Monday, September 10, 2012

BAB 4 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 4...Mengapa Kita Terpisah

Petang itu Amir Hamzah sudah berkemas-kemas barang miliknya. Semua sudah di masukkan ke dalam beg. Esok sudah mula cuti penggal pertama. Bermakna esok juga mungkin menjadi pertemua terakhirnya dengan Zulaika. Terasa beratnya hati untuk ditinggalkan. Apabila penggal kedua dibuka, Amir Hamzah akan memulakan sesi barunya di kampus baru di Kuala Lipis. Zulaika tidak akan turut ke sana.

Sedih lah Ika. Esok abang dah nak pulang ke Perak. Lepas tu kita mesti tak dapat jumpa seperti sekarang. Abang dah tak dapat nak usik Ika. Tak dapat nak hutang dua puluh sen lagi. Paling penting abang tak dapat lagi nak bantu Ika untuk belajar.”

Sabarlah abang. Kelak ada kesempatan kita jumpa ok. Ika akan belajar sendirilah nanti. Kalau tak faham, Ika tulis surat ke, sms ke atau call abang ok. Jangan difikir sangat lah tentang Ika. Ika boleh jaga diri tau.”

Tapi satu abang nak Ika janji dengan abang.”

Apa?”

Ika mesti pegang janji yang mana tak kan terus kerja dengan Haji Mukhsin lagi.”

Ya... Ika janji dan Ika dan bagitau Haji Mukhsin pun. Walaupun dia tak setuju tapi Ika tetap akan berhenti juga. Abang jangan bimbang ok. Ika pegang janji Ika ni.”

Abang bukan nak halang Ika bekerja... Tapi, Ika sendiri tau kan. Apa guna kita bersusah payah kerja tapi orang tak hargai kita. Kerja setengah mati tapi gaji tak di bayar? Kita bukan hamba abdi. Kalau dibayar its okey to me.”

Ya, Ika tahu.... Abang pun esok hati-hati bawa motor tau. Bukan dekat. Penat stop dulu lah. Ngantuk tidur aja kejap di mana-mana. Sembilan jam juga kan nak sampai ke kampung. Kalau Ika tak sanggup la. Mau patah pinggang.”

Abang dah biasa Ika. Langgar lembu pun dan pernah. Hahahahaha..”

Habis tu nak langgar lagi? Tak serik-serik lagi ke?”

Tak da lah abang nak langgar lembu. Kecuali kalau fruss bercinta lagi koy ya... Tapi kalau accident lagi, mungkin cipan pulak nak dilanggar kali ni. Nak langgar helikopter pun, benda tu kat atas. Nak langgar kapal selam, asyik dok dalam air aja... Kecuali kalau frust bercinta kot ya...”

Banyak la...”

Ika.... Abang sayang Ika tau... Sayang sangat-sangat. Lebih dari diri abang sendiri tau. Ika kena tahu tu. That why abang sanggup bersusah payah demi Ika.”

Terima kasih banyak-banyak abang. Ika tahu. Ika pun sayang sangat-sangat kat abang. Tak terbalas budi baik abang pada Ika selama ni.”

Boleh... Ika jadi bini abang lah....”

Hisshhhhh.... Tok booooooik lah abang cakap macam tu.”

Zulaika ketawa lagi. Setiap kali bersama Amir Hamzah, pasti ada yang berjaya mencuit hatinya untuk ketawa. Tetapi saat ini, dalam pada Zulaika ketawa dengan usikan Amir Hamzah, sebenarnya Zulaika sedang bertarung melawan perasaan yang kian diruntun kesedihan. Air mata Zulaika semakin sarat dan tidak sabar-sabar untuk menuruni keluar dari kelopak mata ke pipi bersihnya. Tapi Zulaika tegar. Tetap ditahan sedaya upaya. Zulaika tidak mahu kesedihannya saat ini ditunjukkan kepada Amir Hamzah. Namun, sebaliknya pula berlaku.

Kenapa abang menanagis? Alaaa... Jangan la macam ni. Nanti Ika pula yang sama menangis. Buruk lah orang lelaki menangis.”

Amir Hamzah masih berusaha untuk mengumpul segenap kekuatan diri. Hari ini Amir Hamzah menangis lagi. Jika dahulu dia menangis kerana kekecewaan dalam percintaan. Kali ini Amir Hamzah menangis kerana tidak sanggup untuk berdepan dengan perpisahan yang bakal berlaku tidak lama lagi.

Ika.... Selalu sms abang ya. Selalu menulis untuk abang dan jangan lupakan abang tau. Abang tak dapat bayangkan jika Ika berdiam apa lagi pergi dari abang.”

Abang..... Ika takkan lupakan abang!!! Abang dah Ika terima sebagai abang Ika sendiri. Mana boleh Ika lupakan abang. Selagi darah Ika terus mengalir, selagi nadi Ika terus berdenyut tak kan sesekali abang Ika lupakan.”

Amir Hamzah menghulurkan sesuatu kepada Zulaika.

Buka selepas abang dah hilang dari pandangan Ika tau.”

Buka sekarang tak boleh ke?”

Ngok ngek betul lah cik Peah terlebih bedak sejuk ni. Kan abang pesan dan ini amanah abang tau. Buka selepas abang dah hilang dari pandangan.”

Ok, Ika pegang amanah abang. Terima kasih abang.”

Zulaika bersalam dan mencium tangan Amir Hamzah. Terasa ada kehangatan di tangan Amir Hamzah. Ika berlama bersalam dan tidak lagi melepaskan.

Ika juga menangis kan...”

Menitis air mata di tangan Amir Hamzah. Sebab itulah ZulaiIka berlama. Zulaika tidak tahu bagaimana untuk dihentikan air matanya saat itu. Jika tadi Zulaika minta Amir Hamzah tenang. Sekarang Zulaika yang tidak tenang.

Kalau Ika terus menangis, lagi abang tak senang hati nak pulang. Jangan nangis ok. Mungkin semakin kita berjauhan, semakin kita rapat. Sama-sama kita jaga ikatan yang telah kita bina tau.”

Akhirnya Amir Hamzah pergi meninggalkan Zulaika yang memandang hiba. Selamat tinggal Amir Hamzah. Selamat tinggal Zulaika. Kisah kita berakhir di sini. Zulaika terus masuk ke biliknya dan menangis lagi. Peritnya perpisahan ini buat dirinya. Tiap setengah jam Amir Hamzah menghantar sms menyatakan di manakah dia berada dan dia dalam keadaan selamat. Zulaika berasa tenang. Tetapi tetap juga dipesan agar sentiasa berhati-hati. Kerana malang tidak berbau.

Zulaika memegang amanah Amir Hamzah. Kini Amir Hamzah sudah tiada di depan matanya. Pemberian Amir Hamzah akan dibukanya.

Sebuah kita berbalut cantik tertera “KHAS BUATMU ZULAIKA @ IKA”. Senyuman terukir di bibir Zulaika. Kreatif juga Amir Hamzah. Dibuka tali riben biru yang dibuat simpulan berbentuk bunga ros. Dibuka pembalut berwarna merah perlahan. Ada lagi rupanya pembalut di dalamnya. Kali ini warna jingga... Lapisan ketiga berwarna kuning, diikuti hijaum biru, indigo dan ungu. Di lapisan ke lapan ada sekeping kad berwarna pink dan tercatat kata-kata. Zulaika membaca tiap baris kata.

ZULAIKA - Bagaikan warna sang pelangi... Ku lapiskan warkah ku buat mu untuk menggambarkan betapa hatiku ceria sejak kau hadir disisi. Moga keceriaan ini akan berterusan dan tiada apa yang akan memisahkan kita – AMIR HAMZAH.

Zulaika menyimpan kad itu baik-baik dan dibuka lapisan seterusnya berwarna biru laut yang mendamaikan. Zulaika memejam mata bagaikan tidak percaya apa yang ada di dalam kotak itu. Diraup wajahnya. Ada sekeping kad lagi. Berbentuk hati. Zulaika membuka dan membaca untuk diketahui apa pula yang cuba diluahkan Amir Hamzah dalam kad tersebut.

ADIKKU IKA
Khas untukmu, ikhlas dariku
ABANGMU AMIR HAMZAH.

Seutas rantai dengan buah berbentuk hati tertulis nama “IKA”. Sungguh Zulaika tidak menyangka yang Amir Hamzah menghadiahkan sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Patutlah Amir Hamzah beriya-iya meminta Zulaika membuat setelah hilang dari pandangan matanya. Sebab Amir Hamzah tahu, Zulaika pasti akan memulang-kan kembali pemberiannya ini jika dia ada di depan mata. Belum mahu dipakai lagi pemberian tersebut. Ada sekeping surat di dalam kotak itu. Zulaika mengambil dan mambuka. Cantik tulisan Amir Hamzah. Seindah baris-baris kata yang tertulis dalam warkah itu. Zulaika mengakui ayat-ayat Amir Hamzah penuh dengan bunga-bunga dan mendalam maksudnya.

Zulaika bersandar dibirai katil. Surat ditatap. Tetapi dia diganggu dengan panggilan yang sememangnya dia tidak suka. Baru sahaja semalam telefon, hari ini telefon lagi. Razlan betul-betul mencantas moodnya saat ini. Mahu sahaja Zulaika mematikan telefonnya tetapi mengenangkan dia harus tahu di manakah Amir Hamzah berada, lalu Zulaika terpaksa membiarkan. Di tukar mode telefon kepada silent. Baru puas hatinya. Berkali-kali telefonnya bergetar. Biarkan lah. Zulaika tidak kerugian apa-apa jika tidak menjawab panggilan Razlan. Seketika satu sms masuk. Zulaika membuka dan melihat daripada Amir Hamzah.

Ika... Abg dah smpai. Penat juga. Tadi hujan sikit. Tp Alhamdulillah semua selamat. Abang nak mandi dan rehat ye. Mgkin abg x msg Ika. Esok abg call Ika. Igt 1 perkara ya. Abg ulang lagi wpun Ika dah tahu. Abg syg Ika lebih dari segalanya...

Peluang yang terbuka ini Zulaika ambil untuk dimatikan telefonnya. Jika tidak pasti Razlan akan terus menelefonnya. Zulaika mahukan ketenangan saat ini untuk membaca warkah dari Amir Hamzah. Sebuah puisi yang pada Zulaika sudah cukup untuk menggambarkan apa yang mahu disampaikan oleh Amir Hamzah. Zulaika tahu Amir Hamzah mampu menyampaikan apa sahaja yang ingin dia sampaikan hanya melalui sebuah puisi mahupun sebaris kata-kata. Itulah keistimewaanya.

AKU DAN KAMU – KITA SEIRING SEKATA

Dahulu.... Aku sering kali mengimpikan seorang insan...
Sesorang yang mampu untuk ku kongsikan segalanya..
Tawa... Tangis... Usikan... Dan apa sahaja....
Aku fikir aku takkan temui lagi setelah Aleya pergi...
Namun ku panjat rasa syukur padamu Ya Allah...

Kau temukan aku dengan sebutir permata di bumi Darul Makmur...
Walaupun dalam tawa... Dia menangis merintih...
Aku tak mahu dia terusan menangis...
Secantik wajahnya tidak seharusnya digenangi air mata...
Aku berazam untuk mendekatinya.. mengenalinya...
Aku bertekad untuk menghapuskan air matanya...
Berikanlah aku kesempatan untuk aku mencuri hati dan dirinya...
Agar aku mampu menjadi sebahagian dari diari hidupnya...

Dan aku bersyukur pada-Mu Ya Allah...
Kerana usikan 20 sen ku... Saban hari tanpa jemu...
Akhirnya dia menerima salam perkenalanku...
Tidak ku toleh kebelakang lagi... Langkah terus maju...
Aku kenalinya... Aku tahu kisah dirinya...
Betapa dia derita biar senyum terukir dibibir manisnya..
Ingin ku kesat air mata di hatinya...
Ingin ku katakan padanya.. Aku lah talian hayatmu...
Untuk kau harungi derita untuk ke destinasi cita...
Aku berjanji kan ku korbankan apa sahaja...
Asalkan destinasi cita mu menjadi realiti...

Adikku Zulaika...
Abang mu ini ikhlas untuk bersamamu...
Abang mu ini ikhlas untuk membantumu...
Jangan kau fikir aku mengharapkan balasan...
Itu bukan sikapku...
Yang ku pinta hanya satu...
Ingat aku dalam hidupmu...
Berilah aku kejayaan citamu...
Aku sayang padamu...

Zulaika menangis lagi... Zulaika tidak kisah. Sebab tidak ada sesiapa yang melihat dia menangis. Kali ini Zulaika menangis kerana terharu dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Betapa bertuahnya Zulaika rasa apabila dia mengenali Amir Hamzah.

Ketulusan hati Amir Hamzah benar-benar membakar api semangatnya untuk terus berjuang mencapai cita. Zulaika tidak mahu setiap pengorbanan yang telah Amir Hamzah lakukan menjadi sia-sia tanpa ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Segera Zulaika mengambil kertas dan pen untuk dicoretkan sesuatu buat Amir Hamzah. Kerinduan sudah terasa biarpun baru sekejap cuma perpisahan ini terjadi.

Kali ini Zulaika mahu mencoret tentang apa yang dirasai sepanjang perkenalan dengan Amir Hamzah. Yang paling Zulaika ingin ceritakan kegembiraan sehingga masing-masing punya gelaran. Amir si Terung dan Zulaika si Kapal Selam. Tiap kali mengusik dan saling menyakat Terung dan Kapal Selam pasti menjadi pengganti diri. Tetapi tidaklah meninggalkan kesan yang tidak baik. Kerana masing-masing sudah masak benar tentang niat dan tujuan usikan itu. Masing-masing sidah faham dan tidak langsung memendam rasa di dalam hati.

Zulaika juga ingat tidak lama lagi hari ulangtahun kelahiran Amir Hamzah yang ke 24. Zulaika mahu menghadiahkan sesuatu yang istimewa yang dibuat dengan tangannya sendiri. Dibuat kad hari lahir berbentuk terung. Setiap helaian mukasurat dicatatkan dengan kata-kata. Dilukis juga gambar Kapal Selam dan Terung yang pastinya akan membuatkan Amir Hamzah tersenyum dan ketawa. Sedang Zulaika sendiri semasa menyiapkan kad ini seringkali tertawa dan tersenyum sendirian. Inikan pula Amir Hamzah yang kerap kali mampu membaca apa yang bermain di fikiran Zulaika.

Zulaika akan memberikan kan kad itu semasa hari lahir Amir Hamzah. Mereka akan berjumpa hari itu. Amir Hamzah sudah menyatakan dia mahu menyambut hari lahir nya bersama-sama Zulaika di Kuantan. Amir Hamzah akan turun ke Kuantan. Tidak kisah jauh masa sekalipun, Amir Hamzah beriya-iya benar mahu turun ke Kuantan. Katanya ada sesuatu yang penting yang mahu disampaikan buat Zulaika. Sebab itu lah Zulaika juga tidak sabar untuk bertemu semula dengan Amir Hamzah. Hari itu masih lama. Terasa lambatnya masa berlalu. Zulaika mahupun Amir Hamzah tidak sabar untuk bertemu semula.

No comments:

Post a Comment