Thursday, July 08, 2010

Bicaraku Tentang Sabahat...

Assalammulaikum...

Hai bertemu lagi... Ok, sebelum aku sambung kisah zaman sekolah menengah aku, aku mau kongsi cerita tentang 10 teman terbaik aku. Yang sangat aku sayang...

** SENARAI TEMAN INI TIDAK MENGIKUT KEUTAMAAN @ RANKING…

Noorazarina Binti Mohd Noor (8 / 10 / 1978)

“INA” adalah sahabat pertama aku yang bergelar “kekasih” hati. Sehingga kini dia masih lagi kekal menjadi kekasih hati. Cinta pertama aku sejak ku kenali erti kasih sayang. Semasa di sekolah rendah, kami tidak lah rapat kerana antara kami di gossip dengan orang lain. Tetapi apabila aku ke SEMESTI dan dia kekal di Pantai Remis, kami mula saling berhubung. Surat lah menjadi pengikat antara kami. Tiap minggu aku pasti mendapat surat darinya pada hari Selasa dan Jumaat. Berbagai cerita dituliskan sehinggalah ke soal hati.

Aku berasa amat gembira dan selesa dengan dia. Akhirnya kami mengungkap kata CINTA. Biarpun orang berkata itu “cinta monyet” tapi kami percaya niat kami betul. Dan tidak sabar rasanya untuk aku bertemu dengannya buat pertama kali setelah kata cinta di lafazkan. Tapi sayangnya… Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah…. Menjadi mimpi paling ngeri buat aku sehingga kini. Dia telah menjadi mangsa langgar lari berdekatan rumahnya. Dia pergi jauh dari ku buat selamanya…

Yang tinggal hanya 10 pesanan yang masih ku ingat sehingga kini. Pesanan yang ku dapat di hari aku membaca suratnya yang terakhir. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini dan sehingga kini aku belum lagi pergi ‘menziarahi’ dia. Entah bila aku tak pasti. Mungkin sehingga aku dah bertemu dengan pesanan ke-8 nya…

“carilah insan yang lebih baik dari Ina yang dapat berikan Man kebahgiaan yang sebenar. Ina mungkin tak dapat nak menjaga Man.”


Teman ku yang berikutnya :

Norlaili Binti Sarip (27 / 7 / 1980)
“LILY” adalah sahabat yang mula ku kenali sejak tahun 1997 hanya melalui majalah Arena Bola Sepak. Entah kenapa aku tertarik pabila melihat wajah Lily di dalam majalah. Lalu aku menulis surat ingin berkenalan. Hampir juga 2 bulan, baru aku mendapat balasan.

Masa itu aku di Pusat Matrikulasi, UUM, Kedah dan aku baru patah hati dengan Wati… Hanya surat dan telefon menjadi penghubung kami. Tapi itu bukan halangan untuk membuatkan kami menjadi dua sahabat yang terbaik. Mungkin kami satu kepala. Sama open, simple dan sempoi. Aku “siamang khan’ dan Lily pula ‘chip munk’... Macam2...

1999 aku meluahkan rasa hatiku kepadanya setelah aku terbuka hati untuk mencari cinta semula yang selama 2 tahun tertutup. Namun, aku tak dapat keputusan yang segera. Aku terpaksa ‘que’ untuk di nilai kerana ada 5 lelaki yang terlebih dahulu meluahkan rasa hati. Aku percaya tiap satu punya lebih dan kurang. Aku hanya lebih pada jaminan masa depan tetapi kurang dari segi rupa paras… Terserah kepada dia.

2000 aku mendapat keputusan darinya… “Hati kita mungkin kan menangis sekarang ini. Tetapi satu masa, pabila tiba saat itu, hati kita pasti akan gembira dan bersyukur pabila Dia Yang Kuasa menemukan kita dengan insan yang sebenarnya milik kita.”

Sehingga kini aku dan Lily rapat sebagai teman terbaik. Lily juga telah berkahwin dengan F tahun 2002 dan mendapat 2 cahaya mata. Balqis dan Batrisyia. Tapi rumah tangga nya terhenti tahun 2006 tetapi kini telah berkahwin semula tahun 2008 dengan Mohd Zaini telah menyambut kelahiran cahaya mata ke-3. Tahniah…!! Setelah tidak bertemu hampir 2 tahun, aku temui semula Lily dan anak2 serta suaminya semasa hari Raya Puasa 2009 di rumah mereka di Seksyen 23, Shah Alam.


Seterusnya :

Siti Noor Fatmah Binti Ishak (13 / 6 / 1984)

“FATMAH” adalah sahabat yang ku kenali tahun 2002 semasa aku melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di Kuantan (bulan 6, 2002 maktab pindah ke kampus baru di Kuala Lipis)… Fatmah kerja sebagai cashier kantin maktab. Aku masa tu saja2 cuba nasib mendekati dia. Sebab apa? Sebab aku MINAT bila pertama kali aku lihat dia. Mulut dia yang becok dan senyum yang sentiasa di bibir cukup menarik minat aku…

Aku sentiasa cari peluang untuk melihat dan bercakap dengan dia. Aku sentiasa dating ke kantin walaupun sekadar order milo ais (tapi aku pasti akan hutang 20 sen). Sampai dia dah tau dah. Dari jauh lagi dia dah order milo ais dan hutang 20 sen. Akhirnya dia terima aku sebagai sahabatnya.
Bila kian rapat, aku pun tahu kisah di sebalik senyum tawanya itu. Tersimpan pelbagai kisah suka duka dan harapan. Dan aku tetap aku. Tak boleh tengok sahabat susah hati dan sahabat yang terpendam hasrat di hati kerana tidak ada yang memberi sokongan.Aku dah azam dalam hati mesti bantu Fatmah. Aku bantu dia untuk ambil SPM semula sebab dia bercita2 nak masuk maktab @ nak jadi cikgu. Aku juga beri semangat pada dia untuk hadapi dugaan sebagai cashier (tak perlu aku bagitau apa dugaan yang dia hadapi). Dan aku berasa amat gembira bila akhirnya dia mahu dengar nasihat aku untuk berhenti jadi cashier.

Bulan 5 sebelum aku balik kampung untuk bercuti, aku berasa amat berat hati untuk pulang sebab aku akan terpisah dengan dia. Aku akan jauh dari dia sebab dia tak kan ke kampus baru di Kuala Lipis. Dia juga menangis di saat aku bergerak balik. Aku sedih sangat masa tu tapi aku cuba tahan… Aku tak mahu dia lihat aku mengalir air mata. Sebab aku tahu dia pasti akan lebih sedih… Aku janji aku akan selalu turun kuantan untuk jumpa dia…

13 Jun 2002 sempena hari lahirnya yang ke 18, aku dari Kuala Lipis ke Kuantan dengan satu misi. Aku mahu luahkan hasrat hati sebab aku yakin aku dah temui insan yang ku dapat membuat aku bahagia… Tapi… Aku terlewat. Dia tak dapat menerima aku… Jujur kata aku kecewa dan membawa hati yang lara kembali ke Kuala Lipis… Aku accident buat kali ke-2. Aku bertembung dengan lori treler di Benta. Sakit memang sakit tapi tak dapat lawan kecewa di hati aku. Tapi aku tak bagitau dia yang aku accident. Dah sihat, baru aku bagitau dia. Tapi sehingga kini, aku masih berkawan baik dengan dia dan terus berhubung dengan dia. Dia tetap adik aku. Aku harap ikatan ini akan terus berterusan selama yang mungkin. Lupa aku bagitau. Aku panggil dia KAPAL SELAM dan dia panggil aku TERUNG. Inilah rahsia keakraban kami sehingga kini... ‘ngok ngek’, ‘cik peah’ tu antara ayat rasmi kami... Aku sentiasa mendoakan agar Fatmah sentiasa gembira dan bertemu kebahgiaan yang dia impikan. Walaupun impian untuk menjadi guru tidak kesampaian, tetapi aku mengharap-kan apa yang dia lakukan kini benar2 dapat buat dia rasa berpuas hati.

Kini masuk tahun ke-7 ikatan persahabatan kami. Aku menghargai dirinya sebagai antara sahabat yang paling aku sayangi. Terima Kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari diri aku. Sebahagian dari kenangan suka duka hidup aku juga…

Berikutnya :
Suriza Binti Abu Shah (11 / 5 / 1981)

“DIK ZA” adalah aku kenali semasa di maktab juga. Tapi aku tak lah terlalu rapat dengan dia. Kami hanya rapat di akhir2 aku di Maktab. Tidak rapat tetapi kami selesa berkawan.

Dia juga lah satu2nya teman aku yang hadir ke majlis pertunangan aku dengan Norzi pada 30 Mei 2004. Terima kasih sebab sudi datang dari jauh semata-mata untuk majlis ini. Kawan2 aku yang lain semua tak dapat datang. Bukan time bertunang ker, time aku kawin pun tak datang. Sedih:( aku bila dikata.. "kata ramai kawan, tp time kawin sorang pun xmai... Mana kata kawan terbaik yang sentiasa ada bersama..."

Dik Za telah berkahwin tahun 2006 dan kini mengajar di Selangor. Aku dan dia juga selesa sebagai adik & abang yang sangat terbuka bercerita tentang apa sahaja.

Aku sudah bertemu semula dengan dia sejak 2004 pada bulan Februari 2009 yang lalu semasa aku bercuti merehatkan otak dan jiwa. Dik Za begitu banyak berubah dari segi cara penampilan diri nya tetapi tetap sama dari segi kelakar dan akrab antara kami.

Moga Dik Za akan terus bahagia dan kami akan terus bersahabat selama yang dapat. Antara aku dan dia juga, kami boleh berkongsi apa juga cerita sebab kami punya satu pendapat yang sama dan saling berlawan ‘teka teki’...


Yang keseterusnya....
Norwati Binti Ahmad ( 2 / 6 / 1978)

“WATI” ku kenali tahun 1992 melalui sahabat aku. Dia pelajar sekolah berjiran dengan aku. Kali saling ‘berlumba’ dalam ujian. Semestinya dia menang sebab dia antara best student di SMK Seri Perak. Sedang aku golongan pertengahan di SEMESTI. Tapi PMR dan SPM aku tetap menang.

Aku jarang2 jumpa dia. Dia yang selalu melawat aku di SEMESTI... Wati tinggal dengan ibunya sahaja. Bukan anak yatim tapi ayahnya entah di mana pun tak tahu. Aku terpisah dengan dia bila aku tinggalkan Teluk Intan dan aku melanjut pelajaran ke matrikulasi UUM dan dia terus berada di Teluk Intan setelah result dia mendapat keputusan yang agak mengejutkan.

Aku amat menyenangi Wati sebab dia begitu memahami aku dan mampu buat aku untuk melupakan kisah kehilangan arwah Ina. Selama hampir 3 tahun aku tak mahu berkenal dengan mana-mana perempuan, tetapi Wati mampu mengetuk kembali pintu hati aku.

Wati sering kali menghubungi aku tetapi aku agak busy dengan tugasan di Matrikulasi dengan aku sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar Matrikulasi. Tapi aku akui yang aku amat sayangkan Wati dan ingin memilikinya.

1997 aku ingin meluahkan rasa hati sempena hari lahirnya yang ke 19. Tapi aku mendapat kejutan. Dia telah memilih bekas ketua pengawas sekolahnya sebagai bakal teman hidup. Aku kecewa betul dan semalaman aku menagis mengenang kesilapan aku yang kurang beri perhatian terhadap dirinya. Namun, sebagai menghormati dirinya, aku datang ke majlis perkahwinannya tahun 1999.

Aku jumpa dan bersamanya di dalam bilik pengantin dan aku luahkan segalanya. Akhirnya aku mohon untuk tinggalkan majlisnya sebelum dia naik pelamin kerana tidak sanggup untuk aku melihat insan kesayangan ku menjadi milik orang lain.Semoga diri mu bahagia di samping anak dan suami tercinta.

OKTOBER 2009 – aku berjaya menghubungi Wati semula. Happy sangat3... Dah ada 2 anak dan kerja di CIMB Kuala Lumpur...

OK cukup 5 dulu ya... Next lagi 5 orang akan dicerita dalam warkah berikutnya..

No comments:

Post a Comment