Seringkali hati dan jiwa..
Tidak seiring dengan akal yang memikir..
Mengapa harus wujud kekhilafan itu?
Sedang tahu ianya cukup menyakitkan jiwa dan rasa...
Namun, tetap juga terjadi khilaf yang tanda sedar..
Lantaran hakikat seorang insan..
YANG TERLARANG ITU GODAAN..
Sering jiwa mengasak mengatakan bahawa..
Aku SUKA kamu tetapi aku tidak mengharapkan kamu..
Namun.. Hati memberontak menyatakan ku impikan kamu..
Biar tak terluah di bibir yang selama ini petah berbicara..
Lantaran menjaga hati dan perasaan insan lain..
Hingga jiwa menangis, diri derita..
Namun ku pasrah dan ku yakini...
Setegar mana sekalipun rasa itu..
Tak kan ku perpasrah hati menurut rasa..
Kerana aku letakkan keyakinan aku di takhta yang teratas..
Bahawa janji Tuhan tak siapa mampu menghalang..
Biar lambat atau cepat..
Biar sukar atau mudahnya janji Tuhan itu...
Tetap ku yakini bahawa..
Andai itu janji Tuhan...
Pasti ia kan kekal menjadi milik ku..
Biar terpaksa ku tunggu dalam kesamaran...
Khilaf Hati, mencalar jiwa..
Kadang kala sakit dalam keindahan..
Kadang kala indah dalam kesakitan..
Sebagai hamba Tuhan yang daif, naif lagi lemah..
Ku berimpian, ku berharap..
Tapi ku pasrah serahkan segalanya padaNya..
Siapa lah aku mahu merealitikan impian sendiri.
Jika Dia tidak menulis kesudahan itu buat ku..
Biar diusaha 1000 tahun sekalipun...
Aku tetap berhasilkan kosong tanpa janjinya..
Kepadamu yang aku SUKA..
Selamanya aku SUKA kamu..
Sekalipun mungkin aku bukan siapa2 pada kamu..
Sekalipun mungkin aku bukan pilihan mu..
Sekalipun juga engkau bukan pilihanku..
Kerna SUKA aku kerana sememangnya aku SUKA..
Biar Khilaf Hati mencalar jiwa ku...
Namun aku tidak pernah silap dalam menyatakan SUKA ku ini..
SUKA tak bermakmna harus memiliki..
by : tiana aresya (01.12.2011 / 5.40 petang / cc MNY)
No comments:
Post a Comment