Wednesday, October 10, 2012

BAB 15 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 15...Kerana Cinta Mu...

Petang itu Yusnizam berkunjung ke rumah Zulaika. Walaupun sedikit terkejut dengan kehadiran kekasih hatinya, namun disambut juga seadanya. Diperkenalkan Yusnizam kepada ibunya. Yusnizam adalah rakan baiknya kini. Zulaika berkira-kira untuk berterus terang. Yusnizam cuba memahami. Gerak mata Zulaika menyatakan ada sesuatu yang belum pasti akan dimengerti oleh orang lain. Zulaika sudah pasti mengenali sikap ibunya.

Puan Rokiah acuh tidak acuh sahaja dengan kehadiran Yusnizam. Belum mengenali siapakah teman baru anaknya ini. Masakan tidak. Zulaika memang jarang membawa teman-temannya datang ke rumah. Apatah lagi jika temannya itu lelaki. Selalunya di hari raya baru lah Zulaika akan mengajak semua temanya bertandang. Jadi tidaklah menghairankan andainya Yusnizam tidak Puan Rokian kenali. Seingat Puan Rokiah hanya beberapa orang sahaja teman anaknya dikalangan lelaki yang pernah datang berkunjung dan dikenalinya. Salah seorangnya ialah Amir Hamzah. Puan Rokiah memang kenal Amir Hamzah malahan sudah tertarik hati dengan sikapnya.

Bagi puan Rokiah, Amir Hamzah telah menarik perhatiannya. Sikap yang bersahaja, bersahaja dengan lawak dan usikan serta ringan tulang memang membuatkan Amir Hamzah cepat serasi dan melekat di hati puan Rokiah. Jika boleh, menantu macam Amir Hamzah lah yang menjadi pilihan puan Rokiah. Bukan puan Rokiah memilih soal menantu tetapi baginya asalkan baik budi bahasa, mampu untuk menjaga pakai dan makan minum anaknya, itu sudah memadai. Apalah yang mahu dipandang rupa paras ataupun harta benda. Semua itu tidak kekal dan bukan penentu bahagia dan derita. Itu puan Rokiah faham.

Tapi mengapa saat ini, walaupun puan Rokiah pernah berkata begitu, dia tetap tidak dapat menerima lelaki yang ada di depan matanya kini. Yusnizam semacam tidak dapat menarik perhatiannya. Namun Zulaika menerima Yusnizam sebagai kekasih hatinya. Baginya Yusnizam seorang lelaki yang istimewa. Seistimewa Amir Hamzah. Dan Yusnizam kini adalah kekasih hatinya yang akan ditumpahkan segenap kasih sayang dan rindu dendam api cintanya. Yusnizam telah mencuri segenap hati dan perasaannya. Cintanya telah dialihkan dari terus mengharapkan Amir Hamzah yang mungkin tidak akan dimilikinya lagi. Zulaika tewas kepada Aleya.

Yus tak da kerja ke hari ni?”

Ada... Tapi mak Yus suruh Yus datang melawat Ika. Kami ada cadangan untuk membantu Ika. Itupun jika Ika mahu memikirkan dan bersetuju.”

Cadangan apa?”

Yusnizam diam seketika sebelum meneruskan kata-katanya.

Kan Ika sedang sakit sekarang. Tapi Ika pun tahu yang Ika ada banyak tempahan yang perlu disiapkan. Raya pun tinggal tak sampai dua minggu lagi. Jadi, mak Yus bercadang jika Ika setuju... Biar kami yang buat semua tempahan Ika tu. Bila siap, Yus akan hantarkan. Sementara Ika masih sakit ni lah. Dah sihat nanti, balik macam biasa. Ika buat sendirilah semua tempahan tu.”

Biar betul? Tak menyusahkan Yus dan mak cik ke? Ika tak mahu susahkan orang.”

Apa yang susahnya?”

Ya lah... Ika sakit... Dah lah susahkan mak Ika. Sekarang nak susahkan Yus dan mak Yus pula. Ika takut nak terhutang budi. Ika bimbang tak terbalas budi tu.”

Tak pa lah Ika... Hari ni hari Ika. Esok lusa mungkin hari Yus pula.”

Kalau hari-hari, hari Ika macam mana?”

Kena lah ubah kalendar. Tambah satu hari lagi. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Ika....”

Ika serius lah. Sempat lagi nak berlawak!”

Biasalah.. Inikan Yus..”

Ye lah tu...”

Zulaika tidak segera memberi keputusan. Baginya cadangan Yusnizam itu memang bagus. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Namun, Zulaika harus memikir dahulu. Tidak mahu dianggap mengambil kesempatan apa lagi mengada-ngada. Sakit yang tidak seberapa tetapi manjanya melampau. Zulaika tidak mahu begitu. Biarlah diri bersusah tidak mengapa asalkan tidak menyusahkan orang.

Mak cik Rokiah juga tidak memberikan jawapan bila Zulaika mengajukan cadangan Yusnizam. Yusnizam pula tidak lah mahu memaksa supaya Zulaika menerima. Itu hanya cadangan untuk membantu seikhlas hati. Lagi pula Zulaika bukan siapa-siapa melainkan kekasih hatinya. Seharusnya dia berkorban demi membantu. Bukannya dia tidak tahu. Memang Yusnizam juga penjahit seperti Zulaika. Malah, Yuznizam lebih bagus lagi hasil jahitannya. Pendek kata jika ditutup sebelah mata pun, Yusnizam masih boleh menjahit. Berkali-kali dia telah dijemput untuk memberikan kursus menjahit di kolej-kolej menjahit dan juga di kilang-kilang pakaian di sekitar pantai timur. Dari Pahang hingga ke Kelantan. Pernah juga ditawarkan kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Hanya Yuznizam yang tidak mahu kerana ingin membantu kedai jahit ibunya.

Dalam kepayahan masih diusaha juga untuk menghadiahkan senyum buat kekasih hatinya. Yusnizam juga biarpun berhati-hati dalam pertuturan tetap juga mampu mencuit hati Ika. Memang kerana keserasian mereka membuatkan mereka terasa begitu selesa dan gembira tiap kali mereka bersama. Seketika kemudian, puan Rokiah masuk semula ke bilik anaknya dan meletakkan minuman di meja. Dituang air ke dalam gelas.

Jemput minum air.... Siapa nama tadi? Lupa mak cik....”

Yuznizam, mak cik. Terima kasih. Kejap lagi saya minum. Buat susah-susah mak cik sahaja.”

Jemput minum Yus.”

Zulaika pula mempelawa Yusnizam minum. Hatinya tersentuh melihat ibunya yang hanya berlalu semula. Tidak mahu berbual dengan Yusnizam. Kenapalah agaknya? Zulaika tidak mahu berprasangka yang tidak baik. Ibunya penat barangkali menjaga nya yang masih belum sihat. Walaupun semakin baik, namun masih belum dapat untuk berjalan. Kaki Zulaika masih bengkak dan sengal-sengal. Yusnizam menatap wajah kekasih hatinya.

Kenapa pandang Ika macam tu?”

Cantik....”

Apa yang cantik? Ika mana ada cantik. Biasa-biasa saja.”

Sapa kata Ika cantik? Bulu kening Ika aja yang cantik....”

Jahat!!!!”

Zulaika ketawa lagi dengan usikan Yusnizam. Hati Yusnizam girang melihat ketawa dan senyum di bibir Zulaika. Kekasihnya ini memang cantik jika tersenyum. Setelah sekian lama senyuman itu menjauh diri, hari ini ia telah kempali ke tempat yang sepatutnya dan Yusnizam berasa amat lega dengan keadaan ini.

Yus... Maafkan Ika ya.”

Aikkk.... Kenapa tetiba minta maaf? Bukan hari raya pun.”

.....pasal ibu Ika... Yus tentu perasan kan sikap ibu Ika.”

Mak cik penat agaknya jaga kekasih Yus... Ada kekasih pun, tak dapat membantu.”

Tak... Ika kenal ibu Ika macam mana. Dia macam tak suka aja...”

Ibu mana yang suka kalau ada lelaki masuk bilik anak dara mereka kan?”

Yusnizam menukar topik perbualan. Memang Yusnizam sedar tentang itu. Namun dia tidak mahu terlalu memikirkannya. Mungkin puan Rokiah tidak suka dia masuk ke bilik Zulaika untuk melawat. Sudahnya Zulaika ada di bilik, tidakkah mesti ke bilik juga? Masakan hanya duduk di ruang tamu dan bercakap kuat-kuat.

Hah.... Yus ada satu lagi cadangan. Baru saja ada keluar lampu idea atas kepala.”

Idea apa pula kali ni? Yus tu banyak idea merapu ntah apa-apa. Diakhirnya nanti Ika yang terkena.”

Apa kata kata Yus saja yang jaga kedai Ika? Yus tinggal di kedai Ika, menjahit di kedai Ika? Sampai Ika betul-betul sihat, Yus berhenti lah.”

Gila ke apa? Kedai Ika tu ada kedai saja. Harap karan saja ada. Tandas, dapur apa lagi bilik tidur mana ada.”

Tak pa lah. Nak buang air, Yus pegi masjid. Nak makan pegi kedai. Nak tidur, tidur saja lah di kedai. Asalkan boleh pejam mata sudah lah.”

Mesti mak cik tak izinkan nanti.”

Kelak Yus balik bincang lah dengan mak Yus. Yang penting, Ika setuju dulu.”

Ika kena tanya mak ayah Ika dulu ok. Nanti Ika bagitau. Tapi menarik juga...”

Apa yang menarik?”

Menarik lah.. Yus keje dengan Ika. Dapat tengok Yus hari-hari... Yus pun dapat usik Ika. Terubat juga rindu kan.”

Hooiiii cik adik Minah Pucuk Paku.... Yus datang nak menolong. Bukan nak bercinta ye... Harap maaf... Permintaan anda ditolak mentah-mentah.”

Yusnizam berbicara sambil membuat mimik muka mengejek. Zulaika kegeraman.

Alaaa... Benci lah Yus ni!! Ya, lah siapa lah Ika ni. Hanya siput sedut di tepi pasu bunga yang pecah di langgar tayar basikal...”

Ha!!! Tahu pun diri tu macam mana...”

Benci......”

Benci konon.. Ke sayang tahap dewa...”

Zulaika menjerit geram. Dia terkena lagi. Yusnizam hanya ketawa kerana berjaya mengusik kekasih hatinya. Zulaika mengomel sendirian. Apa yang disebut hanya dia yang tahu. Perlahan. Hanya gerak bibir sahaja yang kelihatan.

Ok, Yus pulang dulu ya. Jaga diri baik-baik dan makan ubat tau.”

Yusnizam kembali membawa harapan baru. Kali ini dia mahu memberitahu ibunya yang dia mahu membantu Zulaika di Cempaka Adrina Collection. Yusnizam yakin yang ibunya akan bersetuju. Yusnizam terigat kata-kata ibunya yang menyebabkan Yusnizam menyakini bahawa ibunya akan bersetuju.

Mak lega sebab akhirnya Yus bawa pulang juga ke perempuan ke rumah ni. Yang macam Ika tu lah baru dinamakan perempuan. Bukan yang macam sebelum ni yang rambut merah, simpan kuku, baju macam balut buah nangka. Ika ni mak suka. Yus jaga lah hati dia baik-baik. Sekali pandang pun mak dah tahu dia budak baik.”

Itu kata-kata ibunya masa dia berbual dengan ibunya. Memang Yusnizam tahu Zulaika seorang yang sangat baik. Istimewa. Jika tidak, tidak mungkin lah Yusnizam mahu mencuba nasib untuk mendekati Zulaika. Di fikirannya membuat kesimpulan umum. Perempuan sebaik dan seceria Zulaika, ditambah dengan keramahan dan petah bicaranya ini.... Pasti menjadi idaman semua orang. Dan lebih dari itu, sudah pasti hati dan dirinya sudah dimiliki oleh seseorang yang istimewa juga. Yusnizam percaya ini mungkin benar. Tetapi tidak salah untuk mencuba nasib.

Hari ini sekali lagi Yusnizam akan berdepan ibunya. Memohon restu untuk dipenuhi hasrat hatinya. Dilihat ibu sedang tekun menjahit.

Mak... Asyik benar Yus tengok mak menjahit ni. Ubat mak dah makan belum?”

Dah tadi... Ni dari mana?”

Pergi sekolah. Kan hari ni ada Hari Muafakat. Yus pergi lah bagi pihak mak. Yus tengok keputusan peperiksaan Yuslan. Tak da yang ditanda dengan dakwat merah. Markah pun bagus. Tak macam Yus dulu...”

Yus dulu merah sebab selalu tak pergi sekolah. Itu pun sebab salah mak...”

Mana ada salah mak. Itu kan tanggungjawab Yus jaga mak...”

Jaga mak tu tak salah. Tapi yang salahnya, Yus tak pergi sekolah. Yus korbankan masa depan Yus demi mak. Mak rasa bersalah sangat-sangat. Disebabkan penyakit mak ni, Yus tak dapat cakai cita-cita Yus..”

Cerita lama lah mak. Mungkin Yus tak dapat capai cita-cita Yus. Tapi Yus dapat tunaikan tanggungjawab Yus sebagai anak kan... Rezeki, jodoh dan ajal maut tu kan semua Dia yang tentukan. Yus percaya, rezeki Yus dengan menjahit..”

Harap-harap begitulah..”

Puan Nafisah berhenti sebentar. Dia bangun dan bersandar sebentar di kusyen yang ada berdekatan. Yusnizam pula menyambung kerja ibunya. Hajat untuk menyatakan cadangannya di simpan sementara. Ibunya masih kepenatan. Mata melirik ke arah ibunya. Yusnizam tersenyum. Memang sifat ibunya. Sambil duduk pun boleh dicuri-curi pejam mata. Baju yang sedang disiapkan pun hampir selesai. Pantas betul ibunya membuat kerja. Dalam seminggu boleh disiapkan hampir empat pasang baju. Cuma tinggal jahitan sulam di tengkuk dan tangan bagu serta di pasangkan butang.

Ada kamu cakap dengan Ika tentang cadangan kamu tu?”

Tiba-tiba ibu bersuara. Terkejut juga Yusnizam yang sedang asyik. Tidak sedar bila mana tiba-tiba ibunya sudah ada di belakang.Ditepuk-tepuk bahu Yusnizam di picit juga. Terasa lenguh-lenguh berkurangan.

Dah mak... Tapi Ika macam berkira-kira sahaja. Susah dia nak buat keputusan. Ika takut termakan budi orang. Mak dia pun macam tak mahu saja Yus tolong.”

Apa yang nak susahnya? Kerja kita pun bukannya banyak lagi. Esok lusa dah siap.”

Itu Yus tahu mak... Tapi Yus ada terfikir satu lah. Kalau Ika tak setuju cadangan kita ni. Yus pun baru terfikir masa jumpa Ika.”

Apa cadangan kamu tu?”

Yus cadang sementara Ika sakit ni... Biar Yus sahaja yang kerja di kedai Ika. Yus buka kedai dan Yus jahit semua tempahan. Kira Yus kerja dengan Ika lah. Pendapat mak mak macam mana?”

Bagus juga. Tapi tak dikata apa ke nanti? Tiba-tiba Yus kerja sana? Mak tak mahu nanti orang bercerita dibelakang.”

Bukan Yus pergi buat jahat pun. Yus pergi bekerja kan. Pedulilah orang nak kata apa. Asal kita tahu niat kita sudah lah.”

Itu kata kamu. Kata orang kena juga fikirkan. Orang bercinta macam kamu, semua nya sanggup berkorban.”

Pandai-pandai saja mak ni kata Yus bercinta. Bila masa Yus bercinta?”

Kamu tu... Dengan adik kamu, boleh la kamu tipu. Ini mak kamu tau. Kamu ingat mak kamu ni tak pernah jadi orang seusia kamu dulu? Kamu nak tipu mak kamu? Tak payah lah Yus... Semua rahsia kamu mak boleh baca.”

Ya ke mak? Macam tu agak-agak mak, Yus akan berjaya tak dengan Ika?”

Puan Nafisah tidak menjawab. Tapi dicucuk pinggang anaknya tanda mengusik. Ibu berlalu dan meneruskan kerja. Membuat sulaman pada baju-baju kurung yang sudah siap berjahit.

Yus... Tentang cadangan kamu tadi, pada mak.. Tiada halangan lah. Cumanya mak harap Yus buat kerja sungguh-sungguh dan tanggungjawab. Jaga diri kamu. Jangan nak buat hal di tempat orang. Jangan lupa sembahyang dan lagi satu jangan diri kita sombong di tempat orang.”

Terima kasih mak... Yus ingat dan sentiasa pegang pesanan mak tu. Tapi Yus kena juga tunggu keputusan dari Ika. Ika pun kena juga mint izin mak ayah dia. Sebab Yus kan lelaki. Lain lah kalau Yus perempuan. Tak lah mak ayah dia nak risau.”

Sementara di rumah, Zulaika meluahkan cadangan Yusnizam. Zulaika mahu juga mendapat restu dan keizinan daripada kedua orang tuanya.

Yus ni kawan Ika mak, ayah... Dia pernah belajar menjahit di kolej. Sekarang pun dia dah ada kedai sendiri. Sekali dengan mak dia. Memang boleh buat kerja lah. La ni Ika pun tak sihat lagi. Tempahan pula banyak. Itu yang Ika cadang nak minta dia tolong Ika. Kira bekerja dengan Ika lah. Ika ada lah tanya dia. Yus kata itu terpulang pada Ika. Lagi satu dia yang minta Ika minta izin dari mak dan ayah dulu.”

Ayah tak da apa-apa halangan. Tapi, kalau dia kerja dengan Ika, di mana nanti dia nak tinggal? Takkan nak ulang alik Jengka datang datang sini?”

Ika cadang nak buat satu bilik dalam kedai tu. Boleh la dia tinggal situ.”

Ikut Ika lah mana yang Ika rasa baik. Cuma bila dah ambil dia kerja tu, kenalah jaga diri baik-baik. Ayah tak mahu orang cakap benda tak elok di belakang.”

Mak macam mana? Boleh tak Ika ambil Yus kerja dengan Ika?”

Dah ayah kamu setuju, apa mak nak kata? Nak halang pun tak dapat lagi.”

Puan Rokiah menjawab penuh makna. Zulaika terasa hati namun cukup lah ayah sudah memberi lampu hijau. Malam itu Zulaika memberitahu keputusan ibu bapanya kepada Yusnizam. Hati bercampur gembira. Yusnizam sudi membantu dan ibu bapa Zulaika juga mengizinkan.

No comments:

Post a Comment