Tuesday, July 06, 2010

setelah 7 tahun di rantauan (2003 - 2009)




Aku Kini Sudah Transfer Pulang Ke Bumi Semenanjung...






Bermula 22 Dis 2009 aku telah kembali ke Bumi Semenanjung yang telah ku tinggalkan hampir 7 tahun. terima kasih Simunjan, terima kasih Sarawak kerana sudi menerima khidmat bakti ku. Setiap apa yang aku berikan dan korbankan, aku benar2 ikhlas berikan pada kalian...

Buat semua warga SMK Simunjan No.1 TERIMA KASIH atas segalanya. Sama ada yang berbuat baik pada ku mahupun sebaliknya. Aku terima sebagai 1 daripada ketentuan hidupku yang ditulis oleh Allah s.w.t

Buat Warga SMK Jabi, Pokok Sena... Aku mahu berikan yang lebih baik dari yang telah ku sumbangkan kepada Simunjan No.1.. Aku mahu jadikan Jabi antara gergasi tenis Kedah menjelang 2013... Aku mahu mendapat APC, Guru Cemerlang di SMK Jabi ini... Bantu lah aku dan berilah sokongan pada ku duhai rakan, duhai pelajar SMK Jabi..
Aku benar2 perlukan sokongan dari kalian atas apa yang telah ku lalui sebelum ini. Aku tersungkur dan aku mahu bangun semula.. Aku menangis dan aku mahu ketawa semula.. Ku keletihan dan aku mahu cergas semula...

1 comment: