Wednesday, October 10, 2012

BAB 10 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 10...Dengarlah Jeritan Batinku

Zulaika kini membuka kedai jahit kecil-kecilan di Felda Bukit Gula. Dengan sedikit ilmu yang dikutip semasa mengikuti kursus, sekurang-kurangnya Zulaika mampu untuk berbangga memiliki perniagaan sendiri. Tidak mengapa hanya kecil-kecilan. Lama-lama nanti membesar juga. Siang Zulaika bekerja di kedai telefon, malam di sambung ke kedai jahit. Cempaka Adrina Collection menjadi pilihan hati untuk di namakan kedai jahitnya. Jika ada rezeki, dapatlah Zulaika menumpu sepenuh masa di kedainya ini. Jika tidak, teruslah Zulaika berkerja dengan kedai telefon seperti mana sekarang ini.

Diam tak diam sudah menjangkau enam bulan Zulaika membulatkan tekadnya untuk melepaskan dan melupakan Razlan. Malahan, Razlan juga langsung tidak lagi sms apalagi telefon atau berjumpa dengannya. Bagus lagi begitu. Tidak perlu Zulaika runsing mahupun dipeningkan kepala memikir kalau-kalau hatinya bergetar kembali terhadap cinta pertamanya.

Petang itu Encik Aiman datang berteman. Malas untuk Zulaika berbual-bual. Bagi Zulaika semua lelaki sama. Lembut lidah dari tulang bila mengayat wanita. Bila sudah dimiliki, langsung tiada lagi ayat-ayat bisa yang meruntun jiwa. Yang ada hanyalah mengharapkan sang wanita memahami dirinya. Menganggap semuanya mesti menerima dan memahaminya. Bila sudah memiliki, tidak perlu lagi selalu sms dan tetefon cukup sekadar sekali sekala. Sesuatu yang lumrah dalam kehidupan.

Mengapa tidak kekerapan menghantar sms, telefon dan bertemu diteruskan setelah kekasih hati berjaya dimiliki? Mengapa tidak lagi mahu diulangi pertemuan dan sambutan hari-hari penting seperti dulu? Salahkah andainya setelah kita memiliki, kita tetap meneruskan suprise hari lahir mahupun hari pertama ungkapkan cinta dilafazkan? Tidak salah rasanya jika meneruskan sikap sebegitu. Malahan itu lebih baik kerana pasangan terasa dirinya begitu dihargai.

Namun, itu semua tidak pernah dirasai oleh Zulaika setelah dia menerima Razlan. Segalanya tinggal harapan dan impian kosong buat Zulaika. Apatah lagi kini, Zulaika telahpun membulat tekadnya untuk mengucapkan salam perpisahan buat cinta. Salam perpisahan buat kekasih hati yang satu ketika bertakhta dihati sanubarinya.

Ika, nak ikut saya ke bandar tak? Saya nak bawa kawan saya ni beli barang menjahit. Kan Ika juga ada kedai jahit. Mana tahu kalau-kalau ada barang yang nak dibeli. Kawan saya ni tahu tempat-tempat yang boleh dapat murah. Untung nasib dapat diskaun besar lagi.”

OK juga tu. Kejap Ika nak siap-siap sikit. Nak keluar ni mesti comel-comel.. Nanti boleh la dapat calon baru. Sorang pergi kena cari dua orang pengganti.”

Ika tu tak pakai apa-apa pun comel...”

Mulut...... Ingagt Ika ni patung kat supermarket ka? Patung tu pun dipakai segak-segak tau. Ini kan pula anak pak Karia yang becok tapi comel lote ni...”

Ha... Itu fikir negatif lah tu? Maksud saya tak kenakan make up lah. Bukan tak pakai pakaian. Otak tu kuning sokmo.

Mana tahu kan. Orang lelaki ni suka buat ayat yang double meaning. Dah... Jom!!”

Sepanjang perjalanan Zulaika hanya berdiam sahaja. Sesekali menjawab apa yang ditanya oleh encik Aiman. Hanya Encik Aiman rancak berbual dengan kawannya. Tetapi ada yang menarik hati Zulaika terhadap perbualan encik Aiman dan rakannya itu. Zulaika ketawa sendiri di tempat duduk belakang.”

Buang tabiat ke tetiba ketawa sorang-sorang?”

Zulaika terus ketawa. Memang terasa geli hati dengan lawak rakan encik Aiman. Zulaika memang pantang mendengar perkara-perkara yang melucukan. Memang dia akan mudah ketawa. Tidak perlu dipaksa-paksa. Kadang-kadang tengok terung di pasar pun Zulaika ketawa. Melihat kapal selam di TV pun begitu. Memanglah ada kisah disebalik terung dan kapal selam. Sebab itu Zulaika mampu ketawa. Istimewa betul gelaran yang diberikan Amir Hamzah.

Mana tak ketawa... Ada ke patut taugeh kuar ikut hidung?”

Zulaika bersuara menyatakan alasan dia ketawa. Rakan Encik Aiman mencelah.

Betul.... Saya dengan kawan pergi makan-makan di waterfont, makan mee udang. Memang power gila. Pedasnya, sedapnya memang kaw-kaw punya. Gelojoh sangat agaknya, tersedak kawan saya tu tahu. Keluar taugeh ikut lubang hidung. Terus tak lalu makan lepas tu.”

Hahahaha... Lucu betul. Macam kes Ika juga dulu. Hampir sama juga lah. Tapi dengan pucuk paku. Masa tengah makan tersedak, tersembur pucuk paku.”

Aikk.. Ada juga kisah. Apa kisahnya?”

Sabarlah encik Aiman.... Ika nak cerita lah ni. Gelojoh betui bos aku ni. Masa tu di rumah. Ada sedara Ika dari Kedah datang. Masa makan-makan tu, Ika tersedak. Tersembur pucuk paku masuk dalam pinggang mak cik Ika. Malu tak kira masa tu. Muka dah berbelang-belang biru merah. Semua pakat-pakat diketawa kat Ika. Memang Ika terus stop makan, Ika masuk bilik. Malu nak keluar.”

Lagi teruk.... Elok sangatlah tu. Sorang terbit taugeh di hidung, sorang lagi sembur pucuk paku kat bakal mertua... Aku paggil kau Yus Taugeh lah ye. Kat Ika, saya panggil Ika Pucuk Paku lah ye. Jangan marah. Siapa suruh cerita benda pelik?”

Tok booooooik tau... Dah benda tu nak jadi, nak buat macam mana? Bukannya Ika rancang pun. Panggillah.. Bukan sakit pun.”

Bisinglah suasana di dalam Wira 1.6 milik Encik Aiman. Bila masing-masing sudah satu kepala meman mudah dibawa bicara. Sepanjang perjalanan membising sahaja Zulaika, encik Aiman dan sahabatnya yang Ika dapat tahu namanya Yus. Yus apa entah tidak mahu diusul periksa. Biarlah Yuswira ke, Yusman ke, Yusuf ke ataupun Yunani sekalipun. Tidak penting untuk Zulaika tahu. Semua lelaki sama. Pandai mengayat semata-mata. Tapi Amir Hamzah lain. Dia insan istimewa.

Terima kasih encik Aiman tumpangkan saya. Dapat juga beli barang menjahit ni. Terima kasih juga kat Yus Taugeh sebab dapat tolong Ika beli. Banyak juga dapat diskaun tadi. Kalau macam ni selalu cepat la Ika buka gedung buat baju.”

Ha.... lepas ni kalau nak beli barang datang aja je situ. Sebut nama Yus Taugeh, apek kedai tu kenal punya lah. Mesti dia bagi diskaun.”

Betul ni? Kang kena halau sia-sia Ika yang malu. Apapun, terima kasih.”

Takkan terima kasih haja Ika? Belanja saya rojak buah satu ok. Yus Taugeh mahu apa? Ika kena belanja sebab tolong dia dapat barang murah.”

Nak nombor telefon boleh?”

Selamber aja minta nombor telefon Ika erk?? OK, rojak buah jap lagi Ika pi beli kat kedai depan sana. Nombor telefon, minta dekat bos Ika jika dia beri.”

Zulaika berlalu menuju ke kedai menjual minuman dan buahan rojak tidak berapa jauh dari kedai telefonnya. Encik Aiman dan sahabatnya terus berbual kemudian temannya itu meminta izin untuk berlalu.

Mana Yus Taugeh? Ika beli untuk dia sekali ni.”

Dah balik dah. Tak palah... Rezeki saya berganda hari ini. Terima kasih..”

Terus Encik Aiman mengambil kedua-dua bungkus rojak buah dan masuk ke kedai. Zulaika tersenyum kegirangan. Hatinya terhibur hari ini. Kerja disambung semula. Tidak berapa lama telefonnya berbunyi. Zulaika disinggah rasa debar. Pesanan ringkas yang masuk itu tidak mungkin dari Amir Hamzah. Sekarang pastinya Amir Hamzah sedang mengajar. Mungkin Razlan? Janganlah hendaknya. Zulaika benci untuk mendengar nama apa lagi mendapat tahu cerita tentangnya lagi.

Hai, bleh bkenaln x

Zulaika membalas sms tersebut kerana nombor itu masih asing baginya. Tiada dalam senarai contact nya. Segera berbalas sms Zulaika yang bertanya siapa yang menghantar sms sebentar tadi.

Yus Taugeh:b Dpt no dri bos awk. Kan awk kata minta sama dia. Dia beri. So, mknanya dpt la sy msg awk. Bleh bkenaln x??

Zulaika tidak membalas lagi. Malas dilayan!!! Lelaki semuanya sama sahaja semasa mengayat. Hampir seminggu itu, berpuluh-puluh sms dari Yus Taugeh memasuki inbox telefon Zulaika. Memang Zulaika membaca tetapi tidak mahu dibalasnya. Lelaki semuanya sama semasa mengayat. Bukan berlagak sombong atau berjual mahal tetapi Zulaika masih ragu dan takut untuk mendekati dan berbaik dengan lelaki. Bimbang akan dikecewakan lagi. Lelaki semuanya sama. Memang ada yang baik. Amir Hamzah sebagai contohnya. Tetapi bidalan lama sudah jelas di sanubari Zulaika. ‘kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit’. Razlan lah kerbau yang membawa lumpur itu. Pengakhirannya, Yus Taugeh pun turut terkena tempiasnya. Nasib lah kalian yang bergelar lelaki.

Malam itu malam minggu. Zulaika sedang sibuk di Cempaka Adrina Collection. Sejak akhir-akhir ini Zulaika mula mendapat tempahan membuat baju. Zulaika hanya mengambil tempahan membuat baju kurung atau baju kebaya sahaja. Zulaika belum yakin untuk menerima tempahan membuat baju melayu atau baju kemeja. Tangan nya masih keras dan baru. Bimbang ada yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja nya kelak. Sedang leka membuat sulaman di leher baju telefonnya berbunyi. Zulaika melihat nama Yus Taugeh tertera di skrin. Zulaika berkira-kira. Kemudian Zulaika menjawab. Tidak salah sekadar berbuat dari kejauhan.

Pertama kali mendengar suara Yus Taugeh di telefon, hati Zulaika dirundung getar yang dia sendiri tidak tahu. Suara Yus Taugeh bagaikan ada yang menyusup masuk ke lubuk hatinya. Malam itu mereka berbual panjang. Bagai telah lama berkenalan. Rancak dan mesra. Zulaika jadi terhibur. Asalnya nama Yusnizam.

Sejak perbualan itu, saban hari Zulaika mula berbalas-balas sms dan menjawab panggilan Yusnizam. Tetapi Zulaika tetap berhati-hati. Lelaki semua sama sebelum mendapat apa yang dimahunya. Namun melihat keikhlasan Yusnizam setakat ini, Zulaika memberikan ruang untuk Yusnizam mencuba nasib menunjuk sejauh mana keikhlasan, kejujuran dan kesungguhannya untuk mendekati Zulaika. Dapatkah dia mengubat hati Zulaika yang bukan sahaja terluka tetapi remuk berkecai lebur hampir setahun lalu kerana Razlan. Mengapa nama Razlan disebutkan lagi?

No comments:

Post a Comment