Sunday, October 21, 2012

BAB 16 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIK KU


BAB 16...Keikhlasan Mu Tidak Disenangi Ibu


Hari ini Yusnizam akan memulakan kerjaya dan kehidupan barunya. Awal pagi lagi dia sudah berada di Cempaka Adrina Collection. Pak Zakaria datang ke kedai untuk memberikan anak kunci kedai.

Terima kasih pak cik. InsyaAllah saya akan jaga kedai ni dan urus kedai ni setakat yang saya mampu.”

Sama-sama. Ya lah, kamu buat lah kerja kamu. Pak cik ni tak tau apa-apa tentang jahit menjahit ni. Pakai baju boleh lah. Kalau ada apa-apa masalah bagitahu. Kalau nak solat, mandi atau nak buang air datang sajalah ke rumah.”

Tak pa lah pakcik. Saya solat, mandi dan buang air di masjid saja lah nanti. Lagipun dekat saja. Jalan kaki pun tak sampai lima minit.”

Selesai sahaja menyimpan pakaian dan barangan peribadi di satu sudut kedai, terus Yusnizam memulakan kerjanya. Buku catatan menjahit dibuka satu persatu. Tapi dia tersenyum bila disalah satu helaian tercatat “AKU CINTA PADA MU YUS TAUGEH”.

Yusnizam tersenyum bangga. Hatinya bermonolong sendiri memikirkan cinta membara di hati Zulaika.

Zulaika oh Zulaika... Kau mencoret cinta ku di mana-mana. Ingin sekali aku menjerit pada dunia memberitahu yang aku juga teramat mencintaimu. Kerana cintamu aku ke sini. Kerana cinta mu aku sanggup korbankan segalanya. Kerana cintamu, akan aku buktikan ketulusan dan keikhlasan hati ku.”

Sesekali beberapa orang yang lalu di hadapan Cempa Adrina Collection melirikkan pandangan ke arah kedai jahit milik Zulaika. Masing-maisng tertanya siapakah yang sedang menjahit. Mereka tahu yang Zulaika masih belum sihat dan masih di rumah. Makcik Hamilah yang bersebelahan juga belum berkenalan siapa yang bekerja di kedai sebelahnya. Dia masih sibuk dengan kedai runcitnya. Bila pelanggannya cuba merisik-risik dijawabnya tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah pekerja baru itu.

Petang itu, keadaan sedikit lengang, mak cik Hamilah mengambil kesempatan bagi mengetahui siapakah lelaki yang berada di kedai jirannya itu.

Saya Yusnizam mak cik. Pekerja Zulaika. Baru mula kerja hari ni.”

Ooo.. Makcik ni Hamilah. Tuan kedai sebelah ni saja. Saja lah nak kenal.”

Maaf lah makcik. Saya ni leka menjahit, sampai tak keluar kedai.”

Tak pa lah. Dari mana? Anak siapa? Tak pernah nampak pun.”

Saya dari Jengka 23 mak cik. Anak Nafisah. Orang panggil Fisah Baju.. Kot mak cik pernah dengar nama mak saya. Penah juga orang dari sini yang buat baju dengan mak saya.”

Mak cik tak kenal... Mak cik jarang buat baju. Ni macam mana boleh kerja dengan Zulaika? Berapa upah dia bayar sehari?”

Zulaika ni kawan saya mak cik. Saya sekadar bantu sementara dia sakit ni. Kesian saya tengok. Tempahan banyak tapi tak dapat nak dibuat. Upah tu terpulang pada dia sebagai boss saya. Berapa dia beri, saya terima makcik. Itu lah rezeki saya.”

Berlagak macam polis makcik Hamilah petang itu. Tetapi Yusnizam cuba menjawab seikhlasnya. Tidak mahu dia berkasar walaupun makcik Hamilah seolah-olah mahu mengorek rahsia. Tiada apa yang mahu dirahsiakan. Yusnizam bekerja di kedai ini dan itulah hakikatnya. Jika ditanya oleh sesiapa nanti, itu lah juga jawapan yang akan dia berikan. Yusnizam bekerja untuk Zulaika dan Zulaika itu majikannya dan Zulaika juga sahabatnya. Hanya di dalam hati, Zulaika berkata juga kekasih hatinya.

Menghampiri lima belas minit ke pukul sebelas malam, Yusnizam masih lagi leka menjahit. Pintu kedai memang telah ditutup sekitar jam lapan malam tadi. Mak cik Hamilah juga sedang berkemas-kemas untuk ditutup kedainya. Yusnizam keluar dan menuju ke kedai makcik Hamilah.

Makan maggi saja kamu?”

Tak pa lah makcik. Asalkan makan. Lagipun tiada dapur di kedai ni. Siang makan lah di kedai. Malam makan maggi pun dah cukup.”

Setelah membayar harga sepaket maggi dan lima biji telur ayam saiz sederhana, Yusnizam berlalu. Tidak mahu dia berlama lagi di kedai makcik Hamilah. Nanti lagi banyak yang disoal. Lagi pula, banyak lagi kerja lain yang boleh Yusnizam buat.

Akum... Mcm na keje hari ni? Maaf sbb Ika x dpt dtg tgk n tlg Yus ya. Ika masih x sihat. Nanti dah ok sikit Ika dtg dan kita keje sama-sama k. Rindulah kat Yus. Rindu Ika x?

Ksalam... Keje OK n xpa... Bagi sihat dulu bru dtg k. Rindu? Mestilah...:-)

Dalam kesibukan, solat tetap tidak diabaikan. Selesai menunaikan solat fardu Isyak, Yusnizam menyambung lagi kerja-kerjanya sehingga hampir jam satu pagi. Bila mata mula terasa semakin berat, barulah dia berhenti dan berbaring. Akhirnya Yusnizam hanyut diulit mimpi. Keletihan memang terasa hingga ke tulang. Sebelum ini, kerjanya banyak dibantu oleh ibunya. Tetapi di sini, dia bersendirian melakukan kerja dari mula hingga ke akhir. Tetapi demi cinta....
Kepenatan bekerja seharian membuatkan Yusnizam sedikit terbabas lenanya. Nasib baik sempat lagi untuk dia menunaikan solat subuh. Air yang telah diambil dari surau berdekatan dijadikan air basuhan wuduk. Dihampar sejadah hadiah pemberian dari arwah ayahnya semasa hari lahir ke sepuluhnya dahulu. Sudah lusuh tapi masih lagi boleh digunakan. Bagi Yusnizam, bukan baru buruk yang dinilai Allah. Tetapi paling pokok, adalah kekhusyukan dan keikhlasan dalam melaksanakan amal ibadat.

Selesai salam terakhir, diteruskan dengan zikir serba ringkas dan ditadahkan jemari yang sepuluh memohon belas ihsan dan keampunan dariNya yang Maha Pencipta, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. DariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Dilipat sejadah baik-baik dan disangkut pada tali yang tersedia di dinding kedai.

Yusnizam meneruskan tugasannya dengan tekun. Demi untuk membantu kekasih hatinya, biarlah dia bersusah payah, bersengkang mata mahupun berpenat lelah. Selagi Zulaika masih sakit, biarlah dia mengorbankan masa dan tenanganya.

Assalammualaikum...”

Waalaikum salam.... Ika... Ni dah sihat ke yang datang kedai ni? Duduk saja lah di rumah. Takut Yus buat apa-apa kat kedai Ika ke?”

Tak lah... Saja datang tengok. Ika tumpang basikal adik Ika. Boring lama sangat Ika terbaring saja. Ni dah kuat sikit, ajak adik ambil angin di luar sikit.”

Mana adik?”

Pergi kedai. Cari apa lagi kalau tak gula-gula. Budak-budak Yus, apa lagi yang nak dicari. Takkan nak beli taugeh?”

Sempat....”

Biasa... Tengok kaki lah...”

Mana? Yus nak tengok kaki. Kot ada panau ke, kurap ke, kudis ke....”

Zulaika ketawa. Yusnizam memang suka mengusik. Zulaika masuk ke dalam kedai.

Kemasnya kedai Ika ni.”

Tengok lah siapa yang jaga...”

Ye lah.. Terima kasih banyak-banyak Yus. Tak tahu macam mana Ika nak balas budi baik Yus. Budi baik makcik juga sebab izinkan Yus tolong Ika.”

Senang aja... Jadi isteri Yus...”

Amboi... Macam senang aja nak beristeri ya. Dah cukup duit ke?”

Berapa hantaran? RM500 cukup tak?”

Hello... Tolong sikit erkk.. Ingat Ika ni anak kambing ke? Kalau nak kira, berat Ika 47 kg, tiggi lima kaki tiga inci, comel, putih, baik budi, ringan tulang, pandai masak, setia dan pandai ambil hati... Kira RM10000 sudah lah tapi tolak dengan mulut becok dan kurang ilmu, kurang amal di sana sini.... RM9999.99. Ada tak banyak tu?”

Mak aii... Mahalnya. Macam tu kena tunggu time Mega Sale lah kot dapat potongan harga 50%. Ni kurang satu sen saja dari harga sebenar.”

Barang baik mana ada potongan besar-besar. Tu kira murah lah. Kalau di Kuala Lumpur, mau belas-belas ribu harganya.”

Nanti lah, Yus bincang dengan mak kot dapat dijual perca-perca kain. Dapat juga kumpul sikit-sikit., Lama-lama cukup lah RM9999.99 tu.”

Macam tu sampai bongkok la Ika kena tunggu...”

Nak buat macam mana? Ika bongkok? Yus pun entah-entah dah nyanyok, rabun dan tunggu masa saja..”

Terhibur hati Zulaika petang itu. Lama benar rasanya dia tidak berasa sebegitu ceria dan gembira. Bila adiknya, Zulina datang, Zulaika memohon keizinan untuk pulang. Tidak lah dia mahu ibunya marah atau berkata sesuatu yang tidak sedap didengar.

Ika pulang dulu, apa-apa hal sms aja lah. Assalammulaikum..”

Waalaikumsalam... Hati-hati tau. Ika tu belum betul-betul sihat. Adik hati-hati kayuh basikal. Takut jatuh, rosak pucuk paku..”

Yusnizam tertawa melihat Zulaika mengetap bibir tanda geram dengan usikan yang tidak berpenghujung. Dijelir lidah tanda balasan atas usikan. Hatinya terhibur. Tiada langsung rasa marah di hati kerana faham benar sikap Yusnizam. Memang sama seperti Amir Hamzah. Nama yang agak lama tenggelam dalam ingatannya. Tidak dilupakan tetapi keaadaan kesihatannya membuatkan Zulaika terleka.

Sampai di rumah, Zulaika terus ke dapur. Membasuh kaki dan bersiap-siap untuk membantu puan Rokiah di dapur. Walaupun tidak sihat sepenuhnya, digagahkan juga membantu. Dari duduk sahaja tidak berbuat apa-apa lagilah berasa rimas.

Dah sihat benar ke kamu ni? Duduk sajalah kalau tak kuat lagi. Mak boleh buat kerja-kerja di dapur ni.”

Dah ok sikit mak. Tak pa lah. Ika tolong yang ringan-ringan saja.”

Mana tak sihatnya, pergi jumpa buah hati yang entah siapa-siapa...”

Tajam sindiran puan Rokiah. Zulaika tersentak tetapi dipaksa diri supaya bersabar. Ingin sahaja Zulaika bertanya mengapa ibunya semacam tidak menyukai Yusnizam. Supaya Zulaika tahu musababnya. Tidaklah menjadi tanda tanya. Namun, Zulaika pendam dalam hati. Entah sampai bila Zulaika sendiri tidak tahu. Dibuat juga kerja membantu ibunya. Bawang merah yang dipotong menyebabkan mata Zulaika berair dan seakan menangis. Memang Zulaika menangis saat itu. Hati Zulaika terguris. Kalau lah saat itu, Yusnizam terdengar kata-kata ibunya, pasti Yusnizam juga akan menangis sepertinya barangkali.

Seperti biasa Yusnizam terus leka menjahit. Zulaika melihat dan membantu menjahit butang dan menyulam. Puan Rokiah yang kebetulan baru pulang dari mejlis kenduri kahwin di Blok 3, singgah sebentar menghilang penat. Kebetulan, beberapa orang kawan puan Rokiah singgah. Zulaika kenal mereka semua. Dihadiahkan senyuman.

Kamu dah sihat Ika?”

Dah mak cik. Boleh lah nak buat kerja ringan-ringan.”

Kiah, tu siapa? Menantu kamu ke? Rajin dia tolong Ika. Senang lah kerja kamu Kiah dapat menantu rajin macam ni.”

Tak adanya menantu aku. Pekerja si Ika ni haa... Dah sakit, tempahan banyak. Nak tak nak, terpaksa ambil pekerja. Kalau sihat, tak ada lah aku nak bagi Ika ambil orang kerja...”

Bagus juga ada orang membantu. Kerja pun cepat habis. Aku tengok hasil kerja dia pun bagus. Kemas saja jahitan. Tak macam yang di kedai Munah. Ada saja salah jahit. Sulaman pun, basuh empat lima kali dan tercabut-cabut benang.”

Bagus memang bagus ada yang membantu. Tapi kalau boleh buat sendiri, buat apa nak upah orang.”

Puan Rokiah tetap bertegas di depan rakan-rakannya. Di depan Yusnizam yang buat-buat tidak kisah. Zulaika dirundung rasa kecewa dan kasihan kepada Yusnizam saat itu. Mengapa keikhlasan Yusnizam membantu tidak dihargai ibunya?

Tak pa lah Kiah, kami jalan dulu. Sekarang dia bantu, kelak nanti jadi menantu.”

Lambat lagi lah cik Tam oii nak dapat menantu. Calon pun belum ada.”

Calon pun belum ada... Zulaika kecewa. Tiada langsung pengharapan yang diberi oleh ibunya terhadap Yusnizam. Tidakkah ibu tertarik hati melihat kesuggguhan dan keikhlasan Yusnizam. Ya Allah ya Tuhanku, kau tabahkan lah hati kekasihku saat ini Ya Rabbal Alamin...

Puan Rokiah juga berlalu. Hatinya terasa membara kerana rakan-rakannya telahpun mempersendakannya. Bermenantukan Yusnizam? Pekerja anaknya sendiri? Bagai tidak percaya. Jarang benar pekerja yang berkahwin dengan majikannya. Andainya majikan itu lelaki, tidak lah menjadi persoalan sangat. Tetapi anaknya perempuan dan pekerjanya lelaki. Anaknya di atas, Yusnizam di bawah. Tidak setaraf!!

Maaf kan Ika atas sikap ibu tadi ya.”

Yusnizam tersenyum. Biarpun raut wajahnya redup dan sugul, tetapi digagahkan juga untuk tersenyum buat kekasih hatinya.

Tak pa lah. Yus ok Ika. Sabar sajalah. Lagipun, makcik pun belum tahu tentang kita kan. InsyaAllah, Yus yakin, satu masa nanti, makcik akan faham dan dapat terima. Buat masa la mau tak mau, Yus dan Ika kena juga terima keadaan. Dugaan dalam percintaan namanya Ika...”

Ika kenal mak Ika tu. Susah dia nak terima kalau sesuatu itu tak memenuhi apa yang dia fikirkan.”

Kita berserah saja pada Dia. Jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal semuanya Dia yang ditentu kan. Kita sebagai hamba kena terima dengan redha tau.”

Itu Ika faham, tapi Ika sedih lah. Ika kesian kan Yus. Bersusah payah membantu Ika tetapi mak macam tak menghargai langsung. Patutnya mak berterima kasih dan...”

Bicara Zulaika terhenti bila Yusnizam meletakkan jarinya di mulut tanda dia meminta Zulaika berhenti meneruskan kata-katanya. Zulaika akur. Yusnizam memang tidak gemar jika anak yang meluahkan kekesalan kepada ibubapa sendiri.

Tak baik kita bersikap begitu Ika. Ingat balik, selama sembilan bulan makcik telah berkorban untuk Ika, kemudian, bertarung nyawa untuk melahirkan Ika. Hingga kini dah mencecah 21 tahun makcik dan pakcik berkorban segalanya untuk Ika. Jangan sebab makcik macam tak suka Yus, Ika nak memburukkkan ibu sendiri. Kita sabar..”

Zulaika menangis lagi. Betapa tulus dan sabarnya Yusnizam. Tidak tahu apa lagi yang boleh Zulaika perkatakan tentang Yusnizam selain daripada mengakui bahawa Yusnizam manusia istimewa. Keistimewaannya sama seperti Amir Hamzah. Namun, semakin mengatasi apa yang Amir Hamzah pernah tunjukkan. Pada Zulaika, Amir Hamzah memang turut sama membuat jasa kepadanya. Banyak yang telah dikorban dan disumbangkan olehnya. Tetapi apa yang dikorbankan dan disumbangkan oleh Yusnizam kini jauh lebih besar. Zulaika menghargai apa sahaja yang Amir Hamzah dan Yusnizam korbankan. Zulaika rasa bertuah kerana punyai dua insan yang telah, sedang pasti akan terus mengorbankan apa sahaja deminya.

Salahkah kiranya aku memilih lelaki yang tak punya harta tetapi kaya dengan kemuliaan budi? Hinakah aku memilih dia yang di bawah ku dari mereka yang di atas tetapi tidak tahu menghargai?Derhakakah aku mengikut naluri hati dari tunduk kepada ketaatan kepada kehendak orang lain? Berdosakah aku untuk membina masa depanku dengan mengikut ketentuan takdirku? Kerana aku percaya... Jika aku tabah, pasrah dan bersungguh... Akhirnya ... Bahagia Milikku!”

No comments:

Post a Comment