Tuesday, October 23, 2012

BAB 19 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 19...Kau Jua Seperti Ku


Ika, semalam mak telefon. Minta sampaikan salam dan hajatnya pada Ika..”

Waalaikumsalam.. Hajat apa yang makcik nak bagitau Ika?”

Minggu depan pak su di Johor nak kawin. Jadi mak minta Yus bawa Ika sekali.”

Ooo... Ika mahu pergi kalau itu yang makcik harapkan. Tapi Yus pun tau kan dengan mak Ika. Susah juga... Sejak Ika gaduh dengan mak malam tu, bertambah-tambah bencinya dia pada Ika. Pada Yus apatah lagi. Pantang bertentang mata, mesti ada hinaan yang dia lemparkan. Macam mana ya? Ika pun tak sampai hati nak kecewakan makcik.”

Tak pa lah kalau tak dapat pergi. Nanti Yus bagitau mak lah. Pandai lah Yus bagi alasan untuk mak ok.”

Jangan bagitau dulu. Nanti Ika tanya ayah kalau-kalau ayah izinkan.”

Ok lah macam tu, Yus tunggu ajalah.”

Tapi jangan terlalu berharaplah ya.”
Tak pa lah, Yus tunggu lah. Ada apa-apa bagitau lah nanti.”

Yus.... Ika minta maaf atas sikap mak ya. Ika sendiri malu dan kecewa dengan sikap mak. Apa lagi Yus.”

Dugaan untuk Yus... Sabar ajalah.”

Hari yang dijanjikan pun tiba. Biar dihalang oleh ibunya, Zulaika tetap pergi. Ayah telah memberikan keizinan buatnya. Puan Rokiah menyindir Pak Zakaria kerana memanjakan anak. Sebab itulah anak semakin kurang ajar katanya. Ditambah pula dapat kekasih yang sekolah tidak tinggi. Bertambahlah kurang ajarnya. Zulaika rasa terpukul dengan hinaan melampau ibunya. Tetapi disabarkan hati.

Kereta meluncur laju. Yusnizam memandu kereta proton saga Iswara yang disewanya. Dia membawa adiknya Yuslan dan tiga lagi saudara dekat. Zulaika berada sekali dengan makcik Nafisah dalam kereta yang dipandu Pak Ngah Bakri, adik kepada makcik Nafisah. Itu permintaan ibu Yusnizam. Dia mahu bersama Zulaika. Dia mahu mengenali lebih dekat pilihan hati anaknya ini. Sepanjang perjalanan bermacam lah cerita dikongsi. Diselangi ketawa dan usik mengusik.

Suasana begitu meriah dan penuh kemesraan. Selesai majlis malam itu, semua sanak saudara berkumpul. Inilah masa terbaik untuk saling mengenali lebih rapat setelah lama tidak berjumpa. Ada yang sudah bertambah anak, ada yang sudah ada menantu malah ada juga yang sudah bergelar datuk dan nenek. Zulaika sendiri tidak terasa terasing. Bagaikan bertahun lamanya kenal. Malah terasa bagai berada dalam kelompok saudara sendiri.

Bagus menantu kamu ni Sah. Pandai ambil hati orang tua. Mulut becok dia tu yang mahal. Gamat suasana majlis kita ni.”

Itu bukan menantu aku. Belum lagi jadi menantu. Bakal menantu. Tapi aku dah anggap macam anak aku sendiri.”

Bagus lah macam tu. Tapi benda baik elok dicepat-cepatkan tak gitu?’”

Nak cepat pun kena juga ada fulus. Kena juga ikut adat. Dia ada mak bapa, kena la kita ikut adat. Bukan boleh main langgar saja.”

Zulaika rasa sedih. Mengapa dia berasa begitu diterima di dalam keluarga Yusnizam tetapi Yusnizam bagaikan banduan yang melakukan dosa yang amat besar hingga tidak layak untuk disebut nama pun di depan ibunya?. Betapa mulianya Zulaika di mata keluarga Yusnizam. Dilayan seperti anak sendiri. Tetapi betapa hinanya dan buruknya Yusnizam dimata emak. Maafkan aku Yusnizam. Alangkah indahnya andai Yusnizam juga menerima layanan seperti mana aku terima di sini.

Malam itu, Yusnizam menyampai sebuah lagu. Zulaika menangis tanpa sedar. Lirik lagu yang disampaikan Yusnizam amat menyentuh hati. Seolah-olah dia meluahkan segara derita dan rasa kecewanya pada nasib diri. Lagu Meniti Suratan nyanyian Hattan tetapi Yusuf telah ubahkan liriknya itu memang membuatkan hati Zulaika menangis. Tangisan itu dikongsi bersama matanya lalu tertumpah lagi bergenang di pipi. Maafkan aku Yusnizam. Maafkan aku atas kehinaan yang yang kau terima disebalik pengorbanan mulia tulus ikhlas darimu. Mengapa ibuku tidak mengerti tentang kejujuranmu? Mengapa harta dan rupa yang dijadikan ukuran kebahgiaan?

Keesokkan pagi, berangkatlah pulang rombongan mereka. Zulaika sudah berkira-kira apalah yang akan dicakap pada ibunya nanti. Semestinya enak hamburan yang akan termuntah dari mulut ibunya. Tapi Zulaika harus sedia berhadapan dan mesti menerima walau sepahit mana. Berdiam jika mampu untuk berdiam dan membalas jika perlu membalas. Membidas bukanlah erti mahu bersikap kurang ajar. Tetapi harus mempertahankan apa yang sepatutnya di pertahankan. Memang itu juga sikap yang selalu ditekannya oleh ibunya dahulu. Ibu sudah lupa kerana melihat harta dan rupa lebih penting dari hati budi. Sudahnya Yusnizam menjadi kebencian yang bukan kepalang.

Baru ingat nak balik. Ingat dah berseronok dengan mertua, lupa jalan nak balik?”

Tak baik mak cakap macam tu. Ika pergi sekadar memenuhi hajat orang. Bukan Ika pergi buat jahat. Kenapa lah mak tak boleh nak bersangka baik. Akhir-akhir ni mak selalu fikir Ika buat benda yang tak baik.”

Kamu yang paksa aku berfikir macam tu.”

Kenapa pula macam tu? Tidak pula Ika berbuat salah dengan mak. Kalau ada pun mungkin malam hari tu Ika meninggi suara. Pasal malam tu, Ika minta ampun pada mak. Ika mengaku yang Ika hilang sabar malam tu.”

Tak payah nak minta maaf. Kamu tu anak baik. Hormat orang tua, berbudi bahasa tinggi. Mana nak ada buat salah.”

Puan Rokiah berlalu. Kebenciannya terhadap anak keempatnya kini makin meluap. Entah mengapa puan Rokiah begitu. Terasa meluat benar dia sejak dia mendengar dari mulut makcik Hamilah yang anaknya bercinta dengan Yusnizam, pekerja sendiri yang diambil membantu di Cempaka Adrina Collection. Tambah sakit hatinya bagai disiat bila malam itu, anaknya sendiri membuat keputusan untuk bercinta dengan lelaki yang baginya tiada masa depan.

Baginya Zulaika menolak tuah bila mana menolak lamaran yang dibuat oleh ibu Amir Hamzah. Baginya Amir Hamzah ada semuanya. Rupa ada, kerjaya sebagai guru juga menjamin keselesaan hidup. Apatah lagi dia sudah kenal dengan sikap Amir Hamzah. Bersungguh-sungguh dia memujuk agar Zulaika menerima. Tetapi Zulaika menolak mentah-mentah kerana beralasan belum bersedia. Sudahnya Amir Hamzah pergi membawa diri. Zulaika memang degil sedari kecil baginya. Ada sahaja yang dibuat Zulaika yang tidak berkenan dihati.

Sekarang Zulaika mahu bercinta dan berlakikan pekerja sendiri? Seorang tukang jahit kecil-kecilan yang belum tentu menjamin hidup selesa. Puan Rokiah minta di simpang malaikat empat puluh empat untuk bermenantukan Yusnizam. Belum tentu dia dapat menumpang sedikit tuah pun. Entahkan nanti, dia yang menjadi tempat dia tagih bantuan. Yusnizam tidak layak menjadi menantunya. Yusnizam hanya kuli dan selamanya Yusnizam akan menjadi kuli kepada anaknya. Tidak akan ada sedetik masa pun, kuli akan menjadi suami kepada Zulaika. Bererti menantu kepadanya. Puan Rokiah tidak sanggup diperkata jiran bermenantu pekerja sendiri.

Zulaika sedih dengan pendirian emaknya. Megapa sukar benar ibu mahu menerima keputusannya untuk bersama Yusnizam. Memang Yusnizam kurang berharta, rupa dan pelajaran. Tetapi Yusnizam kaya dengan budi bahasa, kejujuran dan keikhlasan untuk bersamanya. Memang hampir sama dengan Amir Hamzah. Tetapi jauh lebih baik dari Razlan. Cumanya Amir Hamzah sudah menjadi milik orang. Mengapa ibu tidak dapat menerima hakikat ini? Mengapa harus dibeza-beza darjat dan pangkat? Salahkah Zulaika memilih Yusnizam yang tidak berharta dan tidak berupa sehebat Norman Hakim mahupun hero-hero filem melayu lagi. Apa lagi sekacak Brad Pitt. Yusnizam pilihan hati Zulaika kini. Bukan kerana harta, bukan kerana rupa paras. Tetapi kerana pengorbanan dan keikhlasan Yusnizam kepadanya selama ini. Sudah cukup untuk membuktikan Yusnizam mampu membahagiakannya.

Namun, pada ibunya cukup berlainan. Pada ibu, Yusnizam memang tidak langsung memenuhi kehendak hatinya. Sedang pada Zulaika, Yusnizam sangat istimewa. Zulaika juga pelik dengan sikap ibunya. Di saat orang lain boleh nampak keistimewaan Yusnizam dalam pelbagai aspek, tetapi tidak kepada ibunya. Kenapa? Adakah ini suratannya? Atau ibunya sudah taksub kepada kesenangan sebagai syarat kebahagiaan? Pernah satu ketika semasa Zulaika bertungkus lumus di kedai bersama-sama Yusnizam, datang Hajah Rohana.

Ini baju yang Hajah pesan hari tu. Sudah siap. Ika ingat nak pergi hantar petang nanti. Tapi alang-alang Hajah lah singgah, Ika beri terus lah.”

Tak payah susah-susah Ika, kamu pun banya kerja lagi kan. Makin maju kedai kamu ni Hajah tengok. Bagus lah. Hasil jahitan pun kemas. Tak sia-sia ambil dia ni sebagai pekerja kamu. Silap hari bulan, jika dibuat suami pun, bahagia rumah tangga kamu Ika.”

Kenapa Hajah cakap macam tu?”

Keperibadian dia dah ditunjuk pada hasil kerja dia. Hajah yakin tentang tu.”

Kalau lah mak pun berfikir macam tu kan senang. Tapi mak tak fikir macam tu.”

Itu yang Zulaika berasa sangsi mengapa ibunya cukup tidak menyukai Yuznizam. Ramai yang memuji akan kebaikan, kerajinan dan kesabaran Yusnizam. Tetapi sebelah mata pun tidak dipandang ibu. Ada sahaja cacat celanya Yusnizam pada pandangan mata. Buntu Zulaika memikirkan hal ini.

Di Cempaka Adrina Collection, Yusnizam tetap gigih menjahit dan menyiapkan kerja dengan tekun dan ikhlas. Walaupun hatinya kecewa kerana sikap ibu Zulaika. Tetapi dia di ajar untuk bertanggungjawab terhadap amanah orang.

Yus... Apa harus kita buat ya? Mak Ika semakin hari makin membenci. Bukan saja pada Yus, jug apa pada Ika. Macam-macam dicakap. Anak tak kenang budi, kurang ajar dan macam-macam. Sedih Ika. Sedangkan kita tak berbuat salah pun. Kita tak ganggu orang lain. Kita tak buat hal mengaibkan pun.”

Sabarlah Ika... Kalau Yus boleh sabar, Ika juga mesti sama tau.”

Sabar memang lah sabar. Tapi sampai bila mampu bersabar Yus.”

Sampai makcik puas hati.”

Bila mak Ika tu nak puas hati? Sampai kita terpisah? Bawa haluan sendiri? Yus pun tahukan betapa Ika ikhlas mencintai Yus. Ika serah segala kasih sayang, hati dan kejujuran Ika pada cinta kita. Ika tak tahu apa lagi nak buat untuk puaskan hati mak? Susah betul dia nak menerima pilihan hati Ika.”

Yus pun sama Ika. Yus sanggup berkorban apa saja demi cinta Yus pada Ika. Tapi Yus tidak dapat nak mengubah hati makcik agar menyukai dan menerima Yus.”

Malam itu berlaku lagi pertengkaran antara Zulaika dan puan Rokiah. Kemarahan puan Rokiah makin memuncak bila Zulaika tetap juga mempertahan Yusnizam.

Aku fikir kau ni dah diguna-gunakan kuli kau tu!!! Kau sakit dulu pun sebab dia. Supaya dia dapat tunjuk dia tu baik dan kau pun terhutang budi.”

Mak..... Ika minta tolong sangat-sangat pada mak... Tolong lah bersangka baik pada orang yang ikhlas membantu Ika. Tak kan tergamak Yus buat macam tu pada Ika?”

Aku lebih dulu makan garam. Aku tahu lah.”

Tak semestinya apa yang mak tahu tu betul. Kalau salah macam mana?”

Hati manusia siapa tahu Ika? Dengar sini apa aku nak cakap!! Kau buat lah apa saja pun untuk tunjukkan kuli kamu tu baik, bagus... Tapi nak kata aku nak terima dia sebagai menantu, minta maaf. Kau tunggu aku pejam mata dulu baru la kau dapat peluang nak berlaki dengan dia.”

Ya Allah....”

Lagi satu... Kalau kau terfikir nak bomohkan aku pula supaya suka pada kuli kau tu. Ingat... Sampai aku mati aku takkan redha susu yang kau hisap dari badan aku ni! Aku tak redha... Sampai mati aku tak redha!!!”

Mak.... Ika tak pernah terfikir nak buat sampai ke tahap tu. Ika cuma minta mak restuilah pilihan hati Ika. Ika pilih untuk masa depan Ika sendiri mak...”

No comments:

Post a Comment