Monday, September 10, 2012

Bab 7 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 7...Hatiku Gundah Kau Curi Pandangan Keluargaku.


Zulaika dapat merasakan hubungannya dengan Razlan semakin tawar. Zulaika merasakan yang antara dia dengan Razlan semakin menjauh. Sudahlah jumpa pun tidak pernah. Massege pun jarang-jarang. Zulaika terfikir. Kenapa sebelum dia memberikan harapan buat Razlan, tiap masa pasti Razlan akan sms, akan call bertanya khabar dan mengucapkan kata rindu? Tetapi setelah diberikan harapan, Razlan bagaikan hilang segalanya? Seolah-olah hanya Zulaika yang merindui dan mengasihi Razlan. Tetapi Razlan bagaikan tiada apa-apa?

Memang Zulaika mula memikirkan di manakah rasa rindu dan rasa cinta Razlan pada dirinya. Langsung tiada lagi usaha dan pengorbanan Razlan untuk bertemu dengannya. Bagi Zulaika, bukanlah dia mahukan pertemuan saban hari. Zulaika faham situasi Razlan sebagai pemandu kepada VVIP bergelar Dato’ Seri. Pastinya menuntut komitmen yang bukan kepalang. Kaldang kala dalam satu hari terpaksa memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu dan naik pula ke utara. Zulaika memahami keadaaan Razlan.

Namun sebagai kekasih, Zulaika merasakan perlu bagi Razlan untuk menyediakan sedikit waktu buat mereka. Kalaupun tidak selalu, cukuplah sekadar berjumpa di hari penting. Seperti di hari ulang tahun kelahiran ataupun di hari lebaran yang mulia. . Tetapi harapan itu tidak langsung menjadi kenyataan. Sambutan hari lahir Zulaika yang ke 19 baru-baru ini pun, hanya bertemankan majikannya. Hanya mendapat sms dari Amir Hamzah. Tetapi di manakah ucapan dari kekasih hati? Lupakah dia kepada hari ulang tahun kekasih sendiri? Lantaran dihimpit dengan kesibukkan kerja yang tidak berpenghujung? Benar-benar Zulaika terasa hati dengan Razlan. Amir Hamzah sendiri tidak jemu-jemu menghantar berita biarpun hatinya telah Zulaika lukai. Tetapi Razlan yang Zulaika benar-benar jujur dan setia menanti tidak bersikap seperti Amir Hamzah? Istimewanya Amir Hamzah...

Kak... top up celcom RM1000.”

Tiba-tiba Zulaika terkejut. Dia mengelamun lagi. Dan lebih terkejut bila mana yang berdiri dihadapannya kini ialah Amir Hamzah. Hatinya melonjak riang. Tetapi kenapa tidak Razlan yang membuat kejutan ini?

Abang baru sampai Kuantan. Terus datang sini. Esok abang nak balik Perak dah. Abang ada hal nak cakap dengan Ika. Bila Ika habis kerja?”

Cakap sekarang pun tak pe. Ika kerja sampai jam 5. Lagi sejam.”

Bos tak marah ke?”

Ada nampak bos Ika ke? Sekarang Ika lah bos. Bos betul dan pegi dating..

Ika... Abang dapat dah surat posting. Tapi abang tak tahu lah nak kata macam mana. Berat hati sebenarnya. Antara nak pergi dengan tak.”

Kenapa? Abang dapat pergi Amerika ke?”

Tidak lah sejauh tu. Ngok ngek betul cik Peah Kapal Selam karat ni. Abang kena pergi Sarawak. Minggu depan dah kena berangkat.”

Baguslah. Tahniah lah abang. Dapat pergi tempat orang.”

Tapi jauh dari Ika. Jauh sangat-sangat. Macam mana abang nak jumpa Ika lagi?”

Tak pa lah, kelak kita boleh sms, call dan bersurat kan.”

Kalau Ika ada masalah macam mana? Abang nak selalu ada di sisi Ika time Ika suka apa lagi duka.”

InsyaAllah Ika ok lah. Kalau ada apa-apa hal, Ika bagi tau lah. Abang pun sama juga. Jangan nanti dah jumpa awek iban, Ika di Pahang ni dilupakan.”

Abang tak mahu lah cari orang Iban. Abang tunggu Ika juga hehehe... Ha, macam Razlan? Dah ada apa-apa plan ke?

Kenapa nama Razlan disebut saat ini wahai Amir Hamzah. Hati Zulaika mendengus benci. Tetapi tidak mahu Zulaika pamerkan ketidakpuasan hatinya. Zulaika tidak mahu Amir Hamzah mentertawakan nasibnya kerana memilih Razlan. Ataupun tidak mahu Amir Hamzah memikirkan dia akan ada peluang kedua.

Sesekali Zulaika membiarkan Amir Hamzah sendirian apabila ada pelanggan yang mahu membeli kad prepaid atau membeli eksesori telefon. Amir Hamzah juga tidak banyak soal. Sedar datang pun tanpa diundang. Jam berdetik menyatakan sudah pukul lima petang. Zulaika mula mengemas dan menutup mana yang perlu.

Selesai semuanya, Zulaika beriringan ke KFC dan menu rasmi dipesan. Ayam hot and spicy tiga ketul, cheezy wedges dan france fries serta dua cawan air strawberi.

Masih ingat ye menu rasmi Kapal Selam dan Terung...”

Zulaika langsung tidak menyentuh soal Razlan sepanjang dia berada bersama Amir Hamzah. Zulaika tidak mahu menjejaskan kemesraan dan pertemuan yang tidak dia jangkakan ini. Jangkaannya meleset. Telefonnya berbunyi. Ada sms masuk. Zulaika menyimpan telefonnya tetapi ditegah Amir Hamzah. Mungkin Amir Hamzah dapat membuat andaian.

Baca dan jawab dulu sms tu. Mungkin dari Razlan. Mana tau dia nampak Ika jumpa abang ke? Jelouse lah dia.”

Ika baca dan jawab dulu ye jika perlu dibalaslah...”

Ika, Razlan nak jumpa Ika. Rindu lah. Lama kita tak jumpa. Razlan tunggu Ika di Kuantan esok. i miz u sayang.

Kau memang manusia tak berguna Razlan!! Kenapa di saat aku hampir tawar hati, baru kau mahu muncul kembali di depanku? Zulaika menyumpah di dalam hati. Tidak mahu dibalas sms yang diterima sebentar tadi. Amir Hamzah memandang dan hanya tersenyum. Amir Hamzah dapat meneka hati Zulaika saat itu.

Biasalah Ika orang bercinta. Takkan lah sentiasa nak gembira...”

Ye lah... Abang kan banyak pengalaman. Tak macam Ika yang baru nak kenal erti cinta ni. Dia nak jumpa Ika esok. Tapi Ika nak jumpa abang. Lepas ni mesti susah nak jumpa selalu kan. Dengan dia boleh lagi jumpa.”

Tak dapat jumpa abang tak pa lah. Kelak, Ika datang Sarawak lah. Jumpa abang dan abang bawa Ika jalan-jalan di Sarawak.”

Entah bila lah abang oiii nak pi sana.”

Pertemuan itu tidak berakhir di situ. Amir Hamzah terus membuat kejutan. Dipelawa Zulaika untuk pulang bersamanya ke Bukit Gula.

Ni nak cari nahas dengan mak ayah Ika ke? Datang tiba-tiba saja?”

Abang dah call dengan mak ayah Ika dulu lah. Kata abang nak stay rumah Ika malam ni. Mereka beri keizinan dan minta abang bawa Ika pulang sekali. Kalau tak, abang pun tak mahu. Takut nanti kena serang dengan senapang gajah.”

Betul ni?”

Betul lah. Tak percaya telefon lah makcik Rokiah atau pakcik Zakaria..”

Amir Hamzah tersengih melihat Zulaika yang bagaikan tidak percaya. Tetapi tidak mahu Zulaika menelefon ibunya. Walaupun tidak percaya, tetapi dia akur yang Amir Hamzah tidak pernah berbuat sesuatu yang di luar kebenaran. Semestinya betullah yang Amir Hamzah sudah meminta keizinan dari mak dan ayahnya terlebih dahulu.

Betul Ika... Beg abang pun abang dah hantar terlebih dulu ke rumah Ika.”

Pelik betul abang ni. Suka buat kejutan. Mesti terkejut mak ayah Ika.”

Memang pun sampai tumbang ayam sekor, beras tiga cupak, kedondong sekilo. Nasib tak da terung saja. Kalau tak cukup lengkap.”

Ooo dah sampai rumah lah ye. Pandai cari?”

Susah juga. Tersesat entah ke mana-mana juga. At last jumpa juga. Mula tu ayah Ika terkejut juga. Malu juga muka di kata Pakistan jual karpet.”

Hahahahahaha... Hitam macam ni pun dikata Pakistan jual karpet? Kesiannya...”

Tak da hal lah...”

Zulaika ketawa lagi. Mungkin tercuit hati dengan “Pakistan jual karpet”. Apa lah ayah dia ni. Abang aku yang hitam dikata Pakistan jual karpet. Hahahahahahaha....

Sekitar jam enam setengah petang, Zulaika dan Amir Hamzah sampai di rumah. Adik-adik Zulaika sudah pulang dari sekolah. Masing-masing sedang leka menonton TV. Zulaika mendapatkan emaknya di dapur. Amir Hamzah masih mencuri angin di bawah pokok kedondong.

Ha elok lah tu.... Cik terung bertapa di bawah pokok kedondong. Untung-untung buah tu jadi emas, kaya pak Karia dan mak Kiah.”

Zulaika menyapa dari dapur. Amir Hamzah ketawa terbahak-bahak. Seketika ayah Zulaika membelok motosikal. Pulang dari ladang. Amir Hamzah berbahasa.

Banyak susu hari ni pakcik?

Adalah juga empat tong. Cukup lah belanja makan anak bini. Dah lama sampai? Dapat cari Ika tadi?”

Dapat pakcik. Senang saja nak cari. Dari jauh dah boleh dengar suara dia.”

Amboi... Sedapnya mengutuk Ika. Dengar lah cakap dia tu ayah...”

Memang betul pun mulut kamu tu macam buntut ayam. Bising...”

Zulaika geram bila ayahnya berpihak kepada Amir Hamzah. Kedua-dua lelaki itu ketawa. Apa yang rancak dibual tidak pula Zulaika mahu ambil tahu. Biarkanlah. Sekurang-kurangnya Amir Hamzah diterima dan tidak berasa kekok.

Malam itu semua makan beramai-ramai. Bagaikan satu keluarga. Sambil makan saling bersenda gurau, mengusik dan menyakat. Sesekali Amir Hamzah mencuri pandang raut wajah yang mencuri hatinya. Zulaika perasan dengan gelagat Amir Hamzah tu dan sebab itu dia kerap kali membuat mimik muka bila Amir Hamzah melihat ke arahnya. Emak Zulaika yang perasaan dengan situasi itu mencelah.

Elok lah tu. Untung-untung jadi muka mak nenek. Cantik lah buat macam tu. Buat lah selalu.”

Emak ni.. Sama macam ayah. Tak mahu sokong Ika. Ye lah, Ika ni anak tiri. Abang Amir Hamzah tu anak betul..”

Bukan anak betul tapi anak menantu...”

Angah pun dah memihak dia... Benci aaaa.....”

Jangan jelouse ye cik peah....”

Malam itu Zulaika menghantar sms kepada Razlan. Zulaika mahu tahu bila Razlan mahu berjumpa dengannya. Bila Razlan menyatakan teroaksa ditunda lagi, Zulaika jadi meluat. Tetapi bagus juga sebab sekurang-kurangnya dia dapat bersama Amir Hamzah esok tanpa perlu memikirkan pertemuan dengan Razlan.

Sambil menonton TV sesekali Amir Hamzah mengajar Zakri dan Zulina matematik. Ibu dan ayah Zulaika menonton TV di bilik mereka sendiri. Diruang tamu ini hanya ada kakak Zulaika si Angah, Zulaika, Zakri, Zulina dan Amir Hamzah. Along sudah berumah tangga kini di Selangor manakala abang Zulaika pula sebagai askar dan kini di Perak. Sambil mengajar dan menonton, Amir Hamzah berbual-bual dengan Angah dan Zulaika. Menjangkau jam sepuluh, Zulaika mengarah adik-adiknya masuk tidur. Mereka akur. Tinggallah Angah yang masih menonton filem. Malam minggu memang banyak cerita menarik di TV.

Jam 12 malam, barulah sunyi sepi rumah. Semuanya mula memejam mata menanti hari esok yang diharapkan lebih menjanjikan kebahgiaan dan kesejahteraan. Amir Hamzah sudah hayut kepenatan. Zulaika juga mungkin sudah hanyut. Tetapi tidak sebenarnya. Zulaika masih menitiskan air mata mengenangkan nasib dirinya sejak berkasih dengan Razlan. Hampir setahun bercinta dengan Razlan, dia sudah merasakan suasana makin tawar. Tidak seperti dulu. Razlan bagai tidak lagi memahami dirinya. Zulaika merasakan Razlan tidak lagi seperti Razlan yang dia rindui, cintai dan sayangi. Razlan kian berubah. Terlalu jarang benar Razlan usaha untuk berjumlpa. Malah sms pun jarang. Apa lagi telefon. Zulaika yang bagai lebih sudu dari kuah. Saban malam menghantar sms mengucap selamat malam. Saban hari menyatakan kerinduan dan menyatakan rutin kehidupannya. Tetapi jarang juga mendapat balasan.

Lama kelamaan Zulaika juga menjadi bosan dan tawar hati. Namun apakan daya. Dialah lelaki pilihan hati Zulaika. Mahu atau tidak, Zulaika terpaksa akur dengan pilihan dan dibuatnya. Zulaika terpaksa terima apa yang sedang dilalui kini. Terasa sedih bila pengorbanan dan kesetiaan bagaikan tidak berharga langsung pada diri Razlan. Siapakah Zulaika pada diri Razlan sebenarnya, Zulaika sendiri tidak tahu. Razlan tidak pernah menyatakan siapa Zulaika dalam hidupnya kini. Yang diketahui Zulaika, dahulu Zulaika memanglah kekasih hati idaman kalbu Razlan. sms masuk ke telefon Zulaika. Terkejut Zulaika. Ingatkan sudah tidur.

Ika, maaf gggu mlm ika. Tp abg yakin Ika blm tidur. Abg cuma nak cakap yg abg gmbira di sini n dpt jumpa Ika. Tp abg tkilan sbb abg akan blk Prk smula. Lps ntah bila nak jmpa lagi bila abg dah ke Swk. Moga Ika gmbira dgn hidup pilihan Ika ya.

Zulaika sengaja tidak mahu membalas sebab Zulaika bimbang hatinya menangis lagi. Zulaika sedih kerana insan seistimewa Amir Hamzah dibiarkan mengharap tetapi Zulaika menerima Razlan yang tidak tahu menghargai dirinya. Tetapi mana kan Zulaika tahu semua in iakan terjadi. Dahulu Razlan tidak begini. Dahulu Razlan sangat romatis, mengambil berat tentang dirinya. Cuma kini setelah dirinya dimiliki semua itu kian menghilang. Entahkan sudah pun hilang disebalik kesibukkannya. Kalaulah Zulaika tahu Razlan akan bersikap begini atas setiap pengorbanannya, pasti Zulaika tidak akan memilih untuk memberikan api harapan buat Razlan. Segalanya sudah terlambat. Mahu atau tidak, Razlan harus diberikan peluang dan masa untuk dia membuktikan setiap janji yang pernah dia lafazkan dahulu. Zulaika menanti. Maha tahu satu hari Razlan akan sedar kesilapannya lantas segera dia akan memperbetulkan. Tidak kah pada waktu itu, Zulaika akan berasa bahagia? Hati jahat Zulaika berbisik... Bagaimana kalau Razlan tetap seperti mana sekarang? Tidak itu pula akan mengundang sengsara dan kekecewaan buat diri mu?

Zulaika mengakui. Namun Zulaika tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Razlan seolah-olah membuatkan Zulaika bagaikan patung di pasaraya. Cantik tapi tak bernyawa. Diperlukan,akan diusung ke sana ke mari dan dihias dengan pakaian yang cantik-cantik. Bila tidak diperlukan, akan terbiar hingga lapuk. Andai tidak bernasib baik, patung itu akan terbiar tanpa pakaian. Tertonjol segala bentuk dan lekuk badan. Biar sekadar patung tetap mengundang malu di hati dan diri manusia yang seperti di gambaran. Perempuan. Lebih malang andai ada tangan-tangan nakal yang memulas kepala, tangan dan kaki sang patung sewenangnya. Alahai malang benar nasib kau patung.

Zulaika tidak mahu senasib bagaikan patung itu. Diperlaku sesuka hati oleh Razlan. Zulaika punya harga diri yang tinggi. Bukan boleh dipijak-pijak, diperlecehkan. Tidak kah kau mengerti Razlan? Atau dirimu terlalu ego?

No comments:

Post a Comment