Sunday, October 21, 2012

BAB 17 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 17... Moga Detik Bahagiamu Berkekalan..


Zulaika teringat kisah lama semasa dia kembali semula ke rumah Amir Hamzah yang lama ditinggalkan. Suasana begitu meriah sekali. Zulaika turut bersama–sama membantu di dapur. Keriuhan suaranya menggamatkan suasana. Puan Sharifah, ibu kepada Amir Hamzah juga sibuk untuk mengurus itu dan ini. Sekejap lagi tetamu akan mula membanjiri. Majlis kenduri kini berlangsung kancar dan meriah.

Pakcik Dahlan juga sibuk di luar rumah meyambut tiap tetamu yang hadir. Hari ini Amir Hamzah akan jadi raja sehari. Ramai sekali tetamu yang hadir. Maklumlah, ratu sehari juga bukan calang-calang. Nun jauh dari Negeri Di Bawah Bayu datangnya. Aleya bertuah kerana berjaya miliki hati dan diri Amir Hamzah. Terpercik juga rasa cemburu di hati Zulaika. Mengapa harus Aleya yang menjadi pengantin di sisi Amir Hamzah? Mengapa tidak dia? Sekali lagi hatinya mengejek... Kerana kau yang telah menolak tuah dan pengharapan Amir Hamzah dahulu. Kini kau lihat Amir Hamzah akan bahagia disisi Aleya. Kau hanyamampu melihat kebahgiaannya. Zulaika akur.

Zulaika datang ke bilik Amir Hamzah. Terpesona dengan kekacakan pemuda diusia dua puluh lima tahun yang sedang disolek oleh mak andam.

Abang... Selamat pengantin baru. Semoga abang akan bahagia hingga ke akhir hayat tau. Jaga kak Aleya baik-baik. Jadi suami yang baik, ayah yang baik, anak yang baik, menantu yang baik dan hambaNya yang baik. Ika sentiasa mendoakan kebahagiaan abang.”

Terima kasih Ika... InsyaAllah, berkat doa Ika, abang akan bahagia. Ika pun sama. Cepat-cepat lah naik pelamin. Kesian si Razlan tu menanti. Orang lelaki ni mana nak dapat tunggu lama-lama Ika. Sabarnya kurang tak macam orang perempuan.”

Ika tak tahu lah abang. Semuanya dah tinggal kenangan....”

Zulaika terlepas cakap. Amir Hamzah tersentak. Diminta mak andam dan dua tiga orang lain yang ada di dalam biliknya keluar sebentar.

Maksud Ika? Terus terang dengan abang ya...”

Zulaika tiada pilihan. Mulutnya sudah terlepas cakap dan harus dihabiskan juga. Jika tidak pasti Amir Hamzah akan terus menyoal dan mempersoalkan. Silap hari bulan mahu terhenti majlis persandingannya. Zulaika tidak mahu begitu.

Ika dah putus dengan Razlan. Tiada guna Ika terus sabar menanti sedang dia dah jadi orang lain. Ika pun masih belum mencapai cita-cita. Agaknya sebab itu lah dia cari orang lain yang lebih sedia untuk bersamanya.”

Bila? Tak pernah cerita pun?”

Sudah hampir tiga tahun abang. Masa abang ke Sarawak pun dia dah mula jarang-jarang berhubung dengan Ika. Makin lama makin renggang. Tak seperti sebelum Ika berikan dia harapan. Akhirnya Ika yang putuskan ikatan kami.”

Kenapa Ika tak beritahu abang? Kalau tidak....”

Abang... Hari ini abang akan bersama kak Aleya. Jangan sebab Ika, hati abang jadi serba salah. Ika redha abang. Ika tak mahu mengganggu kebahagiaan abang masa tu. Ika tak mahu beritahu sebab masa tu abang sudah kembali bersama kak Aleya. Biarlah Ika tanggung sediri kegagalan yang Ika sendiri pilih.”

Tapi Ika tahu kan yang abang sanggup lepaskan segalanya demi Ika.”

Sebab itu Ika tak mahu cerita pada abang. Sebab kak Aleya pasti gembira dapat kembali ke sisi abang. Ika tak mahu dia kecewa kerana Ika. Maafkan Ika.”

Tapi Ika gembira ke dengan keputusan yang Ika buat?”

Apa nak dikatakan lagi selain pasrah dengan ketentuan Ilahi. Ika akur dan terima yang mana abang bukan untuk Ika dan Ika tidak layak buat abang.”

Kalaulah abang tahu.....”

Abang... Please... Jangan sebab Ika abang terasa tidak selesa. Please abang... Kak Aleya perlukan abang. Janjilah pada Ika yang abang akan jaga kak Aleya seperti mana abang janji akan berkorban demi Ika. Ika bahagia dengan kegembiraan abang miliki hari ini. Abang tetap istimewa di hati sanubari Ika.”

Ika.... Kenapa lah Ika tak cerita pada abang...”

Maafkan Ika. Ok, Ika keluar dulu ya... Ika nak tolong mak abang di dapur lagi.”

Ika... Maafkan abang ya. Sebab tak dapat memegang janji untuk terus menanti Ika. Bukan abang tak mahu, tetapi abang tak tahu... Apapun thank you sebab Ika sudi datang ke majlis abang ni. Moga Ika akan dapat pengganti yang lebih baik tau.”

Zulaika berlalu dan mak andam serta beberapa kawannya masuk semula untuk meneruskan tugasan. Amir Hamzah kelihatan sedikit sugul. Terkilan hatinya bila mendapat tahu berita dari Zulaika. Kalaulah Amir Hamzah tahu kedudukan sebenar, pastinya dia tidak teragak-agak untuk menolak permintaan Aleya tiga tahun yang lalu. Kini, segalanya sudah tersedia untuk dia dan Aleya disatukan, masakan dapat diundur semula? Amir Hamzah bukan jenis yang sebegitu.

Air mawar direnjis-renjis kepada kedua-dua mempelai. Segak berbaju hijau pucuk pisang. Zulaika turut mengambil kesempatan juga untuk merenjis air mawar dan bersalaman. Dihulur tangan kepada pengantin perempuan. Dikucup tangan dengan senyuman. Diikuti salaman tangan Amir Hamzah. Dikucup dan terasa ada air mata yang menitis di tanganya. Amir Hamzah faham gelodak perasaan Zulaika saat itu. Aleya mungkin tidak terasa apa-apa kerana dia sedang bahagia disisi Amir Hamzah. Tetapi Zulaika? Dia sedang menyaksikan kebahagiaan orang lain di sisi insan yang cukup mencuri hatinya. Kau bertuah Aleya. Hargailah, sayangilah, cintailah dan jujur setialah kau kepada Amir Hamzah. Dia insan yang amat istimewa.

Zulaika menangis sendirian melihat kebahagiaan Amir Hamzah. Ibu Amir Hamzah, makcik Sharifah melihat dan dia memahami perasaan Zulaika. Dihampirinya dan digenggam jemari Zulaika. Diusap rambut Zulaika penuh kasih sayang.

Makcik faham perasaan Ika. Makcik pun kalau boleh mahu melihat Ika yang ada di atas pelamin dengan abang. Tapi dah itu pilihan abang. Ika juga sudah ada pilihan. Makcik terima Aleya asalkan abang berasa bahagia. Makcik tak kisah sapa pilihan abang asalkan ianya memberikan kebahagiaan.”

Ika faham makcik. Ika pun tumpang gembira. Cuma Ika sedih sebab abang pernah luahkan harapannya kepada Ika. Tapi Ika tolak. Sebab Ika lebih dulu memberi hati dan cinta Ika pada orang lain. Tapi orang tu tak menghargai. Ika dikecewakan. Saat Ika kecewa, abang pula sedang bahagia dengan kak Aleya. Ika tak mahu lah ganggu kebahgiaan abang. Biarlah Ika tanggung sendiri.”

Makcik pun tak tahu. Ika pun lepas balik ke Pahang, langsung diam. Kalau makcik tahu, makcik yakin, abang akan jadi orang yang paling gembira untuk kembali kepada Ika.”

Tak pa lah makcik. Dah jodoh Ika dengan abang hanya sebagai sahabat.”

Puan Sharifah terus berbual dengan Zulaika sementara melihat beberapa orang sanak sedara yang sedang mengemas peralatan yang digunakan di majlis. Zulaika terasa bahagia dengan kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan puan Sharifah. Biarpun tidak kenal lama, tetapi Zulaika memang mudah mesra dengan mereka yang memberikan perhatian dan layanan yang baik terhadapnya. Asalkan dapat menerima cara dan sikapnya, pasti Zulaika lebih cepat mesra dan serasi.

Esoknya Zulaika mahu pulang. Amir Hamzah meminta izin untuk menghantarnya ke stesen bas. Aleya tidak mahu mengikut kerana masih kepenatan. Biarpun diajak juga namun Aleya menolak. Jadi, Amir Hamzah hanya bersendirian menghantar Zulaika. Sepanjang perjalanan, Zulaika sugul. Amir Hamzah juga tidak banyak bercakap. Diberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduannya. Tetapi jiwanya risau memikirkan kesedihan yang menyelubungi Zulaika.

Ika, jangan lah diam macam ni saja. Yang abang kenal, Ika seorang yang bising tau. Mulut macam murai.... Tapi Ika sekarang diam... Abang pula jadi serba salah.”

Ika minta maaf abang... Ika ok. Cuma Ika sedih sebab tak dapat realitikan harapan abang. Tapi Ika sedar dengan takdir Allah. Salah Ika juga tak bagitau abang kan.”

Semua dah berlalu Ika. Abang pun sedih sebenarnya sebab Ika rahsiakan kecewa Ika dari abang. Tapi nak marah pun tak boleh juga. Ika punya alasan. Now abang cuma berharap agar Ika akan temui sesorang yang terbaik. Ika layak untuk bertemu dan memiliki insan yang paling baik. Mungkin abang tak cukup baik untuk Ika.”

Tak pa lah... Abang jaga kak Aleya baik-baik tau. Kirim salam sama dia, makcik, pakcik, kak dan adik-adik abang. Jaga diri abang baik-baik dan moga persahabatan kita tidak akan terputus ya. Ika sayangkan abang sangat-sangat.”

Ika pun sama juga. Abang pun sayangkan Ika sangat-sangat sama seperti dulu.”

Zulaika menangis lagi. Sama seperti dulu. Amir Hamzah tetap sama seperti yang dia kenali dulu. Amir Hamzah memang insan yang cukup istimewa. Amir Hamzah menghulurkan tisu. Zulaika mengesat air matanya. Dikesat air mata yang bersisa di pipinya perlahan. Zulaika berusaha untuk mententeramkan jiwanya. Mengapa hati terasa begitu lemah untuk berdepan dengan ketentuan Ilahi.

Abang tak mahu lah Ika menangis sebab abang ok. Trust me okey. Abang tetap seperti mana abang yang Ika kenali dulu. Abang tetap akan sentiasa ada di sisi Ika. Walau Ika tak punya siapa-siapa untuk Ika kongsi rasa gembira sedih dan luka, Ika kena percaya dan yakin... Ika masih ada abang tau...”

Terima kasih abang... Abang baik sangat dengan Ika. Walaupun Ika tolak hasrat hati abang, tapi abang tetap tidak menjauhkan diri dari Ika.”

Ini lah Amir Hamzah yang Ika kenali. Selamanya kan begini tau...”

Zulaika meninggalkan bumi Darul Ridzuan dengan hati yang bercampur baur. Hari ini Zulaika benar-benar kehilangan Amir Hamzah. Terasa sesalnya dia menolak hati Amir Hamzah dahulu. Timbul rasa bencinya kepada kecurangan Razlan. Sekarang dia terpaksa menanggung akibat. Siapa lah yang mampu mengganti tempat yang ditinggalkan Amir Hamzah? Moga kau bahagia Amir Hamzah...

1 comment:

  1. Bet365 casino & sports betting app - JTG Hub
    Bet365 is 남원 출장샵 a popular online sportsbook 상주 출장샵 and casino where players can place wagers 진주 출장샵 at online sports betting, 전주 출장마사지 poker, casino and online sportsbooks. 문경 출장마사지

    ReplyDelete