Wednesday, October 10, 2012

BAB 9 : AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 9 ..Gembiramu Mengiringi Deritaku

Amir Hamzah menghubungi Zulaika lagi. Ada berita gembira yang mahu Amir Hamzah kongsi bersama Zulaika.

Ika, abang nak bercuti ke Sabah hujung bulan ni. Abang nak ke rumah Aleya. Ika ingat lagikan kisah abang dengan Aleya. Abang dah kembali bersama dia tau. Abang pun tak sangka dia akan sms abang lagi setelah sekian lama menyepi. Dia mahu kembali kepada abang. Katanya mak dan ayah dia pun dan merestui. Mereka mahu berjumpa dengan abang. That why abang mahu ke Sabah. Abang akan ada di sana seminggu tau. Doakan abang berjaya mencuri hati mak ayah dia ya.”

Haruskan Zulaika berasa kecewa dengan berita yang baru disampaikan oleh Amir Hamzah sebentar tadi? Amir Hamzah kembali bersama kekasih lama. Aleya kembali dalam hidup Amir Hamzah. Dari riak suara Amir Hamzah, jelas dia sekarang sangat bahagia dengan apa yang dimilikinya. Tapi Zulaika? Mungkinkah ini balasan Allah buat Zulaika kerana menolak cinta insan seistimewa Amir Hamzah?

Baguslah macam tu. Ika pun tumpang gembira. Kali ni jangan putus-putus lagi tau. Abang tu, kalau putus aja, mesti tersunggur atas jalan. Dua kali accident tu dah hilang dua batang gigi. Kelak kalau accident lagi entah-entah dengan gusi-gusi pun hilang. Jaga kak Aleya elok-elok tau. Ika tau abang mesti dapat curi hati mak ayah kak Aleya tu. Confirm lah. Siapa yang tak kenal si Terung...”

Sadam Hussin tak kenal... George Bush pun tak kenal Terung..”

Abang ni memang ngok ngek.. Bengong!!! Otak dah sot dot...!!!”

Haiya... Lagi sempat Kapal Selam langgar Terung erkk.... Abang pun memang harap macam tu jugalah. Penat dah bercinta tapi akhirnya frust. Cukup-cukup lah. Nak kali ni betul-betul jadi sebab memang target abang umur 25 abang nak kawin. Mean tahun depan lah abang mesti kawin. Kita kawin sama-sama tau.

Ika tak tau lagi lah abang. Mungkin lambat lagi. Cita-cita pun belum tercapai lagi. Abang dulu lah bagi anak buah kat Ika ok...”

InsyaAllah berkat doa Ika, abang akan bahagia kali ni. Ika pun harap-harap gembira dengan Razlan ok. Ok lah, jumpa lagi ya Ika. Minggu ni boleh la abang call Ika sebab abang ada kursus di bandar. Tapi malam sajalah. Siang busy kursus.”

Zulaika merasa bahagia dengan Amir Hamzah menghubunginya. Tetapi sesekali juga terasa benci bila nama Razlan disebut. Ada ketika timbul rasa cemburu di hati.

Mengapa harus Aleya menjadi pilihan Amir Hamzah? Mengapa tidak dia? Sedang Amir Hamzah pernah meluahkan rasa hatinya buat Zulaika dan berjanji untuk terus menanti jawapan Zulaika. Kini Zulaika sudah kembali bersendirian. Wajarkan untuk Zulaika memberikan harapan buat Amir Hamzah saat ini? Bukannya salah Amir Hamzah untuk dia kembali menerima Aleya. Amir Hamzah tidak tahu gelora cinta Zulaika yang kehancuran. Zulaika tidak pernah menceritakan kepada Amir Hamzah. Dalam keadaan sekarang, pastinya kehancuran itu akan terus menjadi rahsia yang tidak akan Amir Hamzah ketahui. Zulaika tidak mahu Amir Hamzah menjadi serba salah kerananya.

Tetapi relakah Zulaika? Tegarkah Zulaika untuk menempuh kegagalan ini sendirian sedang Amir Hamzah pula bakal bergembira bersama Aleya? Kau bertuah Aleya kerana hati setulus Amir Hamzah menjadi milikmu dan kau bodoh Zulaika. Kau bodoh kerana menolak luahan cinta insan seistimewa Amir Hamzah. Bagaimanakah untuk Zulaika menceritakan kepada Amir Hamzah? Jika tidak, kepada siapakan mahu Zulaika luah rasa benci dan deritanya? Hanya diari yang bisu dan kaku lah menjadi jawapan terbaik buat persoalan dan penemannya saat ini.

Biarlah Amir Hamzah berbahagia bersama Aleya. Dia berhak mengecap kebahgiaan setelah berkali-kali dirundung derita dan kecewa. Zulaika baru pertama kali. Tidak mengapalah andai kali ini dia memberi peluang kebahagiaan buat Amir Hamzah dan Aleya. Tetapi mengapa mesti Amir Hamzah berbahagia bersama Aleya. Kenapa tidak dengannya? Zulaika menangis dan terus menangis lagi. Tidak disedari sama ada air mata yang jatuh ini sebagai tanda Zulaika mempersoalkan mengapa Aleya yang menjadi atau menangisi nasib dirinya yang tak seindah diharapkan? Yang pasti air mata ini bagaikan terlalu murah dan kaya dalam diri Zulaika. Itu yang selalu sahaja ditumpahkan tidak mengira masa dan tempat.

Air mata...
Kau membasahi pipiku..
Petanda kau berjaya membongkar segala sebak...
Yang melanda hatiku kini...
Dalam mengharungi perpisahan...
Yang bukan ku pinta...

Air mata...
Walaupun aku cuba menghalang...
Kau tetap setiap menjadi temanku...
Kalau aku suka apa lagi berduka...
Kau tetap setia membelai pipiku....

Air mata...
Aku menghargai tiap titisanmu...
Kerana kaulah penawar luka di hatiku saat ini...

Puas sudah Zulaika berendam air mata. Biar orang disekeliling merasakan Zulaika bahagia. Zulaika sentiasa ceria dengan senyuman dan usikan nakal. Namun, dalam hatinya siapa yang tahu betapa taufan melanda memusnahkan segenap pelusuk hati. Hati Zulaika parah, remuk dan berkecai. Hatinya lebur untuk mempercayai lagi insan bergelar lelaki. Hatinya yang sudah ditutup rapat untuk menerima cinta lelaki. Mengapa harus diberikan cinta jika tidak dihargai.

Zulaika merawat kelukaan hatinya dengan menyibukkan diri dengan pekerjaannya. Zulaika juga mengambil kursus menjahit dan menyulam di sebuah kolej swasta. Zulaika harus selalu memastikan dirinya mempunyai kerja untuk dibuat supaya dia tidak lagi teringat kepada Razlan yang mengkhianatinya ataupun Amir Hamzah yang sedang meniti bibit-bibit bahagia bersama Aleya. Tiap kali disebut nama Aleya, hati Zulaika menjadi cemburu. Hatinya merintih mengatakan yang sepatut bahagia di sisi Amir Hamzah saat ini adalah Zulaika. Sepatutnya apabila Zulaika kecewa dengan Razlan, terus diberitahu kepada Amir Hamzah agar hadirlah ke sisinya. Rawatlah hatinya. Namun, hajat Zulaika tidak kesampaian bila mana Amir Hamzah meluahkan kegembiraannya. Barulah Zulaika sedar begini lah perit rasnaya bila hasrat hati tidak kesampaian.

Inilah barangkali yang Amir Hamzah rasai bila cintanya Zulaika tolak satu ketika dahulu. Aku bodoh Amir Hamzah. Aku menolak cinta insan seistimewa dirimu.

Asslammualaikum Ika. Abang dah pos surat tentang apa yang terjadi sepanjang abang di Sabah. Boleh abang katakan segalanya lancar. Semuanya berkat doa Ika tau. Terima kasih banyak-banyak ya Ika.”

Ika tak buat apa-apapun pada abang. Hanya doa yang mampu Ika panjatkan.”

Sekarang ni ditempat abang sudah ada line celcom. Tapi di pekannya sahaja. So, kalau abang free abang akan ke bandar dan abang akan sms atau call Ika ya. Di kuarters guru tak ada line.

Ok, Ika tak paksa abang sms atau call Ika selalu tau. Ika faham abang busy dengan tugas abang mengajar kan. Apapun terima kasih sebab tak pernah lupakan Ika. Ika rasa bertuah sangat-sangat sebab abang tak pernah melupakan Ika biarpun sekarang abang sedang bahagia dengan kak Aleya.”

Mana boleh abang lupakan Ika. Ika insan yang sangat abang sayangi. Lebih dari diri abang sendiri. Abang dah cakap abang sanggup korbankan apa saja demi Ika.”

Termasuk cinta abang ke?”

Terpacul ayat itu dari mulut Ika. Amir Hamzah tidak cepat melatah tetapi jawapannya menyentap hati dan perasaan Zulaika. Mahu sahaja Zulaika berterus terang yang dia kini derita dan mahukan Amir Hamzah kembali menjadi miliknya.

Ya, cinta abang pun sanggup abang korbankan andai itu dapat membahagiakan Ika tau. Abang cakap serius ni. Ika percaya tak?”

Tidaklah. Ika tau abang nak usik Ika sahaja. Mana boleh abang nak kecewakan kak Aleya. Ika pun sedang bahagia dengan hidup Ika.”

Abang cakap betul Ika. Abang sanggup lepas apa sahaja yang abang miliki andai Ika mahu bersama abang. Hanya Ika yang mampu mengubah keputusan abang.”

Abang ni. Ambil serius pula. Ika usik abang saja lah.”

Zulaika berbohong lagi demi untuk kebahgiaan Amir Hamzah. Zulaika tahu yang mana Amir Hamzah benar-benar serius dengan setiap kata-katanya. Jadi, masakan Zulaika sanggup untuk memusnahkan kebahagiaan Aleya semata-mata memenuhi kepentingan dirinya. Tidak mahu Zulaika jika dirinya dianggap sebagai peruntuh dan perampas kebahagiaan orang lain. Tidak mahu diri disumpah seranah olah mereka-mereka yang merana kerana dia. Biar Zulaika hanya menumpang saat bahagia Amir Hamzah bersama Aleya. Untuk memusnahkan, Zulaika tidak sanggup

No comments:

Post a Comment