.
6. Beringatlah bahawa tidak sentiasa kita tenang dan gembira kerana sekali Dia kata kita jatuh, kita akan jatuh. Begitu juga sebaliknya. Jika sekarang kita jatuh, sekali Dia kata kita bangun, kita pasti akan bangun.
7. Bagi yang akan menduduki SPM, PMR (juga UPSR, STPM dan ujian2 biasa di sekolah) janga ndilupa terus pelajaran. Buka2 lah juga buku bila ada masa. Buat juga latihan ok..
8. Jemput lah datang ke rumah kami di Pokok Sena (kalau kami ada di rumah huhuhuhu).
Akhirnya sekali lagi kami berdua memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami bersama dan mengenali anda semua, kami ada terbuah salah dan silap, terkasar bahasa dan budi bicara, tersalah langkah sikap dan perbuatan sama ada disedari atau tidak, sama ada secara sengaja atau tidak. Kami mohon ampun dan maaf. Dihalalkan makan dan minum, pakai dan guna dan apa sahaja. Bagi pihak kami, kami sudah memaafkan apa sahaja salah dan silap kalian semua sebab kami sedar kami bukan siapa2 di sisi Dia Yang Maha Kuasa.
Cumanya yang masih berhutang (yang janji berhutang dan akan bayar) yang ini kami tdak dapat halalkan sebab itu hak kami dan kami memerlukannya kerana janji mesti ditepati. Lain2 makan minum pakai dan apa sahaja kami telah halalkan..
Sekian Terima Kasih.
Salam Syawal dari kami.

No comments:
Post a Comment