Wednesday, October 10, 2012

BAB 11 - AKHIRNYA BAHAGIA MILIKKU


BAB 11...Hati Ku Berbunga Kembali

Zulaika resah gelisah bila seharian hari ini tidak menerima sms apa lagi panggilan dari Yuznizam. Apa yang terjadi padanya? Sibuk kah atau sakit kah? Tidak bolehkah Yuznizam menghubungi aku untuk dipadamkan keresahan ini? Tetapi mengapa pula harus Zulaika resah sebegitu? Yusnizam bukan siapa-siapa padanya. Hanya teman biasa sama seperti mana encik Aiman mahupun encik Kamarul. Jadi mengapa harus Zulaika resah gelisah tidak menentu bila tidak mendapat khabar berita dari Yusnizam? Atau hati Zulaika kian mencair kepada Yusnizam?

Zulaika mengakui sedikit sebanyak perwatakan Yusnizam hampir serupa dengan insan istimewa yang menjadi idolanya. Yusnizam hampir sama sahaja sikapnya seperti Amir Hamzah. Sama-sama lucu, pandai mengambil dan menjaga hati dan paling utama sama-sama tidak boleh melihat Zulaika bermasam muka. Apa lagi jika Zulaika menangis. Istimewakah Yusnizam seperti Amir Hamzah? Zulaika meraup wajahnya dengan tangan. Menguap tanda mengantuk kerana bosan. Hari ini kurang pelanggan yang datang ke kedai. Mungkin semua tertumpu di tapak Jom Heboh TV3 di Stadium Darul Makmur yang jaraknya beberapa meter sahaja dari tempat Zulaika bekerja. Sekurang-kurangnya dapat Zulaika berehat sebentar. Hampir terlelap...

Hello... Assalammualaikum Ika... Buat pe tu?”

Abang Amir..... Ika nak terlelap dah tadi. Waalaikumsalam. Duduk tercongok kat kedai. Orang tak ramai. Semua pakat pi Jom Heboh. Abang kat mana ni?”

Abang di Kuching. Bercuti pusing-pusing Kuching. Ada kesempatan ni abang call lah Ika. Apa cerita now?”

Tak ada apa-apa yang terkini. Sama saja. Abang tu yang mesti lagi banyak cerita nak dikongsi. Betul tak? Kot terung dah ada pasaran baik di Sarawak ke?”

Sempat Ika kenakan abang ya... Ya, cuti sekolah hujung tahun ini Insya Allah abang dan Aleya akan bertunang. Kedua-dua family dah sepakat. So, abang akan bawa mak ayah dan beberapa wakil keluarga lah untuk membincangkan hal pertunangan ni. Mungkin tidak lamalah. Nak cepat-cepat kawin je. Benda baik buat apa kita nak tangguh-tangguhkan. Ika nak ikut tak?”

Ika bukan siapa-siapa pun. Nanti apa pula dikata. Ika mendoakan dari jauh ajalah abang ya. Moga kali ini abang betul-betul akan mendapat apa yang abang impikan.”

Terima kasih Ika. Tapi majlis perkahwinan nanti WAJIB datang tau.”

Perbualan berakhir dengan penuh keriangan. Zulaika memang terasa akan hati Amir Hamzah yang begitu berbunga setelah dia kembali bersama Aleya. Tetapi kenapa Aleya? Kenapa tidak aku? Zulaika mengulangi lagi keluhan hatinya. Zulaika kembali leka dengan kerjanya. Apabila tiada pelanggan yang datang, diisi masanya dengan menyulam pakaian yang sengaja dibawa ke kedai. Sekurang-kurangnya dapat juga Zulaika memanfaat masa yang terluang.

Kak, pucuk paku dua kati.”

Zulaika mendengus. Mamat mabuk mana lah pula yang minta pucuk paku di kedai telefon. Baru sahaja Zulaika mahu menghambur kata-kata, langsung tidak menjadi.

Ya Allah... Bertuah punya Yus Taugeh... Tetiba tercongok depan kedai, minta pucuk paku. Gila ke apa? Mana menghilang? Tak message, tak call pun. Ika kat ini macam ayam berak kapur tertanya.”

Kenapa? Rindu kat Yus ke? Sebab tu lah Yus datang ni.”

Hati Zulaika melonjak riang bila melihat Yusnizam sudah berada depan mata. Persis Amir Hamzah juga yang suka membuat kejutan. Namun, Zulaika terhibur dan amat menghargai. Yusnizam berbual-bual seketika, sementara sabar menanti Zulaika habis bekerja. Yusnizam mahu mengajak Zulaika jalan-jalan cuti mata di Stadium Darul Makmur. Jom Heboh akan berlarutan hingga ke malam ini. Malam ini akan diadakan Konsert Gempak Jom Heboh. Ramai artis residen Media Prima dan artis jemputan yang dijangka membuat persembahan.

Bersama Yusnizam cukup membuatkan Zulaika terhibur. Dengan usikan-usikan nakal. Ada-ada sahaja idea nakal Yusnizam untuk menggeletek hati Zulaika. Terasa Yusnizam berjaya mencuri hati dan perasaan Zulaika. Memang diakui. Yusnizam juga datang semata-mata untuk menemui Zulaika. Hatinya juga sudah terpaut buat insan yang dikenali tanpa dirancang. Semuanya gara-gara sabahatnya Aiman. Dia lah yang mencadangkan Yusnizam mengenali dan mendekati Zulaika. Ikutkan hati dia juga malas memikirkan sebab Yusnizam merasakan dia serba kekurangan. Dia tidak mempunyai harta, bukan anak raja malah bukan siapa-siapa. Jika tidak begitu, masakan dia sering kecewa di dalam perhubungan sebelum ini.

Namun bersama Zulaika, Yusnizam merasakan ada keserasian dan kemesraan. Yusnizam begitu menyenangi sikap Zulaika yang serba sederhana. Kerana itulah, hatinya melonjak memaksanya untuk menghantar pesanan ringkas walapun baru setengah jam berjumpa tempoh hari. Nasib baik Aiman memberikan nombor telefon Zulaika. Mahu juga dicuba nasib. Untung sabut timbul. Tetapi Yusnizam ingat pesanan Aiman sebelum nombor telefon bertukar tangan.

Kau jangan nak main-mainkan Ika tau. Dia ni perempuan baik. Bukan jenis yang huha huha yang boleh kau bawa ke sana ke sini. Walaupun dia ni jenis yang ceria tak bermakna kau boleh ambil kesempatan atas dia. Lagi satu, jangan memandai beri nombor telefonnya pada sesiapa. Mau lelah aku nak menjawab dan mendengar khuthbah free dia nanti.”

Ya lah, aku tau. Aku pun belum tentu dapat jadi kawan dia lagi kan. Ada untung, dapat lah. Kalau tak, tak pa lah. Aku cuba dulu. Aku pun tertarik tengok cara dia. Unik kan. Mudah mesra dan pandai ambil hati. Cantik pun ya juga. Kalau aku dapat dia, memang mau mak aku tumbangkan dua ekor lembu buat kenduri.”

Amboi... Belum apa-apa dah berangan nak naik pelamin. Ikut kau lah..”

Mereka ketawa. Yusnizam mahu segera mencuba nasib. Tidak mahu dia terlewat. Dengan niat ikhlas untuk bersahabat, Yusnizam menghantar pesanan ringkas buat Zulaika. Dan dia gembira bila pesanannya itu berbalas. Sejak itulah keazamannya bertambah untuk mendekati Zulaika. Dan kini hasil mula dituai. Zulaika dan dia kian mesra dan bahagia.

Banyaknya beli sate. Habis ke?”

Tengok kaki lah... Walaupun tak ada tugeh atau pucuk paku, tapi ada Ika, mesti habis punya. Ika kan kuat makan. Apa kata Jaafar Onn... Ika ni jenis perut gajah!!”

Amboi... Tok booooik tau.”

Gaya Zulaika menyebut ‘tak baik’ sangat istimewa. Bunyinya sedikit lain. Tok booikk. Itu juga antara trademark Zulaika yang cukup mencuri perhatian yang mengenalinya. Sambil makan mereka terus saling terus mengenali hati budi dan diri masing-masing agar yang jauh dapat di rapatkan dan yang sudah rapat didekatkan. Yang sudah dekat akan dimesra-mesrakan. Yang sudah mesra mungkin boleh disatukan agar kan terus rapat, dekat, mesra dan saling memiliki.

Ika, apa pandangan Ika tentang Yus? Bagitau apa sahaja ok. Baik buruk tak da hal sebab Yus nak tau dari pandangan Ika lah.”

Zulaika terkenang lagi. Ini juga ayat yang pernah disuarakan Amir Hamzah. Adakah Yusnizam ini telah diutuskan oleh Dia Yang Maha Agong sebagai galang ganti buat Amir Hamzah? Zulaika membuat andaian sendiri.

Hey.... Mengelamun pulak dia... Yus tanya tadikan...”

Bukan mengelamun lah.... Berfikir.”

Zulaika membuat dalih. Tak kan lah Zulaika mahu memberikan jawapan yang sama seperti mana dia telah berikan kepada Amir Hamzah? Jika jawapan baru, apakah yang paling sesuai sebab Yusnizam memang mirip-mirip Amir Hamzah dari segi sikap dan perwatakan. Hanya rupa paras yang berbeza.

Tak nak beritahu tak pa lah. Tapi Yus nak bagitau pandangan Yus tentang Ika. Nak dengar tak? Tapi kena sediakan tisu dulu. Takut nanti meraung...”

Banyak la.... Cakap lah...”

Ya Allah.... Dugaan apakah ini? Apa yang keluar dari bibir pemuda di hadapan ku ini sama sahaja seperti mana yang keluar dari mulut Amir Hamzah. Zulaika makin tidak dapat membohongi dirinya. Hatinya benar-benar tidak mahu melepaskan apa yang ada di hadapannya kini. Zulaika tidak mahu pisang berbuah dua kali. Andainya Yusnizam meluahkan hasrat hatinya saat ini, Zulaika tidak akan ragu-ragu lagi untuk memberikan keputusan yang memihaknya. Zulaika bimbang untuk sekali lagi dia merasai kekesalan kerana melepaskan Amir Hamzah.

Sama....”

Itu yang keluar dari mulut Zulaika. Yusnizam pelik.

Apa yang sama?”

Zulaika juga tersedar yang dia terlepas cakap.

Tak ada apa-apa....”

Zulaika menukar topik perbualan dan Yusnizam tidak membantah. Sate di pinggan hanya tinggal beberapa cucuk sahaja lagi. Tidak sedar bila dijamah. Kerana terleka melayan cerita sambil mulut mengunyah. Zulaika jadi malu kerana dia yang banyak menghabiskan walaupun dia sendiri sebentar tadi mempersoalkan siapa yang akan menghabiskannya. Yusnizam banyak bercerita sedari tadi, sesekali mendekatkan straw dan menyedut milo ais yang sudah tinggal separuh cawan.

Ika dah ada teman hati?”

Zulaika menjerit. Di dalam hati. Soalan yang ditunggu-tunggu sejak tadi akhirnya terpacul dari mulut Yusnizam.

Siapa yang mahukan Ika ni. Tak cantik, mulut becok, tak pandai dan tak da harta.”

Ada yang mahu. Tidak semua lelaki melihat itu semua kan. Itu semua bukan dapat menjamin kebahagiaan. Apa guna kaya raya tapi hati tak bahagia?”

Betul tu... Ika dulu ada. Tapi sekarang pun ada.”

Ye ke... Alamak... Tak da peluang lah Yus nak mencuba nasib erk? Tak pernah cite pun dah ada ‘abang’?”

Tak kan nak kena cite juga. Bukannya balai polis nak disiasat itu ini. Dah Yus pun tak tanya, tak kan Ika nak bagitau pulak.”

Oooo nak kena tanya dulu lah ye. Ha, Yus tanya sekarang... Siapa ‘abang’ Ika tu? Mesti lebih handsome, lebih kaya, lebih baik dari Yus kan.”

Yusnizam melepaskan pertanyaan dengan sedikit rasa kecewa. Zulaika dapat rasa-kan kekecewaan dihati Yusnizam. Zulaika ketawa. Yusnizam tertanya-tanya tapi dia tetap dengan usikannya yang menambah tawa di pihak Zulaika. Beberapa pasang mata melihat ke arah mereka. Zulaika tersipu malu. Yusnizam hanya tersenyum.

Dah habis kena sampuk mak Lampir ke?”

Dah! Dah! Dah! Yus lah ni merasuk Ika. Sakit perut ni ketawa. Simpan-simpan la lawak tu untuk esok. Aduii.....”

Mana boleh. Yus suka tengok Ika ketawa.”

Payah benar Zulaika mahu berhenti dari ketawa. Hatinya benar-benar terusik.

Tak elok lah macam tu. Tok booiookk banyak ketawa. Orang kata suka-suka tanda membawa duka. Ika tak mau lah macam tu. Nanti Ika duka, siapa nak pujuk?”

Yus lah pujuk... Yus boleh pakai hidung merah, rambut kuning, kasut besar macam patung McDonald tu. Kemudian jalan lambai-lambai tangan macam ni...”

Yusnizam bercakap sambil melakonkan sedikit aksi. Zulaika ketawa lagi. Kali ini dia benar-benar tidak dapat menahan diri. Dicubitnya lengan Yusnizam agar segera dihentikan usikan yang entah dari mana datang idea gila itu.Yusnizam turut sama ketawa. Zulaika mengesat air mata. Dia ketawa hingga mengalir air mata.

Dah lah ye... Jangan la buat lawak lagi...”

Ok, ok, ok... Sorry tapi bagi Yus yang penting Ika gembira dan ketawa.”

Memang Ika gembira pun. Ketawa jangan cakap la. Satu alam dah dengar tadi kan. Mau ada yang kata sewel apa perempuan tu.”

Ok, jom kita jalan-jalan tengok gerai-gerai pula. Yus nak cari patung taugeh gigit pucuk paku buat hadiah untuk nenek Yus yang baru tumbuh gigi suus..”

Yusnizam si Putera Taugeh.... Astagfirullahhalazim.... Cukup-cukup la lawak tu..

No comments:

Post a Comment