Tuesday, August 07, 2012

BAB 3 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 3...Panji Semangat Ku Membara


Telefon bimbit jenama Sonny Erricson berbunyi. Menandakan satu sms baru masuk. Zulaika baru selesai menunaikan solat Isyak, menekan butang message. Kemudian membuka ruangan inbox. Zulaika tersenyum. Ditekan butang ok untuk membaca sms yang baru diterimanya.

Akum... TQ sebab sudi mkn2 dgn abg ye. x sangka pula akhirnya abg dpt kenal n rapat dgn Ika. Hrp kita akan jadi kwn yg plg baik n owez dcc x kira lah atau k...

Zulaika menekan butang reply. Ditekan satu persatu dan seketika kemudian Amir Hamzah pula membuka sms yang baru diterimanya tadi.

Ksalam... TQ jg sbb abg pun sudi mkn2 dgn Ika td. x sangka abg sggp turun Kuantan semata2 nak dapatkan apa yg Ika pesan. Ika pun hrp kita akan jadi kwn yg plg baik n owez dcc x kira lah atau k...

Jam di penjuru kafe berdetik dua belas kali. Menandakan telah pun tamat satu hari dan masuk pula satu hari yang baru. Zulaika menarik selimut dan melitup seluruh jasad yang mula di cengkam kesejukkan angin malam. Amir Hamzah juga begitu. Esok mereka akan bertemu lagi. Baru sahaja mahu dilelapkan mata, telefon berbunyi lagi. Satu pesanan ringkas datang lagi. Zulaika tahu daripada siapa.

Akum... Slmt Mlm sayang. Dari yg setia menanti jawapanmu..

Zulaika membisu tanpa membalas. Baginya sms ini tidak perlu untuk dibalas. Sudah berulang kali. Malahan hampir saban malam Zulaika akan mendapat sms seperti itu. Dari dia yang tak tahu erti sabar dan dari dia yang seolah-olah terlalu yakin yang Zulaika akan membuat keputusan yang berpihak kepadanya. Kadang kala Zulaika jadi rimas dan meluat dengan keadaan ini. Tetapi Zulaika memang belum ada apa-apa keputusan untuk diberikan. Dan malam itu Zulaika hanyut lagi bersama mimpi yang hanya dia sahaja yang tahu. Indah atau ngeri bergantung kepada fikiran dan roh empunya badan. Mungkin malam uitu mimpi Zulaika indah kerana baru sahaja dia dipertemukan dengan seorang sahabat yang istimewa, lucu dan memahami diri dan perasaannya. Zulaika sudah punya teman berkongsi rasa suka dan duka.

Seawal jam 5.30 pagi telefon sudah berbunyi. Dalam kemalasan dek kerana masih lagi mengantuk, Zulaika menjawab panggilan. Terus segar bila mana mendengar suara di hujung talian.

Hai Hoi..... Bangun cik adik oiii. Assalammualaikum... Ada orang ke tak? Bangun solat subuh oii... Hello... Hello... Hello...”

Waalaikumsalam.. Ika dah bangun lah abang... Ni nak gi solat lah ni.”

Zulaika tersenyum... Hatinya berbunga. Kini ada pula ‘jam loceng’ yang akan selalu mengingatkan dan mengejutkannya bangun solat subuh. Selesaikan memberi salam di rakaat terakhir, Zulaika menadah tangan memohon doa belas ihsan dari yang Esa agar dirinya terus tabah dan teguh untuk berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian hidup yang kerap kali membuatkan Zulaika hampir hilang arah lalu mahu sahaja dia berputus asa. Berserah pada takdir. Tapi mungkin pertemuannya dengan Amir Hamzah akan memberikan api perjuangan yang baru? Mudah-mudahan begitu lah hendaknya. Selesai berdoa, Zulaika membuka dan membaca beberapa baris ayat Al Quran. Kitab suci yang sentiasa menjadi temannya di tikar sejadah.

Sedar atau tidak, sudah menjangkau dua bulan perkenalan antara Zulaika dan Amir Hamzah. Sudah terlalu banyak kisah diketahui. Zulaika telah kenal benar siapa Amir Hamzah. Kisah zaman kanak-kanak sehingga ke hari ini. Tentang kegagalan dalam percintaan juga telah diketahui dari mula hingga ke akhir. Begitu juga dengan Amir yang sudah tahu dari pangkal ke hujungnya kisah hidup Zulaika. Jika dibukukan agaknya boleh dijadikan satu bibliografi bertaraf satira. Entahkan ada tuah di mana-mana boleh dianugerah dengan karya agong? Atau Hadiah Noble Keamanan?

Ika, abang dah beli nota-nota dan latihan untuk semua subjek yang Ika daftar SPM tau. So, abang harap Ika belajar betul-betul dan jangan ulang kesilapan lalu ok.”

La.... Kenapa abang bersusah payah untuk Ika?”

Orang nak belajar kita kena beri sokongan. Abang tak da malasah pun. Ikhlas..”

Kalau gagal lagi?”

Belum cuba dah nak mengaku gagal ke? Jangan macam tu. Cuba dulu ok..”

Terima kasih lah abang ye. Tak tau macam na nak balas budi baik abang. Kalau tak da abang, entah Ika pun tak tahu nak buat apa. Mungkin terus-terus kerja sini agaknya. Jadi pekerja sukarela di sini.”

Berhenti ajalah. Buat apa terus kerja sini kalau gaji tak dibayar? Jangan terlalu baik dengan orang Ika. Orang belum tentu menghargai setiap kebaikan kita.”

Tapi Ika kesian kan Haji dan kak Midah.”

Sebab kesian la Ika makan hati berulam jantung. Merintih sendiri. Kalau Ika betul-betul nak settle kan masalah ni, dah sepatutnya Ika berhenti dan cari kerja lain. Ini pendapat abang lah.”

Tengok lah dulu abang. Buat masa la, Ika sabar ajalah. Lagipun dah tak lama pun kafe ni nak buka. Tak lama lagi bila maktab pindah ke Lipis, Ika berhenti lah.”

Ika tak ikut ke Lipis ke?”

Tak kot. Jauh sangat lah. Mak tentu tak izinkan.”

Berjauh lah kita nanti kan... Tak dapat la abang nak usik-usik Ika. Tak dapat la nak hutang 20 sen untuk milo ais.”

Di sana kot abang jumpa cashier lain lagi..”

Tak sama macam Ika...”

Sugul wajah Amir Hamzah. Zulaika dapat menangkap perubahan air muka abang nya itu. Tersilap cakapkah Zulaika? Sedang yang Zulaika tahu dia bercakap yang sebenar. Memang dia tidak akan ke Kuala Lipis nanti. Terlalu jauh dan pastinya tidak akan mendapat lampu hijau dari ibu dan ayahnya.

Ala abang... Jangan la macam tu. Kelak berjauhan Ika takkan lupakan abang ok. Nanti kita boleh juga sms, call ataupun bersurat kan. Sesekali abang turun Kuantan, dapat juga kita jumpa.”

Abang nak jumpa hari-hari.”

Tak boleh la macam tu. Ika pun nanti nak juga jumpa mak ayah, nak jumpa kakak, abang dan adik-adik. Juga nak jumpa ayam itik Ika di kampung.”

Ye lah... OK!! OK!! OK!!... Tak pa lah. Juah di mata, di hati tetap dekat dan rapat kan Ika. Ha!!!! NI bual-bual ni mana order abang?”

Abang ada order ke?”

Haiya.... Sudah lupa ke? Order rasmi lah... Lagi mau cakap ka amoi?”

Sapa amoi? Nama saya Zulaika binti Zakaria ye. Saya orang Melayu bukan Cina.”

Ooo Melayu... Ingat tadi orang Indon.”

Abang.......”

Hahahahahahaha.....

Zulaika meneruskan kerja-kerjanya. Mengira kutipan untuk hari ini. Haji Mukhsin mendekati Ika. Timbul rasa rimas dan meluat di hati Ika setiap kali lelaki berusia lingkungan 50an ini ada di depannya. Menang tidak ada perkara lain lah yang mahu di katakan. Rasa ingin benar Ika menempelak lelaki ini tapi dia hanya pekerja.

Macam mana Ika? Awak dah fikir masak tentang permintaan Kak Midah? Bukan apa, rasanya tak da masalah. Anak-anak saya pun sudah rapat dengan Ika. Kak Midah pun beri lampu hijau. Kelak Ika pun lebih terjaga makan pakai.”

Terjaga apanya? Nak bayar bil pun tak mampu. Nak bagi saya makan pucuk kayu hari-hari? Tak payah lah Haji. Lupakan sajalah niat Haji tu. Cukup lah Kak Midah dan anak-anak yang Haji ada sekarang ni. Tak perlu nak buka cawangan baru.”

Haji Mukhsin berlalu. Terasa panas dengan kata-kata yang dilontar Zulaika sebentar tadi. Keegoannya sedikit tercalar. Tapi dia sedar dia harus perlahan-lahan mencuba dan jangan sesekali putus asa. Baginya Ika terlalu mentah untuk terus berkeras dan bertahan dengan pujukkan dan ajakkannya. Lambat laun Ika pasti akan terima juga. Itu difikirannya. Tapi pada Zulaika lain pula difikirkannya. Zulaika membisik kepada Allah S.W.T memohon belas ikhsan dariNya.

Ya Allah Ya Tuhan ku...
Mengapa kau turunkan ujian sebegini kepada ku? Kau hadirkan seorang abang kepadaku. Aku mensyukurinya. Tapi kau hadirkan juga ujian buatku. Mengapa harus kau timpakan ke atas ku ujian setelah kau limpahkan rahmat buatku? Aku terlalu kerdil dan lemah Ya Tuhanku. Tidak ku inginkan untuk menerima Haji itu sebagai teman hidupkku. Aku membantu, kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah yang aku pikul sebagai pekerjanya. Tidak terfikir aku mahu selebih dari yang selayak aku terima. Aku juga tidak mahu Razlan berterusan menanti dan menagih cinta dan kasih sayangku. Kerana kau belum bersedia untuk berkasih sayang. Aku mahu membina hidupku dahulu. Aku mahu berjaya dan aku mahu mencapai cita-citaku Ya Allah. Bantu lah Aku Ya Rabbal Alamin.”

Hai... termenung jauh nampak? Fikirkan apa? Pasal abang Amir ke?”

Eh, kak Sue... Tak lah... Ika berangan pergi London tadi.. Hahahaha... Kak Sue tak da kelas ke?”

Kan sekarang waktu rehat. Itulah banyak berangan sampai waktu rehat pun lupa.”

Maaf lah kak Sue. Kak Rini sama kak Fidah mana? Kan selalu akan datang dengan mereka. Tak nampak pun hari ni.”

Mereka ada discussion sikit. Jap nanti ada presentation.”

Ooo... Akak, Ika nak tanya sikit boleh? Sementara tak ramai orang lagi. Pandangan akak tentang abang Amir Hamzah? Dia baik ke?”

Amir Hamzah.... Apa boleh kakak kata ya. Kami KPLI ni ada 81 orang. Kakak rasa yang paling bagus sekali abang Amir Hamzah lah. Walaupun dia gila-gila sikit tapi dia selalu di depan dalam apa-apa sahaja hal. Bukan nak puji atau menampakkan dia baik. Tapi hakikat memang dia baik sangat. Mungkin Ika dah tahu tentang dia sanggup ke Temerloh tau..”

Buat pe? Kan jauh Temerloh dari Kuantan?”

Sebab kawan sekelas dia, kak Aishah mengidam nak makan kari ikan tapah yang di masak di Temerloh. Siapa yang sanggup ke Temerloh semata-mata untuk beli?”

Abang Amir pergi semata-mata beli kari ikan tapah?”

Ya... Sebab suami kak Aishah minta abang Amir tolong tengokan kak Aishah. Kan abang Amir ketua kelas. Memang dia jaga betul-betul. Katanya orang mengandung tak boleh dibiar mengidam yang bukan-bukan. Nanti anak keluar meleleh air liur.”

Baik betul abang Amir kan kak... Dengan Ika pun banyak dah ditolongnya.”

Perbualan terhenti bila mana kafe mula dibanjiri dengan guru-guru pelatih yang mula mengejar mengisi perut yang sudah kelaparan. Dan Zulaika juga sudah tak punya masa untuk berbual lagi. Mulutnya masih becok melayan karenah si pembayar. Kak Sue hanya tersenyum melihat gelagat Zulaika melayan penuh ceria. Tapi Kak Sue juga tidak tahu gelora di hati Zulaika. Sesekali Zulaika meneguk air membasah tekak yang kekeringan. Masakan tidak, berceloteh tidak mengira masa.

Ika, Kak Sue bergerak dulu k. Satu Kak Sue nak bagitau Ika... Ika bertuah kerana dapat mengenali abang Amir Hamzah.”

Alhamdulillah Kak Sue. Ika memang syukur sangat-sangat. Kalau terjumpa abang Amir, sampaikan salam saya ya kak Sue. Terima kasih.”

Panjang umur Amir Hamzah. Baru sahaja disebuut nama, sudah ada di depan mata.

Milo air hutang 20 sen siap...”

Zulaika ketawa sebaik sahaja selesai memberi pesan kepada pembuat air di dapur.

Ha, macam tu lah baru dikatakan cekap dan pantas. Apa khabar pagi ni?”

Tak sihat....”

Pasal pe? Demam ke? Kenapa mata merah? Tak cukup tidur? Demam? Nangis? Bagi abang panadol dua biji.”

Buat pe? Abang demam ke?”

Tak lah... Ini untuk Ika. Makan cepat tau. Kelak melarat pulak demam tu.”

Bersungguh benar Amir Hamzah mengambil berat tentang Zulaika. Zulaika sendiri rasa terharu. Tiada orang lain yang menegur dan perasan matanya merah tetapi Amir Hamzah nampak. Amir Hamzah memang istimewa.

Ika rasa nak demam kot... Kejap lagilah Ika makan ubat k.”

Zulaika memberi alasan untuk menutup rasa sangsi di hati Amir Hamzah. Zulaika tidak mahu Amir Hamzah tahu yang dia menangis. Jika diketahui, akan bertalu-talu lah soalan yang dikemukakan mengalah polis yang menyiasat kes kematian. Zulaika sudah pernah disoal begitu hanya kerana dia diam seketika. Zulaika tahu... Ada kesempatan, Zulaika mesti akan menghantar sms buat Amir Hamzah.

Akum... Abg bz ke? TQ sbb abg beri Ika panadol. Ika x demam lah. Ika nangis sbb igt sakit yg Ika tanggung kini. Hanya abg yang beri smgt pd Ika. Yg lain smua fikir adik hepi kan..

Segera balasan diterima. Sesibuk mana pun, tetap Amir Hamzah punya masa untuk di sisi Zulaika biarpun hanya dalam sms.

Ksalam... x bz pun? Sabar lah Ika. Mybe skrg ni masa Dia uji Ika. Tp nnti Ika akn dpt anugerah x thingga dariNya. Trust me k... Apa2 hal msg @ cite kat abg tau. x dpt settle, dpt di < pun ok lah beban tu. Jgn simpan dlm hti ke. Bkn blh jd emas pun...

Zulaika tersenyum. SMS Amir Hamzah pasti mengundang kelegaan di hatinya. Sebab itulah Zulaika selesa dan tidak segan silu bercerita apa sahaja dengan Amir Hamzah. Baginya Amir Hamzah istimewa. Entah ke berapa kali istimewa itu telah di berikan buat Amir Hamzah. Memang Amir Hamzah layak menerimanya.

Jgn byk nangis. Simpan air mata tu untuk meraikan kegembiraan 1 ms nnti. Jgn kelak, Ika x punya air mata utk di titiskan sbg tanda syukur n trima ksih padaNya atas anugerah yg dilimpahkan.

Terus Zulaika membalas...

Fullamak... Ayat... Power beb!!! TQ. InsyaAllah dgn abg slalu dcc Ika, Ika akan smkin kuat mcm ultraman ke, superman ke... tapi Ika x nak lah pakai underware di luar. Ika nak jadi superpower Malaysia. Ttp tutup aurat walaupun berkuasa. hahahaha . Abg kwn dgn Ika, awek abg tak marah ke?

SMS Zulaika juga berbalas...

xda hal... Ujian di beri ni, kecil aja jika dibanding rahmatNya. Abg tak da awek. Dah lama meninggal dunia. xcident. Yg lepas2 tu juga semua tggl kan abg. Jd la abg yatim piatu bercinta... Hahahaha:p

Telefon berbunyi. Zulaika melihat pada skrin telefonnya terpampang nama Razlan. Berkira-kira sama ada mahu disahut atau dibiarkan sahaja. Sudah lapan kali panggilan itu tidak dijawab. Missed calls ke sembilan ini Zulaika rasa perlu dia jawab. Mungkin ada hal penting yang mahu Razlan cakapkan.

Hello, Assalammualaikum..”

Waalaikumsalam.. Kenapa tak jawab call Razlan tadi? Tak sudi ke? Sorry ye kalau Razlan mengganggu kerja Ika. Razlan cuma nak bagitau yang Razlan rindu kan Ika lah.

Itu saja ke nak di bagitau? Ingat ada apa lah yang penting sangat.”

Ya itu sahaja. Kenapa tak boleh ke?

Bukan tak boleh tapi tak ada apa yang penting pun. Dah selalu sangat awak cakap hal ni. Susah hati saya.”

Selagi Ika tak beritahu keputusan tentang permintaan Razlan, selagi tu lah Razlan akan terus macam ni.
Ikut suka awak lah. Saya tak boleh nak buat keputusan terburu-buru. Banyak yang perlu saya fikirkan. Banyak kerja lagi yang perlu saya buat.”

Atau Ika ada banyak pilihan? Ya lah, Razlan ni dah tua. Tak da harta. Kerja pun sebagai driver. Mana tahu di tempat kerja Ika tu ramai lelaki yang yang lebih kacak, lebih kaya lebih baik dari Razlan kan.

Hello, tak timbul soal kaya miskin, kacak atau tidak. Saya dah bagitau kan. Banyak yang mesti saya fikir sebelum saya dapat buat keputusan. Ini hal yang melibatkan masa depan saya. Saya tak mahu buat sesuatu hanya untuk keseronokan separuh jalan. Kemudian derita separuh lagi. Saya belum bersedia. Umur pun muda lagi.”

Umur Ika memang muda. Tapi Razlan? Razlan dan mencecah 30 tau. Famili dah bising-bising. Razlan tak mahu orang lain. Razlan mahu Ika sebab Razlan jatuh cinta pandang pertama pada Ika. So, harap Ika akan menerima luahan hati Razlan.

Jangan terlalu menaruh harapan agar saya membuat keputusan yang memihak kepada awak. Saya tak mahu awak kecewa. Kalau awak mahu keputusan segera, cari orang lain yang lebih sedia. Sekali lagi saya tegaskan kat sini. Saya ada cita-cita yang mesti saya capai dulu sebelum saya mahu memikirkan tentang cinta dan berumah tangga. Harap awak faham. Maafkan saya.”

Emmm... Tak pa lah. Saya tetap tunggu dan saya yakin Ika akan dapat beri Razlan peluang dan kesempatan untuk merasai kebahgiaan bersama Ika.

Sakit kepala Zulaika memikirkan pengharapan Razlan. Pemuda awal tiga puluhan yang selalu mengusiknya semasa Zulaika bekerja di pasar malam. Sebelum Zulaika bekerja di kafe Haji Mukhsin, Zulaika bekerja sebagai pembantu kepada Makcik Basrah sebagai pembantunya. Makcik Basrah menjual pelbagai jenis mee dan mihun di pasar malam. Semua orang kenal dia. Baik di Kuantan, Gambang, Panching, Pekan mahupun di Jengka, Lepar dan Temerloh. Kalau di sebut sahaja mee jawa kak Basrah, pasti orang akan tahu. Dan Zulaika tumpang sekaki terkenal nama. Tidak lain dan tidak bukan kerana kebecokkan mulut kecilnya berceloteh dan juga tersenyum kepada setiap pelanggan yang datang ke gerai mereka.

Di situlah juga Zulaika bertemu Razlan. Setiap kali Zulaika berniaga di kawasan Kuantan, Gambang, Lepar, Panching dan Bukit Sagu, Razlan pasti ada. Bukannya dia membeli dan berlalu. Tetapi sengaja berlama-lama di meja makan dan ada sahaja yang ditanya kepada Zulaika. Rakan-rakannya juga sama sekali membantu misi Razlan untuk mendekati Zulaika. Berkali-kali Razlan meminta nombor telefon Zulaika. Tetapi tidak mahu Zulaika memberi kepada sebarangan orang. Tapi hari itu makcik Basrah yang berikan nombor Zulaika kepada Razlan.

Sejak itulah saban hari ada sahaja sms dan missed calls yang diterima. Kadang kala Zulaika naik bosan kerana langsung Zulaika tidak terfikir untuk mencari teman hidup sepanjang dia membantu makcik Basrah. Dalam benak hatinya hanya membantu dan mencari duit poket. Tapi Razlan tidak faham barangkali. Biarlah Razlan mahu terus memikirkan tentang hatinya. Zulaika tidak mahu tersepit antara cita dan cinta.

No comments:

Post a Comment