Thursday, September 20, 2012

BAB 8 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 8...Aku Derita Keranamu Lelaki

Kini Amir Hamzah telah terbang ke Sarawak. Moga dia tenang melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di bumi asing. Biar satu Malaysia, namun harus juga terima hakikat yang mana Sarawak dan Sabah masih jauh ketinggalan daripada arus kemodenan negara biarpun telah hampir separuh abad merdeka. Zulaika faham jika Amir Hamzah belum dapet menghubunginya ketika ini. Mungkin sibuk dengan tugas di awal-awal ini, sibuk mengemas kini barangan miliknya di sekolah dan rumahnya. Ataupunmungkin juga tiada liputan talian telefon. Mana tahu Amir Hamzah dihantar bertugas di ceruk rantau. Yang terpaksa berjalan kaki ayau berperahu berjam-jam lamanya. Satu masa kelak, Zulaika akan tahu.

Razlan juga semakin menghilang dari ingatan Zulaika. Kesibukannya di kedai telefon sedikit sebanyak membuat Zulaika lupa lara di hatinya. Majikan yang baik hati dan sentiasa mengusiknya juga turut membantu. Tetapi, mengapa disaat dirinya semakin pasrah dengan ketentuan takdir yang tidak memihak, Razlan harus hadir. Zulaika mendapat sms daripada Razlan yang dia kini dalam perjalanan ke Kuantan.

Razlan datang untuk berjumpa Zulaika. Zulaika cuba mengingati. Hampir dua tahun Razlan menghilang. Zulaika bagai manusia bodoh menanti sesuatu yang tidak pasti. Pesanan yang baru diterima tadi langsung tidak mengundang riak gembira dan rasa tidak sabar dihatinya. Rasa meluat pula yang makin menebal. Namun tidak sampai hati Zulaika untuk menolak permintaan Razlan untuk berjumpa dengannya biarpun Zulaika sedar dia punya hak untuk berbuat demikian. Zulaika memujuk hatinya yang mana mungkin Razlan inginj memohon kemaafan atas ketelanjuran sikap selama ini. Ataupun Razlan ingin membina semula ikatan yang semakin melonggar. Ataupun hati jahat Zulaika berbisik, Razlan hanya mahu berjumpa untuk menunjuk bahawa dia sudah ada teman baru?

Zulaika memohon doa kehadrat Ilahi sebelum dia bertemu dengan Razlan. Ditadah tangan dan Zulaika berdoa perlahan di dalam hati penuh kekusyukkan.

Ya Allah... Jika dia hak aku maka permudahkanlah jodohku. Tetapi jika dia bukan hak aku, Kau tunjukkanlah aku dan kuatkanlah hati dan diriku untuk menerima takdir dan ketentuan-Mu.”

Pertemuan setelah hampir dua tahun terpisah membawa haluan masing-masing berlangsung hambar. Zulaika memang terasa Razlan bagaikan orang asing. Bukan Razlan yang pernah Zulaika cintai dan rindui saban waktu tidak kira siang mahupun malam. Razlan ternyata telah banyak berubah.

Paling ketara telefonnya kerap berbunyi. Sama ada yang datang itu sms atau pun panggilan telefon. Setelah berkali-kali telefon berbunyi, Razlan terpaksa menjawab. Jika tida pasti akan berterusan ia akan berbunyi. Suaranya agak perlahan. Tetapi Zulaika ada menangkap adanya bibit-bibit kemesraan bila mana Razlan menjawab memberitahu yang dia masih di Pahang. Masakan bahasanya dan nada suaranya begitu lembut jika dia bercakap dengan majikannya. Kemudian cepat-cepat Razlan mematikan telefon bimbitnya.

Kenapa di off kan? Macam mana kalau nanti boss Razlan yang call? Tidak ke timbul masalah? Biarlah on. Ika tak kisah ok. Ika faham Razlan memang sentiasa busy dengan kerja Razlan yang tak menentu masa. Kadang-kadang lewat malam dan hujung minggu pun kena kerja. Tak pa, Ika faham...”

Sebaik sahaja Zulaika berkata begitu, Razlan menghidupkan semula telefonnya. Hati Zulaika menjerit mempersenda Razlan. Tidak faham bahasa kiasan langsung Razlan. Atau Zulaika yang memberikan lampu hijau kepada Razlan? Sekejap sahaja dihidupkan telefon, bertali arus sms memasuki peti pesanan ringkas dan telefon juga. Zulaika jadi tidak selesa. Mahu sahaja Zulaika berlalu membiarkan Razlan melayan telefon bimbitnya. Zulaika bagaikan patung yang tiada perasaan di depan Razlan. Dalam bahasa mudah, Zulaika tiada maknanya buat Razlan.

Zulaika berlalu sekejap. Membiarkan Razlan tenang menjawab sms dan panggilan yang masuk. Kesibukkannya melayan panggilan mengalahkan operator Telekom. Kemudian Zulaika datang semula ke meja Razlan dengan membawa sebungkus snek Twisties perisa BBQ. Razlan sudah berhenti seketika dari memegang telefon bimbitnya. Baru Zulaika mahu bersuara. Telefon Razlan berbunyi lagi. Zulaika sempat melirik mata ke arah skrin. Hatinya Zulaika bagai terpaku melihat “sayang” pada nombor pemanggil. Cepat-cepat Razlan mengambil dan menukar kepada mode silent. Kemudian dibiar sahaja telefon itu bergetar sehingga mati sendiri. Entah mengapa, saat itu Zulaika langsung tidak mahu menangis walau terasa hati.

Kenapa Ika diam sahaja? Selalu kan Ika seorang yang bising, banyak cakap dan kuat menyakat? Tapi kali ni diam saja? Ika sudah banyak berubah.”

Panas sahaja hati Zulaika mendengar kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Razlan. Ingin sekali ditampar biar Razlan sedar.

Ika baru diam tak sampai 20 minit Razlan sudah membuat kesimpulan Ika sudah berubah? Yang Razlan berdiam bukan 20 minit.. Tapi hampir dua tahun, adakah Razlan belum lagi berubah? Adakah Razlan masih Razlan yang Ika kenali dulu?”

Kenapa Ika cakap macam tu? Ika juga diam dan Razlan juga tertunggu-tunggu sms mahupun call dari Ika. Tapi Ika membisu. Razlan ingat, Ika marahkan Razlan.”

Senang betul Razlan memberi alasan.Kalau Razlan fikir Ika marah, tidakkah Razlan terfikir untuk memujuk Ika? Sampai bila Razlan mahu mengharap Ika untuk mulakan semuanya? Razlan kan lelaki. Seharusnya Razlan lebih banyak berusaha untuk menjaga hati Ika. Tapi ikatan kita ni terbalik. Ika yang terpaksa menjaga hati Razlan. Begitu yang Razlan mahukan?”

Ika terpaksa kah selama bersama Razlan?”

Keegoan Razlan semakin jelas terpancar. Razlan langsung tidak mahu mengakui kesilapan nya selama dua tahun ini. Salah Zulaika yang baru berdiam diri selama dua puluh minit yang menjadi isu besar. Kenapa begitu payah untuk kau memohon maaf atas kesilapan mu Razlan? Tiadakah rasa sesal walau sekelumit pun terhadap diriku? Aku pula yang terasa sebak dihati. Hati Zulaika mengetus kegeraman.

Boleh ika tanya siapa yang asyik sms dan call Razlan sepanjang tadi?”

Ohh.. Kawan Razlan... Kawan sekerja...”

Kenapa tergagap-gagap menjawab? Atau Razlan ada menyembunyikan sesuatu yang Ika tidak tahu?”

Jangan lah Ika mempertikai kejujuran Razlan pada Ika ok.”

Ika tak sangsi dengan Razlan. Tetapi Ika hanya bertanya untuk mohon kepastian. Ika tidak mahu membuat salah tanggapan. Tak baik kan membuat andaian tanpa kita mendapat penjelasan. Salah andaian sudah dianggap memfitnah.”

Betul... Itu kawan Razlan. Dia ada masalah sekarang ni dan minta Razlan tolong.”

Kalau macam tu tak pa lah. Mugkin kawan Razlan tu lebih memerlukan Razlan. Ika tak pa. Ika boleh sabar dan hidup dengan memahami hanya Razlan yang busy dan hanya Ika yang sentiasa jujur menyintai dan merindui Razlan.”

Ika merajuk? Jangan lah macam tu Ika. Razlan bukan nak sakitkan hati Ika.”

Ika tak merajuk. Tiada gunanya untuk Ika merajuk. Razlan bukan tahu memujuk. Mungkin Razlan langsung tidak akan memujuk Ika seperti mana dua tahun Razlan mendiamkan diri membiarkan Ika berseorang tertanya siapakah Ika pada Razlan. Apakah kesudahan cinta yang telah kita sama-sama jalin selama ini.”

Ika.... Kenapa Ika nak ungkit kesah lepas. Kan sekarang Razlan dan datang jumpa Ika. Apa lagi yang Ika tidak puas hati?”

Owh... Hari ini Razlan datang. Selepas ini? Dua tahun lagi Ika terpaksa menanti macam orang bodoh, baru Razlan akan muncul lagi? Kalau beginilah sikap Razlan... Maafkan Ika. Maafkan Ika jika Ika tak jadi yangg terbaik buat Razlan. Maafkan Ika sebab tidak dapat memahami diri Razlan. Ika mohon dihalalkan makan minum dan tutur bicara Ika sepanjang tempoh kita bersama. Ika mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ika terpaksa mengundur diri dari terus menanti masa depan yang Ika tidak pasti sama ada akan Ika miliki bahgia atau derita. Razlan ikutlah pilihan Razlan. Ika mohon undur diri. Maafkan Ika sekali lagi.”

Zulaika berlalu dan Razlan hanya memerhati. Langsung tiada sebarang usaha. Zulaika singgah di kedai telefon. Dibuka kedai dan kemudian ditutup semula. Zulaika menangis semahu-mahunya saat itu. Memang langsung tidak Zulaika sangka yang mana salam harapan yang dihulurkan selama ini hancur sekelip mata. Zulaika tidak menyangka Razlan sanggup mengecewakan Zulaika. Zulaika terus menangis memikirkan mengapa dia yang harus menjadi mangsa? Sedangkan Zulaika begitu jujur dan tulus menyintai dan mempertahankan cintanya terhadap Razlan. Sepenuh hati Zulaika mempertahan diri daripada berlaku curang biarpun saling berjauh dan punyai kesempatan untuk berlaku curang. Tetapi tidak langsung terfikir oleh Zulaika untuk bertindak demikian. Namun, mengapa Razlan sanggup?

Telefon Zulaika berbunyi. Terasa ingin dihempas ke lantai saat itu. Tetapi Zulaika tahu panggilan itu bukan dari Razlan. Nada deringnya lain dari yang telah disetkan untuk nombor Razlan. Di skrin telefon juga terdapat nombor yang asing baginya. Di seka air mata dan ditabah hati untuk menjawab.

Asslammualaikum... Ika, ini abang ni... Orang Sarawak. Ika apa khabar?”

Waalaikum salam... Abang..... Ika sihat. Lamanya abang tak call Ika. Abang sihat?”

Maaf lah Ika, tempat abang tu hulu banat. Tak da talian. Jual terung pun tak laku. Apa lagi nak jual kapal selam. Ni abang ke bandar baru lah nak ada line.”

Zulaika tersenyum dan ketawa dengan usikan tentang terung dan kapal selam. Amir Hamzah hadir tepat pada masanya. Bagai dapat membaca kesedihannya saat ini.

Abang mengajar kawasan mana? Ok tak sekolah abang?”

OK... Sekolah ok lengkap semuanya. Sekolah memengah ok sini. Ada asrama lagi. Sekolah rendah aja ada yang macam bangsal ternak kambing aja. Kelas pun ada yang tak da dinding. Kalau ada pun hanya yang bilik guru. Kadang-kadang satu sekolah hanya ada sepuluh murid saja tau.”

Aikkk.. Tak kan sampai macam tu sekali. Abang tipu Ika ya?”

Tak tipu Ika... Memang betul... Tempat abang ni majoriti kaum iban. Melayu dan cina ada juga. Tapi india langsung tak ada. Abang dah tulis semuanya dalam surat dan abang baru saja pos tadi. Nanti Ika baca lah ya. Panjang lebar abang tulis.”

Ok, terima kasih sebab sudi menulis buat Ika biar pun Ika tau abang sikuk.”

Sesibuk mana pun kita, mesti kita akan ada masa untuk insan kesayangan kita.”

Betul tu. Ika setuju... Kalau semua orang fikir macam tu kan senang.”

Ok lah Ika, duit dah habis ni. Gaji belum dapat. Dah pokai. Ika jaga diri baik-baik tau. Ada apa-apa bagitau abang ya. Jangan sembunyi apa-apa sebab abang boleh baca hati dan apa di fikiran Ika tau. Kirim salam pada famili dan Razlan juga ya.”

InsyaAllah. Abang pun jaga diri baik-baik juga ya.”

Hati Zulaika tenang seketika. Amir Hamzah membalut sedikit kehancuran hatinya saat ini. Amir Hamzah memang insan istimewa. Zulaika mendapat sedikit kekuatan. Akhirnya Zulaika mampu untuk kembali ke alam nyata. Zulaika pulang ke rumahnya dengan hati yang hancur luluh kerana insan yang dia sayangi mengecewakannya tanpa rasa belas. Tetapi hatinya yang hancur itu dikutip dan ditampal seketika bila mana Amir Hamzah menghubunginya dari jauh. Mengapa Amir Hamzah yang jauh beribu batu sanggup berkorban menghubunginya. Tetapi Razlan yang begitu dekat sanggup berdiam selama dua tahun? Kau kejam Razlan. Zulaika mahu berdiam diri seketika. Biarpun Zulaika mengatakan putus kepada Razlan, namun masih lagi ada bersisa rasa cinta dan sayangnya terhadap Razlan. Sejujurnya Zulaika masih juga menaruh harapan agar Razlan akan menghubunginya dan memujuknya.

Andai ini terjadi, rela untuk Zulaika melupakan derita dua tahun ditinggalkan tanpa belas untuk dibuka lembaran baru. Demi cinta permata dalam hidup Zulaika, dia rela untuk melupakan apa sahaja yang telah dilakukan oleh Razlan. Biar kesalahannya sebesar alam maya sekalipun. Andai Razlan tampil memujuk, akan Zulaika lupakan semuanya. Bagi Zulaika, Razlan masih perlu diberikan peluang untuk membetulkan kesilapannya. Zulaika harus akur dalam percintaan pasti ada air mata dan ketawa. Pasti disulami dengan kemesraan dan salah faham.

Namun, ternyata Zulaika hampa. Keegoan Razlan sangat menebal dan mengeras bagai batu. Mencecah sebulan rajuk Zulaika, tiada langsung bibit usaha dari Razlan untuk menghubungi apa lagi memujuk. Kebencian meruap ke seluruh benar fikiran dan jasad Zulaika. Razlan memang tidak berguna! Akhirnya sekali lagi Zulaika yang mengalah. Diusaha untuk menghubungi Razlan. Namun gagal. Panggilannya tidak langsung berjawab. Pesanan ringkas pun tidak berbalas. Hari berganti hari namun tetap sama. Telah seminggu Zulaika cuba menghubungi Razlan namun semuanya sia-sia belaka. Razlan langsung tidak menjawab. Zulaika yang makin ketara kecewa nya dengan tindakan Razlan.

Masuk hari ke lapan, Zulaika mencuba lagi. Kali ini berjawab walaupun suara yang menyebut ‘hello’ bukan suaranya. Suara itu jauh namun Zulaika tahu suara itu milik kaum sejenis dengannya. Berdesing telinga Zulaika bila mana suara itu memanggil ‘honey’ untuk menjawab panggilan. Patutlah Razlan diam terus darinya. Bila saja Razlan menjawab, terasa jawapan Razlan sekadar melepas batuk ditangga.

Kalau ya pun telefon hilang, takkan tak boleh beritahu? Dan takkan orang sesibuk Razlan boleh hilang telefon dan tidak berganti? Habis tu ini telefon siapa?”

Razlan baru beli ganti. Sebelum ni pinjam telefon kawan.

Razlan pinjam telefon kawan? Habis tu tak boleh telefon Ika ke? Ke dah tak ingat nombor Ika? Dan dibuang pun? Ika di sini ternanti-nanti panggilan dari Razlan tau.”

Kenapa Razlan mahu call Ika lagi? Kan Ika marahkan Razlan. Ika mahu undur diri. Razlan biarkan lah dulu Ika tenang. Razlan tak mahu mengganggu Ika dulu. Kelak dah ok sikit Razlan akan call lah Ika.”

Senang betul Razlan menjawabkan. Ika di sini macam orang sewel fikirkan pasal kita, tapi Razlan boleh bersenang-senang di sana?”

Razlan busy ni Ika. Nanti Razlan call balik. Bye”

Tak guna!!! Pertama kali Zulaika betul-betul tidak dapat menahan perasaan marah nya terhadap Razlan. Begitu mudah Razlan menamatkan panggilan telefon. Sedang dia tahu apa yang dibualkan semuanya penentu masa depan mereka berdua. Razlan memang jantan tak guna. Zulaika nekad. Razlan disingkir jauh dari hidupnya kini dan selamanya. Zulaika meraikan perpisahan yang dia sendiri tentukan dengan tangisan semahu-mahunya. Semalaman Zulaika menangis meratap kegagalan cinta pertama yang diimpikan akan berkekalan bahgia. Seganya musnah dalam sekelip mata hanya kerana Razlan yang tidak pernah tahu menghargai ketulusan Zulaika.

Memang tiada lagi rasa cinta dalam hati Razlan. Cintanya telah beralih arah. Siapa lah Zulaika untuk menghalang? Saat ini Zulaika terkenangkan Amir Hamzah. Sesal nya Zulaika membuat keputusan untuk bersama Razlan lantas mengecewakan Amir Hamzah. Jika tidak, Zulaika tahu Amir Hamzah pasti akan menghargai dirinya dan meletakkan Zulaika di mercu kebahgiaan. Amir Hamzah pasti akan menwarnai hari-hari mendatang Zulaika dengan kisah-kisah seceria warna pelangi. Amir Hamzah pasti akan sentiasa ada di sisi Zulaika. Biarpun jauh di mata, namun Zulaika tetap akan merasai seolah-olah Amir Hamzah sentiasa ada membelai dirinya.

No comments:

Post a Comment