Monday, September 10, 2012

Bab 6 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 6...Lembaran Duka Bertaut Lagi

Sebulan lamanya motorsikal Amir Hamzah tersimpan di bengkel di pekan Benta. Sebulan juga betis Amir Hamzah berbalut dan disapu ubat untuk mempercepatkan penyembuhannya. Sebulan juga Amir Hamzah tidak dapat ke mana-mana. Amir Hamzah bagaikan patah kaki. Mati akal dibuatnya bila terpaksa berada di asrama sahaja. Mahu ke bandar Lipis tiada kenderaan lagi. Betisnya sudah semakin kering. Besar juga parut yang ditinggalkan sebagai kenangan kekecewaan luahan hatinya di tolak Zulaika. Sepanjang di bilik, Amir Hamzah membaca warkah yang ditulis oleh Zulaika khas buatnya.

Barulah Amir Hamzah tahu mengapa Zulaika tidak dapat menerima cintanya. Sekali lagi sejarah lalu berulang. Sekali lagi Amir Hamzah terlewat dalam meluahkan cinta. Kali ini Amir Hamzah tewas kepada Razlan. Siapa Razlan itu Amir Hamzah tidak mahu ambil tahu. Yang penting baginya ialah dia tewas lagi. Namun bagi diri Amir Hamzah, sekurang-kurangnya warkah setebal sebuah buku lapan puluh muka surat itu menjawab pelabagai persoalan yang menjadi tanda tanya.

Di salah satu halaman Amir Hamzah membaca dan memahaminya...

“ :-) Ika harap abang sentiasa mengingati TERUNG dan KAPAK SELAM sokmo. Tak kira di mana berada. Semoga tali persahabatan ini akan terus terjalin dan diberkati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah. Rajin2 hantar sms @ call @ tuleh surat untuk tatapan Ika di Kuantan ni. Ada masa Ika juga akan cuba hantar surat untuk abang. Yang penting abang kena luangkan masa membalas. Ika sentiasa menanti dan pbalasn nya tetap ada wlaupun mungkin sedikit terlewat. Bru best berutus surat ada pbalasn kan, Betuk tak?

Baru Amir Hamzah sedar sudah sebulan juga dia tidak sms apa lagi menelefon Zulaika. Pasti Zulaika tertanya-tanya. Merajukkah Amir Hamzah dengan keputusan yang dibuatnya tempoh hari? Amir Hamzah tidak merajuk biar pun mengakui sedikit terkilan kerana luahan hatinya gagal. Dicapai telefon bimbit di tekan butang nombor dua. Speed dial terus menyambungkan talian kepada Zulaika. Tertera di skrin nama “Kapal Selam”. Amir Hamzah ketawa tiap kali melihat nama kapal selam kerana dia teringat akan kelucuan tiap kali dia dan Zulaika bersama.

Hello... Assalammualaikum. Abang... Ke mana abang menghilang sebulan ni? Msg Ika abang tak balas, call Ika abang tak jawab? Abang marah pada Ika ke?”

Waalaikumsalam. Berapa banyak soalan daa... Satu persatu lah. Abang tak hilang tapi abang sakit”

Sakit? Abang sakit apa?

Abang accident masa abang balik Lipis hari tu. Abang langgar treler.”

Terus terang Amir Hamzah menyatakan kebenaran kepada Zulaika. Dan seperti yang Amir Hamzah jangkakan.. Zulaika menangis lagi.

Abang.. Kenapa abang macam ni? Kan Ika pesan hati-hati bawa motor. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau ada apa-apa bagitau Ika. Kenapa lah abang Ika ni degil sangat? Kenapa langsung tak bagitau Ika?”

Abang tak mau Ika susah hati. Abang dah ok pun. Sikit saja lukanya. Itupun dah baik. Motor pun dah nak baik dah. Kelak boleh la abang turun Kuantan lagi. Abang tau kalau abang bagitau Ika, confrm Ika nangis lagi.”

Abang... Abang accident sebab Ika kan?

Tak lah. Dah Tuhan kata abang accident, hati-hati macam mana pun accident juga. Treler tu makan jalan di selekoh. Alhamdulillah, umur abang masih panjang lah.”

Perbualan berkisar kepada kemalangan yang menimpa Amir Hamzah. Berkali-kali Zulaika menyatakan bahawa kemalangan itu disebabkan penolakan luahan hati Amir Hamzah olehnya. Bukan sebab Zulaika tapi takdir yang menentukan segalanya yang berlaku. Tidak sesekali Amir Hamzah salahkan Zulaika walaupun waktu itu memang dia sedang memikirkan tentang Zulaika.

Ika, abang dah baca warkah Ika yang panjang lebar tu dan abang dah tau kenapa Ika menolak luahan hati abang. Tapi, kenapa Ika tak pernah ceritakan pada abang sebelum ni tentang dia? Bila abang tanya sentiasa aja Ika kata tak punya sesiapa. Tup tup tup dah ada dengan dia. Sedih juga abang. Rasa maca ditipu pun ada. Tapi abang yakin tentu Ika bersebab tak mahu ceritakan pada abang kan.”

Sebenarnya baru sahaja pun Ika buat keputusan nak on dengan dia. Lagipun dia dah lama menanti jawapan Ika. Ika aja yang tak tahu nak buat keptusan. Tapi Ika rasa kagum dengan kesabaran dia menanti jawapan dari Ika.”

So, memang tak da lah peluang untuk abang kan. Sedihnya... Huhuhuhuh tengok abang dah nangis kuar buah kedondong kot hidung...”

Abang ni ada-ada aja lah nak buat Ika ketawa. Sakit perut Ika cik abang terung buruk oiii.... Dah! Dah! Dah... Ika tak larat nak ketawa dah.”

Itu dah memang perangai abang kan. Ika mana boleh nak suka-suka mengangis bila dengan abang. Apapun Ika, abang tetap menanti. Manalah tahu. Bukan minta tapi manalah tahu.. Satu masa Ika dikecewakan... Abang tetap ada untuk bersama Ika tau. Tapi andaikata waktu itu abang dah ada seseorang, abang hanya dapat doa kan agar Ika akan temui seseorang yang lebih baik dari abang dan dia.”

Abang yang terbaik yang pernah Ika temui.

Cepat sahaja Zulaika memintas kata-kata Amir Hamzah. Masih tinggi pengharapan Amir Hamzah untuk memilikii dirinya. Sedang Zulaika sendiri tidak pasti sama ada penantian Amir Hamzah itu akan berbalas atau tidak. Andai ikatan Zulaika dengan Razlan terlerai di tengah jalan, mungkin lah harapan Amir Hamzah mampu dijadikan kenyataan. Tetapi bagaimana jika ikatannya berkekalan? Sanggupkan Amir Hamzah menerima demi untuk melihat kebahgiaan Zulaika?

Telefonnya berbunyi lagi. Kali ini panggilan dari Razlan. Zulaika menjawab seperti kebiasaanya. Memang wajar untuk Zulaika menjawab kerana harapan dan kata putus telah Zulaika berikan. Huluran salam cinta Razlan telah Zulaika balas. Semesti nya Zulaika mengotakan janjinya.

Assalammualaikum... Razlan kat mana ni?”

Razlan di KL, bawa bos mesyuarat. Ika apa khabar? Rindulah nak jumpa buah hati Razlan ni. Esok kita jumpa ya. Razlan tunggu Ika di Kuantan.”

Ok, InsyaAllah Ika tunggu. Hati-hati bawa kereta tu.”

Ok sayang... i miss you so much.”

Ya, ika pun rindukan Razlan juga...”

Razlan... Amir Hamzah... Dua pemuda yang berlainan perwatakan. Razlan lebih matang tetapi kurang mesra. Mungkin faktor umur yang mendewasakan dia. Tetapi Amir Hamzah biarpun masih muda, namun dia seorang yang periang, kaya dengan ilmu mengusik dan menyakat. Persamaan antara mereka, sama-sama seorang yang begitu penyabar. Namun Amir Hamzah lebih istimewa pada Zulaika.

Zulaika bersendirian meluah rasa hati kepada Yang Agong...

Siapa lah kita untuk mengaturkan pertemuan? Tapi Allah takdirkan jua kita bertemu di sini. Bumi makmur fikrah dan jiwa kita subur dengan persahabatan yang luhur. Siapalah kita untuk menahan perpisahan. Tapi Allah jualah yang mentakdirkannya. Kerana apabila hati telah bertaut pada ukhwah-Nya, tetap teguh abadi di jiwa... Ku tabahkan hati menyusuri ranjau berliku. Ku pasrah utuhkan sabar.. Agar bisa melangkah jitu. Ku cuba menggapai... Pepohon bahagia yang kian melambai diri. Inginku tawan puncak ketengangan nyata. Dalam pendakian ini, rebahku berkali. Hibaku bertali. Namun.... Ku yakin, pasti puncak itu kan ku genggam nanti. Kerana janji yang terpateri dari-Mu Ilahi... Ku pasrah dalam pencarian ini. Harapan ini yang tetap kekal bersemi di hati...

Telah tiga bulan Zulaika berhenti kerja dengan Haji Mukhsin. Poket pun sudah mula mengontang. Perbelanjaan untuk menghadapi SPM pastinya besar. Zulaika harus segera mencari kerja untuk mengumpul wang saku.

Mak, Ika nak cari kerja di Kuantan lah ya. Ika nak pakai banyak duit nanti. Nak beli buku-buku rujukan untuk SPM ika. Ika tak mahu gagal lagi.”

Mak izinkan. Tapi cari yang dekat-dekat sudahlah. Boleh ulang alik saja dari rumah. Tak lah mak risaukan kamu.”

Ya lah mak, Ika cari yang dekat dan yang kerjanya tak seharian. Mak doakanlah Ika dapat kerja ya. Tak lah hanya mengharapkan bantuan mak saja.”

Ya, mak sentiasa mendoakan setiap anak-anak mak berjaya.”

Ibu Zulaika, Rokiah seorang yang sangat baik pekertinya. Zulaika sering menjadi ibunya tempat untuk dia meluahkan rasa kecewa dan sedih. Paha ibunya sering menjadi bantal untuk Zulaika rebahkan kepala setiap kali Zulaika menceritakan apa yang terbuku dihati. Dan puan Rokiah setiap mendengar dengan penuh rasa kasih sayang. Baginya setiap anak-anaknya adalah permata yang berharga. Harus dijagai dengan sesempurna yang mungkin.

Kerana puan Rokiah tahu, tidak lama lagi masanya akan tiba. Dia akan tua dan dia akan menagih simpati anak-anaknya untuk meneruskan hidup. Mana tahu, dia akan nyanyuk dan tidak ingat apa-apa. Akan berperangai keanak-anakkan. Siapa lagi yang mahu menjaganya selain dari anak-anak sendiri?

Atau mugkin puan Rokiah menghidap penyakit kronik yang memerlukan kos yang besar untuk merawat? Siapa lagi yang mahu diharapkan selain dari anak-anaknya? Kerana itulah tidak sesekali puan Rokiah membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya yang enam orang itu. Semuanya sama baginya. Besar atau kecil, sulong atau bongsu semuanya mendapat layanan yang sama. Puan Rokiah mahu pastikan keluarga nya hidup dalam suasana harmoni biarpun tidak mewah.

Kehidupan di tanah rancangan Felda memang sukar. Terutama di awal pembukaan tanah rancangan ini. Dari pagi bawa ke malam, membanting tulang empat kerat membersih tanah-tanah hutan untuk di tanam dengan anak-anak pokok getah. Kini, generasi kedua Felda semakin senang hasil dari perit jerih generasi dahulu. Sudah ramai kini yang mampu memiliki kereta dan motosikal jangan dikatakan lagi. Setiap rumah pasti ada sekurang-kurangnya dua buah motosikal. Satu untuk ke ladang dan satu lagi untuk ke pekan atau bandar. Memang generasi kedua sudah tidak kenal erti kesusahan lagi. Celik mata, sudah melihat cahaya lampu elektrik memehuni tiap ruang rumah. Air paip bersih memenuhi kolah di bilik air. Jika dahulu bercahayakan lilin dan mengharapkan air sungai untuk memasak, membasuh dan mandi.

Bertuahnya generasi kedua ini. Tetapi Zulaika tidak mahu dibuai kesenangan ini. Zulaika mahu merasai kesusahan dalam menuju destinasi cita. Sebab itu tidak mahu dia membebankan puan Rokiah mahupun ayahnya Pak Zakaria. Biarlah Zulaika mencari duit saku menggunakan kudrat sendiri. Itu lebih Zulaika hargai kerana tiap wang ringgit yang diterima adalah atas daya usahanya sendiri.

Zulaika mendapat kerja di kedai telefon di bandar Kuantan. Gembiranya hati Zulaika bila sahaja Encik Aiman dan Encik Kamarul, pemilik bersama kedai telefon itu bersetuju untuk menerima Zulaika sebagai pembantu kedai. Zulaika yakin dengan keistimewaan mulutnya yang bising itu, dia mampu membantu majikan barunya. Zulaika berjanji akan berkerja bersungguh-sungguh. Kerja pun mudah dan sentiasa ada cuti mingguan. Tak macam bersama Haji Mukhsin dulu. Kerja dari pagi bawa ke malam. Cuti pun tiada. Akhirnya gaji pun tiada. Tujuh bulan bekerja dengan Haji Mukhsin, hanya merasai gaji untuk dua bulan pertama sahaja. Selebihnya dianggap sedekah amal jariah. Zulaika terasa hati diperlaku bagai hamba abdi tetapi dia turut memahami situasi yang dihadapi oleh majikannya itu. Sebab itu Zulaika sanggup berhenti kerja tanpa meminta baki gaji yang tertunggak.

Ika, gaji dah saya masukkan dalam akaun. Boleh check kalau tak percaya. Bulan ni hasil lebih sikit. Mungkin tuah Ika di sini. Mulut Ika yang pot pet tu agaknya yang buat ramai customer pakat tersangsut ke sini. Apapun, Ika buat kerja dengan baik.”

Terima kasih encik Aiman. Alhamdulillah... Nantilah Ika check. Amboi sedap-sedap hati saja mengata Ika erkk? Dah memang mulut Ika macam ni nak buat macam mana kan? Terima sajalah. Sekurang-kurangnya tak la sunyi sepi kedai ni.”

Begitulah Zulaika. Mudah mesra dengan siapa sahaja.Encik Aiman dan Encik Kamarul bergilir-gilir turun ke kedai. Seronoknya menjadi bos. Bebas mahu turun bila pun yang dimahukan. Minggu ini kerja, minggu depan cuti. Zulaika yang bekerja hari-hari pun tidak mampu begitu. Dihujung bulan, gaji yang diterima tetap kecil jika di banding dengan gaji majikannya. Appaun, Zulaika bersyukur dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya. Sekurang-kurangnya sudah ada duit poket.

Antara Encik Aiman dan Encik Kamarul, Zulaika merasa Encik Aiman lebih sporting. Encik Kamarul agak diam dan serius bila buat kerja. Tetapi masih lagi boleh diajak berbual. Kalau ada Zulaika mahu atau tidak, Encik Kamarul terpaksa juga bersuara.

Zulaika tidak akan benarkan majikannya itu serius mengadap komputer sahaja. Zulaika tidak mahu encik Kamarul jadi macam patung bernyawa. Encik Kamarul pun sudah mula serasi dengan sikap mudah mesra Zulaika. Berbanding encik Aiman, Zulaika tidak perlu untuk memulakan bicara. Majikannya yang ini lebih terbuka dan mudah diajak berbual. Petang itu giliran encik Aiman bertugas. Pastinya majikan yang seorang lagi itu sedang enak bermalasan di rumah.

Ika, saya nak cakap sesuatu boleh tak?”

Apa dia? Sejak bila pula nak cakap kena minta kebenaran ni?”

Ika dah ada pak we ke? Saya tengok jarang-jarang Ika bermassege. Telefon pun jarang-jarang bunyi.”

Sapa kata tak ada. Pakwe Ika berderet macam anak tangga tau. Hari-hari berganti.”

Biar betul? Ramainya. Agaknya kalau saya jadi pakwe Ika yang ke berapa erkk?”

Minta maaf lah encik Aiman oii... Dan cukup 31 orang dah. Kalau bulan Februari, tiga orang tak da chance nak date dengan Ika. Kalau bulan empat, enam, sembilan dan sebelas pula sorang tak da peluang. Encik Aiman jangan lah mencuba nasib. Setia lah pada..... Ha!!! Panjang umur...”

Muncung sahaja mulut Zulaika menunjuk ke aras perempuan yang sedang menuju ke kedai mereka. Zulaika ketawa. Encik Aiman juuga ketawa.

Hai kak... Nak ajak Encik Aiman keluar date erkk? Encik Aiman? Tunggu apa lagi?”

Bagaikan memberi arahan. Melissa hanya tersenyum. Dia juga sudah masak faham dengan gelagat pekerja baru kekasihnya ini. Memang dia tidak menyimpan sangsi dan syak wasangka terhadap Zulaika. Baginya Zulaika perempuan yang boleh dia percayai. Zulaika juga tidak memikirkan tentang kemungkinan itu. Baginya encik Aiman mahupun encik Kamarul hanyalah majikannya.

Setelah Encik Aiman dan Melissa berlalu, Zulaika duduk sebentar. Tiada pelanggan yang datang pun ketika ini. Fikirannya mmula melayang. Terfikir tentang kata-kata encik Aiman. Dia tahu encik Aiman mengusik. Tetapi bagaimana kalau ianya benar? Buat masa ini, memang Zulaika akui yang dia mempunyai Razlan. Tetapi dimanakah Razlan? Sudah lapan bulan selepas pertemuannya di Kuantan tempoh hari, Razlan seakan menghilang? Sibuk sangatkah Razlan? Sehingga Zulaika diabaikan?

No comments:

Post a Comment