Wednesday, October 10, 2012

BAB 12 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 12...Aku Berada di Syurga Cinta Mu

Yusnizam menghantar Zulaika pulang ke Cempaka Adrina Collection. Tidak berani lagi untuk dia menghantar terus ke hadapan pintu rumah Zulaika. Lagi pula Zulaika mahu meneruskan kerja-kerja menjahitnya sehingga jam sebelas malam. Begitulah rutin Zulaika. Mak dan ayah Zulaika pun sudah faham benar.

Ika... Terima kasih kerana memberikan peluang buat Yus ya.”

Sama-sama. Yus layak untuk itu. Ika pun nak ucap terima kasih sebab meluahkan rasa hati Yus. Macam tak percaya tapi itu dah jadi realiti. Cuma satu Ika minta.”

Apa yang Ika nak? Belum apa-apa dah ada permintaan ini. Rantai emas Yus tak ada. Kedai dah tutup. Rantai motosikal ada. Tapi Yus tak boleh beri malam ni. Kelak Yus kena tolak motosikal balik. Jauh lah. Penat....”

Yusnizam terus dengan lawak spontannya. Zulaika ketawa lagi.

Bukan lah... Ika minta Yus tak sia-siakan Ika. Itu sahaja. Jujur dengan Ika.”

Yusnizam menunjuk isyarat tangan tanda ‘peace’. Seakan mengatakan ya kepada permintaan Ika. Memang dia jujur dan takkan sia-siakan Ika.

Hati-hati bawa motor malam-malam ni. Jangan hati tu gembira sampai melayang kepala entah ke mana. Sedar-sedar ada kat wad.”

InsyaAllah. Selamat malam Ika. Assalammualaikum...”

Waalaikumsalam.”

Zulaika mengingatkan Yusnizam. Zulaika tidak mahu Yusnizam senasib macam Amir Hamzah. Terbabas di jalan raya. Amir Hamzah terbabas kerana kecewa dan Yusnizam terbabas kerana bahagia. Tetapi kedua-duanya kerana dia. Zulaika tidak mahu begitu.

Hati Zulaika berbunga malam itu. Tidak disangka malam itu di Stadium Darul Makmur yang boleh memuatkan 35000 orang semasa perlawanan bola sepak telah menjadi saksi buat dirinya. Tetapi malam itu hampir seratus ribu orang barangkali yang menyaksikan Konsert Gempak Jom Heboh yang menjadi saksi kepadanya.

Terjalin satu lagi ikatan cinta buat diri Zulaika. Kali ini Yusnizam hadir menggantikan tempat Razlan yang tidak tahu menghargai. Yusnizam hadir mengisi ruang hati yang sepatutnya menjadi milik Amir Hamzah jika tidak kerana kebodohan Zulaika dahulu. Mungkin antara Zulaika dan Amir Hamzah hanyalah ditakdirkan sebagai teman baik bukannya sebagai kekasih hati. Dengan Razlan juga jodohnya ada tetapi hanya sekejap cuma. Dengan Yusnizam di harapkan akan berkekalan ke mercu bahagia.

Mungkin salah satu faktor mengapa Zulaika serasi dengan Yusnizam kerana mereka juga sering bercakap mengenai dunia menjahit. Yusnizam penjahit sepertinya. Yang beza cuma Yusnizam boleh menjadi pakaian lelaki dan perempuan tetapi Zulaika belum yakin untuk membuat pakaian lelaki. Yusnizam terlebih dahulu berkecimpung di dalam dunia menjahit. Malah dikatakan emaknya juga mengambil upah menjahit.

Zulaika juga menurut kata hatinya kali ini. Keserasian dan kemesraan ini harus diberi kan nama agar ianya kekal bahgia. Dan tiada nama yang paling sesuai selain CINTA dan itulah yang dilakukan oleh Zulaika. Keputusan ini memberikan kepuasan yang cukup bermakna buat Zulaika. Terasa dunianya bagaikan pelangi saat ini.

Zulaika bermonolog lagi. Sambil menitipkan kata-kata ke dalam diari birunya.

....hari ini aku berasa begitu gemira. Aku bagaikan di awang-awangan pabila kau menyatakan rasa cinta kepada ku. Tanpa langsung aku mempersoalkan, aku telah menerima luahan hatimu itu kerana selayaknya insan sebaik mu meraih erti bahagia. Aku juga mahu bahagia seperti kamu. Aku meyakini kau mampu membahagiakan diriku. Lagakmu, sikapmu dan perwatakanmmu persis abangku, Amir Hamzah yang istimewa. Aku mengharapkan kau akan menghargai diriku seadanya.... Tidak ku pinta kau hiasi aku dengan emas permata. Cukup sekadar kau menghargai kehadiranku di sisimu...

...Abangku Amir Hamzah, adikmu kini merasai nikmat bahagia. Adikmu ini berdoa agar kebahgiaan ini akan berkekalan dan tidak lagi bersulam air mata kecewa. Adikmu mengerti peritnya dikecewakan. Pasti abang lebih mengerti dan sudah lali dengan kekecewaan. Moga kita sama-sama bahagia. Abang dengan Kak Aleya dan Ika dengan Yusnizam.... Moga Allah merestui ikatan jiwa ini...

...Ya Allah Ya Tuhanku. Kau peliharalah kebahgiaan ini agar ianya kan berkekalan hingga ke akhir hayat. KepadaMu ke serahkan segala ketentuannya. Amin...”

Sedang asyik melayan perasaan sendiri, telefon berbunyi. Segera dijawab kerana Zulaika tahu Yusnizam yang menghubungi.

Yus dah sampai rumah. Ika dah tidur? Semalam Malam Ika. Yus penat sangat. Tadi hujan sekejap. Esok kita bual-bual lagi ok. Terima kasih sebab menyambut luahan hati Yus tau. Gembira sangat-sangat.”

Ika pun sama juga. Yang penting kita sama-sama jaga agar sentiasa kukuh. Yus mandi dulu sebelum tidur tu. Nanti deman pula. Ika nak siapkan kerja sikit lagi.”

Dalam kepenatan masih lagi sempat Yusnizam menghubungi Zulaika memberitahu yang dia selamat sampai ke rumahnya. Iyalah, pastinya Zulaika bimbangkan dia. Mahu pula sudah lewat malam. Kalau siang tidak menjadi masalah sangat. Andai kata tayar bocor, masih boleh ditolak motor hingga ke kedai yang berhampiran. Atau diminta tolong kenderaan yang lalu lalang. Tetapi waktu malam begini, jarang-jarang kereta yang keluar masuk lagi di jalan Maran ke Bandar Jengka. Suasana yang sepi dan sunyi ini sering kali mengundang pelbagai rasa yang tidak baik. Ligat sahaja kan hadir usikan-usikan yang mengundang rasa getar dan seram di hati.

Zulaika meneruskan kerja sulamannya bersedirian. Kerapkali Zulaika menghabiskan hari-harinya di situ. Tidurnya pun di dalam kedai kecil miliknya. Bukannya salah pun.
Hati Zulaika terus berbunga. Seawal jam 5.30 pagi sudah ada yang mengingatnya tentang bangun menunaikan rukun Islam yang ke-dua. Solat subuh harus dilaksana biar pun masih mengantuk.

Ika off lah minggu ni. Ni pesan orang, Yus dah solat ke?”

Yus dah tadi. Sekarang nak menjahit. Tempahan banyak bulan ni. Maklumlah dah nak menjelang puasa ni. Kelak lagi banyak. Tak menang tangan. Rezeki hari raya.

Alang-alang bercakap tentang menjahit ni, Ika nak tanya pendapat. Kalau Ika nak Yus jahitkan pakaian lelaki boleh? Maksud Ika, Ika terima tempahan dan ambil ukuran tapi Yus yang potong dan jahitkan. Sebagai balasan, kalau Yus nak Ika buat pakaian perempuan boleh Ika tolong. Kira share lah hasil sama-sama. Mahu tak?”

Bagus juga cadangan Ika tu. Nanti Yus bincang dengan mak Yus. Dia boss Yus. Yus ni kuli aja. Tapi rasa mak tak da masalah kot kalau menantu punya cadangan. Ok lah, Yus buat keje dulu. Kalau Ika nak tidur, sambung lah. Tapi janganlah lewat bangun. Rezeki tak masuk nanti.”

Ok, nanti kita bual lagi ya. Kirim salam dekat mak Yus ya.”

InsyaAllah nanti Yus sampaikan salam menantunya ni.

Hari ini Zulaika cuti. Encik Aiman dan encik Kamarul bercuti bersama teman hati masing-masing ke Kuala Lumpur. Dapatlah Zulaika menumpukan perhatian di kedai jahitannya. Kedai milik Felda yang disewa dengan bayaran RM150 sebulan. Di sini lah Zulaika mencari rezeki tambahan. Niat hati mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM kali keduanya di ambil tahun lalu. Namun rezeki tidak berpihak kepada Zulaika sekali lagi. Keputusan SPM hanya sedikit lebih baik dari yang pertamanya dahulu. Jadi, terpaksalah Zulaika memikirkan jalan lain untuk mengubah nasib dirinya. Cita-citanya utuk menjadi guru terpaksa dilupakan. Keputusannya tidak memungkinkan dia diterima masuk ke Institut Perguruan.

Amir Hamzah ada memberi cadangan agar Zulaika memasuki Kolej Kejururawatan atau IPTS jurusan pendidikan. Zulaika agak gusar memandangkan kos pengajian yang agak besar dan dia belum tentu mampu untuk belajar dengan sebaiknya. Akhir nya Zulaika buat keputusan mengambil kursus menjahit. Amir Hamzah seperti biasa tetap memberi sokongan. Dilaburkan sedikit modal sebagai permulaan perniagaan Zulaika. Dengan harapan Zulaika akan bersemangat dan bersungguh-sungguh. Tidak mahu Zulaika berkerja dan terhenti separuh jalan.

Amir Hamzah juga ada mengutus surat menyatakan dia telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Aleya. Tiada lagi Zulaika merintih mengapa tidak dia. Kenapa harus Aleya. Kerana Zulaika kini sudah punya Yusnizam. Pemuda ini juga hampir sama hebat seperti Amir Hamzah. Zulaika mendoakan agar Amir Hamzah kan bahagia disamping Aleya. Paling utama Zulaika amat berharap agar Aleya akan setia kepada Amir Hamzah. Sejarah terdahulu pernah membuktikan Aleya pernah meninggalkan Amir Hamzah kerana tertarik kepada janji-janji manis kemewahan dunia. Bila dia kecewa, dia kembali menagih cinta Amir Hamzah.

Nasibnya baik dan dirinya bertuah. Amir Hamzah menerima tanpa sebarang syarat. Asalkan dia ikhlas dan benar-benar jujur, Amir Hamzah sanggup menerima Aleya semula. Itulah istimewanya Amir Hamzah. Biar hatinya pernah disiat-siat, tetapi tidak ada tersimpan rasa benci dan dendam dalam dirinya. Baginya mengapa harus ada benci sedang dahulu amat mencintai? Janganlah kerana kegagalan semua yang indah mahu dihumban ke dasar lautan kebencian. Itu bukan Amir Hamzah.

Kerana itu Amir Hamzah menjadi seorang yang begitu istimewa kepada Zulaika. Sikap dan pegangan hidup Amir Hamzah cukup mempersonakan Zulaika. Selalu Amir Hamzah berpesan, “Biar seteruk mana pun kita dilanda musibah, paling penting jangan kita berputus asa, menganggap ianya pengakhiran buat kita. Tetapi sentiasa tenang, senyum dan hadapi nya secara paling mudah. Slow-slow tau. Sebab yang diuji itu datangnya dari Dia. Percayalah, ujiannya ini terlalu kecil jika nak dibanding dengan rahmat dan nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Biarpun kita ini sekadar hamba... Tetapi kita ini hamba yang diberikan kemuliaan yang begitu tinggi dsisiNya. Biar kita hamba, tetapi kita di angkat sebagai khalifah di muka bumi. Jadi ingat... Tiap ujian adalah nikmat ganjarannya, Hadapi dan sabar.. Kita pasti akan termasuk dalam golongan hambaNya yang beroleh kejayaan.”

No comments:

Post a Comment